Friday, August 28, 2020

JDT Blogger Gathering 2020 Di GBW Hotel, Johor Bahru

Hi Korang,

Mesti korang cam pelik, cam ne kak lily boleh sampai terjoin diorang bebudak JDT blogger ni ek?? Hehehe.. rahsiaa… banyak ko punye rahsia ek kak… 

Ini bermula dengan wassap ke Sis Lin tanye hotel mane yang ada promo kaw-kaw untuk weekend, so teruslah dia citer hotel tuh, hotel ni, tempat makan tuh, tempat makan nieh dan sampai dia tanya nak perginya bila. Terus je kak lily cakap early August kot sebab time tuh ktorang berdua tak busy sangat so bolehlah cuti lelama sket. Lin pun cakap nanti bagitau kalau datang boleh kopi-kopi sekali hehehehe.. 

ok baju dari Zalora, kasut hush puppies, beli sendiri haaha. kang korang PM tepi akak kang hahhaha

Selang seminggu Lin tanye lagi, kalau confirm turun JB on that week nak ajak makan-makan. Eh haruslah kak lily setuju sebab makan-makan kan hahahaha… Lepas tuh lagi 2-3 hari nak turun, baru dia cakap kak ada blogger gathering sebenarnya itu yang ajak makan-makan tuh. Oh gathering wokeh je no hal, janji ada makan. Yesza makan itu penting yer bagi kak lily. 


So on that 8/8/2020 tuh ktorang berdua bergerak ke GBW Hotel, dulu namanya GrandBlueWave Hotel bila dah di takeover itu yang tukar nama jadik GBW Hotel tuh. Dekat je dengan hotel ktorang sampai sampai 5 mnit pun tapi sebab salah dan parking penuh sebab ade wedding so jadiklah 10 minit, si Lin dah cuak bagai sebab ktorang lambat kan hahaaha 

Ya ampun rupanya, bukan 2-3 orang la lebih 20 bloggers yer yang hadir gathering nieh. 

Mana nak akak ko ni letak muka sebab lambat, ingatkan makan-makan bodo jer rupanya ada majlis hi tea wokeh, MAJLIS tau!! Malu weii sebab lambat dah ler rekod aku nieh blogger yang paling punctual ermm hampeh la kan. 




20 blogger dengan ada yang bawak family members, penuhlah 3 meja tuh. 

Once ktorang duduk barulah majlis start hah, memang terasa VVIP sungguh time tuh, dengan muka tebal sebab lambat kan hahahaa… 

Ucapan serba ringkas dari Puan Presiden JDT Blogger, Sis Lin. 


Patutlah beria ajak kak lily rupanya presiden ek, hebat sungguhlah kan. Dalam diam jer tau buat keje heheehe. 

Menu makanan walapun hi-tea tapi masyallah sedap dan banyak ek 






Ada appetizer, burger, nasi goreng kampung, mushroom soup, spagethi, kuih muih, dessert dan memacam lagi wei, pada harga RM30 seorang. Murah yang amat kan!!, kalau kat KL ni mau tiap2 minggu akak bawak bebudak pondan ni pi makan hi tea kat sini kan. 

Pakej merangkumi: 

Percuma Hiasan Asas 
Percuma Kek Lagi 
Penggunaan sistem PA secara percuma 
Minuman kordial percuma 

Ok nampak tak berapa banyak yang PERCUMA tuh??? Seriously RM30 seorang jer weiii 


Persembahan nyanyian hebat dari Ajan dan Mialiana, rupanya praktis nyanyi pi karaoke 3 kali wokeh tapi kene nyanyi slow-slow sebab bukan dalam dewan hehehehe. Terima kasih korang kerana menghiburkan kami yang sibuk mentedarah ni kan. 

Ada acara games wokeh. 




First round, kak lily gelak-gelak diorang jer tapi second round akak plak yang kene join hahahah padan muka ko. Belum start makan biskut akak ko ni dah makan biskut separuh hahahaahaa.. Bukan nak hadiah pun tapi sekadar suka-suka memeriahkan majlis kan. Eh dapat jugak hadiah tau, pasu bunga plastik cam tau-tau jer akak tengah sibuk tanam bunga kan.. 

Tukar-tukar hadiah pun hado jugak. Ada dapat yang besar, ada dapat yang kecik seronok wei. Harga tak main peranan pun tapi keikhlasan hati yang memberi tuh kan 

Tup-tup MC Ajan tanya kak lily nak kita intro dulu tak pasal kak lily?? 


Hahahha terus akak gelak-gelak tak yah lah jan, nanti kak lily summarize semua semua. Ermm memang betul kak lily kena bagi speech nieh. Dalam otak n dah ligat nak cakap apa ek, kalau membebel kat igs tuh boleh lah tapi depan orang ramai ni tersangkut-sangkut nieh hahaha. 

Ya ampun, ntah apa yang kak lily bebel pun aku tak tau hahahaha.. Di suruhnya citer pasal blogging, hah abis semua citer di bukaknya hahahaaha.. Yes kita blogging kerana kita minat so dari minat tuh berkembang menjadi sumber mata pencarian tapi kalau dari awal kita dah niat nak untung ermm memang payahlah kann sebab passion tuh tak de.. 

Sekejap je aku membebel, rasanye membebel kat igs lagi lama hehehehe 

amik gambo dulu, cam biasa

comey kan kek coklat nieh

hah pulut kuning dan rendang daging weii
 
ok mari potong kek reramai 

as usual akak ko tukang sibuk mesti nak menyelit jugak

Acara potong kek dan pulut kuning, sedap wei pulut kuning siap dengan rendang sekali. Ok lagi sekali akak ko makan tak henti-henti sebab sedap..

Tapi yang kak lily paling suker sekali diorang punyer lucky draw. Terbaek weiii hadiah voucher hotel besar-besar, voucher makan kaw-kaw dan Top Grand Prize tuh dapat percutian 3hari 2 malam di villa Tanjung Puteri Golf Resort yang di menangi oleh Juju. Weii kak lily jeles dengan awak tau tau tauuuu!! 

wajib kene bergambo dengan Puan Presiden Sis Lin

ahli #gengbassekolah, ejam dan Sue

selfie skett

dengan haida, tempe chip sedap weii

dengan farah

farah jugak nieh, farah didi. ek betul ke niehh?? 

dengan juju, pemenang lucky draw nie

dengan ena blogger dari Muar, nanti kalau makan mee bandung boleh ajak awak

dengan sunnah dengan ajan sekali

Terima kasih juga kepada para penaja cabutan bertuah dan goodies bag: 

Renaissance Johor Bahru Hotel 
Thistle Johor Bahru 
Tanjung Puteri Golf Resort 
Pulai Springs Resort, Johor Bahru 
Doorstep Coffee Roaster 
Pulut Kuning GBW Hotel 
Johor Collective Media 0COM 
Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahr 
Florentine Cookies by mama DD Lyea Dieya 
Pes Mi Bandung Muar Original Warisan Tok Ayah Siti Suziana Mustakim 
Mask Extender by Cahaya Medini Lychee Juice by Helmi Julia 
Bekas kaca from Farahuda Hud 

nampak goodies bag yang ktorang dapat ermm meriah kan, ok darab 2 hahaha so bertambahlah meriahnyer

token of appreciation sebab membebel kat stage, of courselah suker orchid tuh 

Well kak lily pun dapat goodies bad jugak hehehehe datang ktorang datang berdua so bawak balik 2 goodies bag jugak hah 

siap ada tag, ermm ko hado. tak do kan

Apa pun terima kasih kepada team JDT Blogger especially di atas penganjuran gathering yang pertama di tahun 2020 ini semua lebih maju dan sukses di masa hadapan.


#JDTBlogger

Wednesday, August 26, 2020

realme 828 FAN FESTIVAL 2020 Di realme DESIGN STUDIO

Hi Korang, 

'realme' jenama telefon pintar yang tidak asing lagi di dunia dengan tagline "Dare to Be realme" akan berlangsung "828 Fans Festival" yang diadakan di realme Design Studio pertamanya di Malaysia. 


828 realme Fans Festival akan berlangsung pada 28, 29 Ogos mulai jam 11.30 pagi sehingga 10.00 malam dan 30 Ogos dari 11.30 pagi hingga 12.00 pagi sempena Hari Merdeka yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Pelancaran realme C12 dan realme Buds Classic


Sempena melancarkan Design Studio, realme Malaysia juga melancarkan smartphone terbaru iaitu realme C12 dan realme Buds Classic. Peranti Endruance 6000mAh Mega Battery dengan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih tahan lama untuk penggunaan harian. Selain itu, realme Buds Classic juga diperkenalkan untuk Live Music Bundle. 


Menariknya realme C12 ini dengan Tri-kamera, skrin besar 6.5" inch dan bateri 6000mAh. Harganya cuma RM529 sahaja. So boleh dapatkan realme C12 dengan tawaran yang menarik di Shopee atau Lazada. Untuk realme C12 dan realme Buds Classic akan dijual pada 25 Ogos jam 1.00 tengahari dan akan dijual di kedai realme bermula 31 Ogos 2020. 

realme 828 Fan Festival 2020 


Untuk realme 828 Fan Festival 2020 ini, realme juga telah bekerjasama dengan beberapa jenama yang popular seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy. Selain itu, korang juga berpeluang dapatkan beg goodies, baucar tunai, baucar rebat, kupon makanan percuma, kupon ais krim, dan banyak lagi.








Antara aktiviti menarik seperti aktiviti cat cawan, roda berputar, The Chicken Spy, Bengkel DIY Eggette, pameran karya seni manekin, selfie check-in, Wonderful Wallet RM1 dan Tiktok Challenge dengan hadiah yang sangat best seperti memenangi smartphone realme. 

Lupa nak bagitau kat sini juga terdapat photobooth yang menarik untuk di update di Instagram masing-masing. 


Oh ya korang juga berpeluang untuk datang Craziest Fan Festival Concert dan bertemu artis-artis Malaysia popular seperti Sufian Suhaimi, Floor 88, Imsomniacks, Neeta, Bunga, Yoony x Yzn, Noki/ Loca B / Tuju, Sophia Liana dan Budakgngam serta Sekumpulan Orang Gila. Memang meriah la dapat sambut Merdeka dengan realme kan. 

Di sini kak lily kongsi itinerary realme 828 Fan Festival 2020 untuk panduan korang 

Friday, 28 August 2020 

11:30-12:00 Opening 
12:00-12:30 DJ Performance 
12:30-12:50 Lucky Draw session & Brands Highlight 
12:50-21:00 Lucky Draw session, Brands workshop, DJ Performance, Games & Activities 
21:00-22:00 Artists Performance 


Saturday, 29 August 2020 

11:30-12:00 Opening 
12:00-20:00 Lucky Draw session, Brands workshop,Games & Activities 
20:00-22:00 DJ & Artists Performance 
22:00-22:30 Last round lucky draw session of the day 

Sunday, 30 August 2020 

11:30-12:10 Opening & Flash Mob 
12:10-17:50 Lucky Draw session , Brands workshop,Games & Activities 
17:50-19:50 DJ Performance 
19:50-20:10 Emcee shoutout & Flash Mob 
20:10-23:40 Artists Performance 
23:40 – 00:00 (overnight) Countdown for Merdeka 

Bagi yang berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai produk realme boleh datang ke realme 828 Fans Festival dan kenalah mendaftar sebelum 27hb  Ogos 2020 di link di bawah ini : 

REGISTRATION FORM


Dah apa tunggu lagi, moh register lekas!! 

realme 828 Fans Festival akan berlangsung pada 28 hingga 30 Ogos 2020 yang diadakan di realme Design Studio terletak di Lot: 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur. 


Jumpe nantiii… 

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, korang boleh ke : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 





Monday, August 24, 2020

TAYANGAN PERDANA KANDUNGAN ASTRO SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Hi Korang,

Astro memberi penghargaan sempena Hari Kebangsaan ke-63 negara ini dengan tayangan perdana kandungan-kandungan baharu yang meraikan sejarah Malaysia yang berkepelbagaian, kekayaan budaya dan kekuatan semangat masyarakat, di Astro, Astro GO, dan On Demand. Para pelanggan boleh menikmati telefilem baharu, program eksklusif Merdeka dan dokumentari-doumentari daripada kempen Astro, ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’, dari 25 Ogos hingga 17 September 2020. Antara beberapa tajuk baharu adalah: 


Bertakhta Di Hati Rakyat
Dokumentari yang merangkumi 2 bahagian ini diarahkan oleh Basir Siswo, menyingkap kehidupan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pertabalannya sebagai Agong Malaysia ke-16. (Astro Prima [saluran 105], 30 & 31 Ogos, 9.30 malam) 

Malaysia vs Covid-19 
diarahkan oleh Lina Tan, beliau meneroka kisah-kisah yang menyentuh hati mengenai pesakit dan ahli keluarga mereka, barisan hadapan dan sukarelawan semasa wabak COVID-19 serta bagaimana rakyat Malaysia gigih membantu, melindungi dan menyelamatkan satu sama lain termasuk negara yang mereka cintai. (Astro Ria [saluran 104], Astro AEC [saluran 306], Astro Vinmeen HD [saluran 231], Hello [saluran 702] dan Astro Awani [saluran 501] pada 12 September, 6 petang) 

Judi Dench Wild Borneo Adventure 
menceritakan perjalanan menakjubkan Judi Dench, seorang pelakon wanita Britain dan pemenang Anugerah Akademi, dalam menemui hutan hujan yang subur, hidupan liar ajaib dan pantai yang menakjubkan di Borneo Malaysia. (Discovery Asia [saluran 553], 6 September, 9 malam) 

Work To Live S2 
mempamerkan warisan tradisional yang semakin pudar, tetapi dihidupkan kembali oleh anak-anak muda yang memberi kehidupan baharu ke dalam perdagangan tradisional seperti pendamping perkahwinan, tenunan rotan, ubat tradisional dan banyak lagi. (Astro AEC [saluran 306], 6 September, setiap hari Ahad, 9 malam) 

Ottrumaiye Balam 
memaparkan sebuah koleksi enam cerita pendek bertema "lebih kuat bersama" dari setiap dekad bermula 1950-an dan diarahkan oleh S. Balachandran, Shunmugam Karuppannan (Shan) dan Ravivarman Vicraman @Candyman. (Astro Vaanavil [saluran 201], 30 & 31 Ogos, 2 petang). 

Program-program eksklusif bertemakan Merdeka
termasuklah Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph dibintangi Lisa Surihani, menggambarkan seorang janda yang memerangi kemurungan setelah kehilangan suaminya yang berkhidmat dalam tentera dan perjalanannya untuk kembali pulih, H Live Special 63 Tahun Muzik, H Live Special 63 Tahun Filem, Motif Viral, Bawang Live (Astro RIA [saluran 104]); Punchline (Astro Warna [saluran 107]); 24 for 2020 Merdeka menampilkan BoBoiBoy Movie 2, Gostan, Super Game Boy: The Geng Return (Astro Ceria [saluran 611]); Bola@Mamak, PM Bersama AM, Berbulu ngan Burn dan Borak Borak Botak meraikan momen-momen sukan terbaik Malaysia (Astro Arena [saluran 801]); 8 filem Tamil Terbaik Malaysia (Astro Vaanavil [saluran 201]), Nakkeeran dan Rap Porkalam Grand Finals (Astro Vinmeen [saluran 231]). 

Astro Awani (saluran 501) 
akan menampilkan sorotan khas mengenai sejarah negara kita dan norma-norma baharu yang menjurus kepada Agenda Awani Khas Merdeka dan Consider This bersama Eddin Khoo dalam projeknya, Rukun Negara (31 Ogos). 


Astro Radio akan memulakan kempen ‘Sapot Lokal’ dalam usaha menyokong pemuzik tempatan, perniagaan tempatan dan pendengar di kesemua 11 jenama radio dan di aplikasi SYOK. Ini termasuk lebih banyak muzik tempatan di ERA, SINAR, HITZ dan RAAGA sementara LITE akan memaparkan kisah-kisah yang menggembirakan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. 

Kempen ‘Jom Go Lokal’ Go Shop menawarkan potongan harga sebanyak 63% kepada pembeli untuk produk terpilih, dan tawaran di bawah RM63 sepanjang tempoh ini di platform TV, dalam talian dan menerusi alat mudah alih. Dalam semangat Merdeka, rakyat Malaysia yang ingin menggunakan pelitup muka yang diilhamkan dari corak Jalur Gemilang boleh membeli pelitup kain edisi terhad yang direka oleh Astro Gempak dengan kerjasama pereka fesyen Datuk Radzuan Radziwill di https://www.goshop.com.my/ dan www.radzuanradziwill.com/merdeka-mask

Dalam semangat membantu masyarakat pada masa yang diperlukan, Astro terus menyokong Pusat Darah Negara (PDN) melalui platform TV, radio dan digital, dengan mendorong rakyat Malaysia untuk menyertai kempen menderma darah yang diadakan di pelbagai lokasi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.pdn.gov.my

Kempen ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’ mengingatkan rakyat Malaysia untuk menerapkan semangat kebersamaan serta tetap aman dan kukuh sebagai sebuah negara. Tanda pagar #Malaysiaku #KitaSelamatBersama, kempen ini menggunakan 'pantun' untuk memperkuatkan keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia. Personaliti Astro seperti Luqman Hariz (Astro Awani), Suresh (RAAGA) dan Hui Mei (AEC) akan muncul dalam siri video berkaitan scenario di Malaysia, dengan membaca 'pantun' yang dibuat khas, masing-masing akan membawa mesej positif tersendiri.