Lama betul tak citer pasal makan-makan ni lagi kan kan kannnnnn
Lebih 80 kali bebudak kat opis ni berzikir kat telinga akak pasal nak pi makan kat sini. Yelah bila plan minggu tuh ramai plak meeting sampai malam, bila plan minggu lagi satu ada 2-3 orang kena pi site office termasuklah kak lily ni kan.
Sudahnya tak yah plan, siapa yang ada je kita ajak pi.
Yang lelain tinggal hahahahaa, jahat sungguh akak ko ni ekkk
kurus tapi semua kuat makan, ahkak sorang jer yang gumuks hah
So one fine day, which is boss tak de, dapat balik cepat, meeting pun abis awal, tak de dateline so ktorang pun pi lah. Keluar office dalam 5.30petang cam tuh then sampai Tropicana ni dalam kul 6.15 petang. Kira cepat jugaklah kan ikut Waze katanya, bawaklah ke jalan yang shortcut ni.
Cantik jugak kawasan perumahan Tropicana ni ek!
Yelah tempat orang have-have katanya, ade mall bawah rumah, tempat makan sedap, grocery pun ada, even kedai kopi pun hado adui-adui mak seronoknyer lah kan. Tak de yer kedai-kedai acheh wokeh hehehhehehe….
Oh ye, lupa nak bagitau yang ktorang ke BEARD Brothers BBQ ni di Tropicana.
Bagi pencinta daging, you guys will love it. Pelbagai jenis daging yang di jual di sini yang di BBQ kan hahaha sedap wei. Asalnya tengok kat Instagram jer, tup-tup plan nak pi. Yang best tuh daging-daging yang di sediakan dan di masak secara slow-cooked di dalam pemanggang giant besau tuh. Kak lily tengok pun takut ooo, boleh masuk orang griller dia nieh.
tengok menunya kena tak dengan budget korang ek??
Bagaikan rusa masuk bandar kan, terbangak-bangak kat kaunter tuh nak order.
Nasib baik waiter tuh tolong explain cara nak order, kalau tak pening di buatnya.
Memula pilih menu ape nak makan, tengok budget koranglah. Kalau banyak budget boleh makan daging yang mahal sket dan kalau budget biasa-biasa je so makanlah daging yang budget rendah sket.
Apa Itu Brisket?
Brisket adalah potongan daging dari dada atau bahagian bawah lima tulang rusuk pertama. Ini adalah potongan besar yang dijual tanpa tulang dan biasanya beratnya dari 8 hingga 20 paun, menjadikannya potongan yang cukup besar. Sesuai di masak slow-cook dalam tempoh sehingga berbelas jam.
Lepas dah pilih-pilih daging then bayo jer.
Inilah daging brisket tuh
Seriously memang-memang sedap wei, nampak macam sket tapi banyak jer dan cepat kenyang.
aduimak mengiurkan sungguh
Once sampai je terus serbu hah kena plak time lapar kan so makan makan semueeee
Lepas makan tuh masing-masing tersandar cam badak, kenyang sekenyangnya. Purely makan daging dan side dish yang simple-simple tuh jer. Tapi memang terbaik lah dagingnya, sedap ya ampun.
Sambal brisket yang awesome = RM60 sedulang nieh
banyak tak ktorang order??
Hajat hati nak tambah tapi apakan daya semua dah kenyang giler.
Lepak-lepak sembang jap lepas tuh terus balik tak de singgah memana pun hah sedap kekenyangan ya amat haahaha
Untuk peminat daging korang memang harus terjah kedai ni ek, seriously memang full-filling sungguh bila dapat makan daging nilah.
Ini alamatnya kalau korang nak pi ek:
Beard Brothers BBQ
Tropicana Golf & Country Resort,
P-G-01,
Tropicana Avenue,
47410 Petaling Jaya, Selangor
Landmark : kedainya paling tepi sekali so masa na u-turn tuh dah boleh nampak kedai nieh, parking kat bawah basement je senang so tak delah kena saman.