Monday, July 13, 2020

GOGOPOT Delivery, Di mana-mana Boleh Makan Steamboat dan Grill

Hi Korang, 


Boleh plak sekarang ni musim hujan petang ek, rasenya mostly area Klang Valley dan Selangor je kot, bile kak lily tepon mak kat Melaka dia cakap ujan apo?? Semedang panas terik je hah, kipas asyik bukak full sampai rasanye nak pasang aircond plakkk arghhhh… mak akak memang cam tuh, ada je chance dia nak paw duit anak dia kan haahaha


Di musim hujan-hujan petang agak payah sangat nak makan luar lately ni sebab PKP, Mr Big selalu menyalak kat telinga akak yang bestnya kalau sejuk-sejuk dapat makan steamboat kan, lega perut bila sejuk bertemu dengan panas. Bukan akak tak sediakan bahan-bahan untuk steamboat tuh tapi kak lily kene beli dapat kuantiti yang banyak hah untuk sesuatu hidangan walaupun yang makan hanya 2 orang sajor. 

Kebetulan iklan GOGOPOT delivery ni lalu lalang kat Facebook timeline so apa lagi, malas nak fikir panjang terus je kak lily order hah. 

Bila bukak website Gogopot Delivery nieh mak oi memang rambang sebab tak tau nak pilih yang mana satu hah, ade set bajet, ade set have-have, ade set bisye-bisye ermm korang pilihlah ikut kemampuan korang kan. 

Tapi yang best tuh siap dapat periuk wei. Yeahhh!! 

nampak tak? siap periuk, siap beg cooler untuk bahan-bahan basah dia bagi sekali

Periuk-periuk ini ikut pakej yang korang pilih, ada periuk silver, ada periuk kuning yang macam kak lily order ni periuk pink. Comey seh pink, just nice untuk ktorang berdua makan. 

Settle buat payment bagai so petang rabu tuh Gogopot delivery sampai, guna Lalamove jer hah so senang dan tak boleh nak kata tak boleh sampai ek hehehhe. 

Lalamove yang hantar hah

Just nice kak lily sampai rumah je Gogopot pun sampai, ambil dekat bawah then naik-naik je terus setup meja makan. Carilah extension plug dari meja ke plug point kan, lelain tuh tak payah nak dirisaukan even cutlery pun di siapkan ek ermm kemain hebatlah. Tapi Mr Big nak gak guna pinggan dan mangkuk kengkonon macam kat kedai lah kan padahal kat rumah je nieh. 



Kak lily order Set Combo Campur 2 ini 1 (Steambot dan BBQ). Hah amik ko dua-dua ade, nak steamboat dan grill pun boleh, yeah dapat periuk Pink yang cantic nieh. 


Set combo Campur ni adalah pelbagai jenis bahan-bahan makanan samada daging, udang, sayuran, mee dan sebagainya. Begitu juga dengan pilihan kuah sup untuk steamboat dan sos, turut didatangkan bersama. 

Cara nak masak?? 



Ya ampun senang baget sihhh.. Hidupkan periuk dengan menekan butang ON dan biarkan seketika, kemudian letakkan bahan-bahan untuk di grill. Bagi bahagian steamboat pula, masukkan sup dan campurkan dengan air masak sedikit demi sedikit untuk dapatkan rasa keseimbangan dan keenakan sup tersebut. Bila dah mendidih apa lagi masukkan bahan-bahan yang nak disteamboatkan. 




Seronok makan panas-panas macam ni kata Mr Big sambil tengok berita hehehe.. Masak-masak kemudian makan then borak-borak, ermm ini kalau ramai-ramai lagi seronok. 

Ada banyak pakej dan set yang ditawarkan. Korang boleh rujuk kepada laman web www.gogopot.net untuk maklumat lanjut dan pembelian, di antaranya : 













Itulah siapa kata kalau nak makan steamboat, kena makan di kedai je kan, sekarang ni di mana-mana pun boleh samada di rumah, di pejabat ataupun di mana jua asalkan ada plug point hehehhe… 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 


#gogopot
#gogopotdelivery
#orderonline


Sunday, July 12, 2020

Pengeluar Racun Serangga No. 1 di Jepun Terokai Pasaran Malaysia Dengan Enam Produk

Hi Korang,

Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, kini memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia. 

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.” 

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau. 

Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan. 

Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran. 

Hosaka berkata: “Sejumlah besar produk kami merupakan produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini. 

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah: 

Penyembur Fabrik NATUCAIR 


Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol. 

Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90 



Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR 




Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk. Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90 



ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach 


Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60 



Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 


100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90 



Perangkap Tikus Bergam ARS 



Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90 



Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH 


Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90


Produk-produk yang di keluarkan adalah penyembur dan pewangi yang natural, jadi ianya sangat penting dalam memberikan aura kepada rumah agar sentiasa berada didalam keadaan bersih dan selesa.

Untuk info dan keterangan lanjut boleh layari,





Saturday, July 11, 2020

Tambah Seronok Menikmati Snek Di Rumah Dengan JACK ‘n JILL CALBEE!

Hi Korang,

Tentunya tiada apa yang lebih menyenangkan hati seseorang itu daripada dapat bersantai di sofa sambil menonton filem, melayan drama bersiri secara terus-menerus mahupun melayari internet di komputer riba bersama sepaket JACK ‘n JILL Calbee di sisinya. 


Keadaan baru-baru ini telah mendorong rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan norma baharu, iaitu duduk di rumah. Ia memanglah agak menjemukan, namun JACK 'n JILL Calbee sedia menceriakan rutin seharian anda dengan pengalaman menikmati snek di rumah yang menghiburkan. Pada Julai ini, jenama ini akan memberi nilai tambah kepada setiap kunyahan kerepek kentang kegemaran anda, dengan peraduan “JACK ‘n JILL Calbee Elevate Your Snacking Experience at Home Contest 2020” 


JACK ‘n JILL Calbee telah dilancarkan pada Januari 2019 hasil usaha sama URC Snack Foods Malaysia, yang terkenal dengan jenama warisannya JACK' n JILL, dengan Calbee, yang merupakan pengeluar kerepek kentang terkemuka di Jepun. Sejak dilancarkan, JACK 'n JILL Calbee, yang menawarkan tiga perisa iaitu Classic Salted, Smokey BBQ and Flamin’ Chilli, telah menambat hati para penggemar snek dan dijadikan snek kegemaran mereka. 

“Norma baharu duduk di rumah dan penjarakan sosial telah menjadikan orang ramai lebih menghargai masa bersama orang tersayang, sekaligus dapat juga mencetuskan nostalgia. Daripada meningkatkan kemahiran memasak sehinggalah idea penambahbaikan kediaman, orang ramai sentiasa mencari jalan untuk menjadikan waktu yang dihabiskan di rumah lebih menyeronokkan dan bermakna,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore. “Sebagai satu jenama yang sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggan, JACK ‘n JILL Calbee kini memperkenalkan satu cara untuk mengganjari pelanggan kami sambil bersantai dan menikmati snek di rumah. 

Mulai 1hb Julai 2020 hingga 15hb Ogos 2020, semua peminat snek di seluruh negara dijemput untuk menyertai peraduan ini bagi meraih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan khusus untuk menambahkan keseronokan menikmati snek di rumah. Para pelanggan JACK ‘n JILL Calbee yang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah iPad Pro 11, untuk tontonan skrin persendirian yang berkualiti, sebuah TV Sony 65” untuk pengalaman tontonan ala-panggung wayang dalam keselesaan kediaman sendiri, serta pas percuma untuk melayan filem atau drama bersiri di Netflix! 


JACK ‘N JILL CALBEE KINI KEMBALI LAGI UNTUK MENINGKATKAN KEPUASAN MENIKMATI SNEK KORANG, KALI INI DI RUMAH JE! 

Sertai sekarang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat dengan 2 langkah mudah seperti berikut: 

Langkah 1 

Beli produk JACK ‘n JILL Calbee berjumlah RM 8 dan ke atas di dalam satu resit. 

Langkah 2 

· Hantarkan gambar resit pembelian menerusi WhatsApp, sertakan anda dan kepada +6011-1081 1878 

· Jawab (Y/N) (Y untuk Ya atau N untuk tidak) untuk soalan ini: “Adakah JACK ‘n JILL Calbee ditawarkan dalam tiga perisa?” 

Ganjaran hebat menanti korang, iaitu: 

HADIAH UTAMA X 1 
Sebuah iPad Pro 11 

HADIAH KEDUA X 1 
Sebuah TV Sony 65” 

HADIAH KETIGA X 50 
Kad Hadiah Netflix bernilai RM100 

Kesemua 52 pemenang juga akan menerima hadiah berupa satu set ‘JACK ‘n JILL Calbee Home Elevation Kit’ yang mengandungi tiga paket JACK ‘n JILL Calbee, satu mangkuk JACK ‘n JILL Calbee dan satu cawan JACK ‘n JILL Calbee. 

Untuk maklumat lanjut berhubung cara menyertai peraduan ini, sila layari laman Facebook kami https://www.facebook.com/JacknJillCalbee.MY/ atau Instagram https://www.instagram.com/jacknjillcalbeemy/ untuk perkembangan terkini. 

#JacknJillCalbee 
#ElevateYourSnackingExperience 
#ElevateYourSnackingExperienceAtHome