Friday, July 10, 2020

REVIEW | FOREST BEAUTY Mask

Hi Korang, 



Dalam kita bercerita mengenai makan-makan, kesihatan jugak perlu di ambil berat. Tak kiralah apa juga tahap kesihatan korang, tetap jugak kena jaga yer. 

Salah tuh kesihatan yang kena perlu di ambil kira iaitu penjagaan muka, eh bukan setakat cantik yer, kita hendak pastikan kulit muka kita sihat dan bebas dari bahan-bahan toksid yang melekat di muka. 

Kak lily di perkenalkan oleh seseorang mengenai Forest Beauty Mask ni. 

Forest Beauty, jenama produk keluaran Taiwan ini dipilih sebagai Anugerah Kesihatan, Kesihatan dan Kecantikan Watsons Taiwan. Forest Beauty secara konsisten diperingkat sebagai salah satu daripada 3 jenama "Authentic Word of Mouth" teratas dalam senarai populariti URCosme. 

Tambahan pula, 5 mask muka ini telah dicalonkan untuk Pure Beauty Global Awards 2020, juga dikenali sebagai "Oscar" Kecantikan Global. Forest Beauty's Pore Minimizing and Oil Control Mask memenangi kategori Rawatan Kulit Terbaik. 

Lebih daripada 100 selebriti, pelakon dan pakar kecantikan Taiwan yang menyukai keberkesanan, hasil dan kualiti produk penjagaan kulit Forest Beauty ini, dengan memberikan testimony positif di social media. 


Sempat kak lily mencuba 5 jenis mask muka keluaran Forest Beauty ini iaitu : 

Edelweiss Long Lasting Hydrating Mask 

Royal Jelly Advanced Hydration Mask 

24K Gold and Collagen Wrinkless Eye Mask 

Renewing and Oxygen Refreshing Mask 

Jom kita cuba satu per satu yer 


Edelweiss Long Lasting Hydrating Mask 

Dengan edelweiss organik dari Swiss Alps, ianya bertindak sebagai pelindung kulit untuk melindungi dari pencemaran, tekanan, radikal bebas, menyokong kulit yang sihat dan diisi semula. Ramuan willow organik dapat membantu mengecilkan pori-pori, memulihkan keanjalan kulit secara progresif, dan menjadikan kulit lebih halus untuk memudahkan solek wajah. 

Seeloknya di pakai sebelum mengenakan solekan supaya ianya lebih terserlah kecantikan setelah bersolek. 

Amat sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu memanjangkan daya tahan solekan muka serta menenangkan dan menyeimbangkan kulit dan minda kita. 


Royal Jelly Advanced Hydration Mask 

Bahan Royal Jelly Pentapeptide ini dimasukkan ke dalam salah satu bahan bersama dengan shea butter untuk memastikan hasil pertumbuhan semula kulit yang terbaik. Terdapat bahan seperti Ginseng & Madu bagi menyuburkan dan menyeimbangkan untuk menenangkan dan menyegarkan kulit yang kering atau sensitif serta Asid Hyaluronik (Jepun) untuk meningkatkan rasa sejuk dan terhidrat pada kulit muka. 

Calendula Organik juga di masukkan untuk membantu menenangkan dan menghidrat muka 


24K Gold and Collagen Wrinkless Eye Mask 

Mask mata ini berfungsi untuk mengurangkan penampilan kedutan, crow's feet dan tanda-tanda penuaan agar kulit yang kelihatan lebih tegang dan kontur yang lebih sekata. Hanya dalam masa 15 minit, garis-garis kering yang halus kelihatan montok dan sekeliling mata dibiarkan segar dan berseri. 

Bahan-bahan utama adalah Daun Emas 24K, Asid Hyaluronik, Tripeptida, dan Kolagen. 


Renewing & Oxygen Refreshing Mask 

Mask ini dapat menghilangkan kusam dari kulit muka korang kerana terdapat Enzim lembut pada mask ini menjadikan wajah korang lebih terserlah selepas digunakan, ianya dapat memperbaharui dan memperbaiki kulit muka yang mengalami masalah. 

Mengandungi asid buah asli iaitu: Caviar Lime(COSMOS Approved), vitamin B Group (patented bean fermentation extract) dan di tambah lagi dengan pearl whitening factor, white horehound extract and polyhyaluronic acid. 

Sangat sesuai untuk kulit kering dan kalau korang nak tau mask muka ini telah pun memenangi British Beauty Oscar- Finalis Finalis Pure Beauty Global Award 2020 (kategori "Reka Bentuk dan Pembungkusan Baru Terbaik") Anugerah Pilihan Rakyat FG 2020 

Pengalaman mencuba Forest Beauty Mask ini

Best wei

Royal Jelly Advanced Hydration Mask - not bad

24K Gold and Collagen Wrinkless Eye Mask - lega rasanya

Kak liy dah cuba Royal Jelly Advanced Hydration Mask dan 24K Gold and Collagen Wrinkless Eye Mask ternyata ianya memberikan kesan secara perlahan-lahan. Amat-amat mudah dan selesa di gunakan. Once dah di tanggalkan kulit muka menjadi segar bugar. 

Berita baik untuk korang.. 

Sebagai pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni, team Forest Beauty akan berikan diskaun 5% untuk korang, hanya dengan masukkan promo code FORESTB5 semasa check out nanti heheh 

Korang boleh dapatkan di platform shopping online ni ek 

SISTER: reurl.cc/0oyVj9

SHOPEE: reurl.cc/j7YM52

LAZADA: reurl.cc/rxnzgZ


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Thursday, July 9, 2020

Lokasi Kedai Makan Western Di Kuala Lumpur Yang Mesti Di Terjah

Hi Korang,

Citer pasal makan-makan lagi..  yak yak yeahhh

Selain makanan harian kita nasi, makanan-makanan jugak kita makan seperti chinese food, western food, indian food, fast food dan macam-macam lagi. 

Tapi kalau western food ni, terdapat beberapa lokasi yang patut korang cuba terjah.


Bagi peminat makanan barat seperti steak, chicken chop, spagetti dan lain-lain korang WAJIB berkunjung ke restoran di bawah ini. 

1) Me'nate Steak House 

Restoran ini memang Restoran kegemaran semua pengemar Steak sebab daging steaknya adalah "first class" punya. 

Pernah dengar daging "Matsusaka". Daging ini merupakan daging yang mahal tetapi rasanya sangat berbaloi kerana kelazatannya sangat terangkat. 



Di Me'nate Steak House terdapat pelbagai pilihan daging dari yang paling mahal kepada jenis daging yang mampu milik tetapi tetap sedap. Selain itu, layanan yang diberikan juga sangat bagus dan mesra. Restoran Me'nate Steak House ini sangat disarankan untuk mencuba. Selain di Kuala Lumpur Restaurant ini juga terdapat di Johor Baru. 

2) Copper 

Restoran copper ini menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Restoran ini menyediakan makanan Mediterranean dengan gaya yang mewah dengan harga yang berpatutan. 

Restoran ini menjadi pilihan ramai terutamanya pasangan kekasih, keluarga dan kumpulan beramai-ramai kerana suasananya yang ceria. Selain itu juga, pencahayaan yang disediakan di Restoran ini sangat cantik pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam. 


Disebabkan oleh itu, ianya menjadi tumpuan bagi mereka yang sedang bercinta. Terutamanya bagi mereka yang hendak mengajurkan "candy light dinner" buat pasangan yang sedang hangat bercinta. 

3) Spoon Steak House 

Restoran steak house ini di miliki oleh chef selebriti yang popular iaitu Chef Zam. Yang paling best sekali, Restoran ini pernah di kunjungi oleh kru Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Sudah menjadi kebiasaan Restoran yang di miliki oleh Chef terkemuka pasti akan menyediakan sajian makanan yang sangat lazat dan menyelerakan. 

Harganya pula sangat berpatutan mengikut hidangan dan kuantiti yang di sediakan. Restoran Spoon Steakhouse juga turut menyediakan hidangan tempatan bagi mempelbagaikan lagi pilihan dan bagi menyesuaikannya citarasa masyarakat tempatan. 


Penyediaan hidangan tempatan ini bagi menarik minat pelangan untuk memasuki restoran ini walaupun bukan bertujuan untuk merasai makanan Western. Restoran ini sangat di sarankan kepada pasangan yang gemar mengambil makanan Barat mahupun hidang tempatan. Setiap kali anda mencuba makanan di sini, pastinya anda tidak akan merasa kecewa. 

4) Paksu Chicken Chop

Nama kedai Paksu Chicken chop cukup terkenal dalam kalangan penduduk yang tinggal di area Gombak. Hal ini disebabkan kedai ini menyediakan makanan Western dengan harga mampu milik kerana harga satu set Chicken chop hanyalah RM6.90++ mengikut portion makanan yang tertentu. 

Tetapi, percayalah rasa dan kuantiti makananya sangat berbaloi-baloi. Selain itu, Paksu Chicken Chop juga ada menyediakan spagetti, dan pankek. Dengan harga yang berpatutan, anda mampu menikmati makanan Western ini. 


5) Moon's Kitchen 

Restoran moon's kitchen ini berkembang dari gerai kecil yang pernah diusahakan ahli keluarga pemiliknya sendiri. Suasana restoran ini juga comel serta ringkas dan ceria.

Dekorasi yang di pilih sangat menari kerana dindingnya dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Eiffel, Big Ben, patung Liberty dan banyak lagi. Setiap kali pelanggan menjejakkan kaki ke restoran ini, mereka akan merasakan diri mereka seolah-olah sedang berada di restoran mewah yang menenangkan jiwa. 



Masakan yang disediakan juga cukup sedap dan persembahan makanannya dibuat dengan menarik sekali. Disebabkan oleh itu, restoran ini mendapat start/comment yang tinggi dan positif dari pelanggan mereka dan comment yang diterima adalah jujur dari pelanggan mereka sendiri. 

Sekarang pilihan di tangan untuk memilih Restoran Western mana yang menjadi pilihan anda. Sebenarnya banyak lagi Restoran western di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai menu yang enak lagi lazat.

Satu perkara nak kongsikan kat sini, jika teringin nak nikmati menu western yang sedap-sedap begini, tak payah nak susah payah pun tak apa sebabnya sudah ada western food delivery yang mudah dan pantas. Pihak yang dimaksudkan ini adalah Foodpanda. 


Dengan Foodpanda, tak kisah berada di rumah ataupun di tempat kerja, buat saja tempahan kemudian boleh nikmati bersama keluarga mahupun teman. Pilih saja mana-mana menu western yang ingin di cuba dan jika tak tahu nak buat pilihan boleh terus gunakan khidmat Foodpanda saban hari untuk menjimatkan masa dan tenaga diri sendiri.



Wednesday, July 8, 2020

vivo TWS Neo Earphone Will Be Available in Malaysia on 11 July

Hi Everyone,

vivo TWS Neo Earphone will be available in Malaysia for sale starting from 11 July 2020, which will be priced at RM 359. With this, customers will be able to purchase vivo TWS Neo Earphone at all vivo concept store, authorised dealers, collaboration partners and e-commerce platforms such as Lazada, Shopee, and vivo Store (http://www.vivostore.com.my). 

vivo TWS Neo earphone features an extra-large 14.2mm driver unit, CD-standard HD transmissions as well as 3 stereo sound effects – offering sensational sound quality for an ultimate audio experience. Apart from that, the earphones are embedded with an 88ms low latency mode and super-stable wireless connection that guarantee a more reliable and smoother performance for the on-the-go gaming and video calling experience. 


The light and comfortable vivo TWS Neo earbud bring an array of powerful features, such as Slide Control, Find My TWS Neo and so on. With device charging time and battery life being some of the concerns when it comes to decision-making by consumers on purchasing wearable devices or smartphones, the vivo TWS Neo Earphone has supplied the answer to every possible question and has provided the solutions to ease customers’ need for an ideal earphone; while it features super long-lasting battery power with built-in Qualcomm low-power wireless chip and T1 power supply chip that are able to keep the battery life up to 22.5 hours. 

For more information on the full specification of vivo TWS Neo Earphone, please visit vivo Facebook page or official website.