Hi Korang,
Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.
Di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.
Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.
Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!
Volunteers- Shuhaida Kabdy delivery the home cooked Ayam Brand meals to Pusat Jagaan Rumah Kasih
Nurul Hasanah
Shuhaida Kabdy turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.
“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan dan jagung manis Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur Kacang,” jelas Shuhaida.
“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.
Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.
Kids of Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul
Hasanah filling up food to the #AyamWithYou Food Pantry
“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Shuhaida menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.
Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.
“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.
Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.
“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
📌 KUALA
LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
📌 PAHANG:
Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung,
26100 Beserah, Kuantan
📌 TERENGGANU:
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai,
24000 Kemaman
📌 KELANTAN:
Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim
Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala
Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan
Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman
Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa
Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450
Sungai Siput, Seremban
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15,
Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1,
Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No
22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat
Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti
#AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.