Thursday, June 25, 2020

CMASA.MY Tawar Hadiah GOLD BAR Untuk Kontest Share dan Menang ?? Mesti Kena Join Nieh

Hi Korang, 


Aduimak bila kak lily scroll-scroll website shopping online dari CMASA.MY ni ternampak plak ada contest Share dan Menang ni.


Pada mulanya just nak tengok apa barang-barang yang ada then nak jugaklah membeli belah kan hehehhe… yelah kalau barang dah murah so why not!!


Ada pelbagai produk tempatan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. di laman web https://cmasa.my/. Korang nak cari pun mudah, sebab semuanya di susun mengikut kategori untuk memudahkan kak lily mencari produk yang akak inginkan 

Nak lagi best, pelbagai jenama lokal produk muslim kegunaan harian ada ditawarkan, terutama produk makanan dan pes masakan, ermm kira senanglah nak cari bahan-bahan nak memasak.



Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar 

Mesti korang suka bab-bab kontest mudah ni kan. 

Ada berita baik untuk semua pembeli produk dari https://cmasa.my/. Bermula dari hari ini sehingga 30 Jun 2020, korang boleh menyertai Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar!

Caranya mudah sahaja. 

Ada 3 langkah yang perlu korang lakukan. 

LANGKAH 1 : 

Korang kena beli mana-mana produk (min 1 produk sahaja, lebih lagi bagus, macam akak nieh mana cukup dari satu hehehehe…) dari laman web https://cmasa.my/ . Apa sahaja barang, janji beli itu adalah syarat peraduan.

LANGKAH 2 : 

Jangan lupa untuk simpan resit pembelian (setelah pembayaran dilakukan). Paling penting korang kena hantar PRIVATE MESSAGE ke FB Page rasmi 



dan muat naik resit pembelian sebagai bukti dan pengesahan transaksi pembelian telah dijalankan.

LANGKAH 3 : 

Setelah setel laksanakan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula .. 

"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 

Lengkapkan ayat di atas berserta dengan gambar kreatif di posting tersebut. Sertakan sekali hashtag #cmasa dan pastikan akaun FB korang berstatus PUBLIC (tatapan umum) ya.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi.



Ada pelbagai jenis hadiah menarik ditawarkan iaitu:- 

Hadiah Utama x 3 

Gold Bar (Wafer Emas) 3gram bernilai RM840 
Keahlian Privilege YAPEIM 


Hadiah Kedua x 3 

Gold Bar (Wafer Emas) 1.5gram bernilai RM465 
Keahlian Privilege YAPEIM 


Saguhati x 10 

Cenderama Barangan YAPEIM 
Keahlian Privilege YAPEIM


Tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 Jun 2020! 

Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page kami CMASA. 

Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat . 




Wednesday, June 24, 2020

Majlis Pra-Pelancaran PROJEK GILA Bersempena Meraikan Ulangtahun LEFTHANDED Ke-40 Tahun


Hi Korang, 

Dalam lipatan sejarah kegemilangan adegan muzik rock Malaysia khususnya pada tahun 1980-an sehingga awal 1990-an, kumpulan Lefthanded ternyata telah pun berjaya membentuk liga mereka sendiri dan tidak dapat ditandingi sama dari segi ‘sound dan style’ muzik serta persembahan mereka. 


Dengan memiliki dua lagenda gitar hero iaitu Man Keedal dan Samad, lahirlah pelbagai riff gitar cukup ikonik, digabung bersama dengan lantunan bassline solid daripada Yan dan dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, ia kemudian disempurnakan lagi filem vokal unik Nash yang husky melejit tetapi penuh dinamik. 

Ya, di situlah kekuatan Lefthanded yang tidak ada pada band-band muzik rock lain yang sezaman dengan mereka. Tidak hairanlah mengapa sehingga kini Lefthanded masih tetap unggul serta dihormati di kalangan band muzik rock seangkatan mereka serta anak-anak band muzik generasi muda. 

Sempena meraikan 40 tahun penglibatan dan perjalanan kerjaya muzik mereka di dalam industri muzik Malaysia, kumpulan Lefthanded bakal terlibat dengan sebuah projek besar yang dinamakan PROJEK GILA


PROJEK GILA yang diadakan secara usahasama dengan syarikat produk kecantikan, HERB LAB dan E-Green Enterpreneur ini adalah sebuah konsert jelajah yang akan diadakan di 10 buah lokasi di seluruh negara sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan berakhirnya sudah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Bertemakan HIDUP dan PERJUANGAN yang juga adalah salah sebuah lagu yang diangkat dari album studio Lefthanded yang berjudul Qabul, PROJEK GILA ini adalah suatu usaha yang dilakukan kumpulan Lefthanded sebagai tanda terima kasih kepada fanbase mereka yang selama ini telah banyak berjasa serta menyokong kerjaya muzik mereka dari awal kemunculan hinggalah pada saat ini. 

Vokalis utama Lefthanded, Dato' Nash berkata, tempoh selama 40 tahun berada di dalam industri muzik bukanlah suatu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan peminat mereka. 

"Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 aabila bergabung filem bebera pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak iaitu Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah di dalam bidang muzik“ 


"Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan di dalam PROJEK GILA ini selain daripada memberikan manfaat kepada peminat Lefthanded sendiri. Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ia juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded " katanya. 

PROJEK GILA ini ternyata amat simbolik buat Man Keedal dan Nash kerana ia bakal mendedahkan perjalanan seni temasuklah jatuh bangun serta pahit getir Lefthanded selama 40 tahun mereka hidup dan berjuang di dalam indusri muzik tanah air. 

Malah mereka akan turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dengan kerja-kerja pembikinan muzik, bagaimana persiapan konsert dilakukan bermula dari saat rehearsal sehinggalah melakukan sound check serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat. 

Gitaris lagenda Lefthanded, Man Keedal berkata, PROJEK GILA ini akan mendedahkan segalanya tentang Lefthanded buat peminat-peminat mereka. 


"Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat peminat kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana fans kami. Ini juga adalah suatu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan contribution kami sendiri terhadap industri muzik tanah air" katanya lagi.

Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan

Seperti yang diwar-warkan Projek GILA ini juga mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan.




Antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).

Marilah Sokong Projek G.I.L.A

Bagi menyemarakkan industri muzik tanah air, jom sama-sama kita sokong Projek G.I.L.A Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai muzik rock yang menjadi lagenda satu masa dulu. 


Dengan pembelian tiket konsert pada harga yang cukup menarik, pakej sekali dengan diberikan produk kecantikan Herb Lab sememangnya sangat berbaloi dan berpatutan.Selain itu, pelbagai ganjaran menanti korang dalam bentuk cabutan bertuah. Hadiah utama seperti kereta dan pelbagai lagi.


So apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama menyokong industri hiburan tanah air kita.





Tuesday, June 23, 2020

Saham ANZO Holdings Bhd Melonjak Aktif Menunjukkan Tanda-Tanda Kejayaannya

Hi Semua,

Perdagangan dalam sekuriti Anzo Holdings Bhd telah ditangguhkan atas permintaan syarikat tersebut mulai 4.22 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman.

Tidak ada perincian yang diberikan oleh Anzo mengenai penggantungan tersebut.

Namun, sumber-sumber yang diketahui iaitu mengenai perkara tersebut mengatakan bahawa pengumuman itu mungkin berkaitan dengan kesepakatan besar yang akan dilakukan secepat minggu ini, dan itu boleh menjadi penukar permainan bagi Anzo.

Anzo secara aktif berusaha untuk mempelbagaikan perniagaannya untuk meningkatkan aliran pendapatan dan pendapatannya, walaupun terdapat pandemi Covid-19.

Dalam pengajuan baru-baru ini kepada Bursa Malaysia, Anzo mengatakan pihaknya sedang meninjau rancangan perniagaan syarikat untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif yang timbul dari Pandemik Covid-19.

Syarikat mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama. Ini disebabkan terutamanya oleh sumbangan dari bahagian perdagangan bahagian pembinaan, yang memberikan perolehan RM7.5 juta (2019: nil) pada suku tersebut.

Bahagian perkayuam hanya menyumbang perolehan RM900,000 (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut.

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, ia telah mencapai kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku sebelumnya tahun sebelumnya.

Untuk tahun ini, dan hasil daripada perniagaan perdagangan yang bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta.

Hasilnya, kerugian sebelum cukai berkurang hampir separuh, dari RM2.7 juta pada 2019 menjadi RM1.39 juta pada tahun 2020.

Sumber percaya bahawa Anzo mungkin mencatat keputusan yang lebih baik pada suku keempat yang berakhir pada 31 Julai 2020.

Saham ditutup 2 sen atau 15.38 peratus lebih tinggi hari ini pada 15 sen, menaikkan permodalan pasaran kepada RM132.78 juta.

Ia merupakan saham ketujuh tertinggi yang diperdagangkan berdasarkan jumlah dagangan di bursa saham tempatan.

Sebanyak 90.1 juta saham diniagakan sebelum penangguhan.

Harga penutupan 15 sen juga merupakan harga dagangan tertinggi Anzo sejak tiga tahun kebelakangan.

Pada April 2017, saham telah diperdagangkan sekitar 40 hingga 50 sen.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 22 Jun, Anzo mengatakan bahawa beberapa pelabur asing telah memperoleh saham dalam syarikat itu.

Syarikat itu menjawab pertanyaan dari Bursa Malaysia berikutan laporan berita.

Seperti mana yang kita ketahui Anzo Holdings Bhd, yang mengeluarkan dan memasarkan produk kayu untuk membina projek di Malaysia, kini sedang giat dalam usaha mencari perniagaan baru untuk menjana pendapatan tambahan bagi kumpulan tersebut. 


Difahamkan, kumpulan itu sedang berbincang dengan beberapa pelabur asing untuk rancangan tersebut. 

"Pemegang saham merancang sesuatu untuk Anzo membawanya ke tahap yang baru. Anzo boleh mendapatkan pelabur baru dan mereka mungkin menyuntik perniagaan baru ke dalam kumpulan," kata seorang sumber dengan pengetahuan mengenai perkara itu. 

Anzo (dahulunya di kenali sebagai Harvest Court Industries Berhad) juga terlibat dalam pembinaan dan pembangunan harta tanah, dengan fokus pada kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk dalaman dan perkhidmatan penyelenggaraan yang berkaitan. 

Saham Anzo naik 4 sen atau 41,18 peratus hari ini untuk ditutup pada 12 sen. Itu adalah salah satu saham yang paling banyak diperdagangkan di bursa saham tempatan. 

Harga penutupan pada 12 sen juga merupakan yang tertinggi diniagakan dalam 12 bulan terakhir. Jumlah saham yang diperdagangkan adalah 189 juta. 

"Kenaikan harga saham menunjukkan ada peningkatan di Anzo. Melihat trend hari ini di mana kebanyakan syarikat tersenarai Bursa mempelbagaikan dan menceburkan diri dalam industri berkaitan kesihatan dan penjagaan kesihatan, Anzo dapat merancang hal yang sama untuk mempelbagaikan pendapatannya," kata sumber. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Anzo mengatakan pihaknya berhati-hati terhadap prospek untuk tahun kewangan saat ini kerana ekonomi terus menghadapi berbagai macam angin terutama dengan wabah koronavirus. 

Anzo mengatakan kelembapan ekonomi secara meluas ini telah pun di jangkakan dan kumpulan itu secara aktif mengusahakan langkah-langkah untuk menguruskan kos operasinya dan menyemak semula rancangan perniagaan untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif yang timbul dari pandemi Covid-19. 

"Anzo akan terus fokus pada kecekapan dan produktiviti operasinya sehingga hasil yang memuaskan dapat dicapai untuk tahun kewangan semasa," katanya. 

Kumpulan itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama. 


Ia mengatakan ini terutama disebabkan oleh sumbangan dari bahagian perdagangan bahagian pembinaan, yang memberikan perolehan RM7.5 juta pada suku tersebut. 

Industri kayu amat terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang berkuat kuasa pada bulan Mac 2020. Ini terbukti dengan sumbangannya hanya perolehan RM0.9 juta (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut. 

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, kumpulan ini mengalami kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku tahun sebelumnya. 

Untuk tahun ini, dan hasil daripada perniagaan perdagangan yang bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar kumpulan masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. 

Hasilnya, kerugian sebelum cukai kumpulan berkurang hampir separuh, daripada RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020.