Hi Semua,
AT Systematization Bhd (ATS) telah pun membeli Pearl Glove (Malaysia) Sdn Bhd yang mempunyai kontrak untuk menghasilkan sekitar 500 juta helai sarung tangan dalam tempoh satu tahun akan datang.
ATS, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, tidak menyatakan harga yang dibayarnya tetapi sumber mengatakan kontrak Pearl Glove bernilai sekitar RM100 juta.
AT Systematization Bhd (ATS) juga telah pun menandatangani Letter of Intent (LOI) untuk mendapatkan Pearl Glove (Malaysia) Sdn Bhd (Pearl Glove), dengan jumlah yang tidak didedahkan, iaitu tertakluk kepada kewajaran, peraturan dan persetujuan pemegang saham.
Pearl Glove merupakan syarikat perintis Malaysia yang terletak di Sungai Petani, Kedah yang terlibat dalam perancangan, pengembangan dan pengeluaran industri sarung tangan. Keistimewaannya produk OEM dan ODM yang dikeluarkan sememangnya dipercayai berkualiti dan reka bentuk serta prosedur pembuatan adalah mesra alam.
Global Market Insights telah melaporkan bahawa sarung tangan keselamatan industri sahaja merangkumi pasaran global sebanyak USD5 billion dan diharapkan dapat menyaksikan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) tujuh peratus (7%) sehingga tahun 2025 yang mana ketika kesihatan dan keselamatan pekerjaan ke arah dalam usaha pencegahan dan sebagai langkah perlindungan.
ATS juga menjangkakan permintaan sarung tangan yang semakin meningkat dan akan berusaha untuk menyuntik modal dan kepakaran dalam pembuatan sarung tangan yang melibatkan pemeriksaan perubatan nitril bagi meningkatkan kapasiti dan rangkaian produk Pearl Glove (setelah pemerolehannya).
Komentar terbaru Bloomberg menjangkakan Malaysia akan mengeluarkan lebih dari 240 billion unit sarung tangan tahun pada tahun ini atas permintaan.
Seterusnya mendorong pengeluaran ke kapasiti maksimum hingga pertengahan tahun 2021, berbanding 182 billion unit sarung tangan pada tahun 2019. Permintaan penghantaran tempahan dari 30 hari menjadi 150 hari dan permintaannya masih berterusan tanpa henti.
Pandemik virus global ini telah tersebar dengan drastik dan sangat diperlukan untuk perlindungan keselamatan para 'frontliner' dan mereka yang telibat dalam perubatan. Pandemik ini dijangka bakal mengalami gelombang kedua ketika bulan-bulan musim sejuk melanda hemisfera utara.
ATS merasakan bahawa dengan melabur dalam syarikat sarung tangan turnkey, seterusnya adaptasikan penggunaan mesin dan kepakaran baru, mereka kini sedang bersiap sedia untuk memenuhi syarat permintaan berterusan sarung tangan menjelang akhir tahun 2020. Sekiranya kenaikan permintaan konsisten, ATS akan mengambil bahagian sebagai pengeluar OEM dan membuat pelaburan dalam RnD bagi mengembangkan jenama dan produknya sendiri.
Untuk info, Malaysia terlibat secara tidak langsung 67% perniagaan sarung tangan pasaran global, sekaligus pemerolehan ini akan menjadikan ATS sebagai penyumbang kepada permintaan sarung tangan dan ini menjadikan syarikat ini ke tahap yang baru.
Ahli Lembaga Pengarah ATS yakin ini adalah langkah jangka panjang yang betul dan dapat memberi manfaat kepada pemegang saham yang setia setelah sekian lama.