Sunday, June 7, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Boleh Rentas Negeri

Hi Korang,

Dah berapa banyak fasa PKP yang kita dah lalui ek?

Dari PKP 1 hingga kita dah nak masuk ke fasa pemulihan bagi PKP untuk Pandemik Covid 19 ini, Seriously kak lily senantiasa berdoa untuk cepat-cepat pulih keadaan di negera kita ni kan.


Jadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini.

Negara kita kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada strategi keluar PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei yang lalu

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

Pelaksanaan PKPP berteraskan tujuh strategi:

Pengukuhan kesihatan awam
Perundangan dan penguatkuasaan.
Pengukuhan kawalan sempadan
Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi
Pemerkasaan tanggungjawab komuniti; dan
Perlindungan golongan berisiko



Berikut antara inti pati PKPP:

1. Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
Yeah boleh balik kampung, jawabnya kena ambil cuti nieh

2. Buka hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan ekonomi.
Dapatlah masuk mall, pi minum kopi kan

3. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar ria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan boleh beroperasi.
Of courselah ni yang kak lily suka gak boleh pi pasar tani setiap ahad pagi cam biasa, bawang-bawang cantik kat pasar tani dan pasar malam tau

4. Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, kolam pancing komersil dan penggambaran filem dibenarkan.
Nak masuk cadar ke comforter cepat kering dah boleh dah

5. Aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak berbasikal dan konvoi motosikal dibenarkan.
Kalau dah boleh ride, bolehlah pi Lemang Toki makan lemang Raub ek

6. Renang, ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki tidak dibenarkan.
Ishkk tak yah lah ni, still bahaya lagi

7. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.
Mari bercuti ke pantai untuk release tension tak pun pi mandi sungai dengan geng #kaupondan hehehehe

8. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan.
Eh mesti kena balik kampung ni, ganti balik raya Aidilfitri 

9. Pembukaan sekolah akan dilakukan secara berperingkat.
Itulah bagus ni, kesian anak-anak bosan duduk dirumah

10. Pub, kelab malam, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema masih tidak boleh beroperasi.
Tak pelah kita karaoke dalam kereta, urut kaki suruh Mr Big yang buat.

11. Perarakan keagamaan, kenduri dan rumah terbuka masih dilarang
Ermm tak perlah janjilah sket duit kan


Ermm maknanya aper....

Marilah kita siap-siap kemas beg dan pulang ke kampung minggu ni. For sure highway kan jem kaw-kaw sebab semua orang balik ke kampung kan.

Maka standbylah fizikal dan emosi untuk mengharungi jem hebat ni ekk


sumber : Bernama dan Google


Friday, June 5, 2020

Promosi Syawal HABIB Mengajak Pengguna Melabur

Hi Korang,

Syarikat pengeluar barangan kemas tempatan jenama Habib memandang serius dengan keadaan ekonomi yang melanda bukan hanya Malaysia tapi turut memberi impak di peringkat global. 


Hal ini juga menyaksikan peningkatan harga emas yang kini berada di tahap tertinggi dalam sejarah pada paras RM 270 segram. Namun, Habib ingin berkongsi pandangan dari sisi yang berbeza dengan orang ramai untuk melihat kenaikan harga emas ini sebagai satu waktu yang sesuai untuk menjual beli emas. 

“Saban hari, harga emas yang dijangka semakin meningkat untuk tempoh yang agak lama membuatkan setiap pembelian emas kini merupakan satu pelaburan yang bijak kerana harga emas lebih stabil berbanding nilai matawang dunia. Bagi memudahkan para pelanggan, di Habib kami menawarkan pembelian semula dengan harga yang berpatutan buat para pelanggan kami yang ingin menukar barangan kemas lama kepada yang baharu.” Kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib. 


Di samping itu, sempena Promosi Syawal yang berlangsung sepanjang Kempen Rantaian Kasih di musim perayaan Aidilfitri ini, Habib menawarkan duit syiling emas seberat 0.2-gram dengan rekaan ekslusif hanya semasa perayaan ini pada harga RM 118 sahaja. Orang ramai boleh membuat kelainan dengan menggantikan pemberian duit raya dengan duit syiling emas dari Habib pada raya tahun ini. 




Selain itu, bagi memeriahkan lagi sambutan raya pada tahun ini meskipun disambut dengan norma baharu, Habib menawarkan potongan harga sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata yang terpilih. Tambahan pula, potongan harga RM 10 untuk segram emas dan setiap pembelian bernilai RM 8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel. 

Oleh itu, para pelanggan jangan terlepas peluang untuk menikmati Promosi Syawal yang berlangsung dari sekarang sehingga 22 Jun 2020 di seluruh bilik pameran Habib di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian hotline kami di 019-2222916.



Thursday, June 4, 2020

Beyond the Specs: vivo X50 a Remarkable Series in 2020

Hi Everyone,

vivo has officially unveiled its latest high-end X series, vivo X50 in China early this week. The launch of vivo’s first flagship series in 2020 has seen success as it received tons of positive responses from the spectators and media, with the phone offers far more than its specs sheet listing and benchmarks.


One of America’s top technology website operated by Vox Media, The Verge praised vivo’s innovative technology implemented on the latest flagship – X50 series. “The company does have a track record of debuting new hardware features that end up getting widely adopted elsewhere, from in-display fingerprint sensors to pop-up selfie cameras, so we’re certainly interested to try out the Gimbal Stabilization for ourselves,” stated by The Verge

Back in 2000, Sharp launched its J-SH04, which was asserted to be the world's first mobile phone with built-in camera. Over the course of the years, vivo has successfully created the specially-made camera that features gimbal-style camera stabilization – ensuring smooth and steady footage simply by holding onto the phone and nothing else. 


vivo X50 series is embedded with a micro gimbal-like structure, with lens that rotates as the module is manipulated by a robotic gimbal that help to achieve steadier results when recording video footage. With this innovation, the Gimbal Stabilization area offers 3.2 times more effective than the typical OIS stabilization cameras. '


According to vivo’s official statement, the X50 Series will be released globally in the second half of 2020, which means that Malaysians can also be expecting vivo’s latest gimbal stabilization technology coming soon.