Thursday, May 14, 2020

vivo Malaysia Teams Up with PUCM to Host Virtual Photography Workshop

Hi Everyone,

With another extended month of Malaysia being under the Conditional Movement Control Order (CMCO), though most businesses are allowed to return on track, yet traders must adhere to the rules and regulations under restrictions movement as staying safe and social distancing are now a collective responsibility. 


With that, vivo Malaysia is teaming up with the China Entrepreneurs Association in Malaysia, Persatuan Usahawan China Di Malaysia (PUCM) are having a virtual photography workshop via PUCM Malaysia’s Facebook Live on this Friday, 15 May 2020 at 8PM – encouraging Malaysians to stay put without getting emotionally drained from MCO. 

While there are several trends being circulated on social media ever since MCO first started in March, such as the shares of memes, TikTok video and cooking recipe, people are trying to work on something to fill their spare time during MCO. There are photo-driven people who are seeking tips and tricks on how to take great pictures when we are all confined to our homes – begging the initiative to organise the virtual photography workshop. 

The live streaming workshop will be graced by two local and international award-winning Malaysia’s photographers, Ck Chau and Sharkman, while providing the audience a variety of tips and tricks that will enhance their photography skills. 

For more information on the photography workshop, please visit vivo Facebook page or Official Website.

Monday, May 11, 2020

Berbuka Puasa di Grandmama's Pavilion Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Dah nama pun musim PKP kan so payahlah nak keluar ke mana-mana. 

Tapi di sebabkan pihak kerajaan sudah menukar dari PKP ke PKPB so dapatkan restoran dan beberapa tempat makan dibuka mostly untuk take away dan delivery service jer. 

nampak standby mask jer all the time

Kebetulan minggu lepas kak lily ada kerja di KL area Pavilion dan almost time berbuka dah masa tuh so ktorang plan nak take way saja, and then ternampak plak restoran Grandmama’s ni buka untuk dine in so apa lagi singgah makan sahajalah di sini. 

Bagaimanapun restoran Grandmama’s ni mengikut peraturan yang telah di tetapkan seperti mengambil suhu badan, sediakan hand sanitizer serta ada penjarakkan sosial di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain, ermm barulah rasa selamat nak berbuka puasa di sini. 

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran Grandmama’s menyediakan beberapa hidangan set menu untuk berbuka puasa. So tak delah korang pening nak pilih yang mana satu nak makan, biasalah decision yang lambat menyebabkan kita semua meroyan kelaparan ni bila tengok meja lain semua makanan dah terhidang tapi kita duk memilih menu lagi ye. 


Hah amik ko, banyak betul pilihan set berbuka puasa di Grandmama’s ni kan. Ni kak lily tunjukkan korang set hidangan #SafeAtHome yang kak lily order hari tuh. 


#SafeAtHome Untuk 3-4 orang

Kerabu Buah-buahan Muda
Seafood Curry Hot Pot
Deep-Fried Malay Spice Chicken
Stir-Fried Vegetables with Sambal Belacan
Nasi Putih
Kurma
Chilled Melon & Sago
Kuih Muih Tradisional

minuman panas ada sejuk pun ada

kuih-muih dan kurma

Ok kalau korang rasa tak cukup makanan-makanan di dalam set menu tuh korang boleh jugak order ala-carte ye. Ada beberapa menu yang boleh di order secara ala carte jugak.

Seafood Curry Hot Pot

Kerabu Buah-buahan Muda

Ayam goreng berempah

sayur goreng dengan belacan

Syiok kan!! 

Itulah kak lily pun rasa, jangan makan macam nak rak sampai balik tak boleh nak jalan ye awassss 

Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini di sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall 

Bagi outlet di KLIA dan Genting Highlands, Grandmama’s menyediakan hidangan Individual Set. 

So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua. 

Jom kita ke: 


Grandmama's Pavilion KL 
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur 
Tel: 03 – 2143 9333 


Outlet Grandmama's yang Lain:-
 
G-12, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Razak, 50400. Kuala Lumpur 

Lot a, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor. 

Lot T2-06, Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands, 69000, Pahang


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 



#safeathome
#shareathome
#saviourathome
#grandmamaspavilion










Saturday, May 9, 2020

Antabax Ganding Bahu bersama MYDIN Kutip Dana Amal

Hi Korang,

Antabax, jenama produk penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, akan menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN, MYDIN Prihatin: Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan 2020. 

Dalam kutipan dana yang berlangsung dari 13 April hingga 21 Jun 2020 ini, sebanyak RM0.10 daripada setiap hasil jualan semua produk Antabax dari setiap cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan kepada penyediaan keperluan asas bagi golongan asnaf (kumpulan penerima zakat) serta rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 


Antabax merupakan antara 5 jenama yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program amal pengumpulan dana MYDIN Prihatin. Sempena ulangtahun ke-63 MYDIN pada bulan Ogos ini, serta musim persediaan Kembali ke Sekolah pada bulan Disember, hasil kutipan dana tahun ini akan didermakan kepada golongan keluarga kurang bernasib baik, rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua. 

Wabak Covid-19 nyata telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Antara yang paling terkesan adalah mereka yang berisiko tinggi terutamanya golongan kurang bernasib baik. 

Dalam mengekang penularan, orang ramai disarankan agar kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air, menggunakan cecair disinfektan serta mandi sebaik pulang dari kawasan yang sesak. Produk Antabax seperti krim mandian, sabun tangan, sabun mandi, penyembur dan gel disinfektan, serta tisu lembap antibakteria yang menawarkan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, boleh didapati di cawangan MYDIN di seluruh negara. Semua produk Antabax disahkan Halal dan boleh digunakan dengan yakin oleh pengguna Muslim. 

“Wabak Covid-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan produk Antabax ekoran saranan pencucian tangan dan permukaan serta mandian yang kerap bagi mengekang penularan. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami ingin membantu komuniti yang memerlukan ketika ini,” jelas Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Antabax. 

“Sebagai satu jenama kebanggaan Malaysia, Antabax memahami cabaran yang dihadapi masyarakat tempatan. Dalam waktu yang sukar ini, kita perlu menghayati semangat #KitaJagaKita dan menghulurkan bantuan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MYDIN dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” tambah beliau. 


Melalui program MYDIN Prihatin yang pertama pada tahun 2019, Antabax telah menyumbang sekitar RM18,000 kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara. 

“Kami amat menghargai sokongan Antabax dalam menyertai usaha yang mulia ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Usaha MYDIN Prihatin yang sebelum ini telah berjaya mengumpul lebih daripada RM150,000 untuk amal jariah. Kami berharap agar dapat mendatangkan lebih kegembiraan tahun ini, terutamanya pada waktu yang sukar ini,” jelas Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad. 

“Sumbangan berbentuk tunai serta barangan kini jauh berkurangan sejak bermulanya wabak Covid-19 berikutan kesukaran yang dihadapi semua orang. Kami menghargai usaha MYDIN Prihatin dan sokongan yang kami terima dari Antabax. Bagi kami sumbangan ini sangat membantu, dan kami berasa bersyukur,” ujar seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Sertai komuniti Antabax dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen dan inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.