Wednesday, May 6, 2020

Menu Buka Puasa Minggu Pertama Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Ya ampun nak citer pasal PKP tak abis lagi ni nak citer plak pasal ramadan ek. 

Seriously sekejapan je dah 12 hari berpuasa, langsung tak perasan. Dengan keja senantiasa berlambak banyak walapun work from home kan. 

Tapi tak per kak lily tetap bersyukur dengan apa yang diberikan. 

As usual tak de bazaar Ramadan tahun ni so kita masak je setiap hari. 

Start kul 4 petang kak lily dah keluarkan barang-barang dari fridge apa nak masak. Normally kak lily masak simple-simple je sebab ktorang kan berdua jer so tak yah nak masak bebanyak berkawah-kawah bagai hehehehee senang jer. 

Nilah kak lily nak kongsi beberapa jenis lauk yang di masak, kalau tak sempat masak Mr Big balik keje tuh singgah pi beli. 

Menu Minggu Pertama bulan ramadan 2020 

Hari Pertama 


Dah 38 hari di musim #PKP nieh dan inilah menu buka puasa hari pertama, sup sayur, udang sweet sour dan kerang rebus. 

Hari Kedua 

Hari 39 PKP. 


Kak lily masak sup telur, ikan berlado dan ulam sket. Mr Big suka makan bersup-sup ni so hari-hari masak sup pun tak per dia ok je no hal. Ulam tuh petik kat garden rumah, bayam brazil so jimat sket duit kan.

Hari Ketiga 

Hari 40 PKP. 


Kite buke pose dengan air ijau dan air itam hehehe.. Jus kedondong dan air kelapa laut hah dari Man Java @kaksue7273, sedap dan kene dengan tekak. Boleh order lagi pas nie, walaupun kat Rawang boleh delivery sampai ke Kajang, kemain sejuk lagi tadi dapat adik-adik runner ni anto. 

Hari Ke 4 

Hari 41 PKP. 


Tak masak pun sebab tak sempat meeting back to back. So kitorang cuba kaedah Potong-Q dari Dominos Pizza. Cepat mudah dan lekas, datang amik je terus. Berbaloilah dengan harga dan menu yang di berikan

Hari Ke 5 

Hari 42 PKP. Hari ni kak lily di murahkan rezeki, D’Kayangan Grill dan Steamboat di Shah Alam menghantar juadah berbuka puasa. 


Combo Nasi Beriani Ayam Masak Madu & Bawang Goreng DK dari D'Kayangan Steamboat. Menunya adalah Nasi Beriani Ayam Goreng, Telur Masak Kurma,!Kari Kambing Dalcha, Ayam Goreng Madu Bawang Goreng, Acar dan Papadom

Combo ni termasuk sekali dengan Roti John, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Cucur Udang, Agar-Agar, Kek Coklat, Teh Tarik, Kurma. 

Makan sampai tersandar dan sebahagian terus di bawa ke sahur. 

Hari Ke 6 

Hari 43 PKP. Menu ramadan hari ke 6 ni datangnya dari @vivatelkl. Terperanjat tau tup-tup ade orang call suruh pick up makanan kat lobby. Hah meriah kan!!


Ayam Percik
Ayam Penyet Minah
Briyani Warisan Ayam

Retro Cafe Ramadan Tapau 'Selera Kampung' pada harga RM20 per set ni bole di dapati secara take out dan deivery jugak tau.

Korang bole whatsapp 013-2288840 ataupun call 03-92058888 untuk tempahan wokeh!! Syukur rezeki lagi. 

Hari Ke 7 

Hari 44 PKP. 


Ramadan ke 7 dah sekejapan sungguh kan masa berlalu. Lauk simple ari nie, daging sawi berlado, sambal kentang ikan bilis dan bendi celur bercili.

Apemacam?? 

Meriah tak menu lauk makan-makan ahkak ko ni. Itulah konsepnya masak apa yang ada janji tersedia makanan di atas meja. Bertambah bersyukur lagi ada pihak yang datang menghantar makanan untuk kami berbuka puasa jugak. Lazat-lazat belaka, kak lily berani jamin keenakkannya tau kalau korang nak order. 

Korang cam ne? 

Hehehhhee order ke masak seperti biasa.. 

Nanti kak lily sambung lagi menu-menu untuk minggu kedua dan ketiga ek, kalau nak mintak resipi pun boleh bagitau jugak lah nati kak lily tuliskan. 



Tuesday, May 5, 2020

vivo Malaysia Together with Hungry Delivery Offer Promotion for all vivo Users

Hi Everyone,

With over a month of Malaysia being under the Movement Control Order (MCO) and currently in Phase 4, there are days where one is not into the cooking mode or is getting bored with eating only home-cooked dishes and lacking variety. During times like this, relying on food delivery service seems to be more welcoming than before and is a breath of fresh air.

Use promo code “vivov19” and enjoy exclusive redemptions until 31 June 2020

vivo Malaysia together with Malaysia’s food delivery services platform, Hungry are now offering an exciting promotion for all vivo users – encouraging Malaysians to stay put to help them in their plight to #JustStayAtHome while giving them a variety of choices that will please the palate. 

Effective from 1 May till 31 June, customers will be able to enjoy an exclusive RM5 discount voucher with a minimum order of RM30 via Hungry Delivery. 

Additionally, vivo Malaysia has recently unveiled the highly anticipated vivo V19, capturing on the device’s industry-leading camera capabilities with stunning aesthetics, which is now selling at RM1,699. In celebration of this, customers are entitled to the special promotion with the promo code of “vivov19” upon checkout of delivery orders made with online payment. 

For more information on the promotion terms & conditions, please visit vivo Facebook page, Official Website, Hungry. 

*Promo code is subject to availability on a first-come, first-served basis, while stocks last.


HABIB MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA SEWAKTU BERMULA OPERASI

Hi Korang,

Susulan dengan pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi, HABIB akan beroperasi semula mulai Isnin, 4hb Mei 2020 ikuti waktu perniagaan biasa. Selaras dengan itu, HABIB akan mengambil langkah berjaga-jaga berdasarkan Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan demi keselamatan dan keselesaan para pengunjung dan staf HABIB. 

HABIB akan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan langkah-langkah tambahan akan dilaksanakan seperti berikut: 

· PENJARAKKAN SOSIAL – Penyediaan jarak selamat 1 meter di antara para pelanggan dan staf yang perlu dipatuhi. 

· SUHU BADAN – Para pelanggan akan diperiksa suhu badan dan perlu mengisi borang maklumat diri di pintu masuk bilik pameran. 

· HAND SANITIZERS – Para pelanggan perlu membersihkan tangan sebelum dilayani pegawai jualan. Hand sanitizers akan disediakan di setiap kaunter pameran. Staf jualan juga perlu membersihkan tangan mereka sebelum melayani para pelanggan. 

· FACE MASK – Face mask akan diberikan kepada semua pelanggan untuk dipakai semasa membeli-belah. Semua staf jualan juga akan memakai topeng muka untuk memastikan keselamatan semua pelanggan yang mengunjungi bilik pameran. 

· KEBERSIHAN – Barang kemas akan dibersihkan setiap 30 minit. Kedai dan tombol pintu pejabat, pemegang, dinding, cermin kaca, bahagian atas meja akan dibersihkan setiap jam. 

· Semua barang kemas akan dibersihkan sebelum dan selepas dicuba oleh para pelanggan. 

· Kesemua staf HABIB perlu berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik sebelum melapor diri ke tempat kerja. 

· Kesemua staf akan diperiksa suhu badan sebelum dan selepas waktu bekerja. 

· Kesemua staf akan memberikan status kesihatan harian mereka dan harus melaporkan kesihatan mereka. 

Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para pelanggan. HABIB akan memastikan pelanggan berasa aman, selesa, selamat dan yakin ketika berbelanja di HABIB. Selain itu, HABIB turut menjamin penyediaan tempat kerja yang bersih untuk kesejahteraan pekerja kami. 

Selain itu, kami juga menyediakan alternatif untuk para pelanggan kami yang masih lebih selesa untuk berbelanja dari rumah. HABIB boleh didapati di platform e-dagang; Lazada dan Shopee. Semua barang kemas kami di Lazada dan Shopee adalah tulen dan asli. Platform media sosial kami; Instagram dan Facebook sentiasa dikemas kini dengan koleksi terbaharu dan promosi istimewa. Jadi buatlah pilihan dan pembelian secara dalam talian dengan menghubungi nombor hotline kami seperti yang dilampirkan di lampiran talian khidmat pelanggan. Bilik pameran kami akan menyediakan barang pilihan anda untuk siap diambil. 

Selain itu, Habib turut menyediakan perkhidmatan membaik pulih barangan kemas, pembelian balik, pajak gadai, pengubah suaian barangan kemas serta penilaian zakat kepada para pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-42522777 atau berhubung melalui media sosial di Facebook Habib www.facebook.com/habibjewels dan Instagram Habib @ Habibjewelsofficial