Monday, April 27, 2020

Resipi Ayam Masak Bali


Hi Korang, 

Bulan Ramadan ni memang carian resipi memang sangat-sangat hotzz. 

Yelah nak buka puasa kan, haruslah kena masak. Di sebabkan kak lily ni pemalas nak masak menu yang remeh temeh so kak lily suka mencuba resipi-resipi enak dan mudah di sediakan. 

So kak lily cuba resipi Ayam Masak Bali ni sebab ramai yang cakap kalau makan mesti teringat kat Bali punye hehehe ewah ke Bali sangatlah kan tapi tak per kita cuba dulu ek. 

Bahan-Bahan: 


1 ekor ayam 
serbuk kunyit 
garam secukup rasa 
8 batang serai, dititik 
6 tangkai daun kari 
1 senduk cili kisar 
3 sudu besar kicap manis 
minyak masak 
gula melaka atau gula pasir 
sedikit air 
Bahan-bahan untuk kisar halus: 
5 biji bawang besar 
10 biji bawang merah 
10-12 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 inci belacan 

Cara Penyediaan: 


1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. 


2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau. 


3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak. 


4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air. 

5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan. 

Tak delah kak lily masak sampai nak masak seekor ayam tuh, so korang anggarkan bahan-bahan tuh ek. Rasa pun korang adjust lah ek, yang suka pedas boleh tambahkan cili, yang nak manis letak gula lebih sket. 

So apa lagi selamat mencubalah 

Kalau ada masa free lagi nanti kak lily akan kongsikan lagi ek



Cuka Epal – Rahsia Wanita Besi

Hi Korang,

Korang bertemu wanita sepertinya setiap hari – sihat bertenaga. Yakin. Berpengetahuan dan berkebolehan. Mampu menguruskan kesibukan kerja, rumah tangga dan masa lapang dengan mudah. 

Apakah rahsia Wanita Besi seperti ini? 


Salah satunya ialah cuka epal, ramuan yang sekian lama digunakan sebagai penawar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Banyak keluarga mengamalkan rahsia kecergasan dan kesihatan Wanita Besi ini. 

Supaya korang lebih yakin, pilihlah produk organik yang diperakui seperti Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar dengan komponen utama asid asetik serta bahan lain seperti asid laktik, asid sitrat, asid malik dan bakteri baik. Oleh kerana cuka epal sejenis asid pekat, pastikan anda larutkan satu sudu besar ke dalam secawan air terlebih dahulu sebelum meminumnya. Hanya sedikit cuka epal diperlukan untuk membawa hasil yang besar. 

Berikut adalah beberapa cara Wanita Besi mengambil Apple Cider Vinegar supaya lebih berkesan. 

1. Tingkatkan sistem imunisasi 

Wanita Besi jarang mendapat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain. Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.¹ Cuba resipi berikut yang pasti dapat memberi tenaga di saat anda berasa lesu: 


Tonik hangat! 

Kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih, lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan 100ml Apple Cider Vinegar. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Tapis bagi membuang cebisan tumbuhan. Tambah satu sudu besar tonik ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imun. 

Minuman cuka oren! Didih secara perlahan 100ml Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar berserta 2 keping kulit kayu manis, sebiji oren yang dihiris, 4cm halia dan dua sudu besar madu organik selama 20 minit. Tapis ke dalam bekas kedap udara. Tambah satu sudu campuran bahan ini ke dalam 125ml air dan minum. 

2. Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi 

Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, tetapi Wanita Besi bijak menggunakan Apple Cider Vinegar dengan menambahkannya kedalam diet mereka untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini. 

Satu kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain.² 

3. Kebersihan mulut 

Walaupun sibuk sepanjang hari, Wanita Besi sentiasa memiliki nafas yang segar dan kesihatan mulut yang baik. Rahsianya, tonik cuka epal yang diambil pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015.3 

4. Menangani masalah senggugut 

Wanita Besi belajar mengatasi masalah senggugut dengan pengambilan Apple Cider Vinegar dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya. Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut.4 

Jadilah seorang Wanita Besi yang inovatif. 


Cuba resepi berikut untuk mengurangkan kesakitan senggugut: 

Kehangatan teh cuka epal: 
Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh. Jika mahu, anda boleh juga menambah sedikit madu. 

Ketenangan teh hijau cuka epal: 
Bancuh secawan teh hijau. Sementara masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina. 

Tonik cuka epal dan kunyit: 
Kunyit adalah sejenis tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan sebagai penawar untuk kesihatan. Tonik kunyit juga boleh dijumpai di kedai-kedai organik. Tambah satu sudu kecil Apple Cider Vinegar ke dalam tonik kunyit anda bagi menghasilkan minuman penyembuhan yang menyegarkan. 

Serlahkan ciri-ciri Wanita Besi pada diri anda dengan menjadikan penawar dan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. 


Alce Nero Organic Apple Cider diperbuat daripada buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain. Berikan tubuh korang sumber tenaga ini dan jadilah seorang Wanita Besi setiap hari. 

Ketahui lebih lanjut mengenai Alce Nero di https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/



Rantaian Kasih 2020 Habib Memperkenalkan Tema Tradisi | Jangan Lupa Sertai Peraduan Dan Menang Barangan Habib Bernilai RM10,000

Hi Korang,

Keterujaaan kaum wanita setiap kali tibanya Aidilfitri memang tidak boleh disangkal lagi. Ini kerana kaum wanita hari ini sinonim dengan minat mereka dalam bergaya dan berhias terutamanya pada Hari Raya. Pastinya di hari istimewa inilah kaum wanita akan menyarung busana indah serta menata rias wajah agar kelihatan berseri. Namun tidak dilupakan pilihan aksesori juga menjadi keutamaan dalam memastikan mereka kelihatan bergaya dan menyempurnakan lagi penampilan mereka. Oleh itu, tahun ini Habib menampilkan pelbagai koleksi baharu yang menarik untuk membantu para wanita melengkapkan hari lebaran mereka. Semuanya cantik dengan rekaan yang begitu esklusif.


Untuk tahun 2020, Habib telah memilih tema ‘tradisi’ dalam meraikan kempen Rantaian Kasih dalam menyambut kedatangan Syawal. Bagi pengeluar barangan kemas terkenal ini, tradisi melambangkan asal usul dan kepercayaan bukan hanya kepada sesebuah masyarakat tetapi juga kepada sesebuah keluarga dan individu. Sememangnya kita ketahui tradisi pada hari raya mungkin sama dan mungkin juga berbeza antara sesebuah keluarga dengan yang lain namun tradisi itulah yang Habib percaya telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sejak dahulu lagi.


Pada tahun ini barisan wajah-wajah selebriti yang menghiasi bilik-bilik pameran Habib antaranya seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana, Ramona Zamzam dan Hannah Delisha. Untuk pengetahuan semua, selebriti-selebriti ini dipilih untuk menghiasi kempen raya Habib pada tahun ini kerana mereka bukan hanya menggemari barangan kemas tetapi juga merupakan pelanggan Habib sendiri. Selebriti ini juga berkongsi tradisi raya yang indah di mana ianya bertepatan dengan tema kempen raya Habib.


Pastinya setiap tahun, para pelanggan sentiasa menantikan pilihan koleksi raya yang pelbagai untuk seisi keluarga. Esklusifnya pada tahun ini, Habib menampilkan koleksi-koleksi untuk semua lapisan usia.


Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza. Rekaan-rekaan dari koleksi inimenggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hit


Selain itu, Koleksi Aura menampilkan rekaan-rekaan yang bersesuaian untuk wanita yang berhijab mahupun mereka yang gemar memakai rantai panjang.


Tidak ketinggalan koleksi untuk kaum Adam, set butang baju melayu dan koleksi cincin lelaki yang disemat dengan butiran berlian serta batu permata pastinya sesuai dipadankan dengan baju melayu yang digaya.

Rekaan loket ini diinspirasikan daripada makanan tradisional Melayu ketika hari raya iaitu ketupat. Ianya boleh dilihat melalui rekaan yang berselirat di tengah-tengah loket itu seolah-olah seperti anyaman ketupat. Menggabungkan warna emas kuning dan emas putih, loket ini sesuai dipandankan dengan rantai panjang buat mereka yang berhijab.


Sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas merah jambu bertatahkan berlian ini direka dengan penuh teliti untuk mendapatkan hasil yang kemas dan sempurna.

Sepanjang Kempen Rantaian Kasih, Habib menganjurkan beberapa peraduan seperti “Kongsikan tradisi Raya anda” dan gunakan #HabibRayaTradisi untuk berpeluang memenangi barangan kemas Habib bernilai RM10,000! Selain itu, pihak Habib menerima banyak penyertaan daripada orang ramai melalui peraduan mingguan yang dijalankan di media sosial. Dua pemenang akan dipilih untuk setiap peraduan.

Sebaik sahaja PKP berakhir, Habib mengalu-alukan kunjungan para pelanggan ke semua bilik pameran mereka. Bagi memastikan keselamatan para pelanggan kami mengikut piawaian yang ditetapkan, pihak Habib akan memastikan jarak sosial diamalkan, menyediakan topeng muka kepada pelanggan, suhu badan diperiksa di pintu masuk dan menyahkuman premis mereka. Pihak Habib juga memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa barangan kemas mereka dibersihkan selepas setiap kali sentuhan. Selain itu, Habib juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penilaian dan pencucian barangan kemas, pembelian semula, perundingan dan pengubahsuaian barangan kemas di premis Habib.

Seiring dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, marilah kita mengekalkan tradisi untuk sentiasa mengeratkan hubungan sesama kita. Kempen Rantaian Kasih bermula dari 24 April sehingga 22 Jun 2020. 

E-brosur Rantaian Kasih boleh dimuat turun di pautan https://tinyurl.com/ukatucr atau klik pautan di Instagram dan Facebook kami Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 019-2222916 atau berhubung melalui laman social Facebook Habib di www.facebook.com/habibjewels atau Instagram @Habibjewelsofficial.