Sunday, April 5, 2020

Buffet Ramadan 2020 '#Bismillah Bazar Ramadan' Di Dorsett Putrajaya Hotel

Hi Korang, 

See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang tak akan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh tapi sebelum musim PKP ni lah kan. Sekarang kan semua kena kuarantin

Ramadan yang akan datang ini, korang pasti tertarik dengan hidangan bufet tempatan, masakan Barat dan Timur Tengah yang eksklusif di Dorsett Putrajaya. 


Diketuai oleh Chef Eksekutif, Shamsul Rizal Bin Johari, bersama teamnya berbakat akan memenuhi keinginan para tetamu dengan ramuan Ramadhan #Bismillah Bazar Ramadan di restoran Citra Rasa yang menunya akan senantiasa di tukar setiap hari. 








Nikmatilah hidangan mewah seperti Kambing Golek dengan sos Barat dan tempatan, Udang Percik Mek Ayu, Nasi Lemak Delima Sambal Hijau, Kari Ketua Tandatangan Mango CR, Aneka Kuih Melayu, Sweets Timur Tengah, Bubur Lambuk, 6 jenis kerabu, hidangan tradisional dan banyak lagi! 








Baucer Early Bird 1000 yang berharga RM88 nett (dewasa) masing-masing untuk mendapatkan dari sekarang. Cepat! Promo Awal Awal bermula hingga 26 April 2020! 

Di samping itu untuk menyempurnakan rasa Ramadhan, kami juga menawarkan menu sahur istimewa untuk para tetamu. Sesudah sahur di Citra Rasa bolehlah terus menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga terkenal sebagai Masjid Besi untuk menunaikan solat subuh. 





Pakej Bilik Ramadan khas yang bermula dari RM400 nett per bilik setiap malam dan seterusnya termasuk lftar and Sahur untuk 2 orang. Tempoh tempahan dari sekarang hingga 20hb Mei 2020, tempoh penginapan: 27 April 2020 hingga 21 Mei 2020. 

Untuk buffet Ramadhan 2020 ni, ianya bermula dari 27 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet Ramadhan 2020 di Dorsett Putrajaya adalah 

RM108nett untuk dewasa 

RM88nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas 


Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 8892 8388 atau Email ke: tempahan @ putrajaya @ dorsetthotels.com 

Jom kite ke: 

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 
www.facebook.com/dorsettputrajaya

Website: 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Saturday, April 4, 2020

Pemegang Pam Minyak Boleh Sebar COVID-19? Adakah Kena Pakai ‘Gloves’ Ketika Isi Minyak?

Hi Korang,

Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang

Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Aspek perlindungan diri bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah terutamanya ketika musim wabak virus korona baharu (COVID-19). Terdapat ura-ura yang mengatakan pemegang pam minyak berupaya untuk meningkatkan risiko pengguna terhadap jangkitan virus tersebut.



Keadaan ini mula menimbulkan keadaan panik dan ramai individu yang tertanya-tanya, adakah sarung tangan perlu dipakai? Jika anda ingin tahu, teruskan membaca artikel ini.


Pam minyak, sama atau lebih kotor berbanding objek lain?



Kebanyakan pakar menafikan risiko jangkitan virus korona baharu terhadap individu yang menggunakan pam petrol untuk mengisi minyak.

Namun, mereka turut menyarankan penggunaan sarung tangan dan menggalakkan amalan cuci tangan selepas proses pengisian tersebut.

Dua pernyataan yang bercanggah ini membuatkan ramai keliru. Jika tiada penyebaran yang berlaku dalam kalangan mereka yang mengisi minyak, kenapa pakar menasihatkan pengguna untuk memakai sarung tangan?

Apa yang perlu anda ingat adalah setiap benda yang boleh disentuh terutamanya apabila ia terletak di kawasan umum boleh menyebarkan COVID-19.

Fomit (benda yang tercemar dengan kuman) merupakan salah satu kaedah penyebaran virus meskipun ia bukan cara penyebaran utama virus korona baharu.

Pemegang pam minyak boleh dianggap sebagai salah satu kelengkapan yang kotor dari sudut pandang mikroorganisma.

Kajian yang dibuat oleh syarikat Kimberly Clark pada tahun 2011 telah menunjukkan 71% pemegang pam minyak di 6 negeri di Amerika Syarikat dicemari oleh pelbagai jenis kuman berbahaya.

Jika dibandingkan dengan pemegang flush tandas yang mempunyai kira-kira 172 sel bakteria per inci per segi, pemegang pam minyak mempunyai jumlah kuman yang 11,000 kali ganda lebih tinggi daripada itu.

Ia bergantung kepada kekerapan pemegang tersebut disentuh dengan tangan yang tidak dibasuh. Ini bermakna, secara konsepnya, pam minyak yang lebih mahal bersih sedikit berbanding dengan pam minyak yang murah.


Sarung tangan, adakah ia mampu menghalang penyebaran kuman?




Kadangkala, sedang kita sibuk mengisi minyak, ternampak satu kelibat yang memakai sarung tangan sambil memegang pam minyak. Katanya nak elak jangkitan COVID-19.

Adakah benar ia boleh menghindarkan jangkitan?

Jawapannya adalah bergantung kepada cara penggunaan. Hakikatnya bukan semua individu mempunyai pengetahuan asas berkenaan dengan cara meminimumkan penyebaran kuman menggunakan sarung tangan.

Jika anda seorang yang kerap mencuci tangan selepas memegang sesuatu, anda tidak perlu memakai sarung tangan sekalipun. 

Namun, untuk keselesaan dan ketenangan jiwa yang kacau bilau dek ura-ura yang mengatakan anda mudah mendapat jangkitan jika tidak memakai sarung tangan, anda perlu tahu konsep pemakaian yang betul.

Walaupun sarung tangan boleh melindungi tangan anda sewaktu memegang pam minyak atau objek lain, tetapi kuman yang melekat pada sarung tangan tersebut boleh hidup lebih lama

Jika anda tidak membuka sarung tangan tersebut sejurus selepas melakukan sesuatu, tabiat menyentuh muka, sama ada untuk membetulkan topeng muka atau sentuhan lain, boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Kalau anda menyentuh permukaan lain sebelum membuka sarung tangan tersebut, anda berpotensi untuk mencipta fomit baharu.

Oleh sebab itulah lebih penting untuk kita memfokuskan kepada amalan cuci tangan. Jika virus korona baharu berada di permukaan kulit anda sekalipun, jika dibasuh menggunakan air dan sabun, ia boleh dibasmi secara serta-merta.

Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer yang mengandungi jumlah kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.


Bagaimana cara untuk saya guna pam minyak dengan betul?




Mudah sahaja. Jika anda ingin mengisi minyak, anda boleh melakukannya dengan atau tanpa memakai sarung tangan.


Pakai sarung tangan (jika anda ingin memakainya). Pastikan anda membasuh tangan terlebih dahulu (langkah 1).

Buka penutup minyak kereta dan gunakan pam minyak mengikut kesesuaian kereta anda.
Tutup penutup minyak dan letakkan pam minyak di tempat asal.

Tanggalkan sarung tangan anda.

Basuh tangan sekali lagi menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

Jika dilihat pada data pesakit seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mahupun mana-mana kajian di dunia, tiada individu yang positif COVID-19 selepas menggunakan pam minyak.

Model jangkitan bagi mereka yang menggunakan pam minyak agak logik jika mengikut teori namun hakikatnya, risiko jangkitan berada pada tahap yang sangat rendah. 

Pastikan anda menggunakan sarung tangan dalam tempoh masa yang pendek. Selepas siap melakukan sesuatu, tanggalkan dan terus buang. Jangan gunakan sarung tangan yang sama berulang kali. 



Jangan risau! Risiko untuk anda mendapat jangkitan virus korona baharu berada pada tahap yang sangat rendah. Pastikan anda cuci tangan dengan kerap, amalkan jarak sosial dan patuhi arahan kawalan pergerakan yang telah diputuskan oleh kerajaan sejak 18 Mac yang lepas.


Bersama, kita mampu mengharunginya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel Oleh , Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek

#HelloHealthGroup
#hellodoktor
#HelloHealthCoronaVirus




Friday, April 3, 2020

Homestay Tok Lat Langkawi, Semua Kemudahan Ada, Dekat Dengan Pantai Cenang

Hi Korang, 

Musim-musim PKP ni jawabnya duduk di rumah jelah kan. Berjalan kang kena tangkap plak so lepas abis PKP ni korang pi lah berjalan sangat ek, buang semua hama-hama dalam badan tuh kan hahahaha.. 

Mesti korang tak sangka kak lily boleh pi bercuti dengan budak-budak ni semua kan?? 

nampak, sebelum Covid 19 teruk ktorang dah siap bawak mask bagai tau

Ya ampun ramai plak yang DM cakap diam-diam jer plan ek tup-tup dah sampai Langkawi kan hehehehe. Actually kitaorang sendiri pun tak sangka sebenarnya, cakap-cakap jer  masa lepak-lepak pi minum Boba ari tuh then plan sket-sket dan terus pi hahahe even aktiviti pun sampai Langkawi baru ktorang plan ishkk teruk sungguh kan hahha tapi I like trip cam ni, tak terikat, more rileks dan sebenarnya ktorang banyak berehat dari berjalan pun hahahha 

Nanti kak lily citerlah cam ne trip Langkawi ni boleh terjadik ek.. 


So now kak lily nak citer pasal homestay yang ktorang duk menginap 4 hari 3 malam di Langkawi ni lah. 

Sebenarnya 4-5 kali jugak ktorang bertekak-tekak manja nak duduk mana either hotel ataupun homestay. Yelah kalau hotel, kang memasing balik bilik then tak kuar langsung kan so sudahnya homestay menjadi pilihan so atas usaha Mahamahu so dapatlah ktorang menginap di Homestay Tok Lat ni walaupun sehari sebelum pi baru baru cari dan bayar terus deposit heehehe.. sejenis perangai betul memasing-memasing kan 

Pada harga RM900 untuk 3 malam dan bahagi 6 orang so boleh sangatlah kan kalau nak di bandingkan dengan duduk hotel, lagi pulak diorang memalam suker menyembang bagai so eloklah duduk homestay boleh memekak sampai ke tengah malam hahahahaa… 

Bilik depan (maha dengan Rawlins)

Bilik kedua (kak lily dengan Mr Big)

Bilik ketiga (zharif dengan faries), ko tengok siang-siang diroang dah amik extra bantal dengan toto ek

Rumah teres 4 pintu ni mempunyai 3 bilik tidur dan ketiga-tiganya mempunyai bilik air sendiri so takdelah ktorang nak berkongsi bilik air kan, bilik anak dara kak lily (zharif dan faries) bilik air diaorang kat dapur but still sebelah bilik diorang jer so oklah mendapatkan ktorang free show hahaa kidding wokeh!! 

abis selfie cermin akak ada budak ni hah kan

bilik air pun luas


Di antara kemudahan yang disediakan di Homestay Tok Lat 

· Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur (Dua bilik tidur katil saiz Queen, satu bilik tidur 2 katil single) 

· Setiap bilik dilengkapi pendingin hawa 

· 3 bilik air (2 bilik air attached dengan bilik tidur, hot shower) 

· Dapur untuk memasak (Perkakas asas untuk memasak, periuk nasi, water heater, peti ais mini, dapur gas) 

· Mesin basuh untuk membasuh 

· Seterika dan papan seterika 

· Television dan saluran tv yang basic 

· Extra toto dan bantal 

Ruang tamu luas, boleh baring-baring lagi kan

Ruang makan, tempat yang ktorang suke melepak setiap malam sebelum tidur sambil makan roti, coklat, minum nescafe bagai


semuanya ada, nak masak siap kuali bagai yer

For me cukuplah kan sebab bukan sepanjang hari ktorang duduk kat umah pun, pepagi dah kuar dan malam lepas dinner baru balik so balik untuk melepak dan tido je kat sini. 

Harga satu malam di Homestay Tok Lat
RM300 satu malam (Cuti sekolah dan cuti umum RM350 satu malam) 


So kalau family yang ramai dalam 6-10 orang tuh, kak lily suggest korang menginap di Homestay Tok Lat ni, kalau bilik penuh boleh tidur kat ruang tamu dan area dekat tempat makan tuh sket sebab rumah ni memang betul-betul luas. 

Sempatlah ktorang basuh baju bagai kan, sebab semuanya ada. Takdelah banyak sangat bawak balik baju kotor ari tuh hehehehe.. 

Kenapa ktorang pilih Homestay Tok Lat?? 

5 minit je naik kereta ke Pantai Cenang
which is setiap malam ktorang pi melepak kat sana, makan, lepak kat food truck, lepak kat Starbucks Cenang Mall, lepak tengok busker bagai kan 

Banyak tempat makan 
Ya ampun tempat makannya kat sekitar Homestay Tok Lat ni bukan main banyak dan 1-2 tempat viral macam Roti Canai Black Pepper tuh, sedap wei ok tuh nanti kak lily citer lain entry 

15 minit ke Langkawi Airport 
Salah satu sebab ktorang pilih Homestay Tok Lat ni sebab dekat dengan airport. Korang bayangkan masa pergi beg sorang satu tapi bila balik beg dah beranak pinak. Nasib baik kereta sewa ktorang besar so tak de masalah berhimpit-himpit sekejap untuk ek airport, tak ler buang masa lama nak menunggu waktu boarding kan.

Selesa yang amat 
Seriously selesa, luas, kemudahan yang di sediakan mencukupi. Nak masak boleh, nak basuh baju boleh, even nak photoshoot pun cantik sebab sebelah homestay sawah padi yang cukup luas mata memandang ewah gituh.. 

Hah apa lagi yang korang nak, cukuplah tuh kan. 

Jadik keje bebudak pi beli baju same kan haahaha

Service daripada ejen yang Mahamahu dapatkan ni sangat bagus dan boleh dipercayai. Korang contact En Syafiq pemilik agensi EzeeGo Travel and Tour. Beliau sangat membantu segalanya, beliau boleh sediakan dari segi kereta sewa, penginapan, pakej Island Hopping, Mangrove, juga tiket-tiket untuk tempat menarik semua beliau boleh sediakan. Pakej Island Hopping dan Mangrove percutian kami hari tu pun ambil dengan beliau nanti kak lily cerita lagi ek. 

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi beliau terus ditalian : 

Whatsapp : 013-421 0084 (En Syafiq)