Tuesday, March 24, 2020

Buffet Ramadan 2020 'Sajian Warisan Budaya' Di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Hi Korang, 

As usual entry buffet Ramadan harus kena ada dalam blog ahkak ko ni kan. 

Kite sambung lagi citer ek, kan hari tuh kak lily ke Swiss Garden Genting Highlands so berkesempatanlah kami semua merasai beberapa menu yang dihighlightkan untuk bulan Ramadan nanti. 

Alangkah indahnya bila dapat berbuka puasa di tanah tinggi yang sejuk sambil mengirup udara segar, mesti tak terasa penat bila berpuasa di puncak gunung kan hehehe


Buffet Ramadan 'Sajian Warisan Budaya'


Malas nak citer lebih-lebih, kak lily kongsikan beberapa gambar untuk tatapan korang ek
 







Lauk-pauk lain ada jugak yer



Harga untuk buffet ramadan ‘Sajian Warisan Budaya' yang bermula dari 29 April 2020 - 21 Mei 2020, waktunya 6.30PM-9.30PM adalah seperti berikut : 

Harga Biasa : 

Dewasa : RM78nett 
Kanak-kanak : RM34nett 

Harga Istimewa ‘EARLY BIRD’ Tempahan sehingga bulan April 2020 :

Dewasa : RM55nett 

Sebarang tempahan boleh melalui email atau whatsapp 

Whatsapp : 

016 - 670 0743 (Ravi) 
017 - 542 8790 (Firdaus) 

Email : 

fnb@shrgh.swissgarden.com 

Jom kite ke :

Swiss-Garden Hotel and Residences, Genting Highlands 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/SwissGardenGentingHighlands/

Instagram : 
https://www.instagram.com/swissgardengentinghighlands/?hl=en



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

#StaycationistaBeaute
#SHRGH #MeetYouUpHills
#SwissGardenGentingHighlands
#ToscanaMediClinic
#MediaCelebrityEvent
#MarcusOsmandOfficial

Monday, March 23, 2020

5 Most Delicious Malaysian Foods You Must Try On!

Hi Korang,


Ermm most delicious Malaysian Foods ya ampun banyak giler kot nak dituliskan ni. 

Bukan setakat 5 jenis makanan sedap di Malaysia tapi 50 jenis makanan tempatan sedap pun kak lily bole senaraikan tau tau hehehe 

Tapi musim-musim perintah restricted movement order (RMO) ni manalah boleh kita keluar kan. So cam ne ni, nak masak plak nak kena pi beli bahan-bahan bagai padahal nak masak sket jer pun kan. 

Seharusnya kita gunakan perkhidmatan delivery Malaysia lah kan, ewah delivery Malaysia bagai ek. Alah yang order-order makanan online tuh, tekan-tekan kat smartphone korang then sekejapan sampai je depan rumah hah. Seriously kak lily memang kerap menggunakan perkhidmatan delivery ni seminggu 3 hari di office sebab malas nak keluar, banyak kerja dan tak de geng nak pi makan hehehee, lagi plak tempat kerja kak lily tuh payah sket nak dapat nak dapatkan makanan tengahari yang enak dan murah kan. 

Macam-macamlah yang kak lily pernah order untuk delivery Malaysia ni termasuklah 5 menu makanan yang sedap nau nau pada tekak kak lily kan. 

Nasi Lemak 


Hei nasi lemak memang menjadi kegemaran kak lily dan juga rakyat marhaen seluruh negara tak kiralah apa juga bangsa dan lapisan umur pasti menyukainya. Samada di makan kosong hanya dengan sambal bilis dan telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang atau dihidangkan sekali dengan lauk-pauk yang memukau tekak dan perut kan ianya tetap enak dan lazat. Lauk yang kak lily suka sekali adalah sambal sotong dan paru berlado, lepas makan boleh tersandar kekenyangan tuh. 

Kalau dulu nasi lemak ni hanya mudah di jumpa pada waktu sarapan pagi tapi kini tidak yer, setiap masa tak kira siang mahupun malam kita boleh dapatkan nasi lemak di mana jua. Even kalau kat rumah pun order je online terus delivery sampai hehehe 

Roti Canai 

Ini satu lagi menu yang menjadi kegemaran Malaysia. Senang dah mudah di dapati, terus ke kedai mamak dan order sajor sekejapan siap. 


Tepung yang di canai bersama minyak dan kemudiannya di tebarkan di kuali besar dan di masak sehingga garing. Di hidangkan bersama kuah kari ikan dan sedikit sambal tapi kalau makan begitu saja dah pun sedap dah tau. 

Sate 


Seriously sedap nyer makan sate bila petang lepas balik keje ek. Daging ayam atau daging yang di cucuk pada lidi buluh dan di bakar sehingga masak. Di masak sekali dengan kuah kacang, timun, bawang dan nasi impit ataupun ketupat. 

Makan secucuk manalah cukupkan ermm sekurang-kurang nya pekena 10 cucuk baru mantol hehehe 

Ikan Bakar 

Sedapnya pekena ikan bakar makan tengahari ni ek. 


Nak sedap lagi lepas siap bakar tuh terus makan panas-panas ya ampun tak terkata nikmatnya. Bagi kak lily dapat sepinggan nasi putih dan ikan bakar serta dengan sambal kicap dan pencicah air asam dan cukup awesome dah tau. Nak-nak lagi kalau ikan pari, aduihai memang boleh bertambah nasi yer. 

Nasi Kandar 

Yeah nasi kandar!! 


Nasi putih yang lauknya merupakan campuran kuah-kuah pelbagai rasa samada kuah kari ikan, kari daging, kurma, kerutub semuanya di satukan di dalam satu pinggan dan lauk-pauknya ermm lazat. Pilihan seperti ayam kurma, kari kambing, telur sotong, udang goreng dan favourite ramai ayam goreng yesza. Sayur pulak bendi goreng, kobis goreng yang simple-simple aje tapi satu menu sayur yang pasti semua orang akan suka adalah peria goreng ranggup dan macam keropok di buatnya lah crispy. 

Itulah serba sedikit menu-menu kegemaran rakyat marhaen Malaysia dan juga kegemaran kak lily, pendek kata kalau seminggu sekali tak pekena menu-menu nieh boleh tak tidur malam di buatnya. 

Tapi ni musim-musim restricted movement order (RMO) ni tak payahlah kita nak keluar rumah untuk dapatkan makanan-makanan enak. Hanya order sahaja di mana-mana food delivery Malaysia app then sampailah kesemua menu-menu ni di rumah korang. 

So apa tunggu lagi, meh cepat grab tepon korang dan mula order ek! 






Vivo V19 Passed SIRIM Certification

Hi Everyone,

Vivo’s upcoming V19 has recently received the SIRIM certification under the device name of vivo 1933 with registered company, Vivo Technologies Sdn Bhd. It is believed that vivo Malaysia is going to launch their new V series smartphone soon.



With the news leak being circulated on the past few days, it is safe to confirm that V19 will be making its full reveal anytime soon which is anticipated by the audience in Malaysia. However, vivo Malaysia has yet to announce the V19’s official launch date and the phone specifications. Further information is expected to be revealed nearer to the launch. 

For more information, please click to this social media : 


Facebook: 
https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

Official Website: