Saturday, March 14, 2020

Saintis Sahkan Bukan Hanya Batuk & Bersin, Tapi COVID-19 Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT!

Hi Korang,

Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang

Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Wabak COVID-19 ataupun coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.


Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.

Ciri-ciri penyebaran yang sama dengan wabak coronavirus SARS

Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).


Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.

Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.

Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.

10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.

Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.

Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira. 

Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.

Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar

Walaupun kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara. 


Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar. 

Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus.

Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.

Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.

Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.

Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.

Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.

Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan. 

Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan

Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek. 


Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.

Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak. 

Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.

Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan. 

Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Konklusi

Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.

Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel Oleh M, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek



#HelloHealthGroup
#hellodoktor
#HelloHealthCoronaVirus



Vivo Malaysia Hands Out Free Hand Sanitizers to The Public On This Sunday

Hi Everyone,

In light of the COVID-19 outbreak in Malaysia, as an established company that has constantly care for the communities, vivo Malaysia urges Malaysian to take extra precaution to prevent oneself from the virus outbreak. Vivo Malaysia has extended their sincerest sympathies to those infected by coronavirus. 


While it has come to attention that the virus outbreak has caused a hand sanitizer shortage in the market, as such, Vivo Malaysia will be distributing hand sanitizers for the public to ensure health and safety. 


With that, public can redeem complimentary hand sanitizers on this Sunday, 15 March 2020 from 2 PM to 3 PM at selected vivo Concept Stores, which include: 

1. Mid Valley, Kuala Lumpur 

2. Sunway Pyramid, Selangor 

3. Queensbay Mall, Penang 

4. Aeon Tebrau City, Johor 

*Disclaimer: Items are subject to availability on a first-come, first-served basis, while stocks last. 


For more information, please click to this social media : 


Facebook: 

Official Website:







Friday, March 13, 2020

Buffet Ramadan 2020 'Hidangan Warisan' Di Hotel TENERA Bangi

Hi Korang, 

See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang kan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh. 

Kebetulan pula Hotel Tenera ni berdekatan dengan rumah kak lily so apa lagi, mehlah kita terjah sebab orang dah invite kan hehehhhe 


Hotel Tenera kini bersedia dengan kepelbagaian menu bufet Ramadan 2020 bermula pada 25 April sehingga 22 Mei 2020. 

Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga. 



Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila bufet Ramadan kali ini menyajikan masakan kampung bertemakan 'Hidangan Warisan' sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar. 

Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekali gus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka puasa di desa. 












Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar-bazar Ramadan kerana terdapat 50 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut Masak Lemak batang Keladi, Kambing Gulai Kawah Lebar, Itik Salai Jando Pulang, Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi. 












Selain itu, antara lain 200 menu hidangan bertemakan warisan Melayu hasil air tangan seorang yang berpengalaman, Cef Eksekutif Hotel Tenera, Cef Sahisal Azrul ini yang turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng "KAVA", Mak Top Mi Sup Utaro /Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah; Tahu Bakar Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, Murtabak Roti Arab,Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan sebagainya. 

Tidak lupa juga kepada pengunjung yang menggemari masakan Cina, .kami turut menyediakan 'Live' Dim Sum Aliff Baa Ta yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun. 



Bukan itu sahaja, kepada penggemar manisan pula harus mencuba pelbagai aneka pencuci mulut seperti Bingka Sawit, Kuih Serabai, Peneram Che Omar, Cendol Sawit Gula Anau, Tepung Pelita, Kuih Lapis, Seri Muka, Talam Keladi, Bubur Manis Rambang Mata, Talam Jagung, Bakar Bijan, pelbagai perisa aiskrim premium dari Baskin Robin, pelbagai jenis kek dan banyak lagi. 





Bagi melengkapi lagi hidangan yang ada, sudah tentunya aneka buah-buah potong dan pelbagai jenis jeruk buah turut disediakan. 

Sungguh 'mewah' aneka juadah 'Selera Warisan Melayu' yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM 78. Tawaran istimewa ini bermula pada 1 Februari hingga 31 Mac 2020. 

Selepas tempoh 'early bird', pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM108 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah. 


Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk hidangan di waktu sahur. 

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Selain itu, semua pengunjung juga diberikan parkir percuma. 

Sebarang tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, teman-teman atau mahu mengadakan majlis sepanjang bulan Ramadan, bolehlah hubungi di talian 03- 89299600 atau whatsap ke 019-3854796 / 019-3206796/ 019-3592796. Tempahan juga boleh dibuat secara atas talian dengan memuat turun aplikasi ekslusif Hotel Tenera. 

Jom kite ke: 

Hotel Tenera Bangi, 
Persiaran Kemajuan, 
Seksyen 1, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor 

Tel : 03-8929 9600 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.