Friday, March 13, 2020

Buffet Ramadan 2020 'Hidangan Warisan' Di Hotel TENERA Bangi

Hi Korang, 

See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang kan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh. 

Kebetulan pula Hotel Tenera ni berdekatan dengan rumah kak lily so apa lagi, mehlah kita terjah sebab orang dah invite kan hehehhhe 


Hotel Tenera kini bersedia dengan kepelbagaian menu bufet Ramadan 2020 bermula pada 25 April sehingga 22 Mei 2020. 

Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga. 



Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila bufet Ramadan kali ini menyajikan masakan kampung bertemakan 'Hidangan Warisan' sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar. 

Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekali gus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka puasa di desa. 












Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar-bazar Ramadan kerana terdapat 50 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut Masak Lemak batang Keladi, Kambing Gulai Kawah Lebar, Itik Salai Jando Pulang, Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi. 












Selain itu, antara lain 200 menu hidangan bertemakan warisan Melayu hasil air tangan seorang yang berpengalaman, Cef Eksekutif Hotel Tenera, Cef Sahisal Azrul ini yang turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng "KAVA", Mak Top Mi Sup Utaro /Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah; Tahu Bakar Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, Murtabak Roti Arab,Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan sebagainya. 

Tidak lupa juga kepada pengunjung yang menggemari masakan Cina, .kami turut menyediakan 'Live' Dim Sum Aliff Baa Ta yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun. 



Bukan itu sahaja, kepada penggemar manisan pula harus mencuba pelbagai aneka pencuci mulut seperti Bingka Sawit, Kuih Serabai, Peneram Che Omar, Cendol Sawit Gula Anau, Tepung Pelita, Kuih Lapis, Seri Muka, Talam Keladi, Bubur Manis Rambang Mata, Talam Jagung, Bakar Bijan, pelbagai perisa aiskrim premium dari Baskin Robin, pelbagai jenis kek dan banyak lagi. 





Bagi melengkapi lagi hidangan yang ada, sudah tentunya aneka buah-buah potong dan pelbagai jenis jeruk buah turut disediakan. 

Sungguh 'mewah' aneka juadah 'Selera Warisan Melayu' yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM 78. Tawaran istimewa ini bermula pada 1 Februari hingga 31 Mac 2020. 

Selepas tempoh 'early bird', pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM108 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah. 


Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk hidangan di waktu sahur. 

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Selain itu, semua pengunjung juga diberikan parkir percuma. 

Sebarang tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, teman-teman atau mahu mengadakan majlis sepanjang bulan Ramadan, bolehlah hubungi di talian 03- 89299600 atau whatsap ke 019-3854796 / 019-3206796/ 019-3592796. Tempahan juga boleh dibuat secara atas talian dengan memuat turun aplikasi ekslusif Hotel Tenera. 

Jom kite ke: 

Hotel Tenera Bangi, 
Persiaran Kemajuan, 
Seksyen 1, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor 

Tel : 03-8929 9600 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

GLIDE TECHNOLOGY SDN BHD Perkenal “WAJAH BARU” Minyak Pelincir GLIDE LUBRICANTS Keluaran Bumiputera

Hi Korang, 


Kita orang pompuan nie manalah pandai bab-bab minyak pelincir ni kan, kalau setakat minyak masak tuh kita terrerlah sebab selalu kita guna. 

Jadi Apa itu Minyak Pelincir? 

Pelincir merupakan bahan (biasanya cecair) yang berada diantara dua permukaan bergerak bagi mengurangkan geseran dan kehausanya. Pelincir memberikan lapisan nipis pelindung yang membenarkan kedua permukaan berasingan dan kekal "licin", dengan itu mengurangkan geseran antara keduanya. Pelincir bertindak untuk mengurangkan geseran, suhu panas, kehausan, penyejuk serta membantu permukaan dari di hakis oleh bahan kimia. 

Hah gituh!!


Kini terdapat pelbagai jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan korang memilih minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta dan motorsikal korang.

Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.


Majlis pelancaran “The New Glide” itu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd. 

Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.


Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya. 

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan. 

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. 

Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC) 

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia. 

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa.


Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. 

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.


Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah RM170.00. 

Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Website : 

Facebook : 

Instagram : 



#GlideTechnology 
#GlideLubricants 
#BeyondExpectation 
#GlideWithUs 
#NewGlide2020


Vivo V19 #IgniteYourNight: Teased to Offer Its Stunning Night Mode Feature

Hi Everyone,


Vivo Malaysia has teased on their Facebook page of the V19 will be launched in Malaysia soon with its impressive slogan “Ignite Your Night”

Following the previous V series smartphones launched in 2019, vivo is going to continue this series with their newest vivo V19 in Malaysia rapidly. 



Based on the teaser video, it features a high-resolution night mode camera which creates stunning photo outcomes. Vivo teases the spectators with the eyes of an owl which has a subtle point about their camera capability. 

However, vivo Malaysia has yet to announce the V19’s official launch date and the phone specifications. Further information is expected to be revealed nearer to the launch. 


For more information, please click to this social media : 


Facebook: 

Official Website: