Thursday, March 12, 2020

Selamat Hari Tidur Sedunia 2020 Dari AmLife

Hi Korang, 

Ermm Hari Tidur Sedunia?? 

Ek tak yah nak buat muka pelik sangat lah kan, memang ada yer dan dah 2 tahun kak lily celebrate wokeh hahahaha.. 


Ok kak lily nak kongsi info penting ni wokeh! 

Mengapa korang perlu dapatkan tidur yang cukup? 

1. Merangsang memori dan proses pembelajaran 

2. Mengawal metabolisme dan berat badan 

3. Keselamatan diri dan orang sekeliling 

4. Mengekalkan mood yang baik 

5. Penting untuk kesihatan jantung 

6. Meningkatkan sistem imun 

Gituh, nampak tak pentingnya tidur yang cukup ni kan. Seriously kalau tak cukup tidur boleh jadi gaduh oooo hehehe 

Ok kite sambung balik citer Hari Tidur Sedunia 2020 ni ek 

AmLife International Sdn. Bhd. kembali dengan perayaan Hari Tidur Sedunia buat tahun kelima berturut-turut. Dianjurkan bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife hari ini mengetengahkan pameran kesihatan tidur di Palace of the Golden Horses kepada kami semua yang hadir semasa media briefing hari tuh. 

Dengan berpegang teguh kepada prinsip “Life, Redefined”, AmLife mempelopori pergerakan ini untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal lebih sihat menerusi tidur yang lebih baik dan lena, dengan demikian menambah baik hidup mereka. 

Tahun ini merupakan tahun kelima kami menganjurkan pameran kesihatan tidur sempena Hari Tidur Sedunia bersama Persatuan Tidur Sedunia di bawah tema “Menambah Baik Tidur, Kehidupan, Planet” (“Better Sleep, Better Life, Better Planet”) untuk menggalakkan kehidupan yang sihat & berkualiti menerusi tidur yang lebih lena. 


Menurut Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, “Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat di rantau ini. Bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama – iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini,” kata Encik Lew. 

Fakta Penting Mengenai TIDUR 

● Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara dirundung masalah tidur. 

● Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend gangguan tidur semakin meningkat, dengan semakin ramai penduduk berdepan dengan masalah ini. 

● 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur. 

● Lebih 53 peratus tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam, dengan sekurang-kurangnya 51 peratus mengalami tekanan berkaitan kerja. 

● 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur. 

Justeru, di satu majlis media, AmLife menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi kefahaman mereka tentang kesihatan tidur. 


Cik Rosemary Clancy, Pakar Psikologi Klinikal di Sydney Sleep Centre dan seorang Pakar Psikologi Berdaftar dengan Agensi Pengawalan Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practitioner Regulation Agency) – AHPRA – menerangkan bagaimana tabiat mengambil pil tidur berubah ansur dan kesan jangka panjangnya. 

Antaranya ialah:- 

· 9 dalam 10 menderita 1 atau lebih masalah tidur 

· 78% risau tentang kesihatan akibat tidur yang tidak sempurna 

· 48% suka membaca buku, menonton tv dan mendengar radio sebelum tidur 

· 59% suka bersenam, 48% mempunyai kesedaran tentang meditasi 

· 46% perempuan (majoriti insomnia) lebih gemarkan solusi tidur secara natural 


Ancaman Maut Disebabkan Kurang Tidur 

STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGI 

Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama. 

OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGI 

Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur. 

KANSER - 47% LEBIH TINGGI 

Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi. 

JANTUNG - 1.45 LEBIH TINGGI 

Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil kajian mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari. 


Tahukah korang bahawa selain daripada persekitaran tidur yang betul, makanan yang betul boleh merangsang tidur yang baik? Encik Kerwin Chen, Pakar Pemakanan / Penyelidik Makanan berkongsi pengetahuannya tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah. 

Masalah tidur menjana perkembangan pesat dalam industri kesihatan tidur, yang telah menggiatkan industri tidur dan mula menjadikannya industri yang menjana permintaan stabil dan besar-besaran. 


Produk AmPower Platinum Keluaran AmLife 

Setelah bertapak kukuh dalam industri tidur, AmLife mendedahkan rancangan untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai pakar tidur mutlak. Syarikat ini mempunyai strategi dan pelan perniagaan dalam pasaran tidur. AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih dan menyeluruh, bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan Ampower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut). 

AmPower Platinum Beautifly Pillow 


AmPower Platinum Pillow diperbuat daripada teknologi platinum eksklusif yang telah direka secara ergonomik.Melalui penggunaan harian, ianya dapat melindungi tulang belakang melalui detoksifikasi otak semasa tidur. AmPower Platinum Pillow mempunyai 6 bahagian dan didalamnya terdiri daripada manik polimer yang mempunyai 4 jenis saiz, bentuk dan kelembutan yang berbeza. Secara tidak langsung ianya dapat memberikan kesan sokongan yang berbeza juga. 

Ampower Platinum Blanket 

The AmPower Platinum Blanket adalah 100% teknologi diperbuat di Jepun. Fabriknya ialah daripada gentian platinum dan juga kain kapas yang halus dan lembut apabila disentuh. 



Antara kebaikan selimut ini adalah seperti yang dinyatakan didalam gambar di atas secara terperinci. 

Ampower Platinum Heat Sleep Mask 


Rangkaian teknik anti-penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan penuaan sel dan menjadikan kulit awet muda, serta membantu pengguna mengekalkan keremajaan dan kesihatan badan menerusi kebaikan tidur. 
 
Selamat Hari Tidur semuanyee

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook : 





#amlife
#amlifeworldsleepday
#worldsleepday2020
#ampowerplatinum

Vivo V19 Render Unwraps Its Front Display

Hi Everyone,

Vivo Malaysia has recently announced to launch the upcoming V series – V19 in Malaysia soon. Given that the vivo V19 will be fitted with a 32MP Dual Front Camera, which is once again set to impress the public with the V series’ high-resolution and cutting-edge camera technology. 


According to the render visual, it has shown that vivo V19 will be featuring Super AMOLED Ultra O Screen with a dual front camera design. Vivo Malaysia has constantly lived with the motto: to develop products that dedicated to Malaysians, for Malaysians. With that, the V19 is expected to equip with phone specifications that different from the recent launch of V19 model in Indonesia. 

However, vivo Malaysia has yet to announce the V19’s official launch date and the phone specifications. Further information is expected to be revealed nearer to the launch. 

For more information, please click to this social media : 

Facebook: 

Official Website:

Wednesday, March 11, 2020

Semalam di G-LUXE By Gloria Genting Highlands

Hi Korang, 


Minggu lepas memang hectic sangat wei. Dengan kerja lagi, kerja housekeeping kat umah lagi, dengan event lagi #matilanak oi.. hehehhehehhee


Tapi dalam hectic-hectic tuh sempat jugak berehat di G-LUXE hotel di Ion Park, Genting Highlands ni ek. Ermm Nampak masa terluang then terus grab hah kan.


Ini pertama kali kak lily jejakkan kaki ke Genting Highlands setelah 2 tahun tak kemari ni ek, banyak betul perubahan dan yang penting banyak giler bangunan tinggi-tinggi bagai kan, dah macam kat oversea plak tapi sejuk tetap sejuk!!


So sempena Viper Challenge last week, dapatlah kak lily menginap di salah sebuah bilik di G-Luxe Hotel ni. Ya ampun cantik bebenau biliknya, ala-ala studio apartment yang ada living room, bilik satu dan bilik air.







Kalau korang nak tau, pada 11 November 2019 G-Luxe Hotel ini dibuka di bawah naungan Ion Delemen Properties Sdn Bhd dan Gloria Hotels and Resort yang mana G-Luxe Hotel ini merupakan hotel butik pertama mereka di Malaysia, dan yang pertama seumpamanya di Genting Highlands.

cantik lobi G-Luxe Hotel ni ek

Hotel butik bertaraf 5-bintang ini yang terletak 6000 kaki di atas paras laut adalah kemuncak kemewahan. reka bentuk dalaman yang menggabungkan gaya Barat dan rasa Asia dengan sempurna melengkapkan lagi infrastruktur.


swimming pool air suam yer, seriously kak lily dah rasa dah

gym 24jam, tak boleh tido meh bersenam

sauna pun hado gak

Pihak pengurusan telah menyusun 248 bilik suite, kolam renang dalaman yang dipanaskan, jakuzi dipanaskan tertutup, gimnasium 24-jam yang terkini, kelab kanak-kanak 24-jam, kemudahan mesyuarat yang fleksibel dan pengunjung gastronomi untuk memenuhi keperluan para tetamu.

Kembali Kitchen

Hugo's

Tavern In Sky

Home's Kitchen - tempat ktorang bersarapan

Beberapa restoran yang korang boleh nikmati masakan lazat di restoran MidTown ataupun inginkan menu makanan bercitarasa antarabangsa korang boleh dapatkan Tavern di Sky, Hugo's, Kembali dan Home.



Dengan pemandangan Panorama Titiwangsa yang tiada tandingannya, G-Luxe oleh Gloria Genting Highlands menawarkan kemudahan tanpa kompromi. Hotel ini dilindungi indah dengan bukit-bukit semulajadi di atas gunung semasa berada hanya 10 minit pemanduan dari Genting Highlands City of Entertainment di mana perkhidmatan teksi 24-jam, perkhidmatan kereta Grab dan perkhidmatan shuttle percuma berjadual disediakan. Oleh itu menjadikannya percutian yang ideal untuk retret yang tenang, pencari kembara dan peminat membeli-belah.


Oh ya parking juga disediakan dan ianya PERCUMA sajor, bertingkat-tingkat dan melambak-lambak parkingnya, boleh main pilih-pilih lagi tau.

Jom kite ke :

G-Luxe By Gloria
1, Jalan Ion Delemen, 
Ion Park,
69000 Genting Highlands, Pahang 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



#grandiondelemen
#gloriaresidences
#NCT
#Gluxe
#gentinghighlands
#malaysiahotel
#dinetopia
#finedining
#fairytalescafe