Sunday, February 23, 2020

Promosi YOLO Eats di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan.

Hi Korang,

Sebenarnya dah lama kak lily nak citer pasal promosi YOLO Eats ni tapi busy bebenau kan. Sekarang nilah baru ada masa sket. 


Tau ke korang Y.O.L.O ni ape?

Eh word ni trending wokeh di social media, tulis je kat Google Y.O.L.O then keluarlah maknanya ‘You Only Live Once’.


YOLO Eats ini berkonsepkan ‘Eat, Swim, Food, Fun  and Music’. Ianya merupakan konsep Hari dan Malam Keluarga (berenang, piknik, makan-makan, menikmati pemandangan terindah, Live Band dan macam-macam lagi) Untuk promosi Y.O.L.O Eats ni, Philea Mines Beach Resort membawakan pelbagai tarikan baru yang bakal menambat hati para pengujung yang berada di sini. 





Terdapat 25 tarikan baru yang terdapat di sini yang kak lily rasakan begitu seronok sekali

Di antaranya ialah :

1. Paradise Bridge / Paradise Arch
2. YOLO Garden
3. Neon Arch
4. I Want To Be Superstar
5. Rainbow Arch
6. Fairy Arch
7. Fairy Waterfall
8. Fantasy Garden
9. Where Your Dreams Come True
10. Avatar Junction
11. ABC BBQ Area
12. Red Light District
13. Peek A Boo Lane!
14. You’re My Sunshine!
15. Love Tunnel
16. Look Up! Jelly Fish
17. Love Lane
18. Wishing Well
19. Vroom & Splash
20. Windmill
21. Sand Pit
22. Tiki Tiki Bar
23. Sand Pool
24. Waterfall
25. Kung Fu Panda BBQ Area

Nampak??

Hebatkan tarikan-tarikan ini. 









Seriously kak lily dan kawan-kawan rasa teruja bila singgah di setiap tarikan ini. Penatlah berjalan mengelilingi kawasan Philea Mines Beach Resort ni kan. 

Sudah semestinya promosi YOLO Eats ni ada makan sekali kan hehehehe









Menu buffet makanannya pun enak-enak belaka. Ktorang ni pun bertambah-tambah makan tau. 

Yang betul tuh, promosi YOLO Eats terbuka kepada orang ramai yang datang ke mari tanpa menginap di sini.. 

PROMOSI PEMBUKAAN YOLO

Dengan hanya pembelian minimum YOLO VOUCHERS iaitu RM35 nett sebuah buku dgn Nilai Makanan RM50 (harga biasa selepas Promosi 29 Feb). Korang sekeluarga (Family) ataupun rakan-rakan (Friends) dapat menikmati:

1. YOLO VOUCHERS utk memesan makanan (konsep pakaiguna Voucher utk makanan)

2. Anak2 pasti suka Water-slide (papan gelunsur air). Berenang percuma sehingga lewat mlm 11. Pastikan korang bawa tuala & pakaian sendiri.

3. Pemandangan terindah (Tasik Mines, Lampu LED Menarik, Taman Bunga, Pantai)

4. Tayangan wayang (cinema), Musik Band (Sabtu & Ahad)

5. Tambah pembelian YOLO VOUCHERS jika perlu lebih makanan (setiap buku berharga RM35 sahaja, pakai guna utk jangkamasa 3 bulan)
(tertakluk kepada terma terma & syarat)

kami dah berYOLO, korang bila lagi..


Sila Hubungi jika ada pertanyaan:

Shaiful 019-6001455

Cheng 017-4778138

Hamdan 019-6001529


Untuk Tempahan Online, korang boleh klik ke : http://bit.ly/2Szkf9e

Jom kita ke :

PHILEA MINES BEACH RESORT
Jalan Dulang, Mines Wellness City,
Seri Kembangan, Selangor
(bersebelahan Mines Shopping Mall)

Waktu Operasi :-
๐Ÿ‘‰๐ŸปSat - Sun dan PH (1pm - 11pm)
๐Ÿ‘‰๐ŸปThu - Fri dan Eve of PH (6pm - 11pm)


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 

Instagram : 





Hotel ESPIRA SRI PETALING - Penjenamaan Semula Hotel Dan Pelancaran Menu Baru

Hi Korang, 

Ramai yang tertanya-tanya di mana Hotel ESPIRA Sri Petaling ni kan. So meh sini kak lily nak citer dengan korang 

eh selfie tuh wajib kan kan kan

Pada Ogos 2019, secara rasminya Hotel Sri Petaling telah dijenamakan kepada Espira Sri Petaling. Penjenamaan baru Espira Sri Petaling ini bertujuan untuk memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat korporat yang disasarkan. 

Bilik-Bilik di ESPIRA Sri Petaling

Presidential /  Executive Suite

Family Deluxe

Espira Sri Petaling adalah salah sebuah hotel 3 bintang yang menyediakan 168 buah bilik hotel yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite yang sesuai untuk urusan perniagaan dan penginapan. 

Superior KIng/Queen

Diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels dan Resorts Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai PNB Management Services Sdn Berhad) dan merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). ESP berlokasi di Bandar Baru Sri Petaling iaitu 2.7KM dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Di Espira Sri Petaling (ESP) harga yang di tawarkan berpatutan dengan servis dan makanan yang cukup memuaskan. 

Menu Baru Di ESPIRA Sri Petaling

suker bila dapat makan-makan ek

Bagi akhir tahun 2019, Espira Sri Petaling telah memperkenalkan hampir 50 menu baru dengan harga yang berpatutan dan jaminan makanan yang berkualiti dan lazat untuk tetamu yang bakal berkunjung ke ESP, di antaranya adalah :- 

Nasi Goreng Sri Petaling (signature dish)

Cili Padi Chicken Chop

Sup Ekor 

Caesar Salad dengan Salmon Salai 

Kacang Pool 

Mee Sup Wantan

Salmon Bakar 

Bread Pudding

Daging Sirloin Panggang 

Nasi Daging Halia 

NZ Lamb Chop Panggang 

Fettucini Beef Stroganoff 


So most of the menu kak lily dan semuanya sedap-sedap belaka. Yelah for me just nice kena dengan tekak kak lily ni. Kalau korang tak tau lah kan, maka dengan itu bolehlah datang mencuba sendiri kesemua menu-menu baru Espira Sri Petaling ni ek 

Jom kite ke : 

Hotel ESPIRA Sri Petaling
30, Jalan Radin Anum, 
Bandar Baru Sri Petaling 
57000 Kuala Lumpur
Tel : (+603) 9058 2323 
Fax : (+603) 9058 2000 

Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 

Instagram : 





Lokasi Butik HAQQI Baru Di Bangi Sentral, Kelengkapan Umrah Dan Haji Ada Di Sini!!

Hi Korang, 

Butik Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi leilaki dan wanita. 


Ye kak lily pernah mebeli belah di butik Haqqi ni di cawangan Bangi Sentral dan Shah Alam, ya ampun kedua-duanya menawarkan pelbagai jenis pilihan baju untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak selain daripada kelengkapan umrah dan haji. 

Pada dahulunya Butik Haqqi di Bangi ni bahagian belakang Hotel Adriana dan kini ianya pun berpindah di tengah-tengah kawasan Bangi Sentral so kira kalau korang nak masuk ke sini dah boleh nampak dah Butik Haqqi ini, ermm maka senanglah akak ko ni nak bershopping. 

Sangat strategik lokasinya 

Kerjasama Di Antara HAQQI dan KOPERASI TABUNG HAJI 

Tahun ini merupakan tahun ke 4 Butik Haqqi telah berkerjasama dengan Koperasi Tabung Haji. 



Ianya akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah depada masyarakat sekali gus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan lengkap Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi. 

Tahniah di ucapkan kepada team Haqqi yang menjayakan usahasama ini. 

Dr Fitri Haris Dan Perancangan Butik HAQQI Untuk 2020 

Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama - sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi, kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan di bawa di masa hadapan. 


Dr Fitri Haris yang sebelumnya Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. 


Dengan kepercayaan kedua dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea segar dapat di lahirkan oleh beliau untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai. 

Pilhan Pakaian Menarik Di Butik HAQQI 

Sempat jugak lah kak lily dan kawan-kawan singgah masuk ke Butik Haqqi yang baru ni hari tu selepas majlis pelancaran pembukaannya. Banyak pilihan pakaian berfesyen muslim dan muslimah yang cantik dan menarik. 



cantik kan, koleksi baju-baju di Butik Haqqi ni




Dan harga yang ditawarkan pula kemain cukup murah dan sangat berpatutan.

Untuk pengetahuan korang semua sehingga kini Butik Haqqi sudah mempunyai 4 cawangan iaitu di Shah Alam, Terengganu, TTDI Kuala Lumpur dan juga Bangi. 

ermm tershopping jugak akhirnyer...


Jom kita ke : 

Butik Haqqi Bangi, 
3-43, Jalan Medan Pusat Bandar 8, 
Bangi Sentral, 43650 
Bandar Baru Bangi, Selangor 

Waktu operasi adalah : 10.00 pagi - 10.00 malam 


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 


Twitter: