Hi Korang,
Wah nama macam unik tapi catchy, ermm apa Mr Mufe - My Lepak Buddy ni ek??
Nanti kak lily citer kat korang ek
Penggunaan media dalam bentuk platform digital telah meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Bilangan peranti yang mampu menyokong media digital bersama-sama dengan peningkatan kelajuan akses internet, telah menyediakan pilihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan digital pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Kebangkitan pemain media digital dipasaran tempatan seperti Netflix, iflix, Amazon Prime, VIU, dan banyak lagi, menggantikan media tradisional televisyen sebagai hub hiburan mereka yang tidak dapat disekat lagi.
Malah di Malaysia sendiri, media tradisional televisyen juga tidak dapat mengelak untuk mengubah modul perniagaan mereka dengan mewujudkan platform online streaming.
Namun dari satu sisi lain, ini adalah suatu situasi yang sihat dari sudut pertumbuhan ekonomi kerana ia secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah nilai ekosistem baharu apabila menghubungkan penyedia kandungan (content provider) dengan pengguna kandungan (content consumer) secara lebih dekat.
Menyedari peningkatan dan permintaan kandungan digital yang semakin meningkat tanpa sempadan ini, Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu, Mr Mufe - My Lepak Buddy
Dikendalikan oleh syarikat tempatan Malaya United Films and Entertainment Sdn. Bhd, Mr Mufe bakal beroperasi sepenuhnya di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini dengan memberikan tumpuan terhadap kandungan utama dalam Bahasa Malaysia.
Tidak seperti platform online streaming yang lain, Mr Mufe - My Lepak Buddy hanya menawarkan kandungan-kandungan yang segar, tulen (original) dan terbaharu sahaja.
Mr Mufe - My Lepak Buddy menawarkan pelbagai rancangan versatil yang segar, original dan terkini. Antaranya seperti :-
Telefilem
Drama Bersiri
Filem Pendek
Filem Cereka
Program Realiti
Gameshow
Bual Bicara
Program Masakan
Program Kesihatan
Program Kecantikan
Ia akan mula dilancarkan pada suku ketiga 2020
Bagi kandungan yang sudah sedia ada (re-run), ia lebih tertumpu kepada filem tempatan yang telah tamat tempoh tayangan di pawagam tetapi tidak punya platform lain untuk filem mereka ditayangkan.
Sebahagian kandungan yang bakal dltawarkan menerusi platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini adalah kandungan terbitan Malaya United Films Entertainment sendiri manakala sebahagian lagi adalah kandungan yang diperolehi hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat produksi tempatan.
Secara tidak langsung, platform ini juga akan turut memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Malah, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun memggunakan platform Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka.
Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini juga tidak tertumpu hanya di Malaysia sahaja tetapi ia juga di beberapa Negara lain. Na mun, bagi fasa yang pertama, platform ini akan mula beroperasi di Malaysia, United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India secara serantak.
Apa yang menarik, platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini juga boleh ditonton secara PERCUMA. Hanya kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran USD0.99 sen untuk satu filem.
Untuk pengguna yang mahu menikmati kandungan dari negara lain seperti United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia, dan India, hanya bayaran bulanan sebanyak USD2.99 akan dikenakan. Namun, sebagai perkenalan mesra, bagi tempoh enam bu Ian pertama Mr Mufe - My Lepak Buddy beroperasi, pengguna berpeluang untuk menikmati semua kandungan dari negara lain secara percuma tidak termasuk Filem Ceraka.
Meletakkan sasaran pengguna dari usia 9 sehingga 99 tahun, kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy juga boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. lni kerana iklan selama 30 saat hanya dipaparkan pada awal kandungan sahaja tidak seperti platform percuma lain.
Harga iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD00.05 untuk tempoh masa 10 saat per slot.
Bagi memastikan kandungan-kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy tidak menjadi mangsa cetak rompak, Malaya United Films Entertainment memperkenalkan teknologl Blockchain baharu serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.
Bagi mencapai matlamat untuk menjadi pemain media digital yang serius, Malaya United Films Entertainment mengalu-alukan kerjasama daripada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempatan. Peluang ini harus direbut bagi memastikan industri kreatif kita akan terus rancak dan bernafas di samping meningkatkan ekononomi penduduk dan Negara.
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Facebook:
Instagram:
Twitter :
#mrmufe
#mylepakbuddy
#mufeworld