Thursday, January 30, 2020

Mr. MUFE – MY LEPAK BUDDY, Platform Baru Untuk Ahli Industri Tempatan Berkarya

Hi Korang, 


Wah nama macam unik tapi catchy, ermm apa Mr Mufe - My Lepak Buddy ni ek?? 

Nanti kak lily citer kat korang ek 

Penggunaan media dalam bentuk platform digital telah meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Bilangan peranti yang mampu menyokong media digital bersama-sama dengan peningkatan kelajuan akses internet, telah menyediakan pilihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan digital pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 


Kebangkitan pemain media digital dipasaran tempatan seperti Netflix, iflix, Amazon Prime, VIU, dan banyak lagi, menggantikan media tradisional televisyen sebagai hub hiburan mereka yang tidak dapat disekat lagi. 

Malah di Malaysia sendiri, media tradisional televisyen juga tidak dapat mengelak untuk mengubah modul perniagaan mereka dengan mewujudkan platform online streaming. 

Namun dari satu sisi lain, ini adalah suatu situasi yang sihat dari sudut pertumbuhan ekonomi kerana ia secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah nilai ekosistem baharu apabila menghubungkan penyedia kandungan (content provider) dengan pengguna kandungan (content consumer) secara lebih dekat. 


Menyedari peningkatan dan permintaan kandungan digital yang semakin meningkat tanpa sempadan ini, Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu, Mr Mufe - My Lepak Buddy 

Dikendalikan oleh syarikat tempatan Malaya United Films and Entertainment Sdn. Bhd, Mr Mufe bakal beroperasi sepenuhnya di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini dengan memberikan tumpuan terhadap kandungan utama dalam Bahasa Malaysia. 

Tidak seperti platform online streaming yang lain, Mr Mufe - My Lepak Buddy hanya menawarkan kandungan-kandungan yang segar, tulen (original) dan terbaharu sahaja.



Mr Mufe - My Lepak Buddy menawarkan pelbagai rancangan versatil yang segar, original dan terkini. Antaranya seperti :-

Telefilem
Drama Bersiri
Filem Pendek
Filem Cereka
Program Realiti
Gameshow
Bual Bicara
Program Masakan
Program Kesihatan
Program Kecantikan 

Ia akan mula dilancarkan pada suku ketiga 2020

Bagi kandungan yang sudah sedia ada (re-run), ia lebih tertumpu kepada filem tempatan yang telah tamat tempoh tayangan di pawagam tetapi tidak punya platform lain untuk filem mereka ditayangkan. 

Sebahagian kandungan yang bakal dltawarkan menerusi platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini adalah kandungan terbitan Malaya United Films Entertainment sendiri manakala sebahagian lagi adalah kandungan yang diperolehi hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat produksi tempatan. 

Secara tidak langsung, platform ini juga akan turut memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. 

Malah, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun memggunakan platform Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka. 

Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini juga tidak tertumpu hanya di Malaysia sahaja tetapi ia juga di beberapa Negara lain. Na mun, bagi fasa yang pertama, platform ini akan mula beroperasi di Malaysia, United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India secara serantak. 

Apa yang menarik, platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini juga boleh ditonton secara PERCUMA. Hanya kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran USD0.99 sen untuk satu filem. 

Untuk pengguna yang mahu menikmati kandungan dari negara lain seperti United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia, dan India, hanya bayaran bulanan sebanyak USD2.99 akan dikenakan. Namun, sebagai perkenalan mesra, bagi tempoh enam bu Ian pertama Mr Mufe - My Lepak Buddy beroperasi, pengguna berpeluang untuk menikmati semua kandungan dari negara lain secara percuma tidak termasuk Filem Ceraka. 

Meletakkan sasaran pengguna dari usia 9 sehingga 99 tahun, kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy juga boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. lni kerana iklan selama 30 saat hanya dipaparkan pada awal kandungan sahaja tidak seperti platform percuma lain.


Harga iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD00.05 untuk tempoh masa 10 saat per slot. 

Bagi memastikan kandungan-kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy tidak menjadi mangsa cetak rompak, Malaya United Films Entertainment memperkenalkan teknologl Blockchain baharu serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.


Bagi mencapai matlamat untuk menjadi pemain media digital yang serius, Malaya United Films Entertainment mengalu-alukan kerjasama daripada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempatan. Peluang ini harus direbut bagi memastikan industri kreatif kita akan terus rancak dan bernafas di samping meningkatkan ekononomi penduduk dan Negara.

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Facebook: 

Instagram: 

Twitter : 


#mrmufe
#mylepakbuddy
#mufeworld

Wednesday, January 29, 2020

Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

Hi Korang,

Sempena tahun baru 2020 ni, kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Bersenam merupakan antara gaya hidup yang terbaik untuk membantu mengurangkan tekanan di samping memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.
Melakukan aktiviti fizikal


Selain menjadi kunci dalam membantu memberikan tahap kesihatan yang lebih baik, bersenam sebenarnya dapat meningkatkan kecergasan dan emosi gembira seseorang individu. Dalam memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal, ia haruslah bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda bagi mengelakkan sebarang masalah atau kesan sampingan yang tidak diingini daripada berlaku.

Bagi individu yang mempunyai masalah melibatkan kesihatan, anda adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui dan mengenal pasti jenis aktiviti fizikal yang boleh dilakukan berdasarkan tahap kesihatan anda.

Tempoh yang terbaik untuk bersenam adalah selama 30 minit sehari. Pemilihan aktiviti yang ingin dilakukan ketika bersenam adalah bergantung kepada tahap kecergasan anda. Jika anda dalam keadaan penat, sebaiknya hindari daripada memaksa diri anda bersenam kerana ia boleh menyebabkan mudarat.

Apa yang dikongsikan di atas adalah fakta ringkas bersenam. Tetapi bagaimana pula dengan salah faham umum tentang senaman yang sering kali menjadi ikutan dan amalan?
Perkara mengenai senaman yang patut anda tahu

Tidak dinafikan ramai individu sukar untuk bersenam disebabkan kehidupan yang sibuk. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang individu tidak bersenam dan terdapat juga banyak salah faham mengenai senaman. 



Berikut dikongsikan beberapa salah faham umum tersebut:


Tahap kecergasan saya sudah baik, jadi tidak perlu bersenam

Kalaulah ia memang semudah itu, namun malangnya manfaat kesihatan bersenam tidak akan kekal lama jika anda tidak dapat melakukan rutin aktiviti fizikal anda secara berkala. Pengurangan atau penurunan kekerapan dalam bersenam boleh menyebabkan kehilangan manfaat yang ketara seperti melibatkan aspek kecergasan kardiovaskular dan ketahanan. 

Kunci utama untuk mengekalkan kecergasan adalah konsistensi. Gabungkan beberapa aktiviti menarik bagi membantu anda mengekalkan tahap aktiviti fizikal untuk sepanjang kehidupan. Ini kerana ia amat berkait rapat dengan tahap kesihatan yang terbaik. 

Berdiri tidak sama manfaat dengan bersenam

Berdiri dan bergerak sepanjang hari bermakna anda mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi. Optimumkannya dengan meningkatkan intensiti aktiviti anda bagi mendapatkan manfaat kesihatan atau sekurang-kurangnya sehingga anda berpeluh sedikit.

10 minit atau lebih, jika tidak sekadar membuang masa

Berita baiknya, garis panduan yang mengatakan seseorang individu perlu untuk bersenam sekurang-kurangnya 10 minit telah dihapuskan. Kini tiada lagi syarat minimum untuk memperolehi manfaat kesihatan yang baik.

Melakukan tugasan harian dengan aktif seperti membawa beg membeli-belah yang berat, melakukan tugasan rumah atau aktiviti bercucuk tanam yang berat, sudah dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

Anda boleh cuba lakukan aktiviti fizikal ringkas seperti memanjat tangga dengan intensiti yang boleh menyebabkan anda kehilangan nafas untuk tempoh antara 30 saat hingga dua minit.

Saya ada penyakit kronik, maka saya patut hindari senaman

Siapa kata individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak boleh bersenam? Sebaliknya, menjadi lebih aktif pastinya akan memberikan manfaat kepada pelbagai masalah kesihatan kronik termasuk kanser, penyakit jantung dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Jadilah individu yang aktif bergantung kepada tahap kesihatan anda dan sasarkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana seminggu, sekiranya boleh. 

Jika keadaan kesihatan anda terlalu kompleks, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor sebelum anda memutuskan untuk memulakan sebarang rutin senaman baru. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi atau profesional bertauliah lain sebagai rujukan.

Terlalu tua untuk bersenam

Ini sudah tentulah satu kepercayaan yang salah. Terdapat bukti yang mengatakan faktor usia bukanlah satu sebab utama sehinggalah anda berusia dalam lingkungan 90 tahun ke atas. 

Kekuatan, tenaga dan jisim otot boleh ditingkatkan walaupun anda berada dalam kelompok individu lebih berusia. Sebaiknya, gabungan aktiviti aerobik, senaman keseimbangan dan pengukuhan otot jika anda berusia 65 tahun dan ke atas.

Bersenam menjadikan saya kurus

Tidak semestinya! Jika anda ingin menurunkan berat badan, aktiviti fizikal anda harus digabungkan dengan aspek penjagaan pemakanan seperti mengehadkan jumlah pengambilan kalori.

Individu dengan matlamat untuk mengurangkan berat badan yang tinggi iaitu melebihi lima peratus daripada jumlah keseluruhan berat dan individu yang cuba mengekalkan berat badan perlu melakukan lebih daripada 300 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana bagi mencapai matlamat tersebut.

Saya berlari seminggu sekali, tetapi ia tidak mencukupi

Tanpa mengira berapa kali seminggu anda berlari, walaupun mungkin hanya sekali, ia tetap memberikan kebaikan kepada tahap kesihatan anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, berjalan sekurang-kurang untuk 50 minit sekali seminggu pada kadar yang perlahan dan kurang daripada 6mph (9.65km/j) tetap akan dapat membantu dalam menurunkan risiko kematian pramatang

Saya mengandung, maka saya mungkin perlu mengurangkannya

Bersenam sememangnya adalah perbuatan yang baik untuk ibu mengandung. Ia merupakan satu alternatif bagi menjaga kandungan khususnya pada tempoh awal kehamilan. Setiap pergerakan yang dilakukan dapat membantu menjadikan badan dan otot ibu lebih kuat.

Bersenam juga dapat membantu mengurangkan risiko pertambahan berat badan secara berlebihan serta mengurangkan kecenderungan untuk mengalami masalah diabetes gestasi semasa mengandung.

Melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana merupakan aktiviti yang selamat untuk dilakukan bagi individu wanita hamil yang secara umumnya sihat dan tidak memberikan sebarang kesan risiko kepada kesejahteraan janin.

Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan dengan doktor bagi mendapatkan rundingan dan nasihat, khususnya berkaitan manfaat dan risiko senaman yang ingin dilakukan.

Saya tidak sihat dan saya tidak patut bersenam

Sekiranya anda mengalami demam, tidak sihat atau mengalami keadaan kesakitan atau keletihan pada tahap yang tinggi, jangan bersenam. Walaupun pada kebanyakan kes, aktif secara fizikal adalah selamat, tetapi sebaiknya dengarkan ‘suara’ badan anda dan kurangkan aktiviti bersenam jika perlu.
Kesimpulan 

Seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel ini, bersenam sememangnya merupakan satu aktiviti yang memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan badan sama ada secara fizikal atau mental.

Walau bagaimanapun, sebelum anda bersenam, anda harus memastikan bahawa segala aktiviti yang ingin dilakukan anda bersesuaian dengan tahap kesihatan anda. Elakkan daripada bersenam ketika anda berada dalam keadaan terlalu letih. Ini kerana memaksa diri anda untuk terus bersenam hanya akan mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.


Artikel Oleh Asyikin Md Isa, Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung


Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Saturday, January 25, 2020

BROWNIES MONSTR Kini Berwajah Baru Lebih Ceria Dan Sedap!!

Hi Korang, 

Brownies!! 

Yeah siapa yang tak suka kan?? Dari anak-anak kecil hingga ke atuk dan nenek pun suka makan walaupun gigi dah tak de kan hehehhe. Benda manis siapa yang tak suka ek. 


Tapi nak dapatkan brownies yang betul-betul sedap memang payah la kan, banyak jugk kak lily cuba but still susah nak cari yang betul-betul kena dengan tekak kak lily. 

Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke Majlis pembukaan kilang terbaru dan penjenamaan semula Brownies Monster di Bandar Baru Bangi. Majlis sederhana tapi begitu menarik di hadirkan oleh kesemua stokes dan agent serta ahli keluarga Brownies Monster sendiri. 

Sejarah Brownies Monstr 


Brownies Monster ditubuhkan bermula pada tahun 2017 dengan hanya mengeluarkan Brownies sahaja. Kemudian pada tahun 2018 pula mula mengeluarkan produk-produk lain yang berasaskan coklat iaitu The Kookies Monster dan untuk tahun 2019 mula memperkenalkan Rocky Road Monster yang mendapat sambutan dari orang ramai.

Semenjak tahun 2012 lagi Puan Fatin menjual Kek Buah Kukus ketika bulan Ramadhan sahaja dan jualan Kek Buah Kukus pada bulan Ramadhan boleh mencecah ratusan ribu ringgit kerana atas sambutan yang amat menggalakkan. Jadi, jualan Kek Buah Kukus ini telah menjadi tradisi untuk dijual ketika bulan Ramadhan bagi menyambut sambutan Hari Raya sahaja. 


Puan Fatin atau dikenali sebagai "kakak monster" memberitahu bahawa jenama Brownies Monster memerlukan penjenamaan semula dari segi nama, logo supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan pelbagai produk Brownies Monster dengan permintaan yang semakin meningkat setiap hari. Oleh itu, Puan Fatin mendaftar jenama Brownies Monstr di MYIPO untuk mendapatkan trademark bagi mengekalkan produknya di mata para pelanggan di luar sana. 


Dengan penjenamaan semula Brownies Monstr dari segi warna Mustard yang ceria, logo yang nampak international, maskot yang comel serta packaging yang terbaik akan memberikan produk Brownies Monstr terus melebar perniagaan ini ke luar negara. Sesuai sangat dengan tagline brownies ini "bringing chewy gooey to yooey" di mata penggemar brownies. 

Sekitar Majlis Pembukaan Kilang Brownies Monstr

Puan Fatin bersama stokis dan agent



Sempat kami melawat kilang comey bersama co-founder En Khairul

Puan Fatin memberikan kata-kata semangat kepada para stokis dan agent

Produk Di Bawah Brownies Monstr 



Terdapat beberapa produk di bawah Brownies Monstr ini iaitu :- 



Brownies mosntr senior pack RM18 

Brownies monstr junior pack rm10 

The kookies monstr maxi rm18 

The kookies monstr mini rm10 

Rocky road monstr rm16 

Kookrunch chocojar mini monstr rm17 

Rocky road monstr

Kookrunch chocojar

The kookies monstr 

Seramai 400 lebih agent dibawah seliaan Brownies Monstr ini semenjak dari penubuhannya 

Yang paling menggagumkan adalah salah seorang agent Brownies Monstr ini antara paling muda iaitu 16 tahun dan adik tersebut juga merupakan agent paling tinggi jualannya. Memang terbaiklah anak-anak muda berniaga dengan hanya menjual Brownies Monstr sahaja tapi jualan keuntungan mencecah sehingga 4 angka. 

Jadi Sebahagian Keluarga Monstr 



Terdapat 2 pakej untuk menjadi stokis dan agent bagi Brownies Monstr iaitu : 

1) Buddies (minimum pembelian produk RM250) 

2) Comrade (minimum pembelian produk RM700) 

Boleh hubungi talian : +60102261806 untuk info lebih lanjut 


Oh ya korang boleh juga membeli secara pos dan juga COD (Cash on delivery) berdekatan dengan tempat korang nanti. 

Untuk pembelian terus dari HQ boleh tekan link ini [Saya nak beli produk Monstr!


Tahniah di ucapkan kepada Brownies Monstr ini semoga ianya terus berkembang dan maju jaya dalam dunia perniagaan makanan di serata dunia 

Nampak!! minum dengan kopi o hitam tak de gula lagi sedap weii

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: 

Website : 


#BrowniesMonster 
#BrowniesMonstr