Saturday, January 25, 2020

BROWNIES MONSTR Kini Berwajah Baru Lebih Ceria Dan Sedap!!

Hi Korang, 

Brownies!! 

Yeah siapa yang tak suka kan?? Dari anak-anak kecil hingga ke atuk dan nenek pun suka makan walaupun gigi dah tak de kan hehehhe. Benda manis siapa yang tak suka ek. 


Tapi nak dapatkan brownies yang betul-betul sedap memang payah la kan, banyak jugk kak lily cuba but still susah nak cari yang betul-betul kena dengan tekak kak lily. 

Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke Majlis pembukaan kilang terbaru dan penjenamaan semula Brownies Monster di Bandar Baru Bangi. Majlis sederhana tapi begitu menarik di hadirkan oleh kesemua stokes dan agent serta ahli keluarga Brownies Monster sendiri. 

Sejarah Brownies Monstr 


Brownies Monster ditubuhkan bermula pada tahun 2017 dengan hanya mengeluarkan Brownies sahaja. Kemudian pada tahun 2018 pula mula mengeluarkan produk-produk lain yang berasaskan coklat iaitu The Kookies Monster dan untuk tahun 2019 mula memperkenalkan Rocky Road Monster yang mendapat sambutan dari orang ramai.

Semenjak tahun 2012 lagi Puan Fatin menjual Kek Buah Kukus ketika bulan Ramadhan sahaja dan jualan Kek Buah Kukus pada bulan Ramadhan boleh mencecah ratusan ribu ringgit kerana atas sambutan yang amat menggalakkan. Jadi, jualan Kek Buah Kukus ini telah menjadi tradisi untuk dijual ketika bulan Ramadhan bagi menyambut sambutan Hari Raya sahaja. 


Puan Fatin atau dikenali sebagai "kakak monster" memberitahu bahawa jenama Brownies Monster memerlukan penjenamaan semula dari segi nama, logo supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan pelbagai produk Brownies Monster dengan permintaan yang semakin meningkat setiap hari. Oleh itu, Puan Fatin mendaftar jenama Brownies Monstr di MYIPO untuk mendapatkan trademark bagi mengekalkan produknya di mata para pelanggan di luar sana. 


Dengan penjenamaan semula Brownies Monstr dari segi warna Mustard yang ceria, logo yang nampak international, maskot yang comel serta packaging yang terbaik akan memberikan produk Brownies Monstr terus melebar perniagaan ini ke luar negara. Sesuai sangat dengan tagline brownies ini "bringing chewy gooey to yooey" di mata penggemar brownies. 

Sekitar Majlis Pembukaan Kilang Brownies Monstr

Puan Fatin bersama stokis dan agent



Sempat kami melawat kilang comey bersama co-founder En Khairul

Puan Fatin memberikan kata-kata semangat kepada para stokis dan agent

Produk Di Bawah Brownies Monstr 



Terdapat beberapa produk di bawah Brownies Monstr ini iaitu :- 



Brownies mosntr senior pack RM18 

Brownies monstr junior pack rm10 

The kookies monstr maxi rm18 

The kookies monstr mini rm10 

Rocky road monstr rm16 

Kookrunch chocojar mini monstr rm17 

Rocky road monstr

Kookrunch chocojar

The kookies monstr 

Seramai 400 lebih agent dibawah seliaan Brownies Monstr ini semenjak dari penubuhannya 

Yang paling menggagumkan adalah salah seorang agent Brownies Monstr ini antara paling muda iaitu 16 tahun dan adik tersebut juga merupakan agent paling tinggi jualannya. Memang terbaiklah anak-anak muda berniaga dengan hanya menjual Brownies Monstr sahaja tapi jualan keuntungan mencecah sehingga 4 angka. 

Jadi Sebahagian Keluarga Monstr 



Terdapat 2 pakej untuk menjadi stokis dan agent bagi Brownies Monstr iaitu : 

1) Buddies (minimum pembelian produk RM250) 

2) Comrade (minimum pembelian produk RM700) 

Boleh hubungi talian : +60102261806 untuk info lebih lanjut 


Oh ya korang boleh juga membeli secara pos dan juga COD (Cash on delivery) berdekatan dengan tempat korang nanti. 

Untuk pembelian terus dari HQ boleh tekan link ini [Saya nak beli produk Monstr!


Tahniah di ucapkan kepada Brownies Monstr ini semoga ianya terus berkembang dan maju jaya dalam dunia perniagaan makanan di serata dunia 

Nampak!! minum dengan kopi o hitam tak de gula lagi sedap weii

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: 

Website : 


#BrowniesMonster 
#BrowniesMonstr

Wednesday, January 22, 2020

Makan-Makan MARRYBROWN ‘FORTUNE BURGER’ Sempena Tahun Baru Cina Ini

Hi Korang, 


Makan-makan lagi kan hehehehe…. 

What I love bila festive season ni memacam menu makanan yang unik-unik akan keluar dan akan jadi rebutan especially kaki kaki makan ni, yelah memasing nak mencuba dulu then give a feedback samada sedap ke idok ke kann hehehhehehe 

Ye akak ko ni pun termasuk di dalam golongan orang-orang sebegitu, always nak jadik yang first jer.


But kali ni kak lily terlambat sket sebab busy kerja sampai ada orang DM, akak dah cuba belum Fortune Burger Marrybrown ni?? Sedap bak hang kak oi!! 

Sedap?? 

Haruslah kena pi cuba gak nie.


So malam tadi kebetulan tak de ape nak buat dan malas nak masak so lepas maghrib terus jelah ktorang ke Marrybrown iOi City Mall ni sebab dekat dengan umah. 

Sesampai depan kaunter terus jer cashier tuh offer nak cuba ‘Fortune Burger’, ini baru keluar jugak ni sempena CNY!! Ok order 2 set terus sebab nak rase. 

Fortune Meal 


Kalau korang nak tau, untuk Tahun Baru Cina kali ini Marrybrown telah memperkenalkan 'Fortune Meal' yang menghidangkan 2 jenis burger iaitu : 

Cheese Burger 

Black pepper Burger 

Bagi kak lily kedua-dua Fortune Burger ni sebab rasanya yang just nice bila di makan. Ye akak ko ni tak suka yang lebih-lebih, macam sos lebih, lebih pedas, lebih garing. Kak lily suka yang sederhana je semuanya sebab ianya akan blend each other.



Daging ayamnya ranggup berserta dengan sos keju dan salad segar, untuk black pepper nye tak terlalu pedas all its just nice. Roti bijan enak!!! 

So barulah kita ‘kongsi-kongsi‘ gituh kan hehehehe 

Kak lily kongsikan sedikit kata dari Dato’ Joshua Liew, Chief Executive Officer of Marrybrown. “Chinese New Year is when family and friends gathered to catch up with one another. Like any true Malaysian, it is vital that good food is available to ensure abundance for the year, and we want to make certain of that by having options between savoury and spice fillings to choose from for our Fortune Burgers. After all, Fortune is made to be shared with everyone!” 

“At Marrybrown, we are always looking to serve our customers with the tastiest food on every occasion that will give them the feeling of contentment and satisfaction. For this Chinese New Year, we hope that the Year of the Rat brings our fellow Malaysians prosperity, good health and plenty of wealth,” 

Set ‘Fortune Burger’ ini ianya hanya RM14.60 disertakan sekali Golden Fortune Fries dan minuman Minute Maid Refresh Orange. 

Ermm why not cuti panjang weekend ni korang yang tak kemana tuh, meh ke Marrybrown untuk mencuba sendiri Set ‘Fortune Burger’ ni kan, eh ada lagi menu-menu lain gak but Fortune Burger ni memang MUST TRY tau. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Facebook: 

Instagram: 

Youtube : 
www.youtube.com/MarrybrownTV



#MBFortuneBurger 
#KongsiFortune 
#SomethingDifferent 
#Marrybrown


Monday, January 20, 2020

Mission Corn Strips, Snek Enak Lagi Menyelerakan!

Hi Korang, 

Kite memang tau yang jenama MISSION Tortilla ni merupakan jenama wrap yang terkemuka di pasaran. Obviously kalau korang tau maknanya korang memang kaki ‘eat healthy’ lah kan hahahha Selalunya roti wrap dari MISSION ni orang akan buat wrap sebagai sarapan mahupun makan tengahari. 


Tapi kini Mission Food telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru mereka dalam bentuk snek iaitu Mission Corn Strips. Yesza snek!!! Of courselah akak ko ni suka, senang nak makan tak yah nak letak inti-inti bagai. 


Menurut kata Encik Constantino Flores, Vice President of Operations, Mission Foods Asia, "The strip style makes it easier to eat and deepens the 'crunch' experience that snackers crave. We also wanted to give consumers flavours that are unexpected on a corn chip and they love - flavours that can be enjoyed straight from the pack so they can skip the dip altogether," 

Uniknya snek ini adalah ianya sangat ringan dan ranggup. Ianya mengandungi kurang 30% minyak berbanding dengan kerepek kentang. Paling penting ianya dihasilkan 100% daripada jagung sebenar. Dan yang penting tanpa pewarna dan perisa tambahan. 

Terdapat 3 perisa yang diperkenalkan iaitu Mission Peri Peri Corn Strips, Mission Tom Yum Corn Strips dan Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strips.


Mission Tom Yum Corn Strips

Rasa sensasi dengan citarasa kebiasaan hidangan Thai seperti rasa masam, manis, masin dan pedas. Snek dengan rasa seafood bersama percikan hot chilli pepper, kaffir lime, galangal, lime juice dan sos ikan. Seumpama rasa hidangan tom yum tapi sebenarnya korang sedang menikmati snek Mission Tom Yum Corn Strips.

Mission Peri Peri Corn Strips

Ramuan rasa utama adalah citrus dan lime. Hidangan yang mempunyai rasa peri peri sememangnya mendapat permintaan di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi mereka yang meminati rasa masam-masam pedas.

Mission Szehuan Spicy Seafood Corn Strips

Korang boleh rasa kepedasan chilli pepper, Szechuan peppercorns, rasa seafood dan pelbagai rasa 'spices'. Memang meninggalkan momen indah setelah menikmati kudapan yang memiliki variasi rasa kepedasan. 

Korang pilih yang mane satu idaman kalbu ?? 


Kempen #RIPSTRIPSKIPTHEDIP 


Bersempena dengan pelancaran snek ini juga, pihak Mission Food turut menganjurkan kempen #RipStripSkiptheDip yang mana melibatkan 3 orang rappers Malaysia iaitu Sophia Liana (dari kumpulan De Fam), Juzzthin dan Loca B. 

Sophia De Fam mewakili produk Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strip; 
"Spicy Szechuan gon' turn the heat up with the media. When I got you guys be like 'Better call Sophia'. Put your taste buds on a joyride. So tasty, it makes your mouth open wide. The combination of both might just trigger your pulse" 

Juzzthin pula mewakili produk Mission Peri Peri Corn Strips; 
"It's a hot thing, in the making. Legendary. What we talkin' bout here, Peri Peri. Your tongue gets reborn soon as you taste the corn. It just gets better for the soulfood we on" 

Loca B bersama Mission Tom Yum Corn Strip; 
"Tom yum bring that heat and it's spicin'up this beat. My mama getting mad. Lotsa chips in one receipt!" 


Rangkaian Mission Corn Strips yang baru ini boleh didapati dalam pek 120g di semua pasar raya terkemuka di lorong snek; bersama-sama dengan pelbagai cip jagung Mission sedia ada. Sebagai tambahan penting kepada mana-mana pantri makanan ringan, ketiga-tiga perisa baru ini pastinya menyenangkan. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website:

Facebook: 

Instagram : 
@missionfoods.my



#missioncornstrips 
#MissionFoodsMy 
#RipStripSkipTheDip