Friday, January 10, 2020

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Hi Korang,


Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’. 

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik. 


TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.


Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025[1]yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan. 

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah. 

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo. 


TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya. 

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih. 

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’. 

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah. 

“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.


Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai. 

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling. 

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah. 

“Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.


Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya. 

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya.


Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.


No.
Sekolah
Bilangan Pelajar Orang Asli
1.     
SK Pos Musoh, Perak
70
2.     
SK Pos Lemoi, Pahang
84
3.     
SK Pos Bersih, Perak
147
4.     
SK Putra, Negeri Sembilan
110
5.     
SK Pos Tenau, Perak
79
6.     
SK Sg Mas, Pahang
79
7.     
SK Sg Mok, Pahang
105
Jumlah
674

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.




[1] Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file




Thursday, January 9, 2020

SURIA KLCC Raikan SambutanTAHUN BARU CINA Dengan Penuh Kemeriahan Bersama Para Pengunjung

Hi Korang,

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Suria KLCC pada kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula dari 3 Januari sehingga 2 Februari 2020 di mana para pengunjung disajikan dengan pelbagai acara dan persembahan tradisional masyarakat Cina yang disuntik dengan elemen kemodenan. Seiring dengan tema "The gReAT Lunar New Year", perayaan tahun ini sejajar dengan kempen pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia yang diadaptasikan kepada dekorasi indah di ruang legar Suria KLCC yang bertemakan Pagoda berbentuk oktagon masyarakat Cina dahulu kala. 

The lighting of Malaysia’s Tallest Pagoda Replica at the KLCC Esplanade

Perayan Tahun Baru Cina yang dilancarkan pada 9 Januari 2020 tersebut diraikan dengan penuh kemeriahan oleh para pengunjung apabila mereka disambut dengan persembahan tarian singa di ruang legar Suria KLCC. Hadir pada majlis pelancaran itu ialah YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir, Pengerusi; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi dan Ben Chong, Pengurus Besar. Perayaan Tahun Baru Cina kali ini turut disambut dengan pengiktirafan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade diikuti dengan upacara utama tradisi masyarakat Cina iaitu ‘Lou Sang’ yang diketuai oleh YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof. 

YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir berkata dalam ucapan aluan beliau, "Tahun Tikus adalah signifikan kerana ia merupakan tanda permulaan kitaran 12 haiwan Astrologi Cina dan atas sebab ini, tahun 2020 adalah tahun pembaharuan khususnya bagi masyarakat Cina. Justeru, Suria KLCC telah menyediakan pelbagai aktiviti menilik masa hadapan untuk para pengunjung alami, selain daripada mendalami prospek masa hadapan bagi mengambil langkah-langkah yang yakin untuk tahun 2020.” 

From right to left – Francis Tan, Chief Operating Officer of Suria KLCC Sdn Bhd; YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir, Chairman of Suria KLCC Sdn Bhd; YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Director General of Tourism Malaysia and Ben Chong, General Manager of Suria KLCC Sdn. Bhd hitting the drums to usher in The Great Lunar New Year at Suria KLCC

Ruang legar Suria KLCC akan menjadi tumpuan utama para penunjung dek kepelbagaian aktiviti yang akan diadakan di sini. Para pengunjung dan pembeli belah juga boleh bergambar dengan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade yang telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records 2020’. Dengan ketinggian 70-kaki serta dihiasi dengan keunikan perhiasan tradisional masyarakat Cina seperti tanglung dan bunga ‘peony’, para pengunjung pasti akan tertarik dengan kemegahan dan keindahan Pagoda tersebut. 

Bagi mereka yang teruja untuk mengetahui apa yang mungkin menanti mereka pada Tahun Tikus ini boleh mencuba aktiviti “Interactive Zodiac Reading” yang bakal memberi pengalaman interaktif yang elusif dan canggih pada masa yang sama dalam penilikan nasib berasaskan kalendar astronomi Cina. Aktiviti penilikan ini merangkumi perihal hubungan peribadi, kesihatan, kekayaan dan banyak lagi. Di samping itu, para pengunjung berpeluang untuk memenangi e-baucer dari kedai kedai terpilih di Suria KLCC.melalui aktviti “Lucky Angpow Pick and Win”

The grand decorations at the Centre Court of Suria KLCC depicting the ancient majestic octagonal-based Chinese pagoda.

Untuk pengalaman yang lebih bermakna, para pengunjung boleh mencuba aktiviti “The gReAT Fortune Teller” bagi mendapatkan konsultasi ketua tukang tilik yang mana akan berlangsung selama dua jam pada Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang bulan perayaan Tahun Baru Cina ini. 

Sepanjang musim perayaan ini juga, pelbagai persembahan tradisi masyarakat Cina yang menarik boleh dihayati oleh para pengunjung antaranya, tarian singa serta persembahan 24- gendang. 

Suria KLCC juga menyediakan cetakan foto secara percuma untuk para pengunjung di “Prosperity Photobooth”. Kepada para peminat seni, anda boleh mempamerkan bakat anda di bengkel kaligrafi Cina yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang musim perayaan ini. 

Bersempena Tahun Tikus, patung-patung tikus comel ditempatkan di setiap pintu masuk utama Suria KLCC iaitu di Ramlee mall, Ampang mall dan Park mall untuk mengalu-alukan para pengunjung dan pembeli belah. 

BELI-BELAH DI SURIA KLCC DAN TEBUS GANJARAN DENGAN SEGERA! 

Nikmati ganjaran hebat apabila anda membeli belah di Suria KLCC pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Mulai sekarang hingga 2 Februari 2020, belanja RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih di Suria KLCC untuk menebus koleksi Pandora Charm yang esklusif, satu set paket angpow dan satu set hiasan ucapan Tahun Baru Cina. 

INISIATIF KOMUNITI 

Inisiatif komuniti sentiasa menjadi keutamaan pihak Suria KLCC dan tidak terkecuali bagi musim perayaan kali ini, Suria KLCC meraikan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik melalui derma ikhlas yang disalurkan kepada Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia. Sumbangan ikhlas ini merupakan usaha berterusan oleh Suria KLCC berikutan sumbangan sebanyak RM20,000 yang disalurkan semasa sambutan Krismas baru-baru ini pada 3 

YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir presenting the mock cheque to Mr Lee Yiang Ming, representative of Children’s Wish Society of Malaysia

Disember 2019. Secara keseluruhan, Suria KLCC telah menyumbang RM40,000 kepada Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia. Menerusi sumbangan itu pihak Suria KLCC berharap dapat bersama-sama membantu meningkatkan tahap kesedaran orang ramai dalam menyuntik sikap masyarakat prihatin terhadap nasib kanak-kanak berkenaan. Melalui sumbangan itu juga, pihak Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia dapat membeli barangan yang diimpikan oleh kanak-kanak ini antaranya seperti iPad, tablet, telefon pintar, set lego, basikal dan bermacam lagi. Orang ramai yang ingin menderma secara langsung atau mengetahui lebih lanjut mengenai Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia, boleh berbuat demikian dengan menghubungi mereka di talian +603-5632 4941 atau e-mel di cwsmalaysia@cwsmalaysia.com. 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi serta jadual aktiviti pusat beli belah Kumpulan Suria KLCC sempena sambutan Tahun Baru Cina, sila layari: 

Suria KLCC – www.suriaklcc.com.m
Alamanda Shopping Centre Putrajaya – www.alamanda.com.m
Mesra Mall – www.mesramall.com.my

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 







Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com


Wednesday, January 8, 2020

Makan-Makan Di MINANG TAPAU by Fazley Yaakob Dengan Geng Borak

Hi Korang, 

I told you already kan!! 

Makanan dan kak lily memang tak boleh di pisahkan. 

Kebetulan weekend lepas tak de event so bebudak ni ajaklah kak lily dengan MrBig pi makan-makan. Ya allah, ini bukan review ek just sajer pi makan-makan hah sebab lama tak jumpa padahal baru je buat makan-makan ari tuh kat Dottys TTDI kan, itu nanti akak citer lah ek hehee 


Sebab Naz dah pi dulu masa pembukaan kedai ni so di ajaknya sekali lagi pi dengan ktorang orang. Alah tak ramai pun Shakiddo, Mahamahu, Nazlan dan ktorang jer yang lelain tuh menghantar saka jer hah hehehhehe 


Kalau korang nak tau menu yang di hidangkan di Minang Tapau ni adala menu makanan tradisi melayu yang dihasilkan dalam bentuk fast food. Di hidangkan dalam mangkuk tapau so korang boleh pilih samada nak makan kat sini ataupun takeaway sajor. 

orang suruh datang makan tapi tetap sibuk nak amik gambo ek


Yang bestnya Minang Tapau ni di terletak di dalam Lepak Café yang mana Lepak Café ni berkonsepkan ala food court so selain daripada Minang Tapau terdapat beberapa kedai makan lelain tapi ktorang belum sempat nak cuba lagi lah kan. 

ini baru first round yer

cantik!! tepon sapo ni ek

So untuk pilihan menu ni korang boleh memilih samaada nak makan Minang Bowl dan Pasta Bowl. Gitu kan, so pilih-pilih lah.

Minang Bowl 

Minang bowl ni merupakan hidangan nasi bersama beberapa pilihan lauk –pauk seperti 

Daging salai lemak cili api RM12.90 

Ayam salai lemak cili api RM9.90 

Cendawan salai lemak cili api RM8.90 

Rendang Minang RM11.90 

Sambal hijau ayam pop RM9.90 

tempting ek!!


Pasta Bowl 

Pasta bowl ni merupakan hidangan pasta yang kak lily rasa lebih sihat dan di hidangkan bersama beberapa pilihan lauk –pauk seperti 

Daging salai lemak cili api RM12.90 

Ayam salai lemak cili api RM9.90 

Cendawan salai lemak cili api RM8.90 

Rendang Minang RM11.90 

Sambal hijau ayam pop RM11.90 

Salted Egg Yolk Chicken RM9.90 

Sambal Minang Beef RM8.90 

Sambal Minang Chicken RM8.90 

Bakso Bolognaise RM10.90 

ini bakso bolognese Maha punye, sedap gak wei

Hah ambik ko banyak betul pilihan menu kan sampai pening tak tau mana satu nak pilih hehehe 

Dari segi portion dia memang just nice untuk kak lily sebab akak bukan makan banyak pun kan hehhhe untuk certain occasion je akak ko ni jadi pirana je kan heehhe 

Mr Big dia nak makan bubur. 

ya ampun, warna warni betul buburnya menampak selera betul ni ek.

Hah kemain banyak pilihan bubur ek, korang tengoklah sendiri kan. 

Den Tak Tahan Podeh! 
Tak Podeh Bonar Do! 
Podeh La Jugak! 
Podeh Gilo Jang! 
Podeh Nak Mampuih Woi! 

Korang rasa dia akan makan yang pedas ke? Ermm memang taklah nama jer orang rombau tapi tak makan podeh hah. 

sebelum makan, meeting meeting dulu hah

sempat tangkap Dr Fazley hah, ajak bergambar sekali

Ermm lepak sambil makan-makan memang seronok sekali sekala kan, hilang sket stress keje hah walaupun baru 2 hari keja di tahun baru 2020 ni. 

Ktorang discuss jugak content direction untuk tahun 2020 ni nampak video akan bakal mendapat tempat di hati pada client so korang mantapkan skill video editing korang kan, itu yang boleh di jual sekarang ni bagi social media. 

Jom kita ke 

Minang Tapau by Fazley Yaakob 
Lepakcafe,
Tingkat 1,
Jalan Medan Setia 1, 
Bukit Damansara 
(bersebelahan CIMB Bank) 


Waktu Operasi: Setiap Hari (11 pagi hingga 6 petang) 
Tutup Hari Ahad 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook: 

Instagram : 



#MinangTapau 
#MasakanMinang 
#PastaBowl 
#BuburPodeh 
#TehTarikPotonguler