Wednesday, January 8, 2020

LEGO® 'Gift of Play' Sempena Tahun Baru Cina 2020 Ni

Hi Korang,

LEGO® Malaysia, yang baru-baru ini melancarkan set bertemakan Tahun Baru Cina, LEGO® Lunar New Year {LNY) ke dalam pasaran Asia Pasifik akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan penuh gilang-gemilang menerusi Acara LEGO® Lunar New Year! Acara terse but yang akan diadakan di Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley South key di Johar Bahru mulai 5 Januari hingga 2 Februari 2020, merupakan acara sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina yang pertama seumpamanya oleh LEGO® di Malaysia. 


Diadakan di bahagian Centre Court Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley Southkey, acara ini menawarkan pelbagai aktiviti membina LEGO® serta tarikan yang pasti menggembirakan para pengunjung tanpa mengira peringkat umur. Antara aktiviti yang disediakan ialah: 

Rat Building Competition
Bekerjasama sebagai satu pasukan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga anda dan lihat siapakah yang dapat membina set LEGO® Rat dengan lebih pantas. Terdapat pemenang mingguan dan satu pemenang hadiah utama (set LEGO® bernilai RMl,000). 

Drum Up the Lion
Kanak-kanak perlu membina LEGO® Traditional Drum dan gunakannya untuk mengejut singa yang sedang tidur di dalam skrin. Para peserta berpeluang menebus 'wishing card' untuk membuat hajat bagi mendapatkan set LEGO® yang diidamkan. 

Creative LEGO® Shadow Play
Kanak-kanak bebas untuk membina apa sahaja atau membina set yang telah ditetapkan dan kemudian rnernaparkannva ke atas skrin yang dilimpahi cahaya. lni membolehkan mereka menceritakan kisah boneka bayang mereka sendiri. 

Give the Gift of Play
Kanak-kanak yang telah menebus 'wishing card' boleh menggantungkan kad berkenaan di "LEGO® Wishing Wall". Lima pemenang bertuah akan dipilih dan mendapat set LEGO® yang mereka idamkan! 

Wishing Tree
Para peserta perlu mendaftar untuk menebus 'wishing card' berpandukan kepada zodiak mereka. Mereka boleh menulis hajat mereka untuk 2020 dan petugas kami akan menggantungkannya pada 'wishing tree'. 


Selain aktiviti membina yang menyeronokkan, LEGO® turut menawarkan promosi eksklusif sempena acara sambutan ini. Pada hari pertama, para pengunjung terawal membeli kedua-dua set LNY baru akan menerima baucar LEGO® bernilai RM28 dan tiga item hadiah dengan pembelian (GWP) edisi terhad (LEGO® Angpow, LEGO® Traditional Drum & LEGO® Candy Box). Mereka yang berbelanja minimum RM238 ke atas sebarang pembelian (tidak termasuk set LNY), boleh memilih salah satu daripada tiga item GWP edisi terhad (set LEGO® Traditional Drum, LEGO® Candy Box atau LEGO® Year of the Rat). Kedua-dua set GWP LEGO® Drum dan LEGO® Candy Box hanya boleh didapati secara eksklusif di Malaysia semasa acara sambutan di Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley South key. 

Promosi ini tidak hanya terdapat di tapak acara sahaja kerana para pelanggan boleh menebus GWP edisi terhad LEGO® Peach Flower Pot dengan setiap perbelanjaan minimum RMl,500 dalam satu resit di mana-mana gedung istimewa kami (RMl,300 dengan Kad Kredit HSBC Malaysia). Tawaran ini terhad untuk satu penebusan bagi setiap pelanggan sehari dan penebusan harian hanya untuk 70 pelanggan sehari di Mid Valley Megamall dan 60 pelanggan sehari di The Mall, Mid Valley Southkey. Para pelanggan juga boleh menebus angpau bercorak tarian singa LEGO® dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit di mana-mana gedung istimewa kami (RM200 dengan Kad Kredit HSBC Malaysia). Kaunter penebusan bagi kedua-dua pusat membeli-belah berkenaan terletak di bahagian Centre Court, Tingat Bawah Utama. Kedua-dua promosi tersebut hanya boleh didapati di Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley South key. 


Para pengunjung Acara LEGO® Lunar New Year juga boleh menikmati pelbagai tarikan yang sangat sesuai untuk dimuat naik ke dalam lnstagram seperti LEGO® Entrance Arch, 12 patung Zodiac Minifigure bersaiz sebenar (termasuk keterangan bagi setiap lambang zodiak berkenaan) dan Lion Dance Jump Stage (patung LEGO® Lion Dance bersaiz sebenar). Selain daripada itu terdapat juga beberapa LEGO® Diorama yang dibina oleh kumpulan Adult Fans of LEGO® (AFOL) yang sangat berbakat. 

Sebagai bonus, para pengunjung Acara LEGO® Lunar New Year berpeluang memenangi baucar LEGO® bernilai RM10 setiap hari, terhad kepada 50 pengunjung terawal setiap hari. Mereka hanya perlu mengambil gambar dengan mana-mana patung LEGO® yang dipamerkan di acara tersebut dan memuat naik gambar berkenaan ke dalam Facebook atau lnstagram mereka. Jangan lupa gunakan #LEGOCNY2020 dalam hantaran anda dan tunjukkan kepada petugas acara untuk menebus baucar and a. 

Set bertemakan Tahun Baru Cina 2020 LEGO® & promosi di gedung 

Set bertemakan Tahun Baru Cina yang terbaru ialah LEGO® Lion Dance (80104) dan LEGO® Chinese New Year Temple Fair (80105). Set terbaru ini adalah susulan daripada set 2019 iaitu LEGO® Dragon Dance dan LEGO® Chinese New Year's Eve Dinner. la merupakan produk pertama LEGO® yang dicipta khusus bagi meraikan perayaan ini dan habis dijual di dalam talian, serta di semua kedai dan gedung LEGO® yang mengambil bahagian. 


Set LEGO® Lion Dance menggambarkan suasana Pesta Musim Bunga yang disukai ramai dan pastinya mampu menggamit memori indah yang berkaitan dengan pesta tradisional ini. Set berkenaan menampilkan 5 patung singa kecil yang dihias indah dan satu pentas pemain genderang dengan fungsi gendang yang unik. la turut didatangkan dengan pintu gerbang tokong yang dihiasi ju bin LEGO® bercorak tradisional. 

Set ini didatangkan dengan la pan patung mini termasuk penari singa dan lelaki memakai kostum tikus sebagai menandakan Tahun Tikus. Elemen aksesori tambahan seperti skrol 'ucapan selamat' merah, orb merah, kubis, berus kaligrafi dan mercun roket turut disertakan bagi membolehkan ia digayakan dalam pelbagai bentuk. Set ini boleh didapati pada harga RM349.90. 


Set LEGO® Chinese New Year Temple Fair merakamkan suasana meriah yang sering kelihatan di sekitar pekan serta bandar di seluruh China semasa Tahun Baru Cina. Set ini didatangkan dengan gerai-gerai yang menjual beraneka barangan asli, berwarna-warni versi LEGO® yang boleh anda dapati di sesebuah Pesta Tokong. Semuanya dihasilkan semula dalam bentuk LEGO® daripada hidangan barbeku hinggalah kepada gula-gula, permainan, pasu serta doh. 

Set ini turut didatangkan dengan 14 patung mini dan boleh didapati pada harga RM499.90. Peminat LEGO® yang teliti pasti akan menyedari kemunculan ahli keluarga daripada set LEGO® Chinese New Year's Eve Dinner tahun lalu, bagi meneruskan kisah sambutan Pesta Musim Bunga mereka. 

Untuk kempen CNY 2020, LEGO® menawarkan dua promosi menarik di gedung. Dengan pembelian minimum RM68 mana-mana set permainan LEGO®, pelanggan boleh menebus paket Angpau Tahun Baru Cina 2020. Mereka yang berbelanja minimum RM238 (tidak termasuk set CNY) boleh menebus set edisi terhad LEGO® Year of the Rat. 


Kedua-dua set LEGO® Lunar New Year yang baru telah dilancarkan ke pasaran China dan Asia Pasifik pada 26 Disember 2019 dan boleh didapati di semua gedung LEGO®, Toys "R" Us dan kedai-kedai yang mengambil bahagian. 

Kunjungi LEGO® Malaysia atau LEGO® Malaysia Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai set LEGO® Lunar New Year, Acara LEGO® Lunar New Year serta tawaran dan promosi mereka yang terkini. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 


Tuesday, January 7, 2020

Menonton Secara ‘LIVE’ 'MAHARAJA LAWAK MEGA 2019' Di Royal Theater Shah Alam

Hi Korang, 

Yesza kak lily memang tak akan lepaskan peluang untuk menonton secara langsung event-event anjuran Astro ni. Dah orang ajak so kita pun pi lah kan, tapi tak delah setiap minggu pun tengok ada kelapangan dan masa so why not. 


So kak lily berkesempatan meyaksikan minggu ke sepuluh iaitu minggu separuh akhir MLM 2019 ni. Ktorang sampai sebelum pukul 8 malam cam tuh dari Bangi nasib tak berapa jem sangat sebab lalu jalan-jalan shortcut kan.

duduk sebelah Hanna Ismail, cantik nau dia ni lah

Untuk ktorang memang dah ada special pass media, so bila call jer team Astro nanti diorang akan pass tiket dan terus masuk. For media seharusnya ktorang ada special seat untuk duduk sekali dengan media-media lain dalam erti kata yang lain senang nak monitor ktorang ni hahahha. 

Bagi separuh akhir ini hanya tinggal 5 kumpulan yang berentap untuk ke peringkat akhir iaitu : 

BOCEY, dan ahlinya Abam, Achey, Fad 

J-BORN, dan ahlinya Khir Rahman, Joey, Vicha 

PUTEH, dan ahlinya Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak 

RARE, dan ahlinya Ajak Shiro, Ropie, Pak Ya 

ZERO, dan ahlinya Atu, Syaiful, Syarif 

Dengan bertemakan 'Budaya' dan 'Loghat/Slang', persembahan di bahagikan kepada 2 pusingan.




Ya ampun kalau korang tengok IG stories akak memang seronok, berdekah-dekah ktorang gelak, lawak- lawaknya bersahaja tapi penuh pengisian. Cuba kalau suruh kak lily memang matilahnak ! kan heheheh


Barisan juri tetap pada setiap minggu adalah lnul Daratista dari Indonesia, Lisa Surihani, Dato' Jamal Abdillah dan Najip Ali dari Singapura.

Malu tengok muke ahkak hah



MENGENAI PROGRAM Maharaja Lawak Mega 

Mula bersiaran pada 2011, 'Maharaja Lawak Mega (MLM)' menggabungkan pelawak- pelawak dan pelakon komedi profeslonal terbaik Nusantara (Malaysia, Slngapura, Indonesia dan Brunei), untuk sama-sama berentap di atas pentas besar bagi merebut takhta 'Juara' bagi musim tersebut. Barisan peserta ini perlu membuat persembahan komedi berdasarkan tema mingguan yang diberi. 

Pada masa yang sama, peserta yang mengumpul markah tertinggi pada setiap minggu akan dianugerahkan 'Flamitoz Kumpulan Paling Syok!' yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RMl,000 dan produk Adabi bernilai RMSOO, manakala peserta yang meraih undian penoton tertinggi pula akan memenangi gelaran 'Oppo Punchline Machine'

FORMAT PEMARKAHAN PROGRAM 

70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 30% daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MLNama Peserta atau ML<3>Nama Peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777, dan juga di platform rakan digital, Gempak di www.gempak.com/maharajalawakmega.







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, January 3, 2020

Dua Biji Epal Boleh Bantu Kawal Kolesterol?

Hi Korang,

Sempena tahun baru 2020 ni, kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Ada pepatah mengatakan “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor,” tetapi bagaimana pula dengan dua biji epal sehari? Apakah manfaat yang mungkin diperolehi sekiranya mengamalkan pengambilan buah tersebut?
Dua biji epal = 4 peratus


Jika sebelum ini anda mengamalkan untuk memakan sebiji epal sehari, mungkin selepas ini anda boleh mula mengambil dua biji epal setiap hari. Kenapa? Ini kerana terdapat penyelidikan yang mengatakan dua biji epal yang dimakan setiap hari akan dapat membantu mengekalkan kadar kolesterol

Lebih menarik lagi, penyelidik turut mendakwa bahawa individu yang mengambil dua biji epal sehari, untuk tempoh selama lapan minggu akan dapat menurunkan kadar kolesterol tidak baik sehingga empat peratus. Keadaan ini sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk mengalami serangan strok atau jantung yang disebabkan pengerasan kolesterol pada arteri. Menarik, tetapi betul ke?
Kajian yang dilakukan

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, responden yang berusia antara 20 hingga 69 tahun diminta untuk mengambil dua biji epal sehari dalam tempoh dua bulan. Tahap tekanan darah diambil oleh penyelidik pada sebelum dan selepas tempoh kajian.

Pengkaji turut membuat perbandingan hasil kajian dengan individu yang mengambil dua gelas minuman air epal yang mempunyai kadar kandungan kalori yang sama sepanjang tempoh dua bulan kajian. 

Daripada hasil kajian, individu yang memakan epal akan mengalami penurunan kadar kolesterol tidak baik secara purata 3.6 peratus lebih rendah berbanding individu yang mengamalkan pengambilan minuman berasaskan epal. 

Kadar peratusan itu adalah jauh lebih rendah berbanding pengambilan ubatan statin, iaitu ubat-ubatan yang biasanya diambil untuk mengurangkan kolesterol antara 30 hingga 55 peratus. Tetapi perubahan diet yang kecil ini dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Lebih menarik lagi, hasil kajian ini juga mendapati individu wanita yang mengamalkan pengambilan dua biji epal ini setiap hari akan mendapat lebih manfaat berkaitan kolesterol berbanding lelaki. 

Walaupun dikatakan wanita lebih memperolehi manfaatnya, ia tidak bermakna tiada langsung kebaikan yang diperolehi oleh individu lelaki, bukan? Namun, sebenarnya masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini. 

Jadi apa kata kita fokuskan kembali mengenai kebaikan buah epal ini, okay?

Apakah manfaatnya?

Sebelum bercerita mengenai manfaatnya, pernah tak anda terfikir kenapa epal yang menjadi pilihan? Ini kerana epal merupakan buah yang mengandungi kandungan serat dan air yang tinggi – dua sifat yang membuatkan anda kenyang.

Dua epal yang besar, mengandungi kira-kira satu per empat serat harian yang disyorkan bagi seorang individu dan terdapat sejenis serat yang menyokong perkembangan bakteria baik sekali gus dapat mengurangkan kolesterol. Haaa, sebab itulah wujudnya pepatah, “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor.”

Penyelidik kajian juga mendapati individu yang mengamalkan pengambilan buah ini setiap hari juga akan mempunyai saluran darah yang lebih sihat dan lebih tenang. Kesan keadaan ini adalah sama dengan pengambilan makanan lain yang mengandungi sebatian semula jadi yang dipanggil polifenol.

Untuk pengetahuan, polifenol adalah sebatian fitokimia yang secara semula jadi terkandung di dalam tumbuhan. Sebatian ini memberikan pelbagai warna (pigmen) dalam makanan. Bukan itu sahaja, polifenol juga berfungsi untuk melindungi tumbuhan dari bahaya.

Menurut pengarang kanan kajian dari Hugh Sinclair Unit of Human Nutrition di University of Reading, Profesor Julie Lovegrove berkata, “Nampaknya pepatah lama yang sering disebut mengenai buah ini adalah hampir tepat.”

Individu yang memakan dua epal bersaiz besar setiap hari yang mengandungi kandungan polifenol yang tinggi akan mempunyai tahap kolesterol LDL yang lebih rendah dan tiada sebarang pengurangan kolesterol baik berbanding mereka yang mengambil minuman berasaskan epal. Kolesterol LDL ini juga disebut sebagai kolesterol tidak baik. 

“Kami percaya serat dan polifenol dalam epal adalah penting dan epal merupakan sejenis buah yang sangat popular dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat usia. Ia merupakan sejenis buah yang mudah untuk dimakan dan adalah pilihan makanan snek yang sihat.”

Pakar percaya jenis serat yang ditemui dalam epal bermanfaat kepada bakteria penting dalam usus untuk menghasilkan rantaian pendek asid lemak yang boleh menurunkan kolesterol dalam hati. 

Apa pendapat pakar?

Bagi profesor perubatan kardiovaskular di University of Sheffield, Tim Chico, “Kajian ini menunjukkan bahawa memakan dua biji epal dalam masa satu hari akan menyebabkan sedikit penurunan dalam kolesterol berbanding dengan hanya meminum air epal.”

“Kesan ke atas kolesterol adalah sangat kecil berbanding dengan terapi ubatan dengan statin dan ia sebenarnya tidak dapat menentukan bahawa ia akan membawa kesan kepada penurunan risiko berkaitan penyakit jantung ataupun strok.”

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh jangka masa yang singkat. Jadi setiap manfaat yang diperolehi mungkin akan memberikan kebaikan yang lebih besar kepada kesihatan secara keseluruhan jika dilakukan sepanjang hayat,” ujar Tim. 
Kebaikan epal

Epal atau nama saintifiknya malus domestica adalah sejenis tanaman berbuah dalam genus malus dan keluarga mawar. Ia berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di dunia.

Jom ketahui apakah kebaikan epal:

Otak

Menurut kajian yang dibentangkan di Alzheimer’s Association’s International Conference pada 2017, individu yang gemar makan makanan berasaskan tanaman mempunyai kurang risiko demensia

Jantung

Menurut kajian yang dilakukan oleh Florida State University, buah ini yang tinggi kandungan serat dapat membantu mengawal paras kolesterol agar kandungan kolesterol ‘baik’ melebihi kolesterol ‘jahat’. 

Berat badan

Berdasarkan kajian, individu yang gemar makan buah ini sebagai pembuka selera akan membuatkan mereka berasa kenyang sebelum makan sajian utama. Kajian tersebut menyambung lagi bahawa individu tersebut akan memperoleh kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 200 kalori kurang daripada individu yang tidak melakukannya. 

Risiko diabetes

Dalam satu kajian berskala tinggi yang pernah dijalankan, memakan sebiji epal sehari mempunyai hubungan dalam menurunkan risiko mengalami diabetes jenis 2 sehingga 28 peratus, berbanding jika langsung tidak mengambil epal. 

Keadaan ini mungkin kerana polifenol yang terkandung di dalam epal yang membantu mencegah kerosakan tisu pada sel beta di dalam pankreas. Sel beta berfungsi menghasilkan insulin kepada badan dan fungsinya selalu terjejas pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2.

Kanser

Kandungan antioksidan dalam buah ini yang sangat tinggi menjadikan ia antara sumber makanan yang mampu melawan kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Itali, makan buah ini sekali sehari dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal berbanding buah-buahan yang lain.
Akhir kata

Jadi walaupun masih banyak kajian yang perlu untuk mengesahkan mengenai kebaikan buah ini dalam mengurangkan kadar kolestrol tidak baik dalam badan, tetapi buah epal tetap memberikan manfaat kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya. Jadi, jangan lupa makan epal setiap hari, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Artikel Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi ek.

Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com