Wednesday, January 1, 2020

6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

Hi Korang,

Sempena tahun baru 2020 ni, kak lily akan kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Maklumlah bila dah berumur ni cam nie lah, kena banyak membaca artikel ilmiah sket kan selain daripada entry jalan-jalan cari makan, travel, beauty ek

Selamat membaca semuanya...



Tahun baru, azam baru. Menjelang 2020, terdapat beberapa perkara berkaitan dengan kesihatan yang wajar dititikberatkan. Tahun silih berganti dan purata jangka hayat manusia semakin lama semakin meningkat. Pelbagai jenis perubahan dan kemajuan teknologi yang dapat kita saksikan berikutan pengetahuan berkenaan kesihatan yang semakin meningkat. 


Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami kecacatan genetik tidak mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menyaksikan keindahan dunia. Namun kini, dengan rawatan rapi, mereka berpeluang untuk menikmati kehidupan seperti individu lain, walaupun ada kekurangan pada keupayaan mereka. 

Kepada para pembaca, ini merupakan masa yang sesuai untuk anda menerapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Amalkan konsep pemakanan hijau

Penulis tidak bermaksud untuk memaksa para pembaca menjadi vegetarian atau vegan. Namun, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat meningkatkan kualiti hidup individu melalui penghindaran pelbagai jenis penyakit. Makanan tersebut mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan kandungan serat yang tinggi. 

Selain daripada mengelakkan jangkitan kuman melalui pengukuhan sistem imuniti badan, pengambilan makanan berserat juga boleh menghindarkan pelbagai jenis kanser terutamanya kanser kolorektal yang kian meningkat di Malaysia. Trend yang seharusnya diterapkan dalam menggapai impian wawasan 2020 perlulah berasaskan konsep gaya hidup sihat.

Masalah obesiti, kencing manis dan masalah metabolik yang lain boleh dielakkan dengan pengurangan gula dan makanan berkarbohidrat serta meningkatkan pengambilan makanan berserat. Ini berikutan keupayaan serat dalam memperlahankan sistem penghadaman, mengurangkan kadar penyerapan gula dan menyebabkan perembesan insulin badan yang lebih stabil.

Beri tumpuan lebih kepada kesihatan mental

Pada masa kini, terdapat banyak pembunuh dalam diam. Sakit jantung, pengambilan gula berlebihan, kemurungan dan sebagainya. Sudah tiba masanya untuk kita galakkan mereka yang mengalami simptom atau sudah didiagnosis dengan penyakit mental untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kemurungan dialami oleh lebih daripada 264 juta individu di seluruh dunia. Ini bukanlah satu angka yang boleh dipandang ringan. Kesan kepada penyakit ini boleh menyebabkan penurunan kualiti hidup, kemerosotan prestasi di tempat kerja dan kematian, jika dibiarkan berpanjangan.

Tamatkan stigma dan hulurkan tangan anda. Jika anda tidak dapat membantu daripada aspek tertentu, berikanlah sokongan emosi dan mental. Dengarilah rintihan sahabat anda yang tertekan dan laporkan kepada pihak berkenaan sekiranya terdapat ketidakadilan di dalam sesuatu sistem hanya kerana mereka yang terbabit mempunyai masalah dengan kesihatan mental.

Kurangkan masa menggunakan telefon pintar

Media sosial, permainan video yang diterapkan dalam telefon pintar dan kebolehan untuk mencari pasangan melalui alternatif maya membuatkan peranti tersebut bagaikan jawapan kepada segala jenis persoalan. Kajian yang dibuat oleh Nielsen pada tahun 2018 telah menunjukkan bahawa populasi orang dewasa di Amerika Syarikat menghabiskan kira-kira 2 jam 22 minit menggunakan peranti telefon pintar.

Apa yang lebih mengejutkan lagi perkara tersebut tidak termasuk dengan masa yang dihabiskan berbalas mesej dengan individu lain atau secara rawaknya, membuka telefon untuk memeriksa jika ada notifikasi yang masuk. Jika perkara tersebut diambil kira, entah berapa lamalah mereka menghabiskan masa dengan telefon pintar. 4 jam, mungkin?

Ini merupakan salah satu bentuk ketagihan yang dirangsang dengan rembesan hormon dopamin bagi merasai perasaan gembira dan berpuas hati. Semakin lama, semakin sukar untuk anda merasai kesan fisiologikal dopamin. Ini bermakna, anda ingin dirangsang dengan lebih banyak dopamin sehingga merasai keseronokan yang diharapkan.

Telefon pintar beroperasi bagaikan sistem yang mencetuskan rembesan dopamin. Setiap sekali skrin tersebut diskrol, semakin kuat keinginan untuk anda terus skrol dan skrol. Pernah tak anda tenggelam dengan telefon pintar dan tanpa anda sedari, poof, 4 jam sudah berlalu? Kalau pernah, mungkin anda perlu kurangkan penggunaan telefon pintar. Klik sini untuk baca berkenaan dengan bagaimana cara mengurangkan penggunaan telefon pintar.

Pergi bercuti 2 kali setahun

Siapa tak suka mengembara kan?

Bercuti merupakan salah satu cara bagaimana kita boleh mengekalkan tahap stres pada paras yang rendah. Kajian Jantung Framingham telah menunjukkan bahawa mereka yang bercuti kurang daripada 2 kali setahun terdedah kepada risiko sakit jantung. Bagaimana pergi bercuti boleh buatkan anda sihat ya?

Lazimnya, mereka yang pergi bercuti akan bergerak melebihi jumlah pergerakan harian. Banyak tempat menarik perlu dilawati dan peningkatan pada aktiviti fizikal ini dapat membantu merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung.

Jika anda merasa tertekan, sudah tiba masanya untuk anda melebarkan sayap dan terbang ke perantauan bagi mencari pengalaman dan mempelajari kebudayaan tempatan destinasi tersebut. 

Kecergasan di atas talian

Ramai yang ingin menurunkan berat badan namun tidak dipraktikkan. Kehidupan bermalas-malasan kelihatan lebih nikmat berbanding dengan rutin ketat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang menginginkan badan yang cergas. Jika anda tidak berkesempatan untuk pergi ke gim, gunakanlah teknologi di atas talian. Terdapat pelbagai jenis laman sesawang yang menampilkan program senaman percuma dan berbayar (ikut pada kemampuan anda).

Jika kewangan merupakan satu masalah besar, tonton video di saluran YouTube. Terdapat ratusan jenis video yang mengajar cara untuk bersenam di rumah. Yoga, latihan angkat berat dan pilates, ini merupakan contoh topik yang sering diajarkan kepada penonton YouTube. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Cambridge, United Kingdom pada tahun 2019 telah menunjukkan bahawa senaman dapat meningkatkan jangka hayat seseorang tanpa mengira tahap aktiviti mereka sebelumnya. 

Dapatkan vaksin atau vaksinkan anak anda

Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Lindungi anak anda daripada penyakit berbahaya yang boleh dihindari melalui penggunaan vaksin. Isu ini mungkin agak kontroversial namun pelbagai mitos telah dikaitkan dengan isu pengambilan vaksin. Bagi melindungi penduduk setempat, kadar vaksinasi bagi kawasan tersebut perlulah berada pada tahap setinggi 95%.

Pada penghujung tahun 2019, negara riuh dengan isu kes polio yang menjangkiti seorang bayi berusia 2 bulan. Itu merupakan salah satu contoh mengapa vaksin perlu diberikan kepada kanak-kanak. Jika anda merasa ragu-ragu atau khuatir akan kesan sampingan yang diuar-uarkan melalui media sosial, berjumpalah dengan doktor untuk khidmat nasihat kesihatan.

Jangan takut untuk memperjuangkan hak anak-anak anda untuk hidup dalam persekitaran yang bebas penyakit. 

Ayuh bersama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun yang bermatlamat. Kesihatan perlu dijaga dan trend yang tersenarai boleh dijadikan panduan untuk hidup dengan lebih sihat. Jika tidak, tak sempatlah nanti nak tengok teknologi kereta terbang tanpa tayar, kan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi ek.

Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, December 31, 2019

Selamat Tinggal 2019

Hi Korang,

Tahun 2019 memang membahagiakan walaupun cabarannya nauzubillah kan. 


Dengan kerja merata-rata tempat, dengan blogging memacam hazab, dengan family yang tak keruan masalahnya, dengan konflik laki bini dan memacam lagi lah kan. Kalau nak di ceritakan memang 50 muka surat pun tak akan abis. 

Family kena jaga aib, boring betullah 

Betullah orang cakap orang ketiga ni memang perangainya hanat, walaupun bertudung litup tapi hatinya busuk betul. Kak lily tak boleh citer ini details lah sebab ini hal family tak kan kita nak aibkan ahli keluarga kita sendiri kan. Sesungguhnya walaupun darah yang mengalir tuh sama dalam badan kita tapi perangai memang tak sama, hazab wei hazab. 

Sebab tuh kak lily jarang citer pasal hal family sangat, sebab-sebab inilah kan. 

Kawan pun buat perangai gak 

This year kak lily memang rapat dengan certain people jer sebab ape?
Sebab perangai jugaklah. Sebab perangai jugaklah kak lily jauhkan diri dengan beberapa orang yang dulunya naik dengan akak, sebab kita tak nak aura negatif tuh melekat kat kite plak kan. 

Then bila akak kak lily baik dengan certain people nie, ada plak yang jeles hahahha siap sampai memerli akak pun ada, asyik dengan diorang tuh jer kan. Hei akak kawan dengan semua orang ok, tapi kalau perangai ko hazabedah, better akak stick tuh other person yang sekepala dengan akak. 

Mintak boss naik gaji 300% 

Workload sama je tapi kehendak management untuk tahun 2019 ni lagi tinggi, nak cepat, nak betul, no silly mistake dan lagi lah sampai akak cakap dekat one of the bosses nak perfect sila naikkan gaji akak 300% terus diaorang terdiam hahahaaha. 

Blogging 

Ya ampun cabaran untuk 2019 lagi hebat, dengan wujudnya newbie yang baru 1 article blog dah dapat paid job lagi, kami yang super duper senior ni kene fight kaw-kaw sedaya upaya kami untuk bersaing secara dengan newbie ni, termasuklah akak kene belajar cara diorang behave dalam social media. Sangat-sangat beza dengan cara akak blogging 11 tahun lepas. And this year jugak akak belajar buat video siap dengan editing sekali walapun hiccup sana sini kan. 

But still rezeki dalam blogging masih ada sebab akak stick pada client yang sama dan diroang happy dengan kerja akak. 

Laki Bini 

Gaduh memang tetap gaduh, masam muka, tak nak cakap tapi sebabnya sangat-sangat merepek. Sebab terlupa tutup kipas lah, tak siram pokok, sampah tak buang kelako kan tapi itulah akak dengan laki akak. Even spender hilang pun sibuk cakap ada orang ketiga amik, padahal dia bukan nampak pun kat dalam bakul tuh. 

Overall 

Akak berjaya jugak harunginya walaupun kena pendam dalam hati, nangis dalam bilik, makan sampai 5-6 kali sehari, pusing apartment naik turun naik turun kan. 

At the end of the day, itulah kehidupan. 

Buat salah tak buat pun salah so harung jelah dengan sabar, tawakal dan doa bebanyak.

Untuk 2020 nie, hopefully menda-menda x akan terjadik lagilah dalam hidup akak tapi who knows kan??


p/s : lama nau rasenya tak bebel kat blog ni lah, asyik entry advert je kan kan. Korang pun rase cam tuh gak kan kan kan....









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, December 25, 2019

Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes

Hi Korang,

Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak. 

Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik[1]. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun. 


Korang kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel. 

Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA. 

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia[2]

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut[3]. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda[4]

Manfaat Omega-3[5]

Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran. 

Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan[6]

AB_Saba Sushi

Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama[7]

Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer[8]

Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan korang sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan korang. 

AB_Sweet Potato and Vegetable Saba Cakes

Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. 

AB_Coconut Noodle Soup Chilli Saba 

Kini korang mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza. 

Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia. 





[1] www.favy-jp.com/topics/2901
 
[2] www.en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_life_expectancy 

[3] www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3262608/ 

[4] One fish oil supplement in softgel contains 300 mg of omega-3. Based on National Institutes of Health. Dietary Supplement Label Database, 2015 

[5] www.healthline.com/nutrition/17-health-benefits-of-omega-3#section2 

[6] www.healthland.time.com/2012/09/07/omega-3s-as-study-aid-dha-may-help-lowest-scoring-readers-improve/