Wednesday, December 4, 2019

Majlis Perasmian Q & M Dental, Eko Cheras Mall Meriah!!

Hi Korang, 

Penjagaan kesihatan oral merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan dan kesihatan seseorang, dimana sejarahnya yang panjang bermula sejak lebih 4,000 tahun lalu dan sentiasa berkembang sepanjang zaman. Pada masa ini, teknologi canggih "Artificial Intelligence" (AI) merupakan masa depan dalam bidang pergigian. Kumpulan Pergigian Q & M, kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terkemuka di rantau ini telah mendedahkan rancangannya berhubung pelaksanaan dan pembangunan masa depan teknologi AI. 


Kak lily berkesempatan ke majlis perasmian Q & M Dental yang terbaru ini di Eko Cheras Mall baru-baru ini, sangat-sangat meriah dengan barisan VVIP tertinggi yang turut serta hadir di majlis bersejarah ini. 

Bermula dengan sebuah klinik tunggal pada tahun 1996, Q&M telah menjadi kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan memiliki 78 buah klinik pergigian di seluruh negara. Selain Singapura, Q & M juga memperluaskan kewujudannya di Malaysia dan China. Sejak penubuhan klinik Q & M pertama di Malaysia pada tahun 2010, mereka kini mempunyai 30 buah klinik dengan 130 kakitangan termasuk doktor gigi umum dan pakar pergigian. Hari ini, Kumpulan Pergigian Q & M dengan bangga melancarkan pembukaan klinik terbarunya dalam pasaran Malaysia. 


Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Png Cheong Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pergigian Q&M, Dr. Ng Chin Siau; Pro Naib Canselor IMU,Profesor Toh Chooi Gait; Pengerusi Dewan Perhimpunan KL dan Selangor (KLSCAH), Datuk Ong SengKhek; Setiausaha Rukun Tetangga Taman Segar dan wakil Taman Segar, Cheras, Encik Chua Ah Hock; rakan perniagaan Kumpulan Pergigian Q&M 


Pada pelancaran tersebut, Dr. Ng Chin Siau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Q&M dan Profesor Toh Chooi Gait, Pro Naib Canselor (Pembangunan Strategik dan Antarabangsa) di International Medical University (IMU), menyatakan sistem AI dapat mengelakkan kesilapan diagnosis melalui tafsiran radiografi automatik dan mencadangkan pelan rawatan daripada amalan semasa yang terbaik. Dengan sistem AI yang sedang dibangunkan hasil kerjasama IMU, Q & M ingin memperkenalkan rawatan pergigian yang beretika dalam industri tersebut serta membawa penjagaan kesihatan pergigian yang berkualiti dan boleh diakses kepada semua orang. 


"Kami merasakan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk mengisi jurang dalam penjagaan pesakit kerana ia dapat memberikan pelan rawatan yang terbaik, juga memberikan analisis yang holistik terhadap keadaan pergigian pesakit," kata Dr. Ng. 


Profesor Toh juga berpendapat bahawa, "Sistem ini akan membantu dalam membuat keputusan klinikal yang kukuh, amalan berasaskan bukti dan menggalakkan komunikasi dengan pesakit. Bagi pesakit, mereka boleh mendapatkan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan terbaik di samping dapat mengelakkan kesilapan disebabkan penilaian peribadi dan sikap berat sebelah.” 

Dalam sesi bualan, Dr. Ng juga berkongsi beberapa pandangan mengenai kesihatan pergigian rakyat Malaysia secara umum, dengan mengatakan bahawa "Kesedaran dan pengetahuan tentang rutin penjagaan kesihatan mulut yang baik masih kurang di Malaysia. Malah di bandar-bandar utama dan kawasan bandar, ia masih menjadi suatu cabaran kerana kesihatan mulut tidak dianggap sebagai bahagian penting bagi seseorang." 

luaskan klinik ni

Sehubungan itu, Q&M berharap dengan pengenalan teknologi AI ini lebih ramai terdorong dan berasa yakin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mulut secara tetap bagi memastikan kesihatan mulut mereka terpelihara. 

Sebelum majlis berlangsung sempat jugaklah kak lily meninjau sekitar Q & M Dental ni, 

Bilik Rawatan 1

Bilik Rawatan 2

Mesin X Ray khas 

Peralatan untuk penstrilan

Mesin X ray untuk full scan gigi

Kawasannya agak luas, mempunyai 2 bilik rawatan yang lengkap dengan kemudahan pengkomputeran, bilik x ray samada x ray separuh mahupun full x ray dan bilik pensterilan peralatan. 

Ermm canggih betul lah. 


Selain memberi khidmat cemerlang kepada masyarakat, Q&M juga begitu bersungguh-sungguh mahu menggilap bakat-bakat muda. Pada Oktober 2019, Q & M berbesar hati mengumumkan pembukaan baru Kolej Pergigian Q & M, iaitu sebuah kolej swasta yang menawarkan diploma kepada lepasan ijazah dalam bidang pergigian klinikal. Kolej ini menawarkan sembilan modul iaitu ortodontik, endodontik, implantologi, periodontik, pergigian laser, pembedahan mulut dan maksilofasial, pergigian CAD/CAM dan pergigian digital, pergigian protodontik dan restoratif serta pengurusan pesakit dan etika dalam pergigian. Kursus peringkat diploma ini merupakan program berstruktur yang meliputi kuliah, arahan secara fizikal dan merawat pesakit di bawah penyeliaan jurulatih klinikal. 

“Dengan kewujudan Kolej Perubatan Q&M ini, kami berharap dapat melahirkan generasi baru pergigian dengan kepakaran tambahan dalam bidang kemahiran pembedahan canggih. Selain doktor-doktor gigi di Singapura, kolej ini juga menerima pengamal-pengamal yang berminat di Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan China," tambah Dr. Ng. 

Dengan blogger Farah, Ina Aina dan Faries, nasib diorang ni ada tau

Kumpulan Pergigian Q&M akan terus mengembangkan namanya dalam pasaran sedia ada di Singapura, Malaysia dan Chinadengan mengusahakan peluang pemilikan institusi pergigian serta pengeluar bekalan pergigian yang besar dan mantap di rantau ini. Kumpulan ini juga aktif mencari rakan kongsi tempatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam dalam beberapa tahun akan datang. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :

Facebook Page :

Instagram Page :







#QandMDentalGroup
#DentalClinic
#Cheras

Tuesday, December 3, 2019

Cuka Organik ALCE NERO Demi Kesihatan

Hi Korang,

Alce Nero, peneraju makanan organik di Itali, memperkenalkan Cuka Cider Epal Organik (Organic Apple Cider Vinegar) dan Cuka Balsam Organik Modena (Organic Balsamic Vinegars of Modena) yang diperbuat daripada musta anggur bagi memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Di Malaysia, pengguna biasanya mengambil cuka bagi menyejukkan badan, untuk mempertingkatkan aliran darah, mengurangkan simptom sakit tekak dan untuk membantu mengurangkan berat badan. Di sesetengah negara, terdapat amalan budaya dan tradisi yang menggunakan cuka sebagai penahan selera makan, seterusnya membantu dalam usaha mengurangkan berat badan. 


Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa punca utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular. Cuka dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal atur peredaran darah yang mungkin berkait untuk meningkatkan risiko penyakit jantung. 

Sejak sekian lama cuka dipercayai untuk menurunkan suhu badan, di samping itu, ia juga diambil untuk mengurangkan simptom-simptom sakit tekak. Manfaat pengambilan cuka ini khasnya berguna semasa cuaca panas, seperti gelombang haba yang dialami Malaysia baru-baru ini. 

Cuka Cider Epal Organik dan Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero menerima pensijilan 100% organik oleh European Union Law dan Standard Pertanian Jepun (JAS). Pengiktirafan berkenaan turut merangkumi kesemua hasil terlibat, tanah penanaman buah-buahan, kilang pemprosesan serta prosedur dan ramuan yang digunakan untuk kesemua item. 

Faktor yang membezakan cuka yang baik di pasaran adalah asalan ramuan mentah dan bagaimana ia diproses. Khasnya bagi produk yang ingin dinikmati tanpa memanaskannya mahupun dimasak, adalah lebih baik untuk memilih ramuan organik yang dipercayai dan ini termasuk pemilihan cuka. 


Cuka Cider Epal Organik Alce Nero ~ versatil dan menyihatkan 

Cuka Cider Epal Organik Alce Nero adalah organik sepenuhnya, memberikan pengguna keyakinan kukuh tanpa perlu bimbang tentang sebarang kandungan pestisid, bahan tambahan atau bahan awet. Disediakan dalam dua varian, Ditapis dan Tidak Ditapis, cuka cider epal premium ini kaya dengan manfaat kesihatan. 

Kandungan asid asetik di dalam cuka ini mungkin membantu menurunkan kandungan gula dalam darah dengan menghalang penyerapan kanji dan menggalakkan sensitiviti insulin secara terus selepas pengambilan makanan dalam kalangan individu yang mengalami keadaan ketahanan insulin atau yang menghidapi Diabetes Jenis 2. 

Asid Asetik menahan selera, meningkatkan metabolisme dan mengurangkan retensi air, seterusnya menjadikan ia berguna bagi usaha penurunan berat badan. 

Cuka Cider Epal Alce Nero mengandungi kalium dan enzim-enzim yang membantu meningkatkan kadar tenaga serta elemen antimikrob yang sekian lamanya telah digunakan dalam langkah menyembuhkan luka dan jangkitan. Ia juga kaya dengan bahan-bahan bioaktif yang membantu menentang tekanan oksidatif dan memperkukuhkan imuniti tubuh. 

Cuka Cider Epal Alce Nero juga amat versatil. Ia boleh dinikmati sebagai minuman, sos salad ataupun sebagai tambahan rasa kepada masakan masam manis. Ia menjadi satu minuman yang menyegarkan apabila dicampur bersama Madu Alce Nero. 

Selain itu, nilai keasidan yang rendah dalam cuka-cuka ini juga membenarkan jangka hayat yang panjang tanpa perlu disejukkan di dalam peti. 


Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ~ pekat dan kaya dengan rasa 

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero adalah cuka yang berwarna gelap, pekat dan kaya dengan rasa yang dihasilkan daripada musta anggur yang ditapaikan dengan baik dan lama. Ia berkongsi manfaat kesihatan yang sama dengan Cuka Cider Epal Alce Nero, dengan perbezaan kecil dalam nilai kalori dan tahap keasidan. 

Ia sesuai dinikmati sebagai minuman, bersama salad, sos dan perapan atau untuk menambah keenakan rasa sajian ayam, stik dan ikan. 

Penawaran 

Kedua-dua varian Cuka Cider Epal Organik Alce Nero dijual pada harga RM12.50 setiap botol, sementara Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ditawarkan pada harga RM13 sebotol. 

Rangkaian cuka Alce Nero ini juga telah menerima pengiktirafan Halal. 

Cuka dan makanan organik mewah Alce Nero boleh didapati di sudut makanan organik AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer.




JLD Dragon Boba Kini Di Intermark Mall, Kuala Lumpur.

Hi Korang, 

Salah satu boba drinks yang paling di kenali di kalangan peminat boba iaitu Ji Long Tang Dragon (JLD) kini di buka di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur iaitu di Intermark Mall. 

akak kan pencinta boba

Sebagai peminat boba of courselah kak lily ke majlis launching outlet JLD Dragon Boba ni pada weekend lepas, pi dengan geng-geng boba lah barulah masyuk kan. 

Pada hari perasmian tersebut, ada Early bird promo yang mana hanya RM1 untuk 150 cawan yang pertama di order yang bermula 12.00 tengahari, yelah untuk memperkenalkan lagi JLD Boba ni iatu JLD Dragon, Brown Sugar Boba Thick Milk 




Tidak dilupakan juga ada Dragon Wheel untuk menambahkan lagi kemeriahan majlis pembukaan tersebut yang mana para pelanggan boleh menikmati sama ada 20%, 50% atau minuman percuma dengan setiap pusingan. 



JLD Dragon memberi tumpuan kepada kesegaran dan kualiti; menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan semuanya dibuat segar seperti boba atau pearls yang dibuat dari awal, dengan tangan. Diasaskan dengan susu segar dan manis dengan gula merah Okinawa, yang korang tak boleh kata tak sedap hehhhehe 


Kalau rasa jauh dengan Intermark Mall KL ni kak lily senaraikan outlet lelain ye untuk rujukan korang heehe 

JLD Dragon Malaysia Stores 

01: SS 15, Subang Jaya 

02: C180, Cheras Traders Square, Balakong 

03: Bandar Puchong Jaya, Selangor 

04: Sutera Mall, JB 

05: Eko Botani, Johor 

06: Mount Austin, JB 

07: The Landmark, Bandar Bukit Tinggi, Klang 

08: Taman Kata Laksamana Jaya, Melaka 

09: Bandar Sri Manjalara, Kepong 

10: lndahpura Kulai, Johar 

11: Setia Tropika, Johar 

12: Taman Desa Botani, Batu Pahat 

13: Arena Simee, lpoh 

14: KSL City, JB 

15: Sunsuria Forum, Setia Alam, Shah Alam 

16: Damansara Uptown, PJ 

17: Bandar Puteri Puchong, Selangor 

18: Sunway Nexis, Kota Damansara 

19: lntermark Mall, KL City Centre 

20: Vivacity Mall, Kuching Sarawak 

satu untuk akak dan satu lagi untuk si dia. siapa? laki akak korang ingat sapo hah!!

JLD Dragon akan membuka cawnagan di Malaysia timur pada penghujung November dan di Miri pada Disember 2019. 

So nantikan yerrr 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 



Facebook Page :

Instagram Page :




#jlddragon 
#jlddragonmalaysia 
#jlddragonmy