Thursday, November 28, 2019

Cardiac Vascular Sentral KL terima akreditasi MSQH

Hi Korang,

Selepas 2 tahun penubuhan,Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) meraikan ulangtahun dengan penuh bermakna atas pencapaian gemilang apabila dianugerahkan sijil akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare(MSQH) bagi tempoh 4 tahun. 


Pengerusi CVSKL,Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang berkata ulangtahun ini pastinya perlu diingati kerana ia melonjakkan nama hospital ini dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan kesihatan dikalangan pelancong asing. 

“Penganugerahan akreditasi oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan CVSKL kerana ini menunjukkan kami komited dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi- memberi pengalaman dan khidmat terbaik kepada setiap pesakit pada setiap masa”, tambah beliau. 

CVSKL Chairman, Tan Sri Dr. Yahya Awang (Left) receives MSQH Accreditation from MSQH CEO, Prof. Dr. Kadar Marikar

Program Akreditasi Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan yang ditetapkan. Program ini dibangunkan oleh para profesional dunia perubatan dan aplikasinya diterima iktiraf di seluruh Malaysia. Standard akreditasi oleh MSQH menjadi tanda aras yang membolehkan sesebuah organisasi kesihatan menilai dan memperbaiki pencapaian secara lebih kerap dan berterusan. 

“Pencapaian ini sangat bertepatan dengan masa sempena Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020. MSQH telah dibangunkan hasil gabungan kerjasama pakar, profesional dan pengguna dari sektor perubatan awam juga swasta. Mereka menilai dan mengemaskini kemajuan terkini dalam sistem penjagaan kesihatan” - tambah Dr. Yahya. 

Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MSQH menekankan bahawa akreditasi ini memberi jaminan kepada pesakit tempatan mahupun luar negara bahawa CVSKL mematuhi standard dunia perubatan terkini. 



Turut hadir menyaksikan penganugerahan akreditasi ini adalah Dolly Lim, Ketua Pegawai Operasi dari Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). CVSKL akan berganding bahu dengan MHTC dalam menaikkan nama Malaysia sebagai hub kardiologi pilihan dikalangan pesakit luar negara. 

“Kami menerima sambutan hangat dari pesakit luar negara kerana lokasi yang strategik di KL Sentral dan ini meletakkan kami sejajar dengan matlamat MHTC untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi. Dengan adanya sokongan berterusan dari MHTC, kami berharap dan menjangkakan lebih ramai bilangan pesakit yang berkunjung pada tahun hadapan,” jelas Timothy Chang, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL. 



9 % pesakit yang menerima rawatan di CVSKL tahun ini adalah dari luar negara. Bersempena Tahun Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit luar negara dengan lebih separuh darinya adalah dari Indonesia. 

Februari lalu, MHTC mengumumkan sebanyak 60% dari pesakit luar negara yang mendapatkan pelbagai rawatan adalah dari Indonesia dengan peningkatan pertumbuhan tahunan dari 12% ke 18% .


Untuk informasi tambahan dan pertanyaan insuran berkenaan CVSKL, boleh hubungi 03-22767000 atau emell ke info@cvskl.com.

Wednesday, November 27, 2019

Nikmati Kegirangan 'BLOKGANZA DREAM CHRISTMAS' Di QUILL CITY MALL KL

Hi Korang, 


Seriously hujung tahun memang di nanti-nantikan oleh semua pengunjung kompleks membeli belah kerana ketika ini merupakan bermulalah sambutan Krismas secara besar-besaran. Kawasan di tengah-tengah mall di hias indah begitu cantik sekali dengan pokok-pokok krismas, patung-patung Santa Clause, bongkah-bongkah hadiah dan pelbagai lagi hiasan unik.


Quill City Mall Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan untuk menyambutnya dengan bertemakan Blokganza Dream Christmas ianya menggabungkan semua elemen Krismas dengan sambutan Krismas tahunannya dari 22 November 2019 hingga 25 Disember 2019. 

Blokganza Dream Christmas

Tidak seperti mana-mana Krismas yang lain, tahun ini Quill City Mall KL telah mengubah Atrium Utama menjadi Blokganza Dream Town Krismas yang memaparkan unsur-unsur blok yang sangat unik (Santa Claus, Christmas Trees, Christmas Wreath, Red Nose Reindeer, Christmas Present Boxes, Christmas Sleigh, Christmas Candy Cane, Christmas Stockings and hats) sebagai elemen utama yang akan memancarkan kegembiraan dan mengisi udara dengan keseronokan yang tidak berkesudahan di hari Natal nanti.


Blok adalah salah satu mainan yang paling pendidikan yang mudah di imaginasikan. Sama seperti membina mimpi, apa-apa boleh dibina menggunakan blok. Dikelilingi oleh semua blok Krismas bertemakan, blok-blok ini dapat melakukan keajaiban dengan meningkatkan imaginasi dan memotivasi pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak. 



Para pengujung juga akan menyaksikan pokok Krismas gergasi yang sepenuhnya dibuat dari blok, berdiri megah di ketinggian 20 kaki di tengah-tengah Atrium Utama. Korang akan boleh misslah bila melangkah masuk ke Quill City Mall KL. 

Ms. Shirley Leong, Group Chief Financial Controller of Quill Group of Companies
Mr. Koong Wai Seng, Group Chief Executive Officer of Quill Group of Companies
Mr. Justin Liew, Senior Vice President of Quill City Mall Kuala Lumpur officiating the Blokganza Dream Christmas Grand Launch


Dream Vending Town


Selain daripada sambutan Krismas yang cukup-cukup menarik di Quill City Mall ini, terdapat juga sebuah taman tema yang bercorak pendidikan untuk kanak-kanak iaitu Dream Vending Town.








Ianya merupakan sebuah pusat bermain berpusat untuk kanak-kanak untuk menerokai lebih banyak mengenai pekerjaan dunia sebenar. Berlaku melalui pameran interaktif dan drama; kanak-kanak dapat bersuka ria sambil memupuk rasa ingin tahu, kreativiti, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

Children from Lighthouse Children Welfare Home Association all smiles after experiencing a tour in Dream Vending Town 

Dream Vending Town akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak mengenai alam pekerjaan ketika mereka dewasa nanti. Dream Vending Town menawarkan 10 stesen impian yang dipenuhi dengan keseronokan yang akan diterokai iaitu Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Station Radio, Airline Training Centre, Kompleks Membeli Belah, Sekolah Memasak, Modelling School, Acting and Entertainment dan Pusat Memandu. 

Harga bagi Dream Vending Town adalah RM10 untuk setiap kanak-kanak. 

Terdapat juga booth-booth Krismas yang menarik di sediakan di mana para pengunjung boleh menikmati makanan yang lazat, aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan mendapatkan pakaian baru untuk meraikan musim perayaan yang penuh kegembiraan. Pastikan untuk menjanjikan promosi daripada gerai khas seperti Robocar POLI, LOL, Lowe, MeTime Art dan banyak lagi. 

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Oh ye pada 23 November 2019, selaras dengan semangat Krismas memberi dan berkongsi, Quill City Mall KL telah menjemput 25 ibu bapa tunggal dengan anak-anak mereka dari Kelab Ibu Tunggal Cempaka Malaysia dan 20 anak dari Persatuan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse, Kuala Lumpur dan Selangor sebagai sebahagian daripada program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat).

Mr. Joseph Teo, Vice President, Marketing of Quill City Mall Kuala Lumpur
Emcee from Aforadio
Ms. Shirley Leong, Group Chief Financial Controller of Quill Group of Companies
Mr. Koong Wai Seng, Group Chief Executive Officer of Quill Group of Companies
Mr. Gurmit Singh, Singaporean former actor, host and comedy performer
Mr. William, CEO of Aforadio
Mr. Justin Liew, Senior Vice President of Quill City Mall Kuala Lumpur
Santa Claus, Santa Rina 
Children from Lighthouse Children Welfare Home Association

Pelbagai aktiviti dan permainan interaktif yang menyeronokkan akan dianjurkan di pusat membeli-belah untuk kanak-kanak untuk bersukaria dan menghabiskan masa bersama-sama dengan ibu bapa mereka yang dikasihi. 

Sebagai rakan kongsi bersama AirAsia BIG Loyalty , para pengunjung juga boleh menyertai Quill BIG Giveaway melalui perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall KL untuk berpeluang untuk memenangi sepasang penerbangan pergi balik ke Seoul, Vietnam atau Hong Kong. Tempoh peraduan bermula dari 22 November hingga 25 Disember 2019. Ahli AirAsia BIG boleh mengumpulkan mata sebagai pertukaran tiket penerbangan, bermula dari 500 mata BIG. 

Jangan lupa, tebus barangan istimewa ketika korang berbelanja di sini ye 

i. Belanja RM30 ke atas untuk menebus baucar. 

ii. Belanja RM80 ke atas untuk menebus Christmas Block Pencil Case. 

iii. Belanja RM200 ke atas untuk menebus Christmas Block Notebook. 

Tapi ingat sementara stok masih ada ye 


Peraduan "Quill Guess and Win"

Korang juga boleh menyertai peraduan "Quill Guess and Win". Peraduan bermula dari 22 November 2019 hingga 25 Disember 2019, hanya ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah: 

1. Teka jumlah bilangan blok di Pokok Krismas. 

2. Isi Borang Peraduan di Kaunter Concierge,Tingkat Bawah 

3. LIKE halaman Facebook Quill City Mall kami. 

4. Hantar borang peraduan ke Kaunter Concierge. 

Pemenang bertuah dengan jawapan terdekat akan memenangi beg bagasi BMW M Boardcase bernilai lebih daripada RM1,000. Juga, 3 pemenang dengan jawapan terdekat akan memenangi tiket Skyrider bernilai RM300. 

Bagi kak lily Quill City Mall KL bakal memberikan pengalaman Krismas yang menghiburkan untuk korang seisi keluarga. Tempat letak kereta percuma disediakan selepas pukul 5 petang pada hari kerja manakala kadar flat RM3 pada hujung minggu. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 

Instagram : 
QuillCityMallKualaLumpur

Website : 

Q-Kiddies Club : 



#quillcitymall
#blokganza
#dreamvendingtown


Tuesday, November 26, 2019

PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP KINI KEMBALI BUAT TAHUN KE-5 UNTUK MENCERIAKAN KEHIDUPAN KANAK-KANAK ORANG ASLI

Hi Korang,

TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah [1] telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak. 


Jenama ini percaya bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan yang baik. Justeru, ia telah menyokong kanak-kanak dari beberapa buah rumah anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun dengan kelengkapan sekolah menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sejak empat tahun lalu. Lebih 1,800 orang kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menerima sumbangannya. 

Kempen itu kembali pada tahun ini dengan fokus baru ke atas komuniti luar bandar. Ia bermatlamat mengurangkan beban kewangan keluarga Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin dan Sungai Lembing dengan menyediakan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah dan alat tulis baharu. Buat pertama kalinya, buku latihan turut menjadi sebahagian daripada sumbangan untuk setiap pelajar. 


Kempen itu akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP daripada semua cawangan TESCO di seluruh negara dan menerusi Tesco Online bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 disalurkan untuk membeli keperluan kembali ke sekolah kanak-kanak Orang Asli. 

Orang Asli mewakili hanya 0.7% daripada populasi rakyat Malaysia dengan sebahagian daripada mereka tinggal di bawah garis kemiskinan [2]. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, transisi pelajar Orang Asli daripada sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 73.1% berbanding purata kebangsaan iaitu 87.19% pada tahun 2017. Sementara purata kadar kehadiran pelajar Orang Asli ke sekolah rendah ialah 87.4%, lebih rendah berbanding purata kebangsaan [3]


Melalui inisiatif CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, jenama itu berharap dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli apabila menyediakan mereka dengan kelengkapan sekolah. Jadi, mereka akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah, seterusnya menambah baik aspek kehadiran dan prestasi akademik mereka. 


Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP terkenal kerana mengutamakan konsep kehidupan yang bersih dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. 

“Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.. Selain daripada itu, ia juga mendidik kanak-kanak orang asli kepentingan pendidikan dalam kehidupan serta mempunyai penampilan diri yang bersih dan kemas,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133. 


[2] https://iigh.unu.edu/publications/articles/health-for-all-indigenous-peoples-included.html 

[3] https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2019/07/AR2018_BM_reportfinal.pdf