Monday, November 25, 2019

Menginap Di PUTRADE ALL Suites Ipoh Untuk Berehat-Rehat Di Hujung Minggu

Hi Korang, 

Hujung minggu memang kena di manfaatkan dengan berehat so seharuslahnya kita hendaklah berehat kan hehehe.. tapi last week kak lily tukar angin untuk berehat, ya ampun sampai ke Ipoh ktorang berdua tau. 


Kebetulan jugak ktorang tak de apa-apa event last week so why not kita pi berehat kan dan Ipoh for us a prefer place untuk explore di hujung minggu sebab tak berapa jauh dari KL dan costnya tak mahal di tengah-tengah bulan ni hehehehehe 


tempat parking yang luas

Tak fikir panjang kitorang book je bilik di Putrade All Suite Ipoh ni sebab dalam bandar Ipoh jer so nak ke mana-mana senang je tak yah nak drive jejauh kan. 


By the way, Putraade All Suite ni di dalam kawasan Royal Perak Golf Club so bila korang masuk tuh nampaklah padang golf yang terbentang luas dan hijau je pemandangan. Kebetulan masa kak lily sampai tuh ada golf tournament plak so ramailah golfer tengah berehat makan tengahari kat sini. 

Dapatlah ktorang One-Bedroom Suite di Putrade All Suites nieh. 

Ni kak lily tengok kan pada korang ek 





Cantikkan biliknya. Setiap suites yang ada kat sini semuanya ada bilik tau. 

Selain daripada bilik ni ada juga 2 jenis bilik lain iaitu Two-Bedroom Suite and Three-Bedroom Suites. 

Two-Bedroom Suite 









Three-Bedroom Suite 








Besar biliknya dan cantik kan!

Memang sesuai kalau keluarga ramai menginap di sini. Kemain besar bilik-biliknya, boleh bawak toto kalau tak cukup katil nak tidur hehehhe. 


Masa sampai hari tuh dah tengahari so malas nak keluar dulu awal-awal so kitaorang makan kat coffeehouse di Fairway Restaurant. Kebetulan diorang ada promo bulan November so kita cuba menu yang ada ni. 

Rice with Crspy Chicken Butter

Portionnya besar dan tak delah mahal sangat. 

Order jugak menu lelain sebab tengah lapo hehehhee 


Kan konsepnya berehat so lepas makan tuh, terus balik bilik dan tidur sampai ke petang. Barulah berehat kan, malas nak keluar tengahari panas mencarak tuh sebenarnya. Baring-baring depan tv tengok hindustan sampai habis hehehe. 

Untuk korang yang malas nak keluar just nak lepak je di resort ni, terdapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk keselesaan korang. 

Di antaranya : 

boleh main billard

berenang di swimming pool

berrendam jakuzi

swimming pool kanak-kanak haruslah kena ada kan

gelanggang squash

bersenam di gym

Ada juga kemudahan dewan-dewan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis graduasi, majlis hari jadi dan pelbagai lagi




Not bad kemudahannya, kalau lama kak lily kat sini memang melepak kat dalam jakuzi berendam jelah ek hehehe 

Walaupun Ipoh ramai yang kata macam tak de akviti yang nak lakukan tapi kitorang berjaya membuktikan macam – macam perkara kami buat untuk mengisi masa lapang ktorang pada hujung minggu hari tuh. 

Ada beberapa tempat yang ktorang pi iaitu:- 

Hokaiddo Ice Cream Puff Ipoh 

Actually kak lily tak tau pun kedai ni until bebudak opis ni yang suggest kalau pi Ipoh mesti pekena aiskrim dan jangan datang lambat takut aiskrim abis.
 


Korang tengok aiskrimnya awesome kan kan kannnnnn 

Puff di bahagian atas dan bawah kemain ranggup lagi, bila gigit bunyi krap krup krap ko… Selain tuh, kitaorang order jugak Pandan Burnt Cheese Cake. Ya ampun sedap bak hang!! Lepak-lepak sambil makan ais krim di petang-petang sabtu memang indah. 

Ipoh Mural Art Lane 






Sebab tak tau nak buat ape so ktorang wazelah tempat yang dinding-dinding yang cantik tuh. La jalan kaki jer sebab 300m je dari tempat parking kete. Melintas jalan jelah kerjanya di bandar Ipoh ni. Nasib kereta tak banyak oklah kan. 

Pasar Karat Ipoh 

Pelbagai aneka barangan antik korang dapati di sini. 







Eventho kak lily tak berapa minat dengan barangan lama tak ianya sangat mencuci mata betul. Ada beberapa barangan lama yang menarik hati kak lily seperti kaset lagu lama, telefon lama, pinggan mangkuk, barang perhiasan rumah dan memacam lagi. 

Taman Rekreasi Gunung Lang 

Bagi mereka yang sukakan kedamaian bolehlah ke sini, memang dekat jer dari Putrade All Suites ni. Boleh main bot, bagi ikan makan, tengok haiwan peliharaan, bergambar OOTD dan lelain lagi lah. 







Jaga-jaga ada monyet jugak tau walaupun nampak liar tapi tidak mengacau pun pengunjung yang datang ke sini. 

See macam-macam menda yang kita boleh buat di Ipoh ni, cuma kena rajin explore dan bertanya orang-orang di sini. 

So bolehlah lepak menginap di Putrade All Suites, Ipoh ni ek. 

Untuk info lanjut, meh checkout details kat bawah ni ek 

Putrade Allsuites at RPGC 
c/o: Royal Perak Golf Club, 
Jalan Sultan Azlan Shah, 
31400 Ipoh, Perak 

Tel: +605 238 0022 
Fax: +605 238 0021 










M3 Body Care - Produk Organik Lulusan KKM Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Hi Korang, 

Produk-produk organik semakin mendapat tempat di hati para pengguna ketika ini, ini kerana kita lebih mementing produk-produk yang di hasilkan secara alami dan cuba untuk tidak menggunakan berasaskan kimia lagi. 


Jenama M3 Body Care adalah salah satu produk yang berasaskan organik, ianya mesra alam dan menggunakan 100% bahan semulajadi iaitu organik tanpa bahan kimia. 

Pengasas M3 ini ialah Mr.Ats.Vijaykumar yang mempunyai syarikat yang bernama MR MASTER MAN TRADING (M)SDN BHD yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Kebanyakkan produk kecantikan dan penjagaan badan M3 ini diperbuat daripada kunyit dan halia dan ramai sedia maklum betapa berkhasiatnya kedua-dua bahan ini kepada tuuh badan kita. 

Syarikat ini dah beroperasi lebih 21 tahun korang dan mempunyai lesen serta lulus KKM, dan korang tak perlu risau kerana bukan produk timbang kilo ataupun produk yang boleh merosakkan, mencacatkan badan. Mr.Vijaykumar sendiri berkata "andai produk saya ini ada kesan samping,saya akan pulangkan wang kamu sebab saya yakin produk saya memang tak ada bahan kimia,semuanya dari bahan semulajadi" 

Di sini kak lily tunjukkan produk-produk keluaran M3 BodyCare ni ek 

Produk penjagaan diri

syampu rambut

sabun mandi, bedak, perapi rambut

Skrub badan

Tonik Rambut

Wangian diri

losyen badan dan krim rambut

Produk penjagaan rumah

Pembersih lantai dan sabun basuh baju

Pencuci sayur-sayuran

Pencuci pinggan mangkuk

Boleh dikatakan En. Vijay amat fokus dan bercita-cita tinggi bila mana beliau telah berjaya menghasilkan produk yang sedemikian bagusnya kerana keseluruhan testimonial yang kak lily dapati Jenama M3 ini amat bagus dan ianya terbukti secara klinikal. 



Yang menariknya lagi adalah M3 kini sedang mencari stokis dan agent yang ingin bergerak seiring dalam menjayakan produk M3 ini ke peringkat lebih tinggi dan lagi M3 juga mensasarkan jualan yang mampu memberi jaminan pulangan keuntungan kepada yang berminat menyertai M3 Bodycare sebagai agent atau stokis. 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

LamanWeb :

Facebook Page :

Instagram Page :




#m3bodycare

Miss Pink Lady Asia Musim 2 – Pencarian Model Dari Seluruh Asia Kini Memasuki Musim Kedua

Hi Korang, 

Pernah dengar Miss Pink Lady? 

Ermm pernah? Ok kalau pernah korang tau yang mana? Produk kecantikan ke program reality?? 

Ye memang betul pun kedua-duanya. 


Miss Pinklady Asia (MPLA) musim 2 merupakan peogram realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia, Hong Kong dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia. Kesemua peserta lnl datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran menjadi Pink Lady of Asia untuk musim ke 2. 

sempat jugak bergambar sebelum majlis bermula

wah ala-ala model gituh memasing ek

Kak lily berkesempatan untuk menghadiri majlis memperkenalkan para peserta yang bertanding untuk Miss Pinklady Asia musim kedua ni yang berlangsung di Forest Valley Hall Cheras. 

Majlis di serikan lagi dengan persembahan nyanyian artis undangan iaitu Bella Astilla dan Naim Daniel sebelum majlis peragaan bermula. 

Sedap suara Bella Astilla ni

Aduimak lagu 'Adakah Kau Menungguku' ni memang favourite kak lily tau


Info Tentang Program Miss Plnklady Asia Musim ke-2 

Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Disitu kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur disamping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan. Antara cabaran yang ada seperti 'catwalk', sesi fotografi' dan juga iklan. 





Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari mereka yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam setiap episod akan ada penyingkiran buat mereka yang tidak berjaya mencapai keputusan yang telah ditetapkan. 

Menurut kata Pengarah program ini dari lcube Studio.En Mohamad Hafiz Naslallizi berkata untuk merealisasikan program lnl bukannya sesuatu yg mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program inr}setanding peringkat antarabangsa. Tambahan lagi ianya mellbatkan tenaga kerja dan perserta peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri vg memerlukan kerjasarna sepenuhnya. 



Sementara itu, En Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan. lanya bukan sahaja program hiburan semata mata sebaliknya ianya turut berkongsi tentang dunia "modelling lifestyle" yg kebanyakan org ramai tidak tahu". 

Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi . Untuk musim kedua MPL ASIA akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program terkenal 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'. 

Penganjuran MPL ASIA musim ini turut mencipta sejarah dimana selebriti, model serta aktivis Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pink Lady Asia bagi edisi kali ini. 

produk Pinklady

Produk Pinklady

Menurut CEO HEIDI EMPIRE TRADING iaitu Encik Heidi Shafiq sendiri, Program MPL ASIA musim ke 2 ini pastinya lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat ASIA dan GLOBAL. lni selaras dgn jenama PINKLADY sendiri yg telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. 


Pemenang MPL ASIA Musim ke2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan RM12,000 untuk tempat pertama, dan RM 8000 untuk tempat kedua. Sementara itu, pemenang tempat ke-tiga bakal membawa pulang RMS,000 

MPL ASIA musim kedua bakal disiarkan untuk 13 episod di saluran penstriman Youtube@pinklady.tv. Orang ramai boleh menonton episod pengenalan MPL ASIA 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 yang akan dihoskan oleh Ikon peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam. 


Untuk informasi lebih tontoni Pink Lady Extra setiap hari Rabu 9 dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv.