Monday, November 25, 2019

Miss Pink Lady Asia Musim 2 – Pencarian Model Dari Seluruh Asia Kini Memasuki Musim Kedua

Hi Korang, 

Pernah dengar Miss Pink Lady? 

Ermm pernah? Ok kalau pernah korang tau yang mana? Produk kecantikan ke program reality?? 

Ye memang betul pun kedua-duanya. 


Miss Pinklady Asia (MPLA) musim 2 merupakan peogram realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia, Hong Kong dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia. Kesemua peserta lnl datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran menjadi Pink Lady of Asia untuk musim ke 2. 

sempat jugak bergambar sebelum majlis bermula

wah ala-ala model gituh memasing ek

Kak lily berkesempatan untuk menghadiri majlis memperkenalkan para peserta yang bertanding untuk Miss Pinklady Asia musim kedua ni yang berlangsung di Forest Valley Hall Cheras. 

Majlis di serikan lagi dengan persembahan nyanyian artis undangan iaitu Bella Astilla dan Naim Daniel sebelum majlis peragaan bermula. 

Sedap suara Bella Astilla ni

Aduimak lagu 'Adakah Kau Menungguku' ni memang favourite kak lily tau


Info Tentang Program Miss Plnklady Asia Musim ke-2 

Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Disitu kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur disamping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan. Antara cabaran yang ada seperti 'catwalk', sesi fotografi' dan juga iklan. 





Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari mereka yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam setiap episod akan ada penyingkiran buat mereka yang tidak berjaya mencapai keputusan yang telah ditetapkan. 

Menurut kata Pengarah program ini dari lcube Studio.En Mohamad Hafiz Naslallizi berkata untuk merealisasikan program lnl bukannya sesuatu yg mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program inr}setanding peringkat antarabangsa. Tambahan lagi ianya mellbatkan tenaga kerja dan perserta peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri vg memerlukan kerjasarna sepenuhnya. 



Sementara itu, En Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan. lanya bukan sahaja program hiburan semata mata sebaliknya ianya turut berkongsi tentang dunia "modelling lifestyle" yg kebanyakan org ramai tidak tahu". 

Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi . Untuk musim kedua MPL ASIA akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program terkenal 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'. 

Penganjuran MPL ASIA musim ini turut mencipta sejarah dimana selebriti, model serta aktivis Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pink Lady Asia bagi edisi kali ini. 

produk Pinklady

Produk Pinklady

Menurut CEO HEIDI EMPIRE TRADING iaitu Encik Heidi Shafiq sendiri, Program MPL ASIA musim ke 2 ini pastinya lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat ASIA dan GLOBAL. lni selaras dgn jenama PINKLADY sendiri yg telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. 


Pemenang MPL ASIA Musim ke2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan RM12,000 untuk tempat pertama, dan RM 8000 untuk tempat kedua. Sementara itu, pemenang tempat ke-tiga bakal membawa pulang RMS,000 

MPL ASIA musim kedua bakal disiarkan untuk 13 episod di saluran penstriman Youtube@pinklady.tv. Orang ramai boleh menonton episod pengenalan MPL ASIA 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 yang akan dihoskan oleh Ikon peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam. 


Untuk informasi lebih tontoni Pink Lady Extra setiap hari Rabu 9 dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv.





Sunday, November 24, 2019

Dengan VITAMINE, Korang Tak Akan Lupa Lagi Untuk Makan Vitamin Setiap Hari

Hi Korang, 

Nampak je kak lily ni sihat, bertenang bagai tapi hakikatnya ermm hampeh. 

Seriously nak makan vitamin ni selalu nau kak lily skip, kekadang hari ni makan, kekadang 2 hari tak makan lepas tuh bila ingat makan balik ermm teruk nau rasanya kan. 

Lagi plak bila makan vitamin ni banyak –banyak jenis so haruslah kak lily akan termiss satu punya, kekadang tuh yang siang kak lily makan waktu malam hehehhe kelakar plak tapi tak boleh selalu tuh kang badan jadik hire wire plak. 

Cubalah kalau ada orang boleh uruskan vitamin-vitamin kak lily ni ermm alangkah indah nyer tapi in your dreams lah yer hahhahhahaha 

Kak lily try jugak guna pill box tuh tapi seminggu jer bertahan sebab tak masa nak masukkan balik vitamin untuk minggu seterusnya, sejenis perangai pemalas yang amatlah. 


Kebetulan ada kawan kak lily ada gunakan perkhidmatan Vitamine ni so dia pun ceritalah mengenai aplikasi ni. 

Kalau korang nak tau aplikasi Vitamine ini merupakan aplikasi yang memberi khidmat nasihat dalam mengesan apakah kekurangan vitamin dan zat di dalam badan seseorang itu. Setelah di analisa vitamin apa yang sesuai untuk badan kita ianya akan di hantar terus pada setiap bulan. 

Bagaimana Nak Gunakan Aplikasi VITAMINE ni? 

Mudah ajer.. 


Memula kenalah ke website Vitamine ni dulu https://vitamine.com.my

Kemudian korang kenalah membuat temujanji samada pergi ke pejabat Vitamine atau pihak Vitamine yang akan pergi ke tempat yang korang pilih. Perkhidmatan temujanji ini juga boleh dibuat melalui scan QR Code bagi menempatkan tarikh yang korang boleh datang untuk checkup. 


Vitamine mempunyai peralatan yang mampu mengesan sebarang kekurangan dari segi bentuk vitamin dan zat di dalam tubuh korang. Setelah mengesan kekurangan vitamin secara terperinci samada vitamin C atau E sebagai contoh. Vitamine akan mengesyorkan vitamin itu dan menyediakan ubat-ubat vitamin dalam tempoh tersebut dan seterusnya. 


Setelah proses menentukan apakah pilihan vitamin untuk korang ni, pihak Vitamine akan menguruskan proses penghantaran vitamin-vitamin ke rumah korang yeahhh 


Dengan adanya perkhidmatan ini, kak lily rasa banyak membantu orang-orang seperti kak lily yang manjang terlupa nak makan vitamin setiap hari kan. Lagipun dapat menjimatkan masa dah tak payah nak ke farmasi untuk dapatkan vitamin. 

Kalau kita tak jaga diri kita sendiri siapa lagi yang nak jaga kan, eh kena ingat tuh tau 

Untuk info lanjut, korang boleh check it out sini ek

Vitamine Web: https://vitamine.com.my

Address: 
LC-22-3a, Empire Damansara Soho 1, 
Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, Selangor 

Phone: +60176617127 atau +60123571690 





Friday, November 22, 2019

EVERSOFT SK/NZ Timeless Youth BAHARU Mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari

Hi Korang,

Wanita Jepun mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.


EVERSOFT SKINZ kini melancarkan rangkaian anti penuaan baharu Timeless Youth yang menggunakan manfaat alam semulajadi dengan teknologi canggih dari Jepun. Mengandungi ekstrak tumbuhan serta BEBAS daripada bahan berbahaya seperti Paraben, pewama tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates; rangkaian ini direka untuk menggalakkan serta mengekalkan raut wajah kulit yang mulus dan gebu. Jenama ini juga menentang kajian keatas haiwan; oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu kerana tiada haiwan yang terancam di dalam proses penghasilan produk.

Kesemua produk di bawah rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 100% ekstrak tumbuhan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan. Ume, turut dikenali sebagai Aprikot Jepun, digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan serta menyamaratakan tona kulit disebabkan anti-glycation yang terkandung, menentang kesan penuaan sehingga ke lapisan sel kulit seperti kedutan, kehilangan keanjalan, perubahan wama, dan fungsi pertahanan kulit terjejas. Wakame Seaweed, yang kaya dengan Phyto-collagen pula membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, manakala Minyak Rosehip berupaya untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan bintik hitam.

Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 5 jenis produk berfungsi bagi tujuan anti penuaan dan amat berkesan apabila digunakan mengikut aturan:

EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Cleansing Foam
(100ml RM20.90*)

Pembersih buih ini bebas-sabun, mengandungi kadar pH seimbang, dan lembut pada kulit. la menanggalkan kotoran, menghindari pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Kulit tetap licin dan lembut.

EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion
(100ml RM29.90*)

Toner berasaskan air ini ringan, dan cepat meresap ke dalam kulit. la memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan sepanjang 24 jam, mengecilkan pori, serta menggalakkan penghasilan pertahanan kult untuk penghidratan kulit wajah dari dalam. 

EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum
(30ml RM69.90*)

Prociuk penting untuk rejim penjagaan kulit wanita, terbukti untuk mengurangkan kedutan agar kulit tampil licin dan anjal dalam masa 3 hari. Tidak berminyak, pantas meresap, dan mempunyai sentuhan sehalus baldu direka khas untuk meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar kawasan mata.

EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Day Defence SPF 30 PA++
(40g RM45.90*)

Pelembap bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap dengan SPF30 PA++ untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Night Solution
(40g RM49.90*)

Rawat dan baiki kulit wajah yang rosak dengan pelembap berasaskan air yang tidak melekit ini, selepas terdedah kepada faktor alam sekitar yang berbahaya sepanjang hari, seperti pencemaran, suhu lembap, dan udara kering dari penghawa dingin. Selain itu, tekanan kerja harian juga merupakan faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pelembap Malam ini mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 12 jam dan meperlahankan proses penuaan. Pengguna akan dapat mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil.


Gaya hidup yang terdedah kepada panas terik dan sinaran ultra ungu yang merupakan punca kepada penuaan kulit pramatang menjadi penyebab kebimbangan ramai. Selain itu, perubahan suhu dan cuaca turut memberi kesan kepada keanjalan kulit kita, menjadikan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ini penyelesaian terbaik bagi mengurangkan semua masalah dan kebimbangan terhadap penuaan kulit pramatang. Dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth, anda akan dapat menyaksikan perubahan pada kontur wajah yang kelihatan lebih anjal, tegang, sihat dan berseri dalam masa 3 hari!

*Harga tertera adalah termasuk 6% SST.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com