Monday, November 18, 2019

Aplikasi MODELLO Khas Untuk Mereka Yang Inginkan Kerjaya Di Bidang Social Media

Hi Korang,

Bila first time kak lily dengar MODELLO ni, kak lily ingatkan aps untuk para model jer. Yelah MODELLO kan, dari situ dah tau untuk khas untuk Model tapi tidak yer. 

Bukan, ianya khas untuk semua tau!! 

Ni kak lily nak perkenalkan aplikasi MODELLO ni pada korang tau. 


Kalau korang nak tau MODELLO ni merupakan platform bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan di social media ni tak kiralah secara full time mahupun part time. Ianya berfungsi sebagai perantaraan di antara para model/influencer/KOLs dan pelanggan (Client). 

Modello menyediakan platform bagi pelanggan (Client) yang memerlukan perkhidmatan model untuk meletakkan iklan dan / atau memasang tawaran untuk tugasan atau pekerjaan untuk sesuatu kempen pengiklanan 

Sebab apa kita haruslah gunakan aplikasi MODELLO ni ? 

Bayangkan kita menerima satu job dari sesiapa yang kita percaya pasal kawan tup-tup bila kerja dah siap, kawan kita tuh pun terus hilang dengan payment sekali. Hah menangis tak berlagu kan kan kan. 

So dapatlah hindarkan diri kita dari di tipu hah. 

Yang best part, kekadang kita tak tau pun yang kita ni di scam oleh orang-orang yang kita kenal. Bayangkan di janji kan harga tugasan RM180 so kita pun buatlah segala tugasan tuh then dapat bayaran, tup-tup sebenarnya harga tugasan tuh lebih dari jumlah yang kita dapat maknanya orang tengah kita tuh dah mark up harga dan ambil selebihnya. 

Ermm kita di tipu lagi. 

Memanglah kita kena gunakan Aplikasi MODELLO ni ek. 

Kena bayar ke kalau nak download Aplikasi MODELLO ni? 


Eh ada plak, ianya PERCUMA tau FREE OF CHARGE (FOC). Hanya download sahaja aplikasi ini di smartphone korang tak kisahlah iOS ataupun ANDROID. Then ikutlah arahan-arahan yang di ajukan didalam aplikasi tu ek. 




By the way bukan setakat kita-kita ni je yang boleh mendaftar malah anak-anak kecil yang rasa boleh di jadikan talent jugak boleh menyertai asalkan di pantau oleh kedua ibu bapa mereka. Tak ke syiok tuh. 


Lepas mendaftar dan masukkan profile korang, then bolehlah korang apply job-job yang terdapat di dalam senarai tuh. Ianya senantiasa di kemaskini untuk korang menbuat rujukan. 

Lepas je korang apply pihak MODELLO akan menguruskan sepenuhnya tanpa korang bersusah payah untuk hubungi Client ye.


Korang-korang di luar sana tuh seharuslah gunakan aplikasi MODELLO ni, di samping tambah pendapatan dan juga pengalaman baru. 

Apa tunggu lagi ek!!

Jom lekas!!

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 





Saturday, November 16, 2019

Night Of Fright (NOF 7) 2019, Sunway Lagoon Theme Park

Hi Korang, 

Dah sebulan lebih baru nak citer pasal event ni hehehhee malas lah 

Ini first time kak lily ke Night Of Fright ni, padahal dah bertahun-tahun event ni ada namun sekali pun tak pernah masuk lagi. Dah ler kita ni penaukt hantu tup-tup nak masuk plak kan so memang tak ler kan buat perangai buang tebiat ni. 


Kebetulan tahun ni dapat tiket plak so nak tak kena pi jugak. Teruk kak lily paksa Mr Big ikut sekali so adelah geng nak menjerit-jerit bagai hehehhee. 

Terkenal sebagai festival paling menyeramkan dan terbesar di Malaysia, NOF7 dihasilkan dan diterbitkan oleh Lynton V Harris dan Sunway Lagoon. 



Pada tahun ini, festival itu menampilkan 8 rumah berpuaka, sebuah panggung berpuaka, 2 zon menyeramkan, 11 permainan menyeronokkan dan 2 persembahan pentas. Korang boleh merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan pelbagai jenis ‘hantu’ serta ‘makhluk aneh’ termasuk ikan jerung serta melawan ketakutan, seterusnya memastikan korang kekal ‘terselamat’. 




Terdapat 8 laman rumah hantu seperti The Plague, Blood Shed, Animalium, The Hotel dEVILle, Horrorjuku in UV3D, Horrorwood Studios, Voodoo dan Sharknado Alive! selain menyaksikan tayangan filem pendek berjudul Bomoh dalam panggung berpuaka. 


Nasib baiklah terjumpa dengan bebudak blogger ni so ikutlah diorang sekali masuk segala rumah hantu ni. Ktorang tak masuk semua rumah pun, dapat masuk The Hotel dEVILle, Voodoo dan Blood Shed. 

Ya ampun masuk ketiga-tiga rumah ni memang seram wei, baru masuk dah terjerit-jerit nasib Mr Big kat depan so takdelah rasa takut banyak. Habislah baju maklah tuh senget benget di tarik oleh bebudak ni. 


Rupa-rupanya hantu-hantu ni akan attack yang tengah tau, yang depan sekali langsung dia tak takutkan. Aduimak memang asyik terperanjat di buatnya. 

Selama 3 jam duduk dalam rumah hantu ni, boleh kering-kering darah di buatnya dengan gelak-gelak tak henggat dunia kan. 

Kalau ade tahun depan nak join lagi ke? 

Ermm HARUSLAH sebab SERONOK nau nau..


Friday, November 15, 2019

Kedai Buku Pertama di Malaysia Yang Berkonsepkan Terowong Buku Dibuka di BookXcess Sunsuria Forum

Hi Korang,

BookXcess Sunsuria Forum ialah kedai buku pertama seumpamanya yang berkonsepkan terowong buku di Malaysia yang berpeluang membawa pengunjung menerokai dunia pembacaan sambil ditemani setengah juta buku. Terletak di SB-1, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, Setia Alam, kedai buku seluas 16,000 kaki persegi ini menawarkan buku dengan diskaun antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan. Ia dibuka setiap hari mulai 10:00 pagi hingga 10:00 malam. 

Para pengunjung yang datang ke sini pasti kagum apabila melihat terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai buku ini.


Sebaik sahaja melalui terowong buku berkenaan, para pengunjung akan mendapati bahawa mereka telah dibawa ke satu dunia berbeza sambil menerokai kedai buku tersebut. Para pencinta buku boleh menemukan beraneka jenis buku daripada seni dan reka bentuk hinggalah kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, novel remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi karya hebat yang tersembunyi.


Kedai buku ini turut menyediakan ruang kerja dan sudut membaca yang selesa untuk para pengunjung meneliti sampel buku yang disediakan. Para pembaca yang gemar membaca sambil menikmati kopi boleh mendapatkan secawan kopi premium yang dibru segar serta aneka juadah ringan di kafe milik BookXcess di dalam kedai buku berkenaan. 




Para ibu bapa pasti menyukai bahagian kanak-kanak di mana si manja mereka boleh bermain di dalam mini-maze yang disediakan dan mencari buku yang diidamkan daripada pelbagai koleksi buku kanak- kanak yang kami tawarkan. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan Buku Ajaib yang dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di BookXcess. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib berkenaan kerana ia menggunakan teknologi canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk generasi akan datang dengan mewujudkan pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Menampilkan lima belas judul, si manja anda boleh melihat watak-watak kegemaran mereka dihidupkan di dalam cerita Little Red Riding Hood, Cinderella atau The Night Before Christmas. 


“Kami mahu memupuk minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia dengan pembukaan kedai buku kami yang kelapan di Malaysia dan kedai buku ketiga dalam tahun ini. Kami sentiasa mencari cara baru bagi menggalakkan amalan suka membaca dalam kalangan masyarakat dan pewujudan konsep baru seperti terowong buku ini adalah sebahagian daripada usaha berkenaan. Struktur dan konsep unik ini akan menarik para pembaca serta bukan pembaca ke kedai buku ini, dan dengan harga hebat yang ditawarkan, kami berharap dapat mengubah fikiran mereka untuk membawa pulang senaskah atau dua naskah buku. Buku dan ilmu pengetahuan merupakan faktor utama untuk mengubah dunia. Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada Sunsuria Berhad, yang merupakan pemaju hartanah terkemuka, untuk menjadikan kedai buku kami sebagai penyewa utama Sunsuria Forum @ 7th Avenue. Ia pasti menjadi lokasi tumpuan ramai dan semoga masyarakat sekeliling teruja dengan kehadiran kami dan meluangkan masa berkualiti bersama-sama dengan keluarga serta rakan mereka sambil mencari buku kegemaran mereka di sini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran BookXcess, Dipak Madhavan. 

‘‘Dengan penerapan konsep pengayaan kanak-kanak dan elemen berorientasikan kekeluargaan dalam Sunsuria Forum, kami percaya bahawa tempat ini akan menjadi pusat bualan masyarakat yang hangat diperkatakan. Selain daripada aneka kemudahan serta pilihan makanan dan minuman, kami pasti BookXcess akan mendapat faedah yang besar dari komuniti sekitar terutamanya dari keluarga muda yang lebih mengutamakan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Pembukaan BookXcess di Sunsuria telah menjadi satu pengiktirafan kepada kami dalam arah pembangunan berintegrasi yang mempunyai kawasan membeli-belah, suite SOHO, pejabat korporat dan kediaman berservis yang dalam pembinaan,’’ kata Wong Chiew Meng, Pengarah Kanan Projek Sunsuria Berhad. 


Red Readerhood, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess di BookXcess Sunsuria Forum akan memadankan sumbangannya dengan setiap naskah buku yang diderma oleh para pelanggan. Dimulakan pada 2011, Red Readerhood menghulur bantuan kepada masyarakat dengan kerjasama pertubuhan tempatan bagi memberikan buku kepada mereka yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan kerana ia percaya bahawa semua orang perlu mempunyai akses terhadap buku dan pembelajaran, tanpa mengira status mereka. Para pelanggan boleh memilih buku untuk didermakan dari sudut Red Readerhood yang dikhususkan di kedai buku ini. Kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Amal Bistari dan Cahaya Kasih Bestari akan menerima sumbangan buku berkenaan dengan harapan kanak-kanak di rumah tersebut akan mendapat ilmu pengetahuan menerusi inisiatif ini dan berinspirasi untuk mengejar impian mereka. 

Para pengunjung boleh menikmati potongan tambahan sebanyak 20% di atas harga diskaun yang ditawarkan sepanjang minggu pembukaan mulai 31 Oktober hingga 3 November 2019. Semasa minggu pembukaan tersebut, pengunjung yang berbelanja lebih RM50, RM100 dan RM150 akan layak menyertai promosi terpilih seperti keahlian BookXcess percuma, kopi atau teh percuma di Café Wolf serta mendapat potongan RM10 atau RM20 untuk pembelian mereka yang seterusnya. Kunjungi laman media sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai pertandingan yang kami anjurkan, sila kunjungi: 


Instagram: @bookxcess