Saturday, November 16, 2019

Night Of Fright (NOF 7) 2019, Sunway Lagoon Theme Park

Hi Korang, 

Dah sebulan lebih baru nak citer pasal event ni hehehhee malas lah 

Ini first time kak lily ke Night Of Fright ni, padahal dah bertahun-tahun event ni ada namun sekali pun tak pernah masuk lagi. Dah ler kita ni penaukt hantu tup-tup nak masuk plak kan so memang tak ler kan buat perangai buang tebiat ni. 


Kebetulan tahun ni dapat tiket plak so nak tak kena pi jugak. Teruk kak lily paksa Mr Big ikut sekali so adelah geng nak menjerit-jerit bagai hehehhee. 

Terkenal sebagai festival paling menyeramkan dan terbesar di Malaysia, NOF7 dihasilkan dan diterbitkan oleh Lynton V Harris dan Sunway Lagoon. 



Pada tahun ini, festival itu menampilkan 8 rumah berpuaka, sebuah panggung berpuaka, 2 zon menyeramkan, 11 permainan menyeronokkan dan 2 persembahan pentas. Korang boleh merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan pelbagai jenis ‘hantu’ serta ‘makhluk aneh’ termasuk ikan jerung serta melawan ketakutan, seterusnya memastikan korang kekal ‘terselamat’. 




Terdapat 8 laman rumah hantu seperti The Plague, Blood Shed, Animalium, The Hotel dEVILle, Horrorjuku in UV3D, Horrorwood Studios, Voodoo dan Sharknado Alive! selain menyaksikan tayangan filem pendek berjudul Bomoh dalam panggung berpuaka. 


Nasib baiklah terjumpa dengan bebudak blogger ni so ikutlah diorang sekali masuk segala rumah hantu ni. Ktorang tak masuk semua rumah pun, dapat masuk The Hotel dEVILle, Voodoo dan Blood Shed. 

Ya ampun masuk ketiga-tiga rumah ni memang seram wei, baru masuk dah terjerit-jerit nasib Mr Big kat depan so takdelah rasa takut banyak. Habislah baju maklah tuh senget benget di tarik oleh bebudak ni. 


Rupa-rupanya hantu-hantu ni akan attack yang tengah tau, yang depan sekali langsung dia tak takutkan. Aduimak memang asyik terperanjat di buatnya. 

Selama 3 jam duduk dalam rumah hantu ni, boleh kering-kering darah di buatnya dengan gelak-gelak tak henggat dunia kan. 

Kalau ade tahun depan nak join lagi ke? 

Ermm HARUSLAH sebab SERONOK nau nau..


Friday, November 15, 2019

Kedai Buku Pertama di Malaysia Yang Berkonsepkan Terowong Buku Dibuka di BookXcess Sunsuria Forum

Hi Korang,

BookXcess Sunsuria Forum ialah kedai buku pertama seumpamanya yang berkonsepkan terowong buku di Malaysia yang berpeluang membawa pengunjung menerokai dunia pembacaan sambil ditemani setengah juta buku. Terletak di SB-1, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, Setia Alam, kedai buku seluas 16,000 kaki persegi ini menawarkan buku dengan diskaun antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan. Ia dibuka setiap hari mulai 10:00 pagi hingga 10:00 malam. 

Para pengunjung yang datang ke sini pasti kagum apabila melihat terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai buku ini.


Sebaik sahaja melalui terowong buku berkenaan, para pengunjung akan mendapati bahawa mereka telah dibawa ke satu dunia berbeza sambil menerokai kedai buku tersebut. Para pencinta buku boleh menemukan beraneka jenis buku daripada seni dan reka bentuk hinggalah kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, novel remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi karya hebat yang tersembunyi.


Kedai buku ini turut menyediakan ruang kerja dan sudut membaca yang selesa untuk para pengunjung meneliti sampel buku yang disediakan. Para pembaca yang gemar membaca sambil menikmati kopi boleh mendapatkan secawan kopi premium yang dibru segar serta aneka juadah ringan di kafe milik BookXcess di dalam kedai buku berkenaan. 




Para ibu bapa pasti menyukai bahagian kanak-kanak di mana si manja mereka boleh bermain di dalam mini-maze yang disediakan dan mencari buku yang diidamkan daripada pelbagai koleksi buku kanak- kanak yang kami tawarkan. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan Buku Ajaib yang dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di BookXcess. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib berkenaan kerana ia menggunakan teknologi canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk generasi akan datang dengan mewujudkan pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Menampilkan lima belas judul, si manja anda boleh melihat watak-watak kegemaran mereka dihidupkan di dalam cerita Little Red Riding Hood, Cinderella atau The Night Before Christmas. 


“Kami mahu memupuk minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia dengan pembukaan kedai buku kami yang kelapan di Malaysia dan kedai buku ketiga dalam tahun ini. Kami sentiasa mencari cara baru bagi menggalakkan amalan suka membaca dalam kalangan masyarakat dan pewujudan konsep baru seperti terowong buku ini adalah sebahagian daripada usaha berkenaan. Struktur dan konsep unik ini akan menarik para pembaca serta bukan pembaca ke kedai buku ini, dan dengan harga hebat yang ditawarkan, kami berharap dapat mengubah fikiran mereka untuk membawa pulang senaskah atau dua naskah buku. Buku dan ilmu pengetahuan merupakan faktor utama untuk mengubah dunia. Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada Sunsuria Berhad, yang merupakan pemaju hartanah terkemuka, untuk menjadikan kedai buku kami sebagai penyewa utama Sunsuria Forum @ 7th Avenue. Ia pasti menjadi lokasi tumpuan ramai dan semoga masyarakat sekeliling teruja dengan kehadiran kami dan meluangkan masa berkualiti bersama-sama dengan keluarga serta rakan mereka sambil mencari buku kegemaran mereka di sini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran BookXcess, Dipak Madhavan. 

‘‘Dengan penerapan konsep pengayaan kanak-kanak dan elemen berorientasikan kekeluargaan dalam Sunsuria Forum, kami percaya bahawa tempat ini akan menjadi pusat bualan masyarakat yang hangat diperkatakan. Selain daripada aneka kemudahan serta pilihan makanan dan minuman, kami pasti BookXcess akan mendapat faedah yang besar dari komuniti sekitar terutamanya dari keluarga muda yang lebih mengutamakan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Pembukaan BookXcess di Sunsuria telah menjadi satu pengiktirafan kepada kami dalam arah pembangunan berintegrasi yang mempunyai kawasan membeli-belah, suite SOHO, pejabat korporat dan kediaman berservis yang dalam pembinaan,’’ kata Wong Chiew Meng, Pengarah Kanan Projek Sunsuria Berhad. 


Red Readerhood, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess di BookXcess Sunsuria Forum akan memadankan sumbangannya dengan setiap naskah buku yang diderma oleh para pelanggan. Dimulakan pada 2011, Red Readerhood menghulur bantuan kepada masyarakat dengan kerjasama pertubuhan tempatan bagi memberikan buku kepada mereka yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan kerana ia percaya bahawa semua orang perlu mempunyai akses terhadap buku dan pembelajaran, tanpa mengira status mereka. Para pelanggan boleh memilih buku untuk didermakan dari sudut Red Readerhood yang dikhususkan di kedai buku ini. Kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Amal Bistari dan Cahaya Kasih Bestari akan menerima sumbangan buku berkenaan dengan harapan kanak-kanak di rumah tersebut akan mendapat ilmu pengetahuan menerusi inisiatif ini dan berinspirasi untuk mengejar impian mereka. 

Para pengunjung boleh menikmati potongan tambahan sebanyak 20% di atas harga diskaun yang ditawarkan sepanjang minggu pembukaan mulai 31 Oktober hingga 3 November 2019. Semasa minggu pembukaan tersebut, pengunjung yang berbelanja lebih RM50, RM100 dan RM150 akan layak menyertai promosi terpilih seperti keahlian BookXcess percuma, kopi atau teh percuma di CafĂ© Wolf serta mendapat potongan RM10 atau RM20 untuk pembelian mereka yang seterusnya. Kunjungi laman media sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai pertandingan yang kami anjurkan, sila kunjungi: 


Instagram: @bookxcess




Wednesday, November 13, 2019

Jom Bawa Anak-Anak Ke Lost World Of Tambun Ada Barbie Dan Hot Wheels Sempena Cuti Sekolah Hujung Tahun 2019

Hi Korang, 

Sekejapan dah nak hujung tahun yer, seriously kak lily tak perasan pun. 

Yelah kita kan tak de anak-anak sekolah so tak amik pusinglah hal-hal sebegini hehehe.
 


Ni nak bagitau ni, kepada ibu bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak bercuti di cuti sekolah hujung tahun ini ermm why not korang sekeluarga ke Lost World Of Tambun di Ipoh ni.



Kalau korang nak tau yang Lost World Of Tambun menjadi taman tema yang pertama yang bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019. 

Sukerlah yelah ahkak kan, Barbie tuh! 

Barbie – “You Can Be Anything” 


Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis. 


Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Korang juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu. 




Kanak-kanak pasti terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, korang juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie! 

“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie 

Hot Wheels – Challenge Accepted 


Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Korang juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels. 



Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels. 

"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel 



"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’. Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur" kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun. 

Haruslah kak lily tak lepaskan peluang untuk menjelajah lokasi Barbie dan Hot Wheels ni, seronoknya melihat anak-anak ini bermain-main di sini. 


Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook Page :

Instagram : 




#sunwaylostworldoftambun
#awesomeholidays