Monday, November 11, 2019

Guardian Memperkenalkan Kotak Bertuah yang Diilhamkan Dari Korea Untuk Singles Day 11.11

Hi Korang,

Korang rasa bertuah? 

Guardian Malaysia akan memperkenalkan Kotak Bertuah (Lucky Boxes) yang diilhamkankan dari Korea buat pertama kalinya ke seluruh negara pada 11 November bagi meraikan sambutan Singles Day. Ia juga sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut dan badan, Botaneco Garden Camellia and Rice Oils yang terbaru. 


Apakah Lucky Box? 

Kotak Bertuah (Lucky Box) ini sangat popular di Korea, Jepun dan China di mana pelanggan harus membayar sejumlah wang untuk menerima nilai yang melebihi dua atau tiga kali ganda dalam bentuk produk daripada satu peruncit, semuanya dibungkus kemas di dalam sebuah kotak. Para pelanggan sememangnya menanti-nanti pelancaran Lucky Box ini kerana mereka mahukan lebih nilai dan kejutan! 


Guardian Lucky Boxes boleh didapati di semua cawangan Guardian pada harga RM50, dengan menawarkan nilai RM100 serta nilai maksimum RM150 yang terdiri daripada produk kesihatan dan kecantikan bersaiz penuh. 


Singles Day, pada 11 November menjadi hari membeli-belah secara offline dan dalam talian paling besar di dunia. Ia dipilih sebagai tarikh ideal untuk Guardian melancarkan Lucky Boxes yang pertama. 

Rangkaian Produk Camellia & Rice Oils Botaneco Garden Baharu Ada Di Dalam Kotak Anda? 

Antara barangan yang paling dinantikan di dalam Guardian Lucky Boxes ialah rangkaian produk Camellia & Rice Oils Botaneco Garden yang baharu. Ia terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut, perawat rambut, buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Bukan semua kotak bertuah mempunyai produk ini, jadi pelanggan yang mendapati rangkaian produk ini sememangnya sangat bertuah. 

Menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan South East Asia Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd, Cho Do Youn, barisan produk Botaneco Garden yang ekstensif dan mempunyai pelanggan yang setia, menjadikannya ia sebagai satu rangkaian Lucky Box yang cukup ideal. 

“Botaneco Garden memiliki lebih 50 SKU, sekali gus menjadikannya antara rangkaian produk mandian dan penjagaan badan berinspirasikan alam semula jadi yang paling ekstensif di Guardian. Ia sentiasa menjadi produk terlaris kerana dibangunkan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit pengguna di Asia. Dihasil menggunakan ramuan organik dan disahkan mesra alam (ECO) dengan formulasi yang bebas daripada bahan kimia berbahaya serta pakej yang boleh dikitar semula. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup mesra alam, produk Botaneco Garden dilihat sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.” 

“Ini merupakan Lucky Box pertama daripada Guardian Malaysia. Kami yakin rangkaian produk baharu daripada Botaneco Garden ini akan menjadi kejutan istimewa di dalam sebahagian kotak yang dikeluarkan. Pelanggan akan menerima nilai berganda dan menjadi antara yang pertama untuk mencuba rangkaian produk ini,” jelas Cho. 

Rangkaian baharu itu merupakan formulasi unik yang menggabungkan minyak benih Camellia seed oil dari Jepun yang menerima persijilan ECO 100%. Rangkaian produk ini mempunyai minyak bran beras organik dari India yang penuh dengan anti-oksidan untuk memberikan rambut serta kulit yang sihat[1]


Rangkaian produk itu terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut dan perawat rambut yang membantu menambah baik kondisi rambut rosak dengan lembut, selain meningkatkan kekuatan rambut[2]. Tidak ketinggalan buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang melembabkan kulit, sekali gus membantu menjadikan kulit lebih licin, selesa dan lembut[3]

Rangkaian Organic Camellia & Rice Oils Hair Botaneco Garden Untuk Membaik Pulih Kerosakan Rambut – Bagaimana ia berfungsi 

Rangkaian penjagaan rambut empat langkah ini dikhaskan untuk rambut rosak. Diperkayakan dengan Keratin Tumbuhan, yang dapat membantu menambah baik kondisi rambut rosak dan meningkatkan kekuatannya dengan cara mengurangkan masalah rambut bercabang dan kutikel rosak dengan melancarkan kutikel rambut. Memandangkan rambut rosak biasanya kelihatan kering, rangkaian ini mempunyai bahan Panthenol yang membantu menambah baik kilatan rambut. Manakala Vitamin E pula membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan radikal bebas. 

Formulasi ini bebas daripada parabens, silikon, pewarna, alkohol, minyak mineral, petrolatum, DEA dan lanolin. Jadi, pengguna boleh berasa yakin apabila memilih produk kecantikan berasaskan kepada alam semula jadi daripada Botaneco Garden[4]

Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakannya sebagai satu regim penuh. Mulakan dengan syampu dan perapi, kemudian sapu dengan minyak rambut sebelum dikeringkan untuk mendapatkan rambut yang licin. Perawat rambut pula perlu digunakan seminggu sekali. 

“Rangkaian Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oils memang ideal untuk mereka yang mempunyai kutikel dan rambut rosak seperti bercabang. Di samping mereka yang mahu meningkatkan kekuatan rambut kerana produk ini dihasil untuk menangani dan membantu masalah-masalah yang dihadapi ramai. Ia juga lembut bersama wangian yang mengasyikkan,” kata Cho. 

Rangkaian Melicinkan Tubuh Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oil Body – Bagaimana ia Berfungsi 

Rangkaian produk mandian Botaneco Garden Camellia & Rice Oils khas untuk mereka yang mahukan kulit lebih licin kerana ramuan-ramuannya mampu menyegar, mengekalkan tona kulit sihat memulihara keanjalan kulit serta melembab untuk kulit yang lebih licin, lembut dan selesa. Ia didatangkan dalam bentuk buih mandian, losyen badan dan krim tangan. 

Ia diperkaya dengan Keratin Tumbuhan untuk membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit[5]. Penambahan Niacinamide menyumbang kepada kulit yang tiada cela, kuat dan sihat. Anda dicadang supaya menggunakan rangkaian penuh produk ini, bermula dengan buih mandian yang diformulasi bebas daripada paraben dan sabun. Diikuti oleh losyen tangan yang diformulasi bebas daripada petrolatum dan tidak melekit untuk melembab serta melicinkan kulit dengan lembut. 

“Pelancaran Botaneco Garden Lucky Box dengan produk yang sesuai untuk rambut rosak dan melicinkan kulit yang anda perlukan dilihat tepat pada masanya serta menawarkan nilai hebat. Dapatkannya untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah. Ia hadir dalam satu kotak minimalis yang boleh diguna semula. Pergi ke Guardian dan tengok tuah anda!,” kata Cho. 

Produk-produk rangkaian Botaneco Garden Camellia dan Rice Oils dijual pada harga RM20.70 untuk syampu sesuai untuk rambut rosak (500ml) dan perapi rambut (500ml). Manakala minyak rambut (95ml) berharga RM19.60 dan RM16.50 sebotol untuk perawat rambut (225ml). Rangkaian produk penjagaan badan seperti buih mandian (500ml) ditawarkan pada harga RM20.70 sebotol, losyen badan (400ml) berharga RM16.90 dan krim tangan (60g) RM9.80. Produk-produk ini boleh didapati di kedai dan e-stor Guardian di seluruh negara. 

Kotak-kotak Guardian Lucky boleh didapati di seluruh negara pada Singles Day 11/11/2019. Stok adalah terhad, jadi dapatkan segera untuk melihat tuah anda. 

Ikuti https://www.instagram.com/mybotanecogarden/ untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Botaneco Garden. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 




[1]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-damage-repair-conditioner/ 

[2]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-damage-repair-shampoo/ 

[3]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-smoothening-body-wash/ 

[4] http://www.botanecogarden.com/en-hk/who-are-we/ 

[5]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-smoothening-body-wash/

Friday, November 8, 2019

BUNGAA Semi Lipmatte

Hi Korang, 

Lipstick memang jadi kegilaan kak lily ni. 

Pantang ada yang menarik di pasaran memang harus kak lily dapatkan tau. Sekarang ni tengah IN lipstick ala-ala lipmatte ni hah, warnanya cantic dan tak shinning hehehe 


Baru-baru ini kak lily mendapat jemputan ke majlis perasmian produk lipmatte jenama BUNGAA. Produk lipmatte ini merupakan produk tempatan yang diusahakan oleh dua sahabat baik iaitu Izzat bin Roslan dan juga Arham Syafiq Azmi. Apa yang menarik lipstik yang diperkenalkan ini menggunakan ramuan yang HALAL tanpa sebarang campuran bahan yang boleh merbahayakan kesihatan kulit.


Apa yang lebih menarik walaupun produk ini agak baru di pasaran, namun hasil jualannya mencecah 10,000 unit telah dijual dalam tempoh 3 minggu sahaja. Dengan gabungan mantap 20 stokis dan 120 agen di seluruh Malaysia mereka berjaya mencapai lebih dari target sasaran jualan. 

Seriously kak lily pun tertarik dengan lipmatte BUNGAA ni 


Yang membuatkan kak lily kagum dengan kedua pengasas jenama BUNGAA ini, walaupun mereka berdua lelaki dan mempunyai latarbelakang yang berbeza namun masing-masing punyai minat yang sama iaitu berniaga. 


Seperti Saudara Izzat yang baru berusia 28 tahun berasal dari Melaka yang mana pernah mengusahakan perniagaan kue teow goreng dan seterusnya berkecimpung dalam dunia bisnes atas talian selama 6 tahun. Begitu juga dengan sahabat baiknya iaitu Arham Syafiq Azmi dari Kedah yang mempunyai Ijazah dialam Kejuruteraan Mekanikal, namun lebih berminat kepada dunia perniagaan dan coaching.


Bersempena dengan pelancaran lipmatte BUNGAA baru-baru ini "5 Face Of Bunga" yang mewakili setiap 1 bunga dan warna telah diperkenalkan, iaitu :

· Amyrah Nasuha bt Badrin (rose) 

· Farra Alisa bt Mohd Zairi (lily) 

· Nurdiyana Nadirah (tulip) 

· Nadia Syahera binti Rosli (orchid) 

· Nadia bt Amil (daisy) 


Kelebihan produk Semi LipMatte Bungaa ini, ianya tidak menggunakan sebarang campuran wangian sentetik tetapi mencampurkan dengan rose oil untuk bauan bunga. Selain itu ianya mengandungi SHEA BUTTER yang boleh melembapkan kulit bibir. Paling best, Semi LipMatte bunga ini dapat meneutralkan kembali warna kulit bibir. Tidak dinafikan Semi LipMatte bungan ini mempunyai tekstur lebih ringan dan tidak melekit menjadikan bibir kelihat lebih cantik daripada biasa.


Best seller lipmatte BUNGAA ini adalah Tulip, Lily dan Daisy 


Harga yang ditawarkan untuk satu Semi LipMatte ini adalah RM39 (Semenanjung) / RM42 (Sabah/Sarawak) dan ianya boleh didapati dari semua stokis dan Agen Bungaa. 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 

Thursday, November 7, 2019

Pelancaran Kempen "Real Food, Real Performance 2019" Anjuran POTATOES USA

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka akan kentang kan, even kak lily kalau makan kentang rebus pun dah bahagia dah sebab sedap kot dan cepat kenyang. No wonderlah orang kalau nak berdiet masukkan kentang dalam menu list diorang ni. 


Kentang membekalkan khasiat pemakanan yang besar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan akan menentukan tahap prestasi seseorang atlet. Kentang membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi. Membekalkan lebih tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang mengandungi lebih banyak kalium berbanding pisang. 


Potatoes USA hari ini berkongsi maklumat tentang kempen "Real Food, Real Performance 2019" (Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019) di Menara KL (KL Tower). Selain daripada mendidik orang ramai tentang pemakanan prestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga, satu inisiatif juga telah dilaksanakan melibatkan beberapa atlet untuk 2019/2020. Potatoes USA juga akan menyertai pelbagai acara sukan prestasi tinggi termasuk Larian Menara Yayasan TM pada 10 November, yang bakal disertai oleh beribu-ribu pelari dari dalam dan luar negara. 


Sedikit penerangan daripada Adele Wong iaitu Pakar Diet Sukan I Pakar Pemakanan yang juga peminat lumba lari, "Karbohidrat adalah salah satu nutrien penting dalam pemakanan prestasi. Atlet yang terlibat dalam latihan berat memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya sebagai pemberi tenaga. Berasaskan kajian semasa, pengalaman saya berkhidmat dengan atlet dan juga sebagai atlet sendiri, jelas bahawa prestasi terjejas apabila pengambilan karbohidart tidak mencukupi. Jumlah khusus bergantung kepada keadaan atlet." Sementara itu, seorang lagi pakar sains sukan juga mengesyorkan pengambilan karbohidrat harian bagi atlet pada lingkungan 6-109 setiap kg berat badan. 



Kemudiannya Chef Janice Lee berkongsi beberapa resipi lazat untuk meningkatkan prestasi ahli sukan kompetitif. 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian yang dijalankan mendapati bahawa kentang ialah makanan semula jadi bermanfaat yang penuh dengan tenaga dan khasiat kebaikan untuk ahli sukan dan orang ramai mencatatkan prestasi terbaik. Kentang mudah dihadarn dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain dan juga merupakan pilihan yang wajar untuk memenuhi keperluan tenaga dalam sesuatu pertandingan. Potatoes USA kini bekerjasama rapat dengan sekumpulan atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga beberapa negara di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan kini Malaysia. 


Dalam acara yang diadakan di KL Tower hari ini, tiga pelari juara bertahan telah dipilih untuk menyampaikan pesanan kepada komuniti bahawa pemakanan semula jadi berprestasi tinggi penting untuk golongan yang aktif bersukan. Mereka terdiri daripada pelari Menara No.2 Dunia & No. 1 Asia, Soh Wai Ching, pelari veteran No. 1 Malaysia, Jeffrey Ross dan juara ultra-maraton, Tahira Najmunisaa. 

Tiga pelari tersebut mengambil U.S. Potato Flex Energy Bar (Snek Penambah Tenaga Kentang A.S.) sebagai pembekal tenaga sepanjang larian lasak yang menguji ketahanan dan kekuatan fizikal mereka, dengan memanjat 2,058 anak tangga ke puncak Menara dalam usaha membaiki masa terbaik masing-masing. Di akhir larian, mereka menikmati minuman Smoothies Kentang A.S. untuk menggantikan simpanan glikogen yang kehabisan. 


Masa yang dicatatkan oleh mereka dalam larian menara sebanyak 2,058 anak tangga ke puncak Menara KL ini adalah :- 

1. Soh Wai Ching : 8 minit 42 saat 

2. Jeffrey Ross : 10 minit tepat 

3. Tahira Najmunisaa : 15 minit 55 saat 

Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga kerana berjaya mendaki anak tangga dalam masa kurang 20 minit memang terbaiklah ketiga-tiga pelari tersebut. 


Soh berkata larian menara ialah acara sukan yang amat intensif yang memerlukan banyak tenaga dalam tempoh masa yang singkat. "Jumlah kalori yang dibakar untuk acara jalan kaki selama 10 mi nit menaiki tangga adalah bersamaan 20-30 min it berjalan kaki di permukaan rata. Oleh yang demikian, saya memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya untuk membekalkan tahap tenaga yang tinggi. Malah, oleh kerana saya bersukan secara aktif, diet saya merangkumi 70% karbohidrat. Saya memilih karbohidrat yang baik, yang penuh berkhasiat dan makanan semula jadi untuk membantu saya. Kentang AS. memenuhi semua kriteria tersebut," ujar Soh. 

Ok kak lily kongsikan serba sedikit mengenai Kentang ni ek 


Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. lni kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang AS selamat dan bermutu tinggi. 

Dari segi kos, kentang A.S. boleh membekalkan nutrien penting pada harga termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) berharga hanya RM1 .50. Malah, kentang mempunyai kandungan kalium, serat, protein, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap Ringgit mengatasi sayur-sayuran lain seperti ubi keledek dan lobak merah. Antara hasil tanaman, kentang terus memberikan nilai paling hebat. 

Beberapa fakta penting tentang kebaikan kentang: 

• 620 Milligram Kalium
Dengan kandungan lebih banyak kalium daripada pisang saiz sederhana, kentang amat sesuai untuk membantu otot, jantung dan sistem saraf berfungsi dalam acara jarak jauh jangka panjang. 

• 26 gram karbohidrat
Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang padat dengan nutrien penting untuk prestasi fizikal dan mental optimum dan menjadi sumber khasiat utama bagi otak dan sumber tenaga utama bagi otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat badan anda terhad dan mungkin menyusut - walaupun dengan hanya satu sesi senaman yang berat dan/atau berpanjangan - kita perlu menggantikan bekalannya. 

• 110 Kalori untuk Tenaga
Mudah dihadam dan lebih padat dari segi tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang ialah pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan pelari maraton. 






Korang pun kalau nak cuba resipi kentang menggunakan POTATOES USA boleh ke http://www.potatogoodness.com/recipe-category/performance/


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website : 

Facebook :