Friday, October 25, 2019

YOODO Punkrock Picnic Party Bersama Bunkface dan One Buck Short, Jom Dapatkan Tiket Sekarang!

Hi Korang, 

Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital yang pertama kali disesuaikan dan 100% di Malaysia, telah bekerjasama dengan The Bee dan membawa kembali aliran Punk Rock yang menampilkan ikon Malaysia, Bunkface dan One Buck Short. 

Yesza kak lily memang miant dengan band diaorang ni, band independence yang lagu-lagunya sedap sedap bealak wei. 


Yoodo x The Bee Presents: Punkrock Picnic, bakal mengadakan Punkrock Picnic, iaitu gig show khas untuk peminat-peminat muzik rock pada 29 November di The Bee, Publika Shopping Gallery. Hanya satu malam konsert yang akan menampilkan kesemua lagu-lagu hits mereka yang bakal menggegar dan mampu membuatkan korang ‘head baning’ huahauhaua 

"Yoodo is excited to host Bunkface and One Buck Short for a night of rocking," kata Chow Tuck Mun, Head of Yoodo. "We are proud to extend Yoodo's commitment in supporting local communities by bringing Punk Rock genre to them. We are buzzing about this great opportunity to once again delight our users with unique experiences. 


"Yoodo x The Bee Presents: Punkrock Picnic, is the follow-up to our great successful inaugural Yoodo Presents event held earlier this year. That event was a great success, featuring 6 local indie bands and racking up millions of views online. Now we are proud to be shining the spotlight on these pioneers of Punk Rock in the local music industry." 

Yoodo menawarkan kepada para pelanggan diskaun 10% khas untuk tiket untuk 100 pelanggan pertama. Itu hari itu juga nanti, para Yoodoers juga akan di hadiahkan kemeja-T Yoodo edisi terhad untuk memperingati acara gig tersebut. 


Bunkface yang terdiri daripada 3 orang anggotanya iaitu Sam, Paán dan Yeob bakal mendendangkan lagu-lagu yang menjadi siulan anak muda suatu ketika dulu iatu, 'Situasi', 'Silly Lily' dan lagu terbaru mereka 'Suara'. Untuk menghangatkan lagi para penonton akan di hiburkan dengan kumpulan rock punk yang bermula dari 2000, One Buck Short akan mendendangkan dengan hits klasik mereka iaitu 'Fast Times' dan 'Kelibat Korupsi' dan mungkin beberapa trek lagu baru. 


"Well it has been a while since we had the full line up of our band. For us this is not a reunion, but more of friends coming together and having fun. There are things to look forward to, like new material plans to tour, but right now we are focused on ourselves first before embarking on this journey," said One Buck Short's bassist, lzal 

What we want to do musically will always be serious, but we also want to make sure we are having fun doing it. This show is just the start of what's to come in the future, musically and more." 

Harga tiket Yoodo x The Bee Presents: Punkrock Picnic 

Early Bird – RM38 satu tiket 

Advanced Sales – RM58 satu ticket 

Walk In – RM78 satu ticket 

All ticket prices exclude extra ticketing fees. 

Muzik adalah tumpuan utama gaya hidup untuk Yoodo dengan begitu kita sentiasa mencari cara untuk terlibat dalam senaman muzik tempatan untuk memberikan pengalaman muzik yang mendalam. 

Malah, Yoodo bersedia mencapai kejayaan setelah mencari bakat-bakat tempatan dengan menaja 2019 TAPAUfest pada 26 Oktober ini. Yoodo adalah Telco Rasmi Digital untuk budaya dan festival masyarakat Malaysia yang akan mempamerkan bakat muzik indie tempatan yang menarik termasuk BTSWT, Midnight Fusic, Iqbal M, Airliftz, Milo Dinosaur dan banyak lagi. 


Untuk membeli tiket untuk Yoodo x The Bee Presents: Punkrock Picnic sila lawati www.galactix.asia/punkrock-picnic 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


#YoodoxTheBeePresents
#YoodoPresents


Thursday, October 24, 2019

Nikmati Suasana Kemeriahan Hari Deepavali Hanya Di The Curve

Hi Korang,

Pesta Cahaya atau lebih dikenali sebagai Deepavali, the Curve akan dimeriahkan lagi dengan pameran hiasan Kolam yang cukup elegan, persembahan tarian India yang cukup memukau serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengunjung 


Dari 18 hingga 28 Oktober 2019, pengunjung the Curve bakal disambut dengan hiasan Kolam yang menyerlah berupa burung merak 3D dan dikelilingi dengan hiasan gubahan bunga di Fashion Walk. Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang bakal memeriahkan lagi semangat Deepavali pada musim perayaan ini. Anda mahu mencipta hiasan Kolam sendiri? Jangan lupa untuk menyertai aktiviti seni pasir Rangoli pada 26, 27 dan 28 Oktober. Antara bengkel lain yang turut tersedia adalah stesen Henna serta stesen membuat Gelang dan Kad Deepavali. Cara penyertaan adalah cukup mudah! Hanya like laman rasmi Facebook dan laman Instagram the Curve untuk menyertai mana-mana bengkel ini. 

Jazmi Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Kami berasa berbesar hati kerana menjadi sebahagian dari negara yang mempunyai pelbagai kaum, di mana kami berpeluang menyambut pelbagai perayaan dan tradisi setiap kaum. Di the Curve, kami telah mencipta suasana perayaan yang cukup meriah buat pengunjung menyambut perayaan ini serta mencipta detik-detik unik dan bermakna bersama keluarga mereka. Di sini kami mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya!” 


Bukan sekadar itu, banyak lagi yang ditawarkan oleh the Curve kerana sambutan perayaan Deepavali tidak mungkin lengkap tanpa muzik dan tarian. Penghibur bakal menghiasi pentas dengan persembahan tarian yang diiringi irama Bollywood tradisional dan popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang cukup memukau pada jam 2.30 petang dan 6.30 petang pada 26 dan 27 Oktober 2019 di Fashion Walk. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Deepavali di the Curve, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau laman Instagram the Curve di (thecurve_official).



Wednesday, October 23, 2019

BEAUTEA by SAFI - Dengan 100% Ekstrak Teh Premium

Hi Korang,


Menjadi wanita berjaya dan tampil cantik pada masa yang sama bukannya sesuatu yang mudah. Namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Pengembaraan kecantikan itu sama seperti kehidupan, pasti ada cabaran yang menguji keyakinan. 

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah, kita mula terdedah kepada tiga punca masalah kulit utama yang menjadi cabaran kepada wanita masa kini. Punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadi penyumbang kepada masalah kulit kusam, bintik hitam dan masalah penuaan pramatang. 

Ditambah dengan tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang pula bertindak sebagai punca kedua masalah kulit yang mengumpul minyak di bawah lapisan kulit wajah seterusnya menyebabkan jerawat, tekstur kulit berminyak serta tona tidak sekata. 

Bagai musuh dalam selimut, punca ketiga adalah sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan dengan menyeluruh. Ini akan mengumpul bakteria dan memakan kulit wajah kita sendiri menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik yang disangka mencantikkan wajah, akhirnya memakan diri. 

Jadi, apakah cara untuk memerangi 3 punca masalah kulit wanita masa kini ini? 

Secara alami, antioksida merupakan benteng pertahanan semulajadi kulit muka yang berupaya mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel kulit wajah dari kerosakan akibat radikal bebas. Namun peningkatan usia menjadikan penghasilan antioksida semakin berkurangan. Oleh itu, antioksida daripada sumber luaran adalah jalan penyelesaianya! 

Ia boleh didapati dari sumber bahan semulajadi contohnya pokok teh yang mengandungi antioksida yang tinggi, terkenal dengan pelbagai manfaat kecantikan kulit wajah yang dapat membantu anda memiliki rupa paras yang sihat, berseri dan cerah bermaya.


Menguasi pasaran Malaysia selama 2 dekad dalam kategori penjagaan diri dan wajah, SAFI memahami keperluan sebuah produk penjagaan kulit wajah khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah masa kini. Memperkenalkan, BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan. 

Inovasi sains kecantikan terbaharu SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE - sebuah makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. 

BEAUTEA by SAFI menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. 

Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas. 

Hasilnya? BEAUTEA by SAFI menjadikan kulit kembali halus, sihat dan berseri, bebas dari musuh kulit! 


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea and Damask Rose 

-Menghidrat 

-Mengecilkan liang pori 

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori. 

*Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal 


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea and Neem 

-Melindungi kulit daripada jerawat 

-Mengawal sebum 

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat. 

*Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak 

BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea and Black Orchid 

-Membantu kulit untuk detoks 

-Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif 

-Mencegah tanda awal penuaan 

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal. 

*Produk ini sesuai untuk kulit sensitif 

BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea 

-Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat 

Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri. 

*Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit 

Korang sudah bersedia untuk merasai manfaat transformasi kecantikan dan menewaskan musuh kulit wanita masa kini dengan BEAUTEA by SAFI yang diperkaya dengan 100% ekstrak teh premium?


Picit tiub pada tapak tangan dan gosok bersama air sehingga berbuih. Oles keseluruh wajah dengan gerakan putaran. Bilas dengan air dan nikmati kulit wajah yang bersih dan segar semulajadi. 

Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20 (150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 




#BEAUTEABYSAFI 
#SAFIMALAYSIA 
#PREMIUMTEACLEANSERS