Tuesday, October 22, 2019

Mari Kita Ke Ladang

Hi Korang,

Ramai betul orang tanye kak lily ke Jay Bee tuh ada event nak kena cover ke?? 

Memanglah tak lah kan, semua trip tak de tujuan pun so merayap-rayap jelah ktorang sampai ke Jay Bee. Kalau korang tengok IG stories kak lily last 2 week memang tau lah citer ni hehehehe. 

Sampai je JB ramai plak yang contact duk ajak lepak, lepak makan, lepak borak, lepak boba, lepak rumah dah memang lagi lah. So yang mana berkesempatan je ktorg pi lah, yang tak sempat ziarah tuh mintak maaflah bebanyak ek. 


So pagi sabtu tuh, breakfast di hotel je. Bagus hotel ni walaupun hotel murah tapi bila ada breakfast terus jadi syiok, tak yahlah kak lily nak fikir nak makan apa bagai kan. Tengah-tengah sarapan kawan Mr Big call plak hah, ajak jumpa. Ktorang ok sajor lah kan. 

Bila dia share location, ktorang ikut jelah sampai ke Kempas Indah 2 ni. 

Kawasan baru rupanya, dulu masa kecik-kecik tak de banyak taman kat Kempas ni. Setakat kampong-kampung rumah lama je sekarang ni kemain cantik lagi ek. 

Tiba satu kawasan rumah tuh, so Mr Big call lah kawan dia ni. Dia kat kebun rupanya, eh mana plak datangnya kebun kat kawasan perumahan ni kan. 




Tup-tup tengok dia buat penananaman bawah kawasan pencawang elektrik, wah hebat jugak ni. First sekali kak lily tanye, ni berlesen ke idok ni? Eh haruslah berlesen katanya, kalau tak mana berani buat kan. 

Tak delah banyak Si Atam ni menanam hanya cili dan timun, serai pun sket jer tapi best ada itik dan ayam jugak tau 

Lama jugaklah ktorang lepak kat kebun comey Atam ni. 

tuan punye kebun Atam, kawan baik Mr Big sejak dari sekolah lagi hah

Sempatlah korek-korek info cam ne dia setup the business kan, ingat senang ke? Haruslah kene pi belajar dulu, masuk kelas, meet up orang-orang pertanian dan memacam lagi itu belum termasuk lagi budget untuk ratakan tanah, buat piping air bagai kan huahauhauaha 

leka tengok itik hah



Aduimak bila dengar citer dia terus otak laju berfikir kalau dah pencen buat kerja-kerja bertani ni pun bagus jugak kan, boleh exercise sekali. 

Seronoklah sekali sekala lepak-lepak cam nie sambil catching up sembang-sembang kan, bukan senang wokeh nak jumpe taukeh besar nie. 

ada plak orang kenal kite kat JB ni, siap ajak bergambar bagai hah

Ermm dah kena mula fikir-fikirkan dah ni, takkan nak keje kat company german sampai pencen kan huahauhau








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, October 21, 2019

PROMOSI Jualan “KAMPONG SITI KHADIJAH” 2019 Bermula 22hb Oktober Ini Serta Pengenalan Kepada HEGIRA Hijab

Hi Korang, 

Siti Khadijah (SK) merupakan jenama pakaian gaya hidup Muslim di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk telekung dan bukan telekung dengan corak inovatif, motif dan berkualiti premium. SK terus mengorak kehadapan apabila akan menjalankan promosi Kampong Siti Khadijah bermula 22 hingga 27 Oktober 2019. Kampong Siti Khadijah bakal menemui anda di dua buah lokasi berlainan iaitu Alamanda, Putrajaya dan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan. 


Nama Kampong Siti Khadijah dipilih sebagai tanda lebih mesra dan lebih dekat di hati rakyat Malaysia yang sukakan suasana dan keindahan sesebuah kampung. Bermula 22 Oktober 2019, Kampong Siti Khadijah yang berkonsepkan tradisional dan kampung juga akan membuka booth permainan2 tradisional seperti ceper dan batu seremban. Pastinya permainan tradisi ini akan mengimbau kembali 1001 kenangan dan suasana indah di kampung. 

“Tercetusnya idea Kampong Siti Khadijah adalah tidak lain tidak bukan untuk Team SK rasa lebih dekat di hati para penggemar telekung SK. Promosi ini juga diadakan istimewa bagi menghargai sokongan dan kesetiaan yang tidak pernah putus oleh Famili SK di luar sana. Bagi anda yang belum berkesempatan merasai telekung SK, inilah masanya kerana kami tawarkan penjimatan hingga 50% bagi produk telekung terpilih. InsyaAllah, dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama di bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan– dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik, saya percaya anda pasti berpuas hati dengan telekung SK”. kata Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah. 

Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-10 Siti Khadijah ditubuhkan. Tentunya promosi menarik ditawarkan oleh Siti Khadijah buat penggemar setia nya. Istimewa sempena promosi Kampong Siti Khadijah, diskaun hingga 50% bagi produk telekung terpilih dan potongan sebanyak 70% bagi aksesori dan koleksi pakaian daripada SK. 


Tidak cukup dengan itu, sebanyak 8,000 hadiah percuma menanti Famili SK yang hadir ke Kampong Siti Khadijah bermula 22-27 Oktober ini. Pemberian hadiah percuma ini juga merupakan salah satu objektif utama Team SK pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kerana menyokong SK sepanjang 10 tahun. Kepada Famili SK yang bermain permainan tradisional yang disediakan, anda akan diberikan baucar tambahan istimewa dari SK dan hanya boleh gunakannya pada promosi Kampong Siti Khadijah sahaja. 

Apa lagi yang menarik tentang Kampong Siti Khadijah? Ya. Cabutan bertuah! Famili SK yang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama iaitu produk Habib Jewel yang bernilai RM 5000. 

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom berkampung ramai-ramai di Kampong Siti Khadijah pada 22 hingga 27 Oktober 2019 yang bertempat di Alamanda, Putrajaya dan AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan. Jumpa anda di sana! 

PERANCANGAN 2020 SITI KHADIJAH 

Peneraju telekung berinovatif dan unik, Siti Khadijah (SK) tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan perancangan yang rapi bagi tahun 2020. Perancangan dan strategi perniagaan merangkumi semua sudut aspek seperti aspek pemasaran, jualan, pembukaan butik, jualan atas talian (marketplace) dan pelbagai aspek lain lagi. Oleh itu, SK menampilkan sisi yang berlainan dengan membuka Butik SK Suria KLCC. 

Berbeza dengan butik-butik SK yang lain, Butik SK Suria KLCC merupakan inisiatif baru SK dalam memperkenalkan lebih banyak variasi produk kepada orang ramai. Team SK akan membuka butik SK KLCC pada 1 Disember 2019, di Suria KLCC. Konsep yang ingin diketengahkan SK adalah memberi pengalaman baru merasai kehalusan seni produk SK yang selesa, sopan dan cantik apabila dipakai kepada pelanggan yang belum mencubanya. Nilai pelaburan bagi butik SK Suria KLCC ini mencecah hampir RM 1.5 juta. 


“Pembukaan butik SK di Suria KLCC akan lebih memfokuskan produk gaya hidup Muslim yang terdiri daripada rangkaian pakaian harian yang boleh digunakan secara kasual atau formal. “Keanggunan Kesopanan” menjadi tagline sejajar dengan produk yang ditawarkan. Sebahagian besar produk di Butik SK KLCC terdiri daripada baju kemeja lelaki dan wanita, kasut wanita (100% leather), outer, seluar kasual wanita , blouse , Baju Kurung, Baju Melayu dan sebagainya. Manakala sebahagian kecil produk yang dipasarkan di Butik SK KLCC terdiri daripada pelbagai rangkaian telekung SK dan produk HEGIRA” kata Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Kumpulan Pegawai Operasi Siti Khadijah 

Selain itu, antara perancangan yang dirancang Team SK pada tahun 2020 adalah pembukaan butik SK di seluruh Malaysia. Sebanyak 12 butik SK di Malaysia dan 4 butik SK baru di Indonesia akan dibuka sepanjang tahun 2020. Jumlah nilai pelaburan bagi pembukaan butik SK pada tahun 2020 pula dianggarkan lebih kurang RM 12 juta. 

Bertahan selama 10 tahun sebagai sebuah peneraju telekung di Malaysia, SK berusaha mencapai visi untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim terbesar di dunia. 

HEGIRA Anak Syarikat Terbaru Di Bawah Telekung Siti Khadijah 

Hegira (dari Hegira Sdn Bhd) adalah jenama hijab yang membawa inovasi dan inspirasi kepada wanita Islam melalui reka bentuk tudung yang menjadikan keunikan, fleksibiliti dan praktikal supaya wanita boleh meletakkan diri mereka yang terbaik setiap hari. 

Puan Suri Daman - founder HEGIRA Hijab

Nama itu diilhamkan dari golongan bangsawan perkataan "Hijrah"; memberi penghormatan kepada tanda sejarah penting dalam sejarah Islam ketika Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah. Inti jenama menangkap semangat positif transformasi positif dan kebaikan melalui tudung yang direka secara kreatif, menggalakkan wanita menjadi sederhana dan pada masa yang sama dapat menjadi diri mereka yang sahih. 

Hegira mengembangkan, mengeluarkan dan menjual produknya melalui saluran dalam talian dan luar taliannya sendiri serta melalui rantaian Butik Siti Khadijah. 




Hegira menawarkan pelbagai reka bentuk, yang boleh dikategorikan dalam dua segmen utama iaitu Fesyen Hijab dan Ibadah Hijab

Fesyen Hijab adalah hijab harian yang wanita boleh memakai, bekerja, acara, untuk kasual, yang boleh datang dalam pelbagai bentuk bentuk dan bentuk yang berbeza. 

Ibadah Hijab di sisi lain, adalah hijab yang ibadah sudah siap, namun juga boleh digunakan untuk kegunaan sehari-hari. Ia datang dengan Chin Covering dan panjangnya biasanya lebih lama daripada hijab fesyen. Ini adalah reka bentuk yang sempurna untuk Usrah, Umrah & Haji. 

Julat harga untuk Hegira Hijab adalah dari RM 69 - RM 200 

Untuk hijab Slip Ons, HEGIRA memenuhi keperluan wanita yang suka SHAWL-FACELOOK (kelihatan seperti memakai selendang) dan SOFT-AWNING-FACELOOK (dengan kelopak lembut). Kami juga mempunyai SYRIA-FACELOOK, iaitu tudung Syria dalam pelbagai fabrik. Bahan utama kami adalah chiffon, crepe, knit, moss crepe dan pelbagai jenis kain lain seperti viscose. 

HEGIRA kini dijual secara dalam talian melalui platform media sosial serta laman web. Ia juga boleh didapati di runcit Butik Siti Khadijah terpilih dan tidak lama lagi di lebih banyak lokasi SK, sebagai sebahagian daripada penawaran di bawah payung Siti Khadijah. 

Senarai SK butik dengan tawaran Hegira: SK Bangi Sentral, SK Alamanda, SK Aeon Nilai, SK Pusat Bandaraya I, SK Shah Alam, SK Melawati Mall, SK TIDI, SK Subang Parade, SK Busana Mara, SK Melaka, SK Ipoh, SK Manjung, SK Kuching, SK Kluang, SK JB, SK Senawang 

Hegira akan turut serta di acara Kampung Siti Khadijah di Alamanda Mall, Putrajaya dari 22 hingga 27 Oktober dan acara pelancaran pada hari Sabtu 25 Oktober dengan banyak tawaran dan promosi menarik. 

Untuk info lanjut mengenai HEGIRA boleh ke website rasmi HEGIRA di www.hegiragroup.com dan social media HEGIRA Facebook Page dan Instagram @hegiragroup 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Webiste :

Facebook Page : 

Instagram Link : 

Sunday, October 20, 2019

Vit Dekat Di Hati di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang

Hi Korang,

Vits Makanan (Kuala Lumpur) telah mengadakan Program CSR: Vit Dekat Di Hati di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang pada 4 Oktober 2019. Ini adalah program CSR pertama yang dianjurkan. Objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan. 


Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan sebuah lokasi yang telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dikhaskan untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 penghuni pada satu masa. Pusat transit gelandangan ini dikelola oleh En.Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq Pengarah Zon Tengah, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat transit ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat untuk menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi. 

PEMBABITAN VITS 

Menerusi inisiatif ini, Vits (Vit Makanan KL Sdn Bhd) sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal, Mee Udon Halal telah mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan sedikit sumbangan (produk vits) bagi meringankan beban mereka. 




Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit’s yang dihormati, Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan kepada setiap penghuni disini. Walaupun sumbangan ini adalah kecil tetapi ianya diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini dan agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka. 

“Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat di teruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penguhi di Pusat Transit ini” ulas En Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. 

Kami dapat melihat senyuman terpancar dari mereka dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak Vit’s. Pihak Vit’s juga telah merancang agar program sebegini dapat diteruskan kepada badan-badan lain. 


Inisiatif “Vits Dekat Di hati” ini adalah merupakan tanda terima kasih kami kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah bersama-sama menyokong produk Vit’s di sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit’s yang telah mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lepas ini telah dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak 1975 lagi Vit’s telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama yang mempunyai ahli keluarga yang besar dengan menyediakan sajian mee kering yang sihat, mudah disediakan dan mampu milih serendah RM 0.50 sekeping. 

“ Kami berharap agar Vit’s dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia’. Jelas En Lai Yaeh Tat lagi. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram :