Friday, October 18, 2019

Ayam Brand™ Santan Super Light, Kini 75% Kurang Lemak! Boleh Buat BOBA Lagi Tau!

Hi Korang,


Ayam Brand™ Santan Super Light baharu dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar[1], tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma. Malah produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli. Santan juga bebas kolesterol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa.



Dibuat Mengikut Citarasa Malaysia – Ringan dan Bebas Kolesterol

Ayam Brand™ Santan Super Light adalah bebas kolesterol dan sebagai penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi iaitu 47.7% daripada populasi golongan dewasa[2].


“Santan ialah satu bahan utama dalam hidangan rakyat Malaysia dan mereka sangat sukakan makanan yang enak. Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand™ Santan Super Light yang mengandungi 75% kurang lemak berbanding santan segar, sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama, tanpa kolesterol,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre.


Beliau menjelaskan bahawa jenama ini mengutamakan kesihatan dan makanan yang baik dengan menawarkan ramuan lebih sihat.

“Makanan Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan MSG merupakan sebahagian daripada identiti kami. Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baru. Di sinilah Ayam Brand™ Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global,” jelasnya.

Menghargai Kelapa, Makanan Superfood

Pakar Nutrisi, Shermin Low dari MyKenZen, sebuah syarikat perunding nutrisi turut hadir untuk membetulkan stigma masyarakat terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan.

“Lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs). MCTs digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti-bakteria dan anti-virus,”[3] kata Low.


Manfaat lain santan adalah ia bebas kolesterol, tinggi dengan serat, mengandungi Vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6. Di samping mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus. Ia juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan.

Beliau menyarankan bahawa memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana adalah kunci dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya, pada masa yang sama dapat menikmati hidangan enak.

“Di sinilah produk seperti Ayam Brand™ Santan  Super Light dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup, tanpa perlu berkompromi dengan keenakan hidangan mereka,” jelas Low. 

Aroma dan Rasa Asli, Kini Lebih Ringan

Ayam Brand memanfaatkan bakat ahli akademik kulinari dan pengkaji makanan, Chef Syafiq Othman dalam menunjukkan rasa serta aroma Ayam Brand™ Santan Super Light menerusi satu demonstrasi masakan dan merasa makanan melibatkan media dan influencer di Giant Bandar Kinrara, Puchong.


Chef Syafiq menghasilkan pilihan hidangan warisan antaranya Gulai Mackerel, Bingka Labu, Lawa Terung, serta makanan yang menjadi trend zaman sekarang seperti Matcha Santan Boba Tea dan Seafood Laksa Spaghetti. Semua resepi ini boleh dimasak kurang daripada 30 minit menggunakan bahan yang senang didapati serta peralatan dapur asas seperti dapur gas dan pengisar.

“Santan merupakan satu ramuan penting dalam banyak resepi. Ia mempunyai rasa yang berkrim, sedikit masin dan mempunyai aroma karamel yang tidak boleh ditiru oleh produk tenusu, susu soya atau susu kacang. Santan ialah elemen yang memberikan kari, rendang dan pencuci mulut tradisional rasa tambahan dan lemak yang enak. Bagaimanapun, lemak itu boleh jadi terlalu padat dan pekat, sebab itulah Ayam Brand™ Santan Super Light dihasilkan. Dengan 75% kurang lemak berbanding santan kelapa segar, ia dapat ‘meringankan’ hidangan anda tanpa mengorbankan aspek rasa, tekstur dan aromanya,” jelasnya.

“Inovasi seperti Santan Super Light boleh membantu mengekalkan hidangan tradisional kita, menjadikannya tidak ditelan zaman dan relevan buat rakyat Malaysia yang semakin mengutamakan kesihatan tubuh badan. Ia juga menggalakkan generasi baru untuk meneroka dan bereksprementasi dengan warisan citarasa tempatan,” kata Chef Syafiq. 


Resepi Chef Syafiq yang menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light boleh didapati di www.ayambrand.com.my – lazat dan sihat.

Penutup Lebih Bersih, Tidak Perlu Gunting atau Koyak

Ayam Brand™ Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Anda boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk, habiskan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka.

Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM 3.10 dan kini ia boleh didapati pada harga promosi RM 2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di pasaraya di seluruh negara.

Ok ni kak lily kongsikan resipi yang menggunakan Santan Super Light yang korang akan suka tau.



Resipi Gulai Mackerel with Roti
Portion Size: 4 
Cost: RM 12.00

Ingredients
Ayam Brand™ Mackerel in Tomato Sauce - 1 can (425 g) 
Ayam Brand™ Santan Super Light - 200ml 
Curry Leaves - 3 stalks 
Water - 150ml 
Cooking Oil - as needed 

Paste A
Shallot - 6 pieces (medium size) 
Garlic - 3 pieces 
Ginger - 1 Inch 

Paste B
Curry Powder - 3tbsp 
Water - 100ml 

Vegetables
Okra - 6 pieces
Tomato - 2 pieces (medium size) 

Seasoning 
Tamarind Extract - as needed
Salt - as needed 
Sugar - as needed

Method 

1. Heat up cooking oil, fry the Paste A with Curry Leaves until the paste is brown and fragrant.
2. Pour in Paste B (mix well curry powder with water before pour in the pot) continue stir until it become a bit thick. 
3. Pour in Water and Santan Super Light Ayam Brand. Let it boil
4. Stir in Mackerel Ayam Brand and vegetables let it simmer for 5 minute. 
5. Season to taste 
6. Serve piping hot with Roti


Resipi Matcha Boba Tea with Santan
Portion size: 1 Portion
Cost: 3.50

Ingredient
Boba Pearl (boiled & cold it) - 100gm

Ingredients A
Ayam Brand™ Santan Super Light - 200ml
Matcha Tea Powder - 50gm
Palm Sugar Syrup - 150ml
UHT Milk - 400ml
Ice - as needed

Method
1. Combine Ingredients A in cocktail shaker. Shake the mixture for a while
2. Pour the mixture and Boba pearl in a glass cup
3. Enjoy while it cold








[1] 75% less fat than raw coconut milk ( Raw coconut milk (100g) contains 23.8g of fat. Based on US FDA Food Reference).
[3] https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/coconut-oil



Thursday, October 17, 2019

DASHING Pilihan Juara Kelab JUVENTUS

Hi Korang,

DASHING, jenama penjagaan peribadi lelaki terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kelab bola sepak Eropah yang terunggul; Juventus. Kesepakatan ini dapat mengukuhkan reputasi DASHING sebagai lambang maskulin dan keperibadian lelaki moden sejajar dengan peredaran masa. 

Diasaskan pada tahun 1897 di Turin, Itali, Juventus telah bangkit menjadi salah satu kelab yang terulung di dalam liga bola sepak Itali serta merupakan kelab profesional pertama Itali yang mempunyai pangkalan peminat yang besar. Dengan kelebihan pemain-pemain yang berbakat tinggi dan dikagumi oleh seluruh peminat bola sepak di serata dunia, Juventus sejak 122 tahun yang lalu sehingga kini telah berjaya mempertahankan tradisi kejuaraannya. 


Baru-baru ini, Juventus telah mencatatkan satu lagi peristiwa yang penting dalam senarai panjang pencapaian sejarah mereka dengan memenangi lapan gelaran Serie A secara berturut-turut. 

“Bola sepak merupakan sebahagian besar daripada kehidupan lelaki rakyat Malaysia” – ujar En. Krishnamurthy Sriram – Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia. “Bola sepak bukan hanya sekadar sukan – ia adalah titik semangat, yang mampu menyatukan rakan-rakan kita bersama. Setiap pemain Juventus melambangkan semangat kesepasukanan, kebersediaan untuk saling menyokong juga kreativiti yang tinggi untuk menggapai kemenangan – kualiti yang sama dengan Jejaka DASHING”. 

Tambahan En. Krishnamurthy Sriram “Dengan adanya kerjasama ini, DASHING bakal membawa keajaiban kepada kelab bola sepak Juventus yang sangat dikagumi, dan menjadikannya tersedia untuk peminat-peminat tegar di Malaysia melalui rangkaian produk dandanan lelaki. Ini menjadikannya satu permulaan baharu dalam sejarah 25 tahun DASHING sebagai jenama penjagaan peribadi pilihan unggul untuk jejaka Malaysia. Ini juga merupakan gabungan dua juara yang tidak boleh dipertikaikan- Juventus dan DASHING”. 

Turut menzahirkan kegembiraan dalam kerjasama profilik ini ialah En. Giorgio Ricci, Ketua Pegawai Hasil Juventus “Kami dengan senang hati mengumumkan Kerjasama Serantau baru ini dengan DASHING, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor penjagaan peribadi lelaki di Malaysia dan Brunei, serta sebahagian daripada salah satu kumpulan perindustrian yang paling penting di Asia, WIPRO”. 

Kerjasama ini bakal menjamin Kelab Juventus akan lebih mesra bersama peminat dalam arenanya melalui pemasaran produk yang berjenama bersama yang akan dilancarkan pada tahun 2020. Pada masa yang sama, DASHING turut menawarkan pelanggannya dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan selari dengan perkembangan semasa dan sejarah milik Bianconeri. 

Selain kempen pengiklanan dan promosi publisiti menyeluruh 360 darjah, kerjasama ini akan menyaksikan pelancaran pelbagai rangkaian penjagaan peribadi lelaki kolaberasi DASHING bersama Juventus pada Mac 2020. Ianya merangkumi produk seperti semburan wangian, deodoran, sabun mandian badan dan penjagaan rambut. Produk-produk edisi terhad ini akan dijual dengan POSM yang dihiasi Bersama jersi rasmi pasukan hitam dan putih di seluruh kedai dalam negara. 

Tambahan pula, bagi menyemarakkan lagi pengalaman bersama pengguna DASHING-Juventus, enam peminat bertuah akan berpeluang untuk mengeksplorasi bandar Turin sebagai “pengalaman yang tidak ternilai” di mana peminat-peminat ini boleh menyaksikan pasukan mereka secara langsung di dalam Stadium Allianz – tuan rumah Juventus dan bersua muka bersama pemain-pemain idola mereka. 

“Pengalaman tidak ternilai ini adalah salah satu cara untuk kami menghargai para pengguna yang telah menyokong DASHING tanpa rasa jemu, dan ini sudah pasti merupakan peluang seumur hidup yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat tegar Juventus” ulas En.Venkat Jangam – Pengurus Pemasaran, Wipro Unza. 



Wednesday, October 16, 2019

Pekena Boba Tea Signature, JTL Container Cafe Di Permas Jaya, Johor Bahru

Hi Korang, 

Ok menda ni memang tak plan pun. 

Sebab tujuan asalnya datang Jay Bee nak lepak-lepak jumpa kengkawan dan jumpa adik beradik, sudah adik-adik ke KL plak sebab kerja so datang jejalan sajer jelah kan. 

Kebetulan plak blogger Sis Lin tau kak lily turun JB so apa lagi, di ajak nyer lepak minum-minum Boba di area Permas Jaya ni. So lepas dinner seafood kat Senibong tuh, terus je ktorang ke kawasan ni, ya ampun memang banyak kedai Boba kot hahahaha tapi di sebabkan kedai-kedai tuh ada kat KL so kite pi kedai Boba yang tak de kat KL lah kan hehehe 


Kedai ni unik sket sebab nama kedai lain, nama kedai boba lain dan nama kedai makan-makan lagi so camne nak sebut ni ek hahahaha tapi semuanya di bawah satu bumbung yang sama iaitu JTL Container Cafe. 

Di sebabkan nak cuba minum Boba so tak delah minum kopi , aduimak sekali sekala kasi rileks tekak tuh dari kopi kan hehehehe.. 





Semuanyer berasaskan container, kaunter order air, kaunter order makan dalam container so tak heranlah nama kedai pun JTL Container Café. 

Sementara nak tunggu Sis Lin sampai, kak lily order Pu Er Milk Tea with Boba Pearl dan Mr Big punya Galaxy Lemon Tea with White Boba lah sudah semestinya. Ok jom tengok-tengok apa ade kat dalam café ni ek. 

Tada minuman pun sampai, menda alah cam sensor tuh bagitau 

Pur Er Milk Tea With Boba Pearl 

Uniknya serbuk teh ni di datangkan dari China tau tapi korang janganlah risau tak de menda-menda pelik pun, rasa teh jugak. Banyak kedai-kedai cina muslim pun guna teh serbuk ni ek. Boba haruslah enak di kunyah-kunyah, kenyal kan sedap. Sugar level tuh ikut kesesuaian korang, so kak lily mintak sket je 

Galaxy Lemon Tea with White Boba 

Nama pun dah unik kan, bila korang tengok minuman lagi unik sebab apa? 

Sebab ada LED light dalam minuman ni tau, ramai yang DM kat igs akak tanye tak kene karen ke bila minum hehehehhe apalah korang ni taklah diorang nak bahayakan customer plak. Sedapnya lemon tea ni dia guna madu instead of gula so tak delah manis sangat dan bobanya warna putih kira special tuh. Masa Mr Big minum tuh dulu dia cakap manis nau-nau padahal dia lupa nak kacau kan so lepas 2-3 kacau barulah sedap airnya. 

Sampai jugak pompuan yang bernama Sis Lin hah, sibuk main api katanya sebelum sampai ke sini hahahha Lin lin ade je aktiviti dia ni ek haahahha. 

Sesampai je terus di ordernya makan plak 

Takoyaki Egg Waffle 

Kena makan panas-panas tapi kena ambil gambar dulu cam biasa hahahaha. Sedap langsung tak lokek squid flake tuh di letaknya bebanyak kan. 

Potted Ice Cream 

Comey nau ais krim pasu ni ek, yang perisa green matcha. Tengok sudunya penyodok ek, comey giler. Konsep berkebun sangat, kengkonon ceduk pasir lah kan tapi aiskrim. 

inilah penyodok comey tuh hehhehe

dah kul 11 malam tuh still duk gelak-gelak lagi kan hahaha

Hah ko makan lagi, maklumlah café ni tutup kul 2.00 pagi dan belum ramai orang lagi masa tuh so buat macam kedai sendiri lah kan, gelak non-stop ada je menda nak di sembang kan 

Yang best tuh, ada macam petting zoo di dalam cafe ni tau. 





Binatang-binatang comel eksotik ada kat sini, Mr Big kemain suka lagi bila tengok binatang-binatang siap sibuk nak pegang-pegang bagai eeee geli plak kak lily menengoknya. Don’t worry kalau korang pengeli atau penakut macam kak lily binatang ni semua kat tingkat atas, café kat bawah tau. 

Ada sijil halal ni hah


Kak lily suka lepak kat sini sebab environmentnya yang chillax sangat dan muziknya not bad ikut perkembangan terkini tapi tak terlalu kuat so tak delah mengganggu nak borak-borak bagi, wifi laju selaju bullet train KTX Korea tuh hahaha 

Jom kita ke : 

JTL Container Café 
G-01, Jalan Permas 11/1C, 
Bandar Baru Permas Jaya, 
81750 Johor Bahru, Johor 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 





#teabarjb
#teabar
#teabarjohorbahru
#teasignature
#milktea
#draughttea
#bubbletea
#bobatea