Monday, October 7, 2019

Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur, Kak Lily Dah Cuba Dah!

Hi Korang,

Weekend memang masa untuk kitorang jalan-jalan cari makan di sekitar Kuala Lumpur ni. 

Biasalah ini je masa yang ada kan, kalau weekdays dah sibuk dengan kerja bagai, dengan hal-hal kat umah lagi. Kebetulan jugak ada kengkawan duk cerita pasal ada satu cafĂ© di kawasan Petaling Street ni so why not kita cuba jugak kan. 


Lokasi sebenar Luckin Kopi adalah di Jalan Panggong, kalau korang turun je di MRT Pasar Seni station, keluar sket je dah nampak dah Luckin Kopi ni tapi kalau nak bawak kereta pun boleh sebab depan jalan restoran ni ada parking berbayar tapi siapa cepat dia dapat hehhee 


Kalau korang tengok dari luar, macam kedai kopi cina je tapi bila masuk dalam lain betul. Walaupun dekonya simple tapi sangat sedap mata memandang. 


Dah nama pun kedai kopi haruslah pekena kopi secawan dua ek, not too strong just nice, kurang acidity. I like rasa macam nak mintak lagi secawan tapi sibuk nau ambik gambar terus terlupa hehehe


Menu-menu Di Luckin Kopi


Ini yang penting, menu makan-makan lah nak kena show off dengan korang ni barulah syiok kan. 

Chicken Chop with Sos Salted Egg

Indomee Cheese dan Egg

Nasi Lemak side dish Buttermilk Prawn

Petai Pasta

Fried Mee Siam

Herbal Chicken Soup

Sawadee Pasta

Petai Bun

Assorted Dimsum

Rojak Buah

Ais Kacang


Hampir kesemua menu kak lily rasa hah, sampai tak tau nak cakap yang mana satu best menu bagi kak lily kan eheehee.

geng makan-makan ari tuh (rawlinsm Sally, Eyza)

melepak dengan bebudak meja sebelah plak

Untuk harga pulak, tak delah mahal pun walaupun di tengah-tengah bandar. Just nice untuk budget kita-kita ni.


Jom kite ke:

Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, 
City Centre, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Landmark : berdekatan dengan MRT Pasar Seni, depan open parking space

Tel : 016 – 3976898




Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram: 





VIVO V17 PRO – 6 Kamera Untuk Gambar Yang Mantap dan Superb

Hi Korang, 

Vivo dengan rasminya memperkenalkan peranti terbaharu V17 Pro ke pasaran tempatan baru-baru ini dan kak lily berkesempatan menghadiri majlis pelancaran smartphone terbaru keluaran mereka ini. 


Peranti ini menyediakan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap, dengan sokongan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP yang terulung dalam industri, suatu pembaikan yang luar biasa bagi kamera jenis ini yang merupakan suatu ciri ikonik bagi peranti Vivo. V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik khas untuk gaya hidup pengguna yang muda lagi bergaya. 


Dato Siti Nurhaliza juga turut hadir di majlis pelancaran Vivo V17 ni tau, siap nyanyi  dua lagu lagi tau


“Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia. “V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia.” 



Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik. Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik. 


Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan. 

Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik. 


Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP 

Ciri- Super Wide Angle

Selfie dengan kamera depan

Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama 48MP 6P. Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap. 


Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, V17 Pro juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam. 



V17 Pro dalam pilihan warna Knight Black dan Crystal White

Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. 

Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia merupakan ciptaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna. 

Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat. 

Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa 

V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna. 

Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain. 

V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat. 


V17 Pro yang didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM1,699.

Ermm kena dapatkan jugak ni ek..



Sunday, October 6, 2019

Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival

Hi Korang,


Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawakan kempen nasional Beli Barangan Malaysia dalam talian dan rantau ini. Langkah ini bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka serta berkembang maju dalam persekitaran yang amat kompetitif. Beberapa inisiatif utama akan dijalankan di bawah kerjasama ini.


Pertama, untuk memastikan keterlihatan produk-produk buatan Malaysia di platform e-dagang, Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin' Graze dan OldTown White Coffee. Kempen ini juga akan mendapatkan sokongan selebriti daripada Shopee Selebriti Skuad di mana produk mereka juga dibuat di Malaysia termasuk Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan, Fynn Jamal, Amy Search, and Sophia Liana. Di samping itu, pengguna Shopee boleh mendapatkan barangan Malaysia sebenar termasuk produk kecantikan, pes kari lazat, sambal belacan, ikan bilis kering dan banyak lagi daripada para peniaga tempatan. 

Kedua, bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk mengetengahkan koleksi Beli Barangan Malaysia untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12. Ini adalah untuk memastikan penjual produk buatan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan trafik dan kegiatan membeli-belah dalam talian untuk tempoh tersebut. 

Sebagai contoh, 10.10 Brands Festival yang berlangsung sehingga 10 Oktober akan menawarkan kepada rakyat Malaysia penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10, tawaran harian serendah RM10, diskaun eksklusif sehingga 80%, dan permainan dalam aplikasi menarik seperti Mission: Shopee, Voucher Together-Gether, Shopee Catch dan Shopee Quiz dengan jumlah 10 juta Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi. 

Untuk mencerminkan komitmen Shopee memaparkan kualiti dan daya tarikan produk buatan Malaysia, koleksi Beli Barangan Malaysia akan dipaparkan bersama jenama antarabangsa dan jenama terkenal seperti Unilever, HP, Enfagrow, Photobook Malaysia, L'Oreal, Vinda, Nutox, Universal Traveller, Mr DIY, Nestle dan Realme yang menjalankan Super Brand Days untuk 10.10 Brands Festival. Setiap jenama akan mendapat sokongan khusus daripada Shopee untuk meningkatkan keterlibatan pengguna, seperti ciri-ciri permainan dan pengambilalihan jenama di dalam aplikasi. 

Shino Lee, Marketing Lead (Communications), Shopee Malaysia; YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; YBHG. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Domestic Trade), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, launching the Buy Malaysian Campaign on Shopee.


Ketiga, selain daripada menyokong produk tempatan di Malaysia, Shopee juga membolehkan penjual tempatan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan inisiatif rentas sempadan serba lengkap. Dikenali sebagai Shopee International Platform (SIP), inisiatif ini menawarkan pelbagai kemudahan logistik, pembayaran dan perkhidmatan pelanggan kepada penjual tempatan tanpa sebarang kos tambahan. Ini pasti mendorong peruncit yang ingin menembusi pasaran antarabangsa tetapi menghadapi kerumitan operasi. 

Shino Lee, Marketing Lead (Communications), Shopee Malaysia; YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; YBHG. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Domestic Trade), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, together with members of the Shopee Celebrity Squad (from left) Amy Search, Sophia Liana, Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan and Fynn Jamal at the launch of the Buy Malaysian Campaign on Shopee. 

Shino Lee, Marketing Lead (Communications), Shopee Malaysia; YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; YBHG. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Domestic Trade), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, together with the representatives of homegrown brands and SMEs to kick start the Buy Malaysian Campaign on Shopee.

Dengan SIP, para penjual Malaysia kini boleh meluaskan perniagaan mereka di rantau ini, bermula dengan Singapura. Inilah masa yang paling sesuai, selaras dengan agenda Beli Barangan Malaysia, kerana usahawan tempatan boleh menjana pendapatan lebih besar dan berdaya maju dengan Shopee dan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa. 

Akhir sekali, untuk memacu minat dan trafik untuk Shopee 10.10 Brands Festival dan inisiatif kempen Beli Barangan Malaysia, rakan-rakan niaga Shopee akan menawarkan keistimewaan eksklusif seperti: 

● Boat Noodle
Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada). 

● Salad Atelier
Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa Lemak Wrap & RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon Sandwich 

● Baskin Robbins
Potongan sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins 

● Burger King
Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10 

● Boost
Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost App pada 10.10 dan anda berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100 dan iPhone 11, ditaja oleh TMT 

● Haagen Dazs
Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim 

YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, together with Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia launching the Buy Malaysian Campaign on Shopee.

“Kempen Beli Barangan Malaysia ialah inisiatif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendidik pengguna tentang kehebatan kualiti dan kepelbagaian pilihan produk buatan Malaysia di pasaran. Buat pertama kali tahun ini, KPDNHEP meluaskan skop kempen Beli Barangan Malaysia di luar saluran runcit lazim menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan, lapangan terbang, stesen minyak dan platform e-dagang. 

“Menerusi pakatan dengan platform e-dagang seperti Shopee, kami berharap untuk meningkatkan permintaan bagi produk buatan Malaysia dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dan bersedia untuk mengeksport. Memandangkan Shopee menawarkan capaian kepada 20 juta pengguna di Malaysia dan berpotensi untuk mencapai 200 juta lagi pengguna di rantau ini, saya yakin bahawa kempen Beli Barangan Malaysia di Shopee akan mencatatkan kejayaan besar,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri, KPDNHEP di majlis pelancaran yang diadakan di Sofitel Kuala Lumpur Damansara. 

Keputusan untuk memulakan kerjasama ini dengan KPDNHEP ini adalah sejajar dengan komitmen berterusan Shopee untuk membangunkan dan memperkasakan usahawan tempatan. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami berbangga untuk terus berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menyokong barangan dan perkhidmatan keluaran Malaysia dan merangsang ekonomi tempatan. Ini juga menyokong usaha sedia ada kami seperti Shopee University, bengkel percuma kami untuk penjual yang telah membantu dan melengkapkan kira-kira 6,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana dan penjual dengan ilmu jual beli dan pemasaran e-dagang. Oleh itu, kami amat teruja kerana dapat melakukan lebih melalui kerjasama kami dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.” 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Shopee 10.10 Brands Festival:

Untuk membeli produk kegemaran Malaysia, layari
https://shopee.com.my/buatanmalaysia.