Thursday, October 3, 2019

TBC Elektrik Sdn Bhd Kini Di Buka Di Bandar Puteri Puchong

Hi Korang, 


Jenama runcit elektronik pengguna yang semakin pesat TBC Elektrik Sdn Bhd secara rasmi membuka cawangannya yang terbaru di Bandar Puteri, Puchong baru-baru ini. 

Di antara tetamu yang hadir di majlis perasmian outlet terbaru ini adalah artis-artis yang rakaman Ayu Damit, Rehana Yunus, Mrs Classic Universe 2019 Arnetta Malhotra dan Miss Supermodel Universe 2019 Thalia Thin, para VVIP dan juga pelanggan setia TBC 

Kata-kata aluan daripada En Rico Lee

Bersempena dengan pembukaan agung rasmi, TBC Elektrik Sdn Bhd turut mengumumkan pelantikannya dengan Silver Jubilee Charity Gala Night 2019 yang akan dating yang merupakan inisiatif amal oleh pelukis Cina tempatan Desmond Liew dan Jimmy Liew, dalam bantuan Persatuan Kebajikan Wen Hua Kuala Lumpur & Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Anning. 

Malam gala akan diadakan di Ballroom HXC Grand, Aras 6, ICC Pudu, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2019. 

Terdapat persembahan nyanyian daripada Desmond Liew dan Jimmy Liew. 


Terdapat Pertunjukan Product Runway Show yang memaparkan finalis Super Model Universe Malaysia 2019 yang menyaksikan para model berjalan bersama-sama dengan produk elektronik pengguna terpilih dari kedai. Produk-produk terperinci ini dijual semasa pembukaan, dengan 20% hasil daripada jualan mereka akan dibentangkan kepada persatuan amal di atas semasa Silver Jubilee Charity Gala Night 2019. 

TBC adalah salah satu penaja utama kepada Pertandingan Super Model Universe Malaysia 2019, dan dijangka menyokong lebih banyak acara pada masa akan datang. 





DI majlis ini juga di adakan acara penyampaian hadiah kepada rumah-rumah amal di kawasan Puchong iaitu berasaskan Puchong iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Persatuan Kebajikan Wen Hua Kuala Lumpur & Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Anning. 

Tahniah kepada pengurusan TBC Elektrik Sdn Bhd

TBC Elektrik Sdn 8hd, yang lebih dikenali sebagai TBC telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan cawangannya yang pertama terletak di pusat perniagaan dan komersil Bandar 8aru Sungai Buloh. Di bawah kepimpinan generasi kedua pengasas dan pengarah urusannya, Rico Lee, jenama itu berkembang dari sebuah kedai telefon kecil untuk menjual peralatan kecil, aksesori elektrik, televisyen dan peralatan rumah. T8C telah membina 5 perkhidmatan iaitu runcit, e-dagang, roadshow, borong dan B2B 

Pada tahun 2008, TBC memperluaskan perniagaannya ke kedai berganda, yang menjual pelbagai peralatan elektrik & elektronik. Walaupun awal permulaan yang sukar, disebabkan oleh ekonomi lemah dan dengan elektronik pengguna dianggap sebagai barangan mewah pada masa itu, T8C telah berjaya muncul sebagai salah satu peruncit elektronik pengguna terkemuka di Lembah Klang. 

11 kedai TBC Elektrik Sdn Bhd terdapat di Lembah Klang dan termasuk kedai-kedai di Puchong, Bandar Sri Permaisuri, Sungai Buloh, Subang Perdana, Kajang, Bandar Baru Bangi, Setia Alam, Desa Aman Puri, Setia Utama dan Balakong. Ia juga mempunyai kedai di Kuala Selangor. 







Antara jenama yang terkenal termasuk Samsung, LG, Sharp, Beko, Panasonic, Philips, Toshiba, Zanussi, Midea, Pensonic, Morgan, Electrolux, Acson, Daikin, Mitsubishi, Joven, Khind dan Haier, menjadikannya lebih daripada 35 jenama boleh didapati di kedai. TBC menawarkan keseluruhan peralatan elektronik pengguna dan termasuk segala-galanya dari peralatan rumah, audio & video, alat digital, peralatan dapur untuk produk penjagaan peribadi & kecantikan. 

TBC menerima bayaran melalui pelbagai bentuk yang termasuk rakan kongsi tradisional seperti VISA & Mastercard, pelan pemasangan melalui pelbagai bank, MCash, Boost, Fave Pay, Maybank QR Pay, Union Pay, Touch N Go, AliPay, WeChat Bayar MY & CN nd GrabPay.


Tahniah TBC di atas pembukaan cawangan terbaru di Bandar Puteri Puchong

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Wednesday, October 2, 2019

MARRYBROWN Rendang Ayam Asli Sedap dan Asli Betul!!

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan rendang?? 

Cakap lekas ek!! 

Penipu benau orang tuh kan, giler tak suka kan, one of the Malaysian favourite tuh. Kalau dulu zaman masa kak lily kecil-kecil nak makan rendang kena tunggu masa raya je tau. Sekarang ni bila dah reti buat sendiri ermm haruslah sebulan sekali masak kan. Bukan apa proses memasaknya kemain leceh lagi, nak kena tunggu pecah minyaklah, nak kena rasa keseimbangan santan lah dan memacam lagi. 

Senang pi makan je kat kedai kalau betul-betul teringin kann, abis citer hehehehe 


Kak lily suka rendang ayam, korang suka rendang ape? 

Kalau sama jugak Rendang Ayam, kite geng!! 

Sekarang ni bukan kita je orang melayu yang gemarkan rendang ayam, malah satu Malaya ni sukakan jugak tau. Tak kiralah orang Cina ke orang India ke orang putih ke orang biru ke kan semua sukakannya kekadang tuh siap bertambah lagi bila makan. 


Para penggemar Rendang Ayam kini dapat bergembira kerana restoran rantaian makanan segera tempatan Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia, Marrybrown membawa rasa makanan asli tempatan ke cawangan-cawanganya di Malaysia bulan ini! Membawakan dua kombo Rendang Ayam Asli iaitu Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang, para peminat dapat menikmati menu mengujakan ini dari 19 September 2019 hingga 3 November 2019 di cawangan Marrybrown terpilih di seluruh Malaysia. 

Wahh seriously I like!!! 

Kalau korang nak tau kombo Marrybrown Rendang Ayam Asli diperap dengan pelbagai herba dan rempah yang akan memberi deria rasa yang seakan-akan sama kerana Marrybrown menggunakan cara memasak tradisional yang sama dalam penyediaan makanan tersebut bagi mengekalkan rasa yang kaya dengan asli dan enak. 

So malam hari tuh sebab tak tau nak makan apa so ktorang ke iOi City Mall je ni alah dekat kan. Pusing-pusing dan ternampak Marrybrown ni. Masuk jelah ingat nak makan ayam je eh ternampak plak Kombo Rendang Ayam ni so haruslah kena cuba kan. 

Burger Rendang Ayam (harga dari RM12.50) 

Simple burger tapi rasanya daging ayamnya penuh dengan rasa rendang. Perapannya enak dan bila di makan wow memang rasa sebijik makan rendang ayam. 

Nasi Rendang Ayam (harga dari RM13.90) 

Sangat-sangat tipikal rasa rendang ayam wei, nasi, rendang ayam, telur rebus dan siap papadom lagi ek. Itu yang menambahkan rezeki makan lagi. 

Cantik kan, take away packging Nasi Rendang Ayam ni, truly Malaysia sungguh! 

Kalau korang nak tahun ini, Marrybrown berbangga untuk meraikan kejayaan selama 38 tahun sebagai rantaian makanan segera Halal yang terbesar dan pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Jenama ini telah berkembang dengan pesat selama 38 tahun yang lalu dengan pelan pengembangan domestik dan antarabangsa yang akan datang bagi 2019/2020. 

Marrybrown kini berkhidmat buat berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan matlamat utama untuk menyediakan kualiti dan servis serta nilai kebersihan dan kepuasan yang tinggi bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna. 

jemput tengok ek heehhe

Nampak betapa seronoknya makan kan, Mr Big siap pakai tangan lagi. Melayu sangat hah! 

Ok jangan lupa dapatkan kombo Rendang Ayam Asli ni tau 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: 

Youtube : 
www.youtube.com/MarrybrownTV




#Marrybrown
#SomethingDifferent
#MBRendangAyamAsli


Tuesday, October 1, 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ''Dream Drive Shop & Win’’ Anjuran LuLu Hypermarket

Hi Korang, 

Perasan tak kak lily selalu shopping di Lulu Hypermarket?? 

Kalau perasan bagus, kalau tak perasan its ok je hehehe 


Sebab apa ktorang selalu shopping di Lulu Hypermarket ni? Sebab nak sertai Peraduan Dream Drjve Shop & Win’ yang bermula dari 1hb Mei hingga 1hb September yang lepas ni lah. Banyak jugak modal berbelanja di sini tapi apakan daya belum ada rezeki lagi kan. Huahauhauhaua 

Kalau korang nak tau ini merupakan tahun kedua LuLu Hypermarket menganjurkan Peraduan ni selain daripada hadiah utamanya kereta Proton X70, terdaapt jugak hadiah-hadiah lain seperti televisyen, smartphone dan banyak lagi. 

Kak lily berkesempatan ke majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang Peraduan Dream Drjve Shop & Win’ yang telah berlangsung di Lulu Hypermarket 1Shamelin Mall yang mana Mereka telah mengadakan dua kali cabutan untuk peraduan kali ini iaitu pada tarikh 5 Julai dan 6 September 2019 

Ucapan daripada Mr Asif, Regional director of LuLu 

Sebelum acara penyampaian hadiah, para pengunjung di hiburkan dengan pelbagai acara kebudayaan seperti tarian tradisional pelbagai bangsa di Malaysia ini dan juga tidak ketinggalan acara silap mata yang mengagumkan sehingga para pengunjung tak henti-henti bertepuk tangan. 




Hadiah Utama sahaja 2 buah Kereta Proton X70 dan juga 6 biji Apple iPhone 7Plus serta 6 biji TV 49" UHD jenama Toshiba. Tak habis kat situ 100 orang pemenang lain pula memenangi hadiah baucer bernilai RM100 daripada LuLu Hypermarket. 

Di sini Kak lily sertakan senarai nama pemenang bertuah Peraduan Dream Drjve Shop & Win’ 

Pemenang hadiah utama Kereta Proton X70 

1) Khairul Hilmi 
2) Roslee Bin Misman 

Pemenang hadiah Apple iPhone 7Plus 


1) Faizan Farooq Siddiqui 
2) Rana 
3) Ho Foong Lian 
4) Nur Syazwani Afiqah Bt Mohd Nazri 
5) Soh Bau Lai 
6) Kelly Lim 

Pemenang hadiah TV 49" jenama Toshiba 


1) Nur Adawiyah Bt Mohd Nasir 
2) Sipinapa 
3) Saw Wan Ying 
4) Surina Yeo 
5) En Yahya 
6) Anoj Joseph 


Tahniah kepada semua para pemenang, jeles kak lily dengan pemenang ni tau


Majlis penyerahan hadiah yang diadakan pada hari tu sangat meriah kerana bukan sahaja pemenang dan ahli keluarga yang hadir tapi juga Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia turut memeriahkan majlis. Ya ampun gamak keadaan masa tuh pabila Amber Chia memberi ucapan tau. 

LuLu juga bakal mengembangkan lagi cawangan mereka di beberapa lokasi baru seperti Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang Melaka dan juga Johor Bahru dalam awal dan petengahan tahun depan. Selamat membeli-belah semua.

Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 



#LuLuKL
#LuLuShamelin
#JomKeLuLu
#HappyAtLuLu
#LuLuDreamandDrive