Friday, September 6, 2019

ALVIN CHONG BERTEMU “RAKAN BARU” MELALUI OMI MALAYSIA

Hi Korang,

Pada awal bulan ini, Omi Malaysia telah menganjurkan peraduan “O-MI! A Dinner Night Out with Alvin” melalui laman video Instagram Alvin Chong yang mana para peserta telah diberi cabaran untuk mencari profil Alvin melalui aplikasi Omi dan menghantar mesej pesanan yang membina untuk berpeluang memenangi hadiah peraduan tersebut. 


Terpilih daripada 91 penyertaan yang dihantar menerusi aplikasi Omi, ianya bagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan kepada 5 orang pemenang bertuah peraduan tersebut apabila telah memenangi peluang sekali seumur hidup iaitu makan malam bersama selebriti Malaysia kegemaran mereka, Alvin Chong di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini. 


Sesi tersebut yang diadakan dengan penuh gelak ketawa ria, yang mana para pemenang telah dapat eramah mesra bersama Alvin secara dekat. Di samping itu, Alvin juga telah berkongsi cerita tentang pengalamannya dengan Omi kepada para peminatnya dan telah mencabar mereka dengan pelbagai aktiviti permainan menarik. 

“Saya berasa amat teruja dan gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan baru malam ini sambil berkongsi dengan mereka pengalaman saya bersama Omi. Bukan sahaja Omi telah memberi peluang kepada saya untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru yang berkualiti, malah mereka semua telah memberikan kata-kata semangat bagi saya memperbaiki kehidupan dan kerjaya saya,” kata Alvin. 

“Berkenalan dengan rakan baru adalah suatu yang menarik, namun untuk mencari seseorang yang berkualiti itu adalah sangat berharga. Saya berasa sangat gembira menjadi sebahagian daripada pengguna Omi dan berasa sangat selamat untuk melanggan menerusi aplikasi ini yang menyediakan perkhidmatan eksklusif dan berkualiti kepada para penggunanya,” tambah beliau. 


Omi, sebuah aplikasi online baru dari Singapura yang dilancarkan buat kali pertamanya di Malaysia untuk mencari kenalan baru. Aplikasi ini bukan sahaja benar dan selamat malah ianya membantu para penggunanya untuk mencari pasangan yang tepat tanpa mementingkan tentang kuantiti penggunanya tetapi lebih menitikberatkan tentang mencari rakan kenalan yang berkualiti. Aplikasi ini disokong oleh sebuah sistem bantuan tempatan yang mempunyai ribuan pengguna baru setiap hari. Ianya juga lebih fokus kepada pengguna berbangsa Melayu. 

“Sebagai sebuah aplikasi untuk mencari kenalan baru di Malaysia yang menawarkan persekitaran yang benar dan selamat, kami bertekad untuk membantu para pengguna kami untuk mencari kenalan baru yang berkualiti dan kami berasa amat terharu memiliki Alvin sebagai salah seorang daripada pengguna kami. Maka, kami akan membantunya untuk mencari kenalan baru yang mempunyai kualiti menerusi aplikasi kami,” kata Brian Lin, Pengasas Omi. 

Antara aspek yang diketengahkan oleh Omi adalah keselamatan, bebas spam dan profil palsu serta fokus untuk menyediakan para penggunanya untuk bertemu dengan pasangan yang tepat. Untuk maklumat lanjut mengenai Omi, sila layari laman rasminya di http://Omi.sg atau dengan memuat turun aplikasi ini melalui Google play dan App store.




Thursday, September 5, 2019

Tahniah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Di Atas Penganugerahan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Hi Korang, 

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group ({FGG) telah di anugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today. Beliau yang dipilih menerima anugerah berkenaan bersama enam lagi penerima lain baru – baru ini. 


Kak lily dan beberapa rakan bloggers lain berkesempatan untuk menemuramah beliau di 9th Muslim World Biz 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. 

Beliau tidak menyangka yang beliau terpilih di antara beribu-ribu usahawan yang di calonkan dan merasa sangat terharu dengan segala cabaran yang dilalui sepanjang beliau pembabitan beliau di dalam bidang financial wealth ini. 

Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang tadi. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman turut berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. 


Sedikit kata-kata beliau semasa sessi temuramah tadi, "Keberanian adalah apa yang membantu saya melangkah ke hadapan dan bertemu dengan orang ramai, menawarkan kemahiran saya untuk membantu menguruskan kekayaan dan wang mereka," jelasnya. "Sekarang saya bersyukur kerana orang tahu bahawa saya boleh membantu dan mereka mempercayai saya dengan nasihat kewangan dan perniagaan." 

Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam {OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini. Acara fokus yang menjadi tunjang bagi persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" dan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini telah bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur {KLCC). Pameran dan persidangan ini juga telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global. 


Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. 

Memang sepatutnya Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman di jadikan contoh dan tauladan bagi para usahawan-usahawan muda di luar sana. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 
https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup

Wednesday, September 4, 2019

Kempen ‘The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded’

Hi Korang, 

Yesza makan-makan lagi. 

Untuk korang yang kaki makan-makan di luar sana, ada berita baik untuk korang tau. 

Suker lepak kat Paradigm Mall? 

Kalau tak suka, korang kena sukakan jugak yer sebab korang akan mendapat peluang untuk diberi ganjaran dengan makanan dan minuman secara PERCUMA sebaik sahaja anda berjaya mengumpul jumlah setem yang diperlukan pada kad pasport apabila korang membeli-belah di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ) dari 19 Ogos - 17 November, 2019. 


Yeahh perkara ni amat penting untuk rakyat Malaysia di luar sana yang kaki makan cam kak lily ni ek, ini kerana Paradigm Mall, Petaling Jaya (PMPJ) pusat membeli-belah ikonik sedang menganjurkan Kempen 'Taste of Paradigm - Spend and Be Rewarded' dari 19 Ogos - 17 November, 2019 untuk semua pencinta makanan di luar sana. Ermm ade ke orang tak suka makan ek?? Haruslah tidak kan 

Ms. Selena Chua, Chief Executive Officer of WCT Malls berkata, “We are excited to offer our loyal customers an opportunity to be rewarded with free food and beverages at our mall. As a friendly neighborhood mall, we not only offer unmatched shopping and leisure experiences to our customers but also provide them with a wide array of food preferences that promises to tantalize their taste buds. With close to hundred F&B outlets at Paradigm PJ, our shoppers are spoilt for choice. The ‘Taste of Paradigm’ is the perfect platform to directly engage with our loyal patrons and reward them with delicious prizes.” 

Paradigm Mall PJ baru-baru ini telah menamatkan fasa pertama Inisiatif Peningkatan Aset (AEI) yang mendedikasikan keseluruhan tahap LG ke pusat makanan ‘food court’ dan satu-satunya restoran Food Arcade. Pengubahsuaian ini mempamerkan campuran makanan dan minuman (F & B) yang berkualiti tinggi yang menawarkan pembeli pelbagai perisa dalam hidangan mereka dari hidangan Melayu, Itali, Timur Tengah, Thai, Jawa, dan Hong Kong yang sahih kepada makanan Taiwan. 

Pusat membeli-belah ini juga telah membawa beberapa pilihan F n B seperti Nene Chicken, Waffuru Café, Sedap Sedap, T Bun, SRK Noodle House dan Farmers Street. Terdapat penyewa baru yang akan segera disertai oleh Mr. Chizu, An View, Harum Manis, Daboba, GinGer Thai and Salad Atelier. 

‘The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded’ 

Untuk menyertai, pengunjung perlu mengumpul pasport Taste of Paradigm dari kaunter concierge. Pertandingan ini mempunyai dua langkah mudah - Berbelanja dan Dapatkan Ganjaran. 

BELANJA 

Pengunjung perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan F & B Paradigm Mall Petaling Jaya untuk kelayakan menerima setem. 

TEBUSAN 

Pengunjung perlu mengumpul sejumlah bilangan setem pada pasport Taste of Paradigm. Seterusnya pengunjung boleh menebus F & B secara percuma samada dari Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Café, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe, Papparoti dan lain-lain. 






Lapo tak?
Lapo tak?
heheheee...


Dah apa nak tunggu lagi, jomlah ke Paradigm Mall, Petaling Jaya untuk menyertai ‘Taste of Paradigm’ bersama keluarga, sahabat handai dan yang tersayang. 

Jom kita ke :

Paradigm Mall,
1, Jalan SS 7/26a, 
SS 7, 47301 Petaling Jaya, 
Selangor

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 




#tasteofparadigm19
#ExperienceParadigm