Monday, September 9, 2019

Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman

Hi Korang, 

Nak berubah memang bukan mudah yer, lebih-lebih lagi ke arah kebaikan. Tapi kalau tanpa panduan agak susah juga untuk kita berubah ke arah kejayaan. 

Untuk itu, kita harus dapatkan ilmu dengan cara yang betul. Memang banyak kursus atau seminar mengenai perubahan hidup tapi kalau kita tak kuat semangat memang hangat-hangat tahi ayam lah jawabnya. 


Sempena itu, kak lily berkesempatan ke Program Nak Ubah Hidup 2019 #NUH2019 anjuran Dr Azizan Osman yang terkenal dengan kehebatannya dalam memotivasikan diri seseorang itu hingga Berjaya. Ramai jugak usahawan-usahawan yang berjaya di bawah bimbingannya. 

Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman #NUH2019 


Selama 3 hari telah berlangsung Program Nak Ubah Hidup anjuran Richworks International Sdn Bhd di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor. Dalam 3 hari ini, lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri SCCC dari pagi hingga ke malam. Yang menariknya tentang program ini adalah ia dapat membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. 



Bercakap mengenai RichWorks International, selama 11 tahun dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang dapat kita lihat, semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu halatuju sebenar untuk berniaga. 

Akibat dari kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 

Atas desakan ramai pihak, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu kepada lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. 

Kisah Dari Dr Azizan Osman Sendiri

Menariknya pada kegagalan beliau dalam bisnes membawa beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang dan pada saat itulah beliau berjanji jika beliau berjaya, beliau ingin membantu seramainya anak bangsa dalam ilmu perniagaan yang beliau dapat dari mentor-mentor di luar negara. 


Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu. 

#NUH2019

Kehadiran peserta telah mencecah lebih dari 12,000 hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan pada 4 bulan lalu. Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama membantu usahawan tempatan membina bisnes sehingga berjaya. Antara bukti kejayaan usahawan yang telah meraih jualan jutaan ringgit setahun ialah Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi.
  

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang gegak gempita di dewan SCCC, Setia Alam. 

Apa yang menariknya lagi, 'merdeka' dan 'hijrah' adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana peserta-peserta yang hadir menginginkan matlamat untuk memerdekan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi serta mahu berhijrah dari keadaan hidup yang lebih berganda hebatnya. 


Lebih seronok dan manisnya dalam program ini adalah ia turut dihadiri selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. 

Biarpun refleksi dan pembaharuan adalah proses yang rumit, namun sebahagian besar kejayaan ramai usahawan hari ini adalah kerana mereka melalui proses tersebut secara berterusan. 


Walaupun hanya dapat menyertai sessi pertama sahaja pada hari tu, kak lily rasa sudah banyak ilmu keyakinan diri yang kak lily dapat ambil dan jadikan panduan untuk berjaya. 

Korang pun teringin nak sertai #NUH2020? 

Inilah masanya! 

Sertai dengan mengklik pautan di bawah untuk menjadi yang terawal dalam NUH2020. 

Ayuh semua!! 





Friday, September 6, 2019

ALVIN CHONG BERTEMU “RAKAN BARU” MELALUI OMI MALAYSIA

Hi Korang,

Pada awal bulan ini, Omi Malaysia telah menganjurkan peraduan “O-MI! A Dinner Night Out with Alvin” melalui laman video Instagram Alvin Chong yang mana para peserta telah diberi cabaran untuk mencari profil Alvin melalui aplikasi Omi dan menghantar mesej pesanan yang membina untuk berpeluang memenangi hadiah peraduan tersebut. 


Terpilih daripada 91 penyertaan yang dihantar menerusi aplikasi Omi, ianya bagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan kepada 5 orang pemenang bertuah peraduan tersebut apabila telah memenangi peluang sekali seumur hidup iaitu makan malam bersama selebriti Malaysia kegemaran mereka, Alvin Chong di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini. 


Sesi tersebut yang diadakan dengan penuh gelak ketawa ria, yang mana para pemenang telah dapat eramah mesra bersama Alvin secara dekat. Di samping itu, Alvin juga telah berkongsi cerita tentang pengalamannya dengan Omi kepada para peminatnya dan telah mencabar mereka dengan pelbagai aktiviti permainan menarik. 

“Saya berasa amat teruja dan gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan baru malam ini sambil berkongsi dengan mereka pengalaman saya bersama Omi. Bukan sahaja Omi telah memberi peluang kepada saya untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru yang berkualiti, malah mereka semua telah memberikan kata-kata semangat bagi saya memperbaiki kehidupan dan kerjaya saya,” kata Alvin. 

“Berkenalan dengan rakan baru adalah suatu yang menarik, namun untuk mencari seseorang yang berkualiti itu adalah sangat berharga. Saya berasa sangat gembira menjadi sebahagian daripada pengguna Omi dan berasa sangat selamat untuk melanggan menerusi aplikasi ini yang menyediakan perkhidmatan eksklusif dan berkualiti kepada para penggunanya,” tambah beliau. 


Omi, sebuah aplikasi online baru dari Singapura yang dilancarkan buat kali pertamanya di Malaysia untuk mencari kenalan baru. Aplikasi ini bukan sahaja benar dan selamat malah ianya membantu para penggunanya untuk mencari pasangan yang tepat tanpa mementingkan tentang kuantiti penggunanya tetapi lebih menitikberatkan tentang mencari rakan kenalan yang berkualiti. Aplikasi ini disokong oleh sebuah sistem bantuan tempatan yang mempunyai ribuan pengguna baru setiap hari. Ianya juga lebih fokus kepada pengguna berbangsa Melayu. 

“Sebagai sebuah aplikasi untuk mencari kenalan baru di Malaysia yang menawarkan persekitaran yang benar dan selamat, kami bertekad untuk membantu para pengguna kami untuk mencari kenalan baru yang berkualiti dan kami berasa amat terharu memiliki Alvin sebagai salah seorang daripada pengguna kami. Maka, kami akan membantunya untuk mencari kenalan baru yang mempunyai kualiti menerusi aplikasi kami,” kata Brian Lin, Pengasas Omi. 

Antara aspek yang diketengahkan oleh Omi adalah keselamatan, bebas spam dan profil palsu serta fokus untuk menyediakan para penggunanya untuk bertemu dengan pasangan yang tepat. Untuk maklumat lanjut mengenai Omi, sila layari laman rasminya di http://Omi.sg atau dengan memuat turun aplikasi ini melalui Google play dan App store.




Thursday, September 5, 2019

Tahniah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Di Atas Penganugerahan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Hi Korang, 

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group ({FGG) telah di anugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today. Beliau yang dipilih menerima anugerah berkenaan bersama enam lagi penerima lain baru – baru ini. 


Kak lily dan beberapa rakan bloggers lain berkesempatan untuk menemuramah beliau di 9th Muslim World Biz 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. 

Beliau tidak menyangka yang beliau terpilih di antara beribu-ribu usahawan yang di calonkan dan merasa sangat terharu dengan segala cabaran yang dilalui sepanjang beliau pembabitan beliau di dalam bidang financial wealth ini. 

Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang tadi. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman turut berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. 


Sedikit kata-kata beliau semasa sessi temuramah tadi, "Keberanian adalah apa yang membantu saya melangkah ke hadapan dan bertemu dengan orang ramai, menawarkan kemahiran saya untuk membantu menguruskan kekayaan dan wang mereka," jelasnya. "Sekarang saya bersyukur kerana orang tahu bahawa saya boleh membantu dan mereka mempercayai saya dengan nasihat kewangan dan perniagaan." 

Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam {OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini. Acara fokus yang menjadi tunjang bagi persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" dan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini telah bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur {KLCC). Pameran dan persidangan ini juga telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global. 


Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. 

Memang sepatutnya Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman di jadikan contoh dan tauladan bagi para usahawan-usahawan muda di luar sana. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 
https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup