Wednesday, September 4, 2019

SAVIO - Riana Dutamas, Hasil Kerjasama Dari IJM Land Berhad dan FCW Holdings Berhad

Hi Korang, 


IJM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad, pemaju bersama Savio telah menganjurkan sebuah majlis yang cukup meriah pada hari ini di bum bung bangunan tersebut bagi meraikan penyiapan kerangka bangunan Savio "Multi Generational" Suites. Terletak di kawasan Segambut yang pesat membangun, Savio merupakan pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan kasar RM565 juta. 


Sehingga ke hari ini, ia telah mencatat kadar pengambilan 90%. Dengan harga mampu milik, lokasi, pengangkutan terbaik dan proposisi nilai, tidak hairanlah jika projek ini berjaya menarik minat dari pembeli rumah serta pelabur hartanah. Pembinaan 1,018 unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.


Kak lily berkesempatan ke majlis ‘Topping Up’ tersebut bersama-sama rakan media yang lelain ye, of courselah seronok kami dapat menaiki ke bahagian ‘roof top’ bangunan Savio ini. Bukan senang bagi orang-orang seperti kami menjelajahi hampir ke seluruh kawasan pembinaan Savio ini. 

"Kami sangat teruja untuk mencatat pencapaian ini dengan pembangunan Savio yang bermula sejak Januari 2018. Selari dengan komitmen dan rangka masa, kami berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga ke tingkat yang teratas dalam tempoh 19 bu Ian. Perkembangan projek yang positif ini disumbang oleh kerjasama rapat di antara pasukan IJM Land dan FCW Holdings. Bersamping dengan rakan kami Setiakon Builders yang bertungkus-lumus untuk membawa kami hingga ke ta hap ini," kata Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong.


Turut hadir di majlis meriah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif UM Corporation Berhad, Dato' Soam Heng Choon; Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan; Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato' Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon Builders Sdn. Bhd., Dato' Kuan Ah Hock. 

Terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara, Savio mempunyai akses melalui banyak jalan dan lebuh raya berdekatan. lni termasuklah Lebuh Raya DUKE, Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan kawasan ini mudah diakses dari lokasi lain di Lembah Klang. Kemudahan tersebut ditingkatkan lagi menerusi ruang pejalan kaki ke Stesen KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral. 

Direka agar bersesuaian dengan setiap generasi pembeli rumah, dari pembeli rumah kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan realiti terbaik tentang hidup, bekerja dan bermain di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, IJM Land dan FCW Holdings juga berjaya memastikan pembangunan ini mampu dimiliki. Pada masa yang sama ia juga memenuhi impian setiap lapisan pembeli - terutamanya pembeli rumah pertama dan golongan profesional muda.


"Riana Dutamas adalah ikon daripada kerjasama kami yang membolehkan kumpulan IJM Land bersama-sama rakan kerjasama kami, membangunkan kawasan Segambut. Selain menambah nilai ke atas landskap Segambut dengan menawarkan kediaman yang mampu milik, praktikal dan selesa bersama kemudahannya sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan- kemudahannya. Dengan pembangunan Savio, kami yakin ia akan meningkatkan lagi aspek kepelbagaian kawasan ini. Sekali gus mencipta satu gaya hidup yang lebih holistik kepada penduduk dari pelbagai generasi," jelas Dato' Anderson mengenai masa depan Segambut.



The Directors of 368 Segambut Sdn Bhd and Setiakon Builders Sdn Bhd on site at Riana Dutamas.
(Left to right) Dato' Kuan Ah Hock, Mr. Edward Chong Sin Kiat, Dato' Anderson Thor Poh Seng, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Dato' Soam Heng Choon, Mr. Foh Meng Wha, Mr. Tan Tong Kwee

"Kami sangat gembira dengan jumlah jualan Savio dan ia menjadi bukti terhadap nilai serta potensi projek ini. Melihat kepada kadar pengambilan hingga ke hari ini, kami menjangkakan Riana Dutamas mampu meningkatkan pemintaan ke atas hartanah kediaman di Segambut," kata Encik Edward. 

Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont' Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas. Demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri, Riana Dutamas menawarkan lebih daripada sekadar hubungan yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga. Malah, ia menawarkan satu gaya hidup yang menggabungkan aspek kerja, hidup dan bermain secara harmoni, seterusnya membolehkan anda untuk tinggal hampir dengan tempat kerja. 

Kejiranan ini memang ideal untuk mereka yang ingin tinggal dekat dan gemar berada berhampiran dengan pusat bandar, lokasi-lokasi popular dan kemudahan-kemudahan di bandaraya demi memenuhi keperluan penduduk dari semua aspek. lni merangkumi institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa hingga ke ruang-ruang gaya hidup.


Kemudahan-kemudahan berdekatan termasuklah pusat membeli-belah seperti Publika, Hartamas Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km.


Pembangunan yang padat dengan kemudahan ini disasarkan kepada individu, keluarga muda, golongan profesional, mereka yang baru berkahwin dan ibu bapa yang anak mereka sudahpun tidak tinggal bersama. la menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga bilik tidur dengan keluasan 653 hingga 1,177 kaki persegi bagi memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan.



Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama "cabana", bilik gim, dek "lounge", ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serbaguna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa. 

Riana Dutamas ialah sebuah pembangunan bersepadu bercampur di atas sekeping tanah pegangan bebas seluas 16 ekar di Segambut yang pesat membangun. la terdiri daripada enam buah blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Savio @ Riana Dutamas, kunjungi Galeri Jualan Riana Dutamas di 

Jalan Segambut atau layari laman web: www.rianadutamas.com

#ToppingUpCeremony

#SAVIORianaDutamas 
#TheAXISofDream 
#IJMLand 
#FCWHoldings 

Tuesday, September 3, 2019

Promosi Buffet ‘ALL YOU CAN EAT’ Di China Treasures Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 

Citer makan-makan lagi yeahhh 

Ye dimsum memang one of my favourite food, kalau depan mata ada dimsum dan mee goring haruslah dimsum yang kak lily pilih ye, even kalau hari-hari makan dimsum pun I like wokeh. 


Sempena bulan kemerdekaan ni, Restoran China Treasure di Sime Darby Convention Centre menawarkan promosi ALL YOU CAN EAT dimana ianya menawarkan 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun yang kak lily rasa mampun membangkitkan selera korang. 

Kebetulan minggu lepas, tak de apa-apa plan for dinner bebudak blogger ni ajaklah makan ke sini. Selalu ke sini untuk buffet ramadan jer, ni buffet dimsum plak so janganlah di lepaskan peluang huahuahuahuahua. 

Lepas kerja, amik Mr Big then terus gerak ke Sime Darby Convention Centre ni. 





Restoran China Treasures ni terletak di tingkat 1 dan mempunyai keluasan yang boleh menempatkan banyak meja serta ada beberapa bilik khas bagi mereka yang inginkan privacy. Ditawarkan pada 2 sesi setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum, iaitu pada jam 12pm-2.30pm dan 6pm-8.30pm. 

geng makan-makan malam tuh dengan Ayu, Nazlan & Faries

Di sebabkan kami ramai so masa buat tempahan tuh, kami mintak bilik so tak delah mengganggu pelanggan lain yang makan di situ. Yelah kita kan species sembang kuat-kuat to better duduk dalam bilik jer senang. 




Ermm 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun terlalu extreme untuk ktorang makan semua kan so pilih jer mana berkenan di hati dan tekak then order sajor hauhauhaua. 


Hah amik ko penuh meja di buatnya. 

So haruslah makan sambil sembang-sembang barulah masyukkan. Cerita pasal keluarga, pasal kerja, pasal isu semasa dan memacam lagi 

Macam-macam jenis dimsum dan makanan jepun sampai kak lily tak tau nama ek hehhhee 


Habis satu round makanan, kita order lagi untuk kali kedua dan order dan order dan order. Sudahnya mau 5 kali order kan, sejenis perangai yang kuat makan dan tak pernah puas makan. 










ini durian crepe, ya ampun kemain kuat baunyer. tapi memang isi semata-mata lah

Tapi kak lily nak pesan sket, ianya juga datang dengan bersyarat. Semua hidangan yang ditempah perlu habis, jika tidak korang akan kena denda kerana membazirkan makanan. 

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, Restoran China Treasures turut menawarkan promosi hebat kepada pelanggan-pelanggannya. Promosi "All You Can Eat" yang menawarkan 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun ini pastinya mampu membuka selera. 


Harga yang ditawarkan RM89++ (seorang) dan menariknya jika korang datang berpakaian yang mempunyai warna jalur gemilang seperti merah, biru, kuning dan putih akan diberi tambahan 31% diskaun

Hubungi 03-2089 3788 atau emel ke chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Ni alamatnya

China Treasures 
Sime Darby Convention Centre, 
1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Tel : 03-2089 3688


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: 



Sunday, September 1, 2019

Wangian FULL SPEED Dari AVON, Di Reka Untuk Deruan Adrenalinmu

Hi Korang,

Intens. Menggoda. Maskulin. Haruman pengejar cabaran ini direka untuk mengujakan keinginan. Memperkenalkan Full Speed Eau de Toilette oleh Avon. 


Diilhamkan dari sukan dan pemanduan berisiko, Full Speed merangkul setiap elemen cabaran untuk menunaikan kehendak jejaka hari ini yang bersifat tangkas penuh maskulin. 

Nikmati deru keterujaannya dengan cetusan segar sitrus, sipres menyegarkan, diakhiri cendana mewah bagi anjakan tenaga yang cukup unik. Setiap semburan memberi perspektif baru buat keyakinan maskulin. 

Sitrus 

Siprus

Cendana 

Gayakannya melepasi garis penamat. Sentuhan kekal lama Full Speed bersamamu sepanjang hari dan meninggalkan impresi hebat yang berkekalan buat semua di sekelilingmu. 


Full Speed Eu de Toilette 75ml bakal dipasarkan mulai 1 Ogos 2019. Dapatkannnya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866).


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: