Tuesday, August 27, 2019

Antabax Memperkenalkan "Sensitive to Your Needs"

Hi Korang,

Antabax, rangkaian penjagaan peribadi antibakteria nombor l Malaysia memperkenalkan kempen "Sensitive to Your Needs" ("Sensitif Keperluan Anda"), untuk meningkatkan kesedaran kulit sensitif di negara ini melalui satu inisiatif pendidikan jenama. 


Kulit sensitif merengsa dengan mudah kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar. Bagi sesetengah orang, kulit menjadi sensitif disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap makanan, bahan dan juga aroma, akan menyebabkan kemerahan, kekeringan atau kulit gatal. 

Rangkaian Sensitif dari Antabax, krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, l00% bebas sabun dan bebas alkali, dengan aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%. 


Diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang lebih sihat dan licin. 

la disahkan 'Halal', memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya. 

Rangkaian sensitif terdiri daripada krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk bayi. 


Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Prociuk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif. 

"Kami telah mengemas kini label pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program "one for one exchange" kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. Pada acara hari ini, kami amat gembira dengan kehadiran Dr Sharon Gopalan, ahli dermatologi terkemuka untuk bercakap mengenai kulit sensitif. Kami akan terus menjadi tuan rumah untuk Jebih banyak inisiatif pendidikan seperti di acara dan juga dalam talian," kata Mandy. 


Pada majlis itu, Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology, ahli dermatologi dengan pengalaman selama 10 tahun, yang telah merawat keadaan kulit seperti Gangguan Pigmentasi, Ekzema, Psoriasis, Jerawat, Jangkitan Kulit, bersama dengan peserta mengenai rejim kulit sensitif. Beliau memberi nasihat kepada orang ramai mengenai kaedah yang betul untuk penjagaan kulit sensitif. 


Mia Ibrahim, seorang wartawan, berkongsi bahawa beliau lebih suka krim mandian dengan antibakteria, kerana beliau mempunyai gaya hidup aktif. tetapi kebanyakan jenama antibakteria yang lain tidak sesuai dengan kulit sensitif. "Saya amat gembira apabila mendapati Antabax mempunyai rangkaian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan krim mandian Sensitif Antabax don sabun pembersih tangan untuk sementara waktu, saya tidak akan bertukar ke jenama lain," kata Mia dengan senyuman. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 


Monday, August 26, 2019

KFC Zinger Double Down Party Yang Awesome, Meat On Meat On Meat!!

Hi Korang, 


Zinger Double Down ni siapa pernah rasa dulu?

Menu ni memang dah lama ada sejak di perkenalkan 2012 tapi sangat-sangat limited time tau. Yelah lah menda sedap kenalah sekali sekala je rasa, kalau selalu-selalu muak lah kan huahauhauhauahua ayat ko kan kak mengundang je ek.

belum masuk kat tempat event dah kene kacau dgn Dak Nabil ni hah kan

Bila dapat jemputan ke KFC Party last week haruslah excited kan, makan-makan tuh kan forte kak lily ni. Pasal makan je you can call me lah, for sure I come yer.


Last kak lily makan Zinger Double Down ni tahun lepas kot, itu pun hujung-hujung waktu je hah, tumpang rasa sket kat Mr Big sebab dia yang suker giler menu ni. Daging, daging dan daging kaedah penyusunan burgernya mana ada roti so memang lazatlah.

kemain diorg ni berdua kan, ade je lawak nak di kenakan pada fans

nampak sampai blogger Mahamahu pun kena tweet jugak hah

KFC Exclusive Party ni di sertai dengan peminat tegar Zinger Double Down yang tweet-tweet mereka ni di kumpulkan sejak dari tahun lepas, dengan ayat-ayat tweetnya sangat craving kalau korang dengar hahahaha. Even kak lily pun terus rasa lapar bila diaorang baca tweet tuh ari tuh tau hehehehe dan di hostkan oleh talented Nabil Ahamd dan Angah Raja Lawak. Seharusnya gamatlah suasana di KFC VSQ PJ ni kan. 

Ok its time to reveal!!

penuh meja ktorang hah

ok siap ada cara-cara nak makan Zinger double down ni kan

Kemain besau nau kotak Zinger Double Down ni kan.Sorang satu je jangan nak rebut-rebut bagai. 

Yesza, panas-panas masa dia sampai wokeh.

semeja plak dengan bebudak ni (khai Azfar, Faries, Mahamahu), lagi lah kecoh kan memasing

akak yang paling last sekali habiskan Zinger ni, besau nau nau hah

Haruslah berselera makan, bebudak ni kemain cepat nau makan sebab memasing lapar kan, kak lily jugak yang terhegeh-hegeh nau nak makannya. Nasib baik ada bib so tak delah kena baju bagai hehehehee.

Pada pandangan kak lily:-

Dagingnya juicy ya ampun, di hidang panas-panas pulak so bertambahlah lagi selera. Sosnya pulak kemain melimpah ruah, so kena standby tisu bebanyak ye. Kalau makan dengan kengkawan jaga-jaga jangan sampai tersembur sudah lah kan hehehehehe


KFC Zinger Double Down di jual pada harga dari RM12.90 untuk ala carte, dan ianya boleh di dapati bermula dari 27hb Ogos 2019 untuk waktu yang amat terhad. 

So korang apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati KFC Zinger Double Down ni tau!!!

kami semua dah cuba, korang bile lagi. Cepat-cepat tau!!


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook :

Instagram : 




#downfordoubledown
#zingerdoubledown


Sunday, August 25, 2019

Pengalaman RASA-WOK Di Rumah Dengan AJINOMOTO "RASA SIFU"

Hi Korang,

Satu nama yang sinonim dengan perasa makanan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menghasilkan perasa BARU semua-dalam-satu, "Rasa Sifu" untuk membuatkan masakan di rumah rasa seperti di restoran! 

Dengan "Rasa Sifu", yang pertama seumpamanya di pasaran, kini semua orang boleh mencapai 'Rasa Wok' yang unik dalam masakan mereka. 'Rasa Wok' menggambarkan rasa unik yang dirasakan apabila anda menggoreng dengan api yang cukup panas sehingga wok seumpamanya berapi. Cara masakan ini biasanya tidak dapat dicapai di rumah. 


Di tengah-tengah banyak perkakas, chef di restoran sering dilihat mempamerkan kemahiran mereka dengan melambung bahan-bahan masakan semasa menggoreng. Kadang-kadang, makanan akan menangkap api dan tiba-tiba, api terpadam. Semua ini menyumbang kepada aroma wangi yang berlegar di udara sebelum makanan tiba di atas meja anda. 

Dengan adanya "Rasa Sifu", anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari teknik masakan chef. Anda kini boleh menyediakan makanan berkualiti seperti yang disediakan oleh chef di restoran, tetapi di dalam keselesaan dapur anda sendiri. Memasak kini lebih mudah dan lebih cepat dengan "Rasa Sifu" perasa semua-dalam-satu yang datang dalam bentuk serbuk. 'Kemanisan tiram' adalah antara keunikan perisa serbuk ini. Ia mengandungi jumlah ramuan asas yang mencukupi, sos berperisa tiram, bawang putih dan bawang merah tumis, serta bahan-bahan istimewa yang lain, untuk memahirkan masakan anda dengan rasa wok dan manis tiram yang istimewa. 

“Rasa Sifu" juga membuatkan sayur-sayuran goreng lebih lazat berbanding sebelum ini sehingga anak-anak anda akan lebih menikmatinya sekaligus menambah pemakanan sayur-sayuran untuk diet yang lebih seimbang. Makan di luar juga boleh dikurangkan dengan masakan di rumah yang lazat dan menyelerakan. Masakan di rumah pastinya lebih sihat kerana anda tahu apa yang masuk ke dalam makanan, selain mengeratkan ikatan keluarga. Kerana ramuan rahsia baru ini, hidangan anda semestinya menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan. Apa lagi, anda juga dapat menjimatkan wang! 

"Rasa Sifu" menawarkan pengalaman rasa baru. Jadi, pastikan anda mengambil satu paket hari ini! Dijual di pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit dan kedai serbaneka, "Rasa Sifu" boleh didapati dalam pek 20g, 100g dan 300g.