Monday, August 26, 2019

KFC Zinger Double Down Party Yang Awesome, Meat On Meat On Meat!!

Hi Korang, 


Zinger Double Down ni siapa pernah rasa dulu?

Menu ni memang dah lama ada sejak di perkenalkan 2012 tapi sangat-sangat limited time tau. Yelah lah menda sedap kenalah sekali sekala je rasa, kalau selalu-selalu muak lah kan huahauhauhauahua ayat ko kan kak mengundang je ek.

belum masuk kat tempat event dah kene kacau dgn Dak Nabil ni hah kan

Bila dapat jemputan ke KFC Party last week haruslah excited kan, makan-makan tuh kan forte kak lily ni. Pasal makan je you can call me lah, for sure I come yer.


Last kak lily makan Zinger Double Down ni tahun lepas kot, itu pun hujung-hujung waktu je hah, tumpang rasa sket kat Mr Big sebab dia yang suker giler menu ni. Daging, daging dan daging kaedah penyusunan burgernya mana ada roti so memang lazatlah.

kemain diorg ni berdua kan, ade je lawak nak di kenakan pada fans

nampak sampai blogger Mahamahu pun kena tweet jugak hah

KFC Exclusive Party ni di sertai dengan peminat tegar Zinger Double Down yang tweet-tweet mereka ni di kumpulkan sejak dari tahun lepas, dengan ayat-ayat tweetnya sangat craving kalau korang dengar hahahaha. Even kak lily pun terus rasa lapar bila diaorang baca tweet tuh ari tuh tau hehehehe dan di hostkan oleh talented Nabil Ahamd dan Angah Raja Lawak. Seharusnya gamatlah suasana di KFC VSQ PJ ni kan. 

Ok its time to reveal!!

penuh meja ktorang hah

ok siap ada cara-cara nak makan Zinger double down ni kan

Kemain besau nau kotak Zinger Double Down ni kan.Sorang satu je jangan nak rebut-rebut bagai. 

Yesza, panas-panas masa dia sampai wokeh.

semeja plak dengan bebudak ni (khai Azfar, Faries, Mahamahu), lagi lah kecoh kan memasing

akak yang paling last sekali habiskan Zinger ni, besau nau nau hah

Haruslah berselera makan, bebudak ni kemain cepat nau makan sebab memasing lapar kan, kak lily jugak yang terhegeh-hegeh nau nak makannya. Nasib baik ada bib so tak delah kena baju bagai hehehehee.

Pada pandangan kak lily:-

Dagingnya juicy ya ampun, di hidang panas-panas pulak so bertambahlah lagi selera. Sosnya pulak kemain melimpah ruah, so kena standby tisu bebanyak ye. Kalau makan dengan kengkawan jaga-jaga jangan sampai tersembur sudah lah kan hehehehehe


KFC Zinger Double Down di jual pada harga dari RM12.90 untuk ala carte, dan ianya boleh di dapati bermula dari 27hb Ogos 2019 untuk waktu yang amat terhad. 

So korang apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati KFC Zinger Double Down ni tau!!!

kami semua dah cuba, korang bile lagi. Cepat-cepat tau!!


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook :

Instagram : 




#downfordoubledown
#zingerdoubledown


Sunday, August 25, 2019

Pengalaman RASA-WOK Di Rumah Dengan AJINOMOTO "RASA SIFU"

Hi Korang,

Satu nama yang sinonim dengan perasa makanan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menghasilkan perasa BARU semua-dalam-satu, "Rasa Sifu" untuk membuatkan masakan di rumah rasa seperti di restoran! 

Dengan "Rasa Sifu", yang pertama seumpamanya di pasaran, kini semua orang boleh mencapai 'Rasa Wok' yang unik dalam masakan mereka. 'Rasa Wok' menggambarkan rasa unik yang dirasakan apabila anda menggoreng dengan api yang cukup panas sehingga wok seumpamanya berapi. Cara masakan ini biasanya tidak dapat dicapai di rumah. 


Di tengah-tengah banyak perkakas, chef di restoran sering dilihat mempamerkan kemahiran mereka dengan melambung bahan-bahan masakan semasa menggoreng. Kadang-kadang, makanan akan menangkap api dan tiba-tiba, api terpadam. Semua ini menyumbang kepada aroma wangi yang berlegar di udara sebelum makanan tiba di atas meja anda. 

Dengan adanya "Rasa Sifu", anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari teknik masakan chef. Anda kini boleh menyediakan makanan berkualiti seperti yang disediakan oleh chef di restoran, tetapi di dalam keselesaan dapur anda sendiri. Memasak kini lebih mudah dan lebih cepat dengan "Rasa Sifu" perasa semua-dalam-satu yang datang dalam bentuk serbuk. 'Kemanisan tiram' adalah antara keunikan perisa serbuk ini. Ia mengandungi jumlah ramuan asas yang mencukupi, sos berperisa tiram, bawang putih dan bawang merah tumis, serta bahan-bahan istimewa yang lain, untuk memahirkan masakan anda dengan rasa wok dan manis tiram yang istimewa. 

“Rasa Sifu" juga membuatkan sayur-sayuran goreng lebih lazat berbanding sebelum ini sehingga anak-anak anda akan lebih menikmatinya sekaligus menambah pemakanan sayur-sayuran untuk diet yang lebih seimbang. Makan di luar juga boleh dikurangkan dengan masakan di rumah yang lazat dan menyelerakan. Masakan di rumah pastinya lebih sihat kerana anda tahu apa yang masuk ke dalam makanan, selain mengeratkan ikatan keluarga. Kerana ramuan rahsia baru ini, hidangan anda semestinya menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan. Apa lagi, anda juga dapat menjimatkan wang! 

"Rasa Sifu" menawarkan pengalaman rasa baru. Jadi, pastikan anda mengambil satu paket hari ini! Dijual di pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit dan kedai serbaneka, "Rasa Sifu" boleh didapati dalam pek 20g, 100g dan 300g.



Saturday, August 24, 2019

Elakkan Keguguran Rambut Dengan Produk MENTHOLATUM 50 MEGUMI ANTI HAIR LOSS

Hi Korang,


Garis rambut yang semakin menyusut, rambut semakin nipis dan masalah keguguran rambut sering menjadi isu yang dikaitkan dengan proses penuaan dan lebih biasa dialami oleh golongan lelaki. Namun, di zaman ini, semakin ramai wanita muda di penghujung usia 20-an dan 30-an mengalami masalah keguguran rambut lebih cepat daripada yang dijangkakan. Dianggarkan jumlah wanita yang mempunyai lambut yang lebat di sepanjang hayat mereka adalah kurand daripada 45 peratus. Kajian telah menunjukkan bahawa masalah keguguran rambut boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah diet yang tidak seimbang, perubahan hormon, kesan sampingan ubat, rawatan rambut dan lain-lain. 


Wanita yang mengalami masalah keguguran rambut sering mengalami gangguan dari segi psikologi serta tidak berupaya untuk berfungsi dari segi sosial akibat daripada itu. Masalah keguguran rambut boleh berlaku apabila bilangan folikel rambut yang terlampau banyak dari yang normal beralih dari fasa Anagen (fasa tumbuh) ke fasa Catagen (fasa peralihan) dan apabila rambut mencapai fasa Exogen (fasa pengguguran), rambut akan kelihatan lebih nipis. Fasa Telogen (fasa rehat) berlaku selepas fasa Catagen dan pada fasa ini rambut yang baru akan tumbuh di bawah rambut yang sedia ada sebelum ia gugur. Jangka hayat fasa Telogen adalah antara tiga hingga empat bulan. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan nutrisi yang betul diberikan kepada kulit kepala di fasa Anagen untuk menggalakkan penumbuhan rambut yang lebat dan kuat. 

Dalam menangani masalah rambut ini, Rohto Pharmaceutical di Jepun telah menemui formula terkini yang boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut serta mengembalikan kelebatan rambut dengan bantuan daripada 50 bahan herba semula jadi yang berharga, yang juga di mana produk itu berasaskan namanya iaitu – 50 Megumi Anti Hair Loss Series. Sebahagian daripada ramuan herba bernutrien yang terdiri daripada 50 bahan herba yang boleh didapati di dalam 50 produk Megumi termasuklah: 

· Ekstrak Panax Ginseng dan Halia untuk menguatkan akar rambut 

· Ekstrak Swertia Japonica untuk melindungi daripada keguguran rambut 

· Hydrolised Collagen untuk memanjangkan jangka hayat rambut 

· Ekstrak semula jadi limau dan lemon untuk meningkatkan proses penyerapan ke dalam kulit kepala 

Bahan-bahan lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah Shea Butter, Minyak Biji Macadamia, Minyak Zaitun, Ekstrak Cone Pine, Ekstrak Lidah Buaya, Minyak Benih Bunga Matahari, Ekstrak Rumpai Laut, Kafein, Ekstrak Akar Pueraria, Ekstrak Rosemary dan Minyak Jojoba – di mana kesemuanya membantu mengelakkan masalah keguguran rambut serta membantu meningkatkan kelebatan rambut.


Produk 50 Megumi Anti Hair Loss termasuklah 50 Megumi Anti Hair Loss Treatment Essence serta dua varian syampu dan conditioner iaitu Moist dan Fresh. 

50 Megumi Anti Hair Loss Treatment Essence, 160ml (RM150.00) adalah produk utama dalam siri Anti Hair Loss ini. Kegunaan Treatment Essence adalah langkah penjagaan rambut yang penting dalam menangani masalah keguguran rambut. Sama seperti Essence yang diterapkan pada wajah anda, konsistensi Hair Treatment Essence yang tipis ini membolehkan ianya menyerap langsung ke kulit kepala dan rambut untuk menyebarkan semua khasiat dan nutrien yang diperlukan. 

50 Megumi Hair Treatment Essence tidak perlu dibilas selepas diaplikasikan malah ia juga membantu menguatkan akar rambut, meningkatkan kelebatan rambut serta mengurangkan keguguran rambut. Aplikasikan pada rambut selepas mencucinya dengan syampu dan conditioner. Urutkan sedikit pada kulit kepala serta rambut dan biar kering. Teksturnya yang ringan, cair dan tidak melekit amatlah baik malah rambut akan terasa ringan selepas aplikasi. Lebih-Lebih lagi, aroma daripada sitrus limau dan lemon membuatkan rambut berbau segar! Untuk membuah hasil, gunakan Hair Treatment Essence ini sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 4 bulan pada rambut yang kering atau basah sebelum style rambut. Untuk mencapai hasil yang optimum, Hair Treatment Essence ini paling baik digandingkan pengunaannya dengan syampu dan conditioner 50 Megumi . 

Syampu dan Conditioner 50 Megumi Anti Loss berfungsi dengan berkesan untuk merangsangkan kulit kepala, menguatkan akar rambut, melembapkan kulit kepala, mengurangkan keguguran rambut, melindungi warna rambut dan membuatkan rambut kelihatan lebih lebat. Diperkayakan dengan 5 minyak botani semula jadi, syampu 50 Megumi membantu mengekalkan kelembapan yang lebih lama serta mendalam untuk menguatkan akar rambut serta menjadikan rambut kelihatan lebat. Vitamin E dan bahan-bahan bernutriesn yang lain juga terdapat di dalam formula syampu untuk memperbaiki rambut dan kulit kepala manakala formulanya juga membantu mengekalkan warna rambut berwarna agar kelihatan segar. Conditioner 50 Megumi juga berfungsi sama seperti syampu tetapi mengandungi 8 jenis asid amino yang bertujuan membantu menyuburkan dan melembapkan kulit kepala sambil menguatkan akar rambut untuk rambut yang licin, lebat dan lebih sihat.

50 Megumi Anti Hair Loss Shampoo - Moist, 250ml (RM50.00) dan 50 Megumi Anti Hair Loss Conditioner – Moist, 250ml (RM50.00) sesuai untuk rambut yang kering dan rosak manakala 50 Megumi Anti Hair Loss Shampoo - Fresh, 250ml (RM50.00) dan 50 Megumi Anti Hair Loss Conditioner – Fresh, 250ml (RM50.00) adalah untuk jenis rambut yang normal dan berminyak. 

Produk 50 Megumi Hair Anti Hair Loss boleh didapati di mana-mana kedai farmasi Guardian dan Caring di seluruh negara bermula pada Ogos 2019.