Sunday, August 18, 2019

CENDANA Dan DBKL Lancar ‘PANGGUNG RAKYAT’ Untuk Pupuk Rasa Penghargaan Yang Lebih Mendalam Terhadap Sejarah Budaya Negara

Hi Korang,

Dalam pada rakyat Malaysia bersatu meraikan perpaduan serta menzahirkan rasa patriotisme dan cinta terhadap negara sempena bulan kemerdekaan ini, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan secara rasmi acara ‘Panggung Rakyat’ beserta beberapa program utamanya bagi tahun 2019. 


Panggung Rakyat merupakan sebuah platform seni umum bertujuan untuk mendidik, menyelami dan memperkasa warisan seni budaya Malaysia yang unik. Matlamat tersebut disokong menerusi anjuran beberapa siri persembahan tradisional asli yang istimewa dan bengkel interaktif, pameran serta ceramah yang dijayakan oleh barisan artis bersama badan seni budaya berpengalaman. 

Inisiatif seni budaya umum ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat (YB) Tuan Haji Khalid bin Abd Samad. 


YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad berkata, "Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara seperti hari ini tanpa kehadiran budaya, warisan dan yang paling penting, rakyatnya. Inisiatif ini merupakan satu langkah yang tepat untuk memastikan elemen mustahak dalam sejarah tidak dilupakan agar dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Selagi mana wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar berada di bawah kementerian saya, di samping Majlis Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan yang berada dalam bidang kuasa saya, seni dan budaya akan sentiasa kekal sebagai tunjang dalam dasar perbandaran negara." 

Dijadualkan berlangsung pada setiap bulan hingga penghujung tahun ini di Kuala Lumpur, Panggung Rakyat akan memeriahkan suasana malam dengan beberapa persembahan, disamping pilihan aneka makanan dan pelbagai aktiviti menyeronokkan sesuai buat seisi keluarga. Acara percuma ini diadakan pada hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan dari pukul 9 malam hingga 11 malam. Penganjuran Panggung Rakyat yang pertama telah merekodkan kejayaan besar dengan fokus diberikan pada Makyong, salah satu seni yang asli dan penting dalam sejarah di Malaysia yang berasal dari Kelantan lebih 400 tahun lalu. 


Persembahan Makyong dipimpin oleh Zamzuriah Zahari, seorang penggiat seni Makyong yang terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa serta juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau turut disertai oleh Tokoh Makyong UNESCO iaitu Fatimah Abdullah, tiga orang Adiguru tua, seorang Adiguru muda serta seorang Tokoh Makyong Kelantan. 


Direka oleh masyarakat Melayu di barat laut Malaysia, persembahan teater purba berbentuk drama-tari ini penting dalam sejarah kebudayaan Malaysia dan diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai salah satu Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara. 

Panggung Rakyat diilhamkan untuk memberi masyarakat sebuah pengalaman menyeluruh dan penuh inspirasi dalam menyelami seni dan budaya supaya mereka dapat merasai keindahan seni persembahan dan kesungguhan barisan artis yang telah membentuk sejarah kebudayaan negara untuk berabad lamanya. Acara ini dianjurkan di Jalan Raja, lokasi strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur yang terletak di antara tempat ikonik lagi bersejarah, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. 



CENDANA berharap untuk memupuk kefahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap keindahan elemen-elemen kebudayaan yang dijalin bersama dalam membentuk sebuah sejarah yang sarat dan berwarna-warni di negara ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin berkata, "Di CENDANA, kami usaha melibatkan diri dalam mendapatkan maklum balas dari barisan panel penasihat CENDANA, komuniti penggiat seni dan semua pihak penting bersama-sama dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan seni dalam sejarah kita. Kini, setelah hampir setahun kami amat gembira dapat membawakan persembahan seni budaya kepada masyarakat menerusi Panggung Rakyat. Usaha yang dilakukan ini merupakan langkah yang baik demi memastikan barisan artis dan badan seni budaya bersama hasil karya mereka yang mencerminkan kisah, tradisi serta ritual dalam masyarakat kita dapat terus dilihat, didengar, dihargai dan disebarkan ke kelompok khalayak yang lebih luas. Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan DBKL dalam menyediakan platform ini supaya persembahan seni seperti Makyong yang kaya dengan budaya, sejarah dan penuh dengan makna mampu terus hidup melalui penganjuran persembahan seperti ini." 

CENDANA akan bekerjasama dengan organisasi seni budaya tempatan seperti PUSAKA dan Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) untuk membawakan persembahan seni yang asli kepada rakyat Malaysia untuk bulan mendatang. Berikut merupakan jadual persembahan yang akan diadakan di Jalan Raja: 

● 21 September 2019 : Tarian Portugis 

● 19 Oktober 2019 : Tarian Ronggeng 

● 16 November 2019 : Tarian Kuda Kepang 

● 21 Disember 2019 : Tarian Bhangra 

CENDANA mengalu-alukan syarikat perniagaan dan korporat untuk menyumbang kepada inisiatif seni budaya ini. Potongan cukai diberikan bagi sumbangan yang dilakukan. Untuk maklumat lanjut, layari www.cendana.com.my




Saturday, August 17, 2019

AMOREPACIFIC Malaysia Berjaya Melancarkan ACARA ‘MAKEUP YOUR LIFE’

Hi Korang,

Para pesakit serta mereka yang berjaya sembuh daripada penyakit kanser telah mengunjungi acara ‘Makeup your Life’ oleh Amorepacific Malaysia dengan kerjasama Yayasan Kanser Payudara yang bertujuan membantu pesakit kanser meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih cepat dan lebih yakin. 

Acara yang pertama kali diadakan di Malaysia adalah juga bersempena dengan usaha CSR syarikat di peringkat global untuk mendekati para pesakit kanser. Para peserta berpeluang menikmati aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan termasuk kelas penjagaan kulit dan mekap, panduan memilih aksesori menggunakan bahan yang memberi manfaat kepada kesihatan serta demonstrasi masakan dan pemakanan yang betul. 

A Group Photo of Cancer Patients and Survivors with volunteers from Amorepacific

Amorepacific Malaysia memulakan acara dengan taklimat tentang penjagaan kulit dengan memberi tumpuan kepada perubahan kulit selepas rawatan kanser dan bagaimana cara untuk menanganinya. Ini diikuti dengan kelas mekap yang mengajar peserta teknik mekap untuk mencerahkan dan meratakan tona kulit bagi penampilan yang sihat berseri. Setiap peserta menerima kit makeup your Life bernilai RM700 termasuk produk penjagaan kulit dan produk mekap dari Innisfree, Laneige, Mamonde dan Etude House. Semua produk adalah bebas alkohol, lembut pada kulit dan memiliki ciri melembapkan kulit. 

Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk mempromosikan gaya hidup sihat, Amorepacific Malaysia turut bekerjasama dengan Stailoz yang telah menampilkan dan berkongsi manfaat kesihatan Titan Tech yang digunakan pada kepala tiub Stailoz. Teknik penggayaan ringkas turut diajar menggunakan kepala tiub dan setiap peserta turut diberikan kepala tiub yang ditaja oleh Amorepacific Malaysia. 

A Demonstration on Healthy Cooking by Consultant Dietitian, Indra Balaratnam

Segmen gaya hidup sihat turut meliputi demonstrasi memasak secara sihat oleh Perunding Diet, Indra Balaratnam. Dengan mengambil kira paras tenaga pesakit kanser yang rendah semasa rawatan serta keperluan menjalani rawatan secara kerap, Indra telah menunjukkan cara yang mudah untuk menyediakan sup berkhasiat yang enak serta nasi goreng beras ceruh multibijirin yang penuh dengan khasiat dan juga perisa untuk menaikkan selera pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan. 

Margaret Chin, Pengurus Amorepacific Malaysia ketika ditanya tentang sambutan para pesakit kanser terhadap acara ini telah menyatakan kegembiraan beliau. “Saya gembira dengan sambutan yang diterima bagi acara ini. Yayasan Kanser Payudara telah menjadi rakan yang banyak membantu dalam acara ini dan saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka pada masa yang akan datang. Dengan kejayaan acara makeup your Life, kami akan meneruskan usaha menganjurkan program ini pada setiap tahun,” kata Chin. 

An Amorepacific Volunteer Assisting a Cancer Survivor with the Application of a Skincare Product

Program makeup your Life turut menjadi sebahagian daripada komitmen ‘20 by 20’ oleh Amorepacific, yang merupakan janji syarikat untuk mencantikkan kehidupan 200,000 orang wanita dengan menyumbang kepada pemerkasaan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan ekonomi mereka menjelang tahun 2020. Selain itu, menerusi penyertaan dalam kempen Every Women Every Child yang diterajui oleh PBB, Amorepacific meneruskan kewajipan sebagai warga global yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada Dunia yang LEBIH Cantik. 

Hijab Styling by Stailoz

Yayasan Kanser Payudara yang menjadi rakan kepada program makeup your Life oleh Amorepacific Malaysia berkata bahawa mereka gembira dengan peluang menjadi sebahagian daripada kempen yang amat bermakna ini. “makeup your Life merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh para pesakit serta mereka yang berjaya menewaskan kanser. Ia memberi peluang kep[ada mereka untuk bertemu, menjalin rangkaian dan juga belajar kemahiran baharu yang akan membantu mengubah hidup mereka selepas kanser,” kata Surayati Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Payudara. 

Skincare and Makeup Demonstration by Amorepacific's Training Manager, Camiellia Choo

Program ‘makeup your Life’ telah diadakan sejak tahun 2008 bermula di Korea Selatan dan kemudian dilanjutkan ke kawasan lain termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Singapura dan Thailand. 


#makeupyourlife 
 #20by20 
 #amorebeautifulworld 
 #amorepacificcsr


Friday, August 16, 2019

Sun Life Malaysia Memperkasakan Rakyat Malaysia dengan Jaminan Kewangan Lebih Baik dan Pengalaman Pelanggan Lebih Lancar dan Mudah

Hi Korang,


Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia), masing-masing sebagai pembekal insurans hayat dan Takaful Keluarga, bergabung dengan pelakon yang juga Duta Jenama baharu, Hairul Azreen untuk pelancaran dua tawaran baharu yang akan memberikan rakyat Malaysia jaminan dan kemudahan kewangan yang lebih baik. 

(L-R) Raymond Lew, CEO and President/Country Head of Sun Life Malaysia, comes together with Brand Ambassador of Sun Life Malaysia Hairul Azreen, at the launch of Sun Infinity-i plan and SunAccess client mobile app, that will enable Sun Life Malaysia’s clients to achieve greater flexibility and control of their financial futures.

Dilancarkan hari ini, pelan Sun Infinity-i adalah produk terbaharu Sun Life Malaysia, pelan takaful sejagat yang dirancang untuk memberikan rakyat Malaysia fleksibiliti kewangan berdasarkan kemampuan dan keperluan mereka. Turut dilancarkan ialah aplikasi mudah alih SunAccess baharu yang membolehkan pengguna untuk mengakses e-penyata bagi pelan insurans /takaful mereka bila-bila masa, di mana sahaja, dan juga mengemukakan tuntutan mereka melalui aplikasi mudah alih. 

Semasa pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden / Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, "Sejak memasuki pasaran enam tahun lalu, kami teguh dengan komitmen kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia mencapai jaminan kewangan seumur hidup dan mempunyai kehidupan yang lebih sihat. Pelancaran pelan Sun Infinity-i hari ini dan aplikasi mudah alih SunAccess adalah langkah seterusnya ke arah matlamat untuk membolehkan Pelanggan kami mencapai fleksibiliti lebih baik serta mengawal masa depan kewangan mereka." 

(L-R) Raymond Lew, CEO and President/Country Head of Sun Life Malaysia; Hairul Azreen, Brand Ambassador of Sun Life Malaysia; and Leo Grepin, President of ASEAN, Sun Life Financial Asia, officiating the launch of Sun Infinity-i, a limited-pay universal takaful plan designed to provide Malaysians with financial flexibility based on their affordability.


Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Presiden ASEAN Sun Life Financial Asia, Leo Grepin yang berkata, "Sun Life telah beroperasi di Asia selama lebih daripada 125 tahun dan ia adalah segmen yang paling pesat berkembang dalam perniagaan kami hari ini. Kami menjaga dan mengutamakan Pelanggan kami dalam setiap langkah diambil. Sun Infinity-i akan memperkasakan lebih banyak rakyat Malaysia untuk bermula dari awal dalam melindungi masa depan kewangan mereka, dengan kemudahan aplikasi SunAccess.” 

(L-R) Leo Grepin, President of ASEAN, Sun Life Financial Asia; Hairul Azreen, Brand Ambassador of Sun Life Malaysia; and Raymond Lew, CEO and President/Country Head of Sun Life Malaysia, at the launch of Sun Life Malaysia’s two new offerings, Sun Infinity-i plan and SunAccess client mobile app, that empower Malaysians with greater financial security and convenience.

Sun Infinity-i adalah pelan simpanan jangka pendek yang menyediakan: 

• Sumbangan fleksibel dan jangka perlindungan untuk memenuhi keperluan individu dan memenuhi kustomisasi seperti jumlah simpanan, tempoh simpanan, dan tempoh liputan; 

• Meningkatkan pembayaran tunai tahunan, bermula dari akhir tahun kontrak pertama hingga matang; 

• Sun Infinity-i menyediakan perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh sepanjang tempoh perlindungan. 

• Sun Inifinity-i juga akan membayar wakaf/derma daripada jumlah sumbangan takaful yang dibayar apabila berlakunya kematian orang yang dilindungi. 

• Manfaat ihsan ini akan dibayar kepada Yayasan Waqaf Malaysia, dan/ atau organisasi wakaf atau organisasi kebajikan lain 

• Manfaat matang dengan bayaran sekaligus. 

"Sun Infinity-i telah direka menurut keperluan Pelanggan kami," Kata Raymond. "Walaupun kita semua berusaha keras untuk menjamin masa depan yang lebih cerah untuk diri kita, cabaran kewangan tidak boleh dijangka kepada sesiapa pun. Sun Infinity-i adalah penyelesaian Sun Life Malaysia untuk merancang jaminan masa hadapan yang lebih selamat dari segi kewangan dengan mudah.” 

"Sun Infinity-i menawarkan pilihan pembayaran dan terma kontrak yang berbeza bagi Pelanggan kami supaya mereka dapat memilih kombinasi yang sesuai berdasarkan keperluan mereka; manakala faedah pembayaran tunai yang semakin meningkat memberikan mereka aliran pendapatan yang mantap untuk perancangan kewangan mereka dalam jangka masa panjang. Pelan ini memberikan pelanggan kami penyelesaian yang sempurna untuk membantu mereka menguruskan wang dengan cekap serta bersedia dalam keadaan yang tidak disenangi," katanya. 

Duta Jenama yang baru dilantik untuk Sun Life Malaysia serta wajah Sun Infinity-i, Hairul Azreen berkongsi semasa pelancaran, "Saya percaya Sun Infinity-i adalah pelan yang ideal untuk semua tanpa mengira umur dan status - dengan fleksibiliti dan ciri disesuaikan yang pasti akan memberi manfaat kepada orang ramai dengan peningkatan pembayaran tunai tahunan yang menjadi tumpuan yang jelas. Saya dengan bangganya berkerjasama dengan Sun Life Malaysia untuk memperkenalkan rancangan ini kepada pengguna. " 

(L-R) Raymond Lew, CEO and President/Country Head of Sun Life Malaysia; Hairul Azreen, Brand Ambassador of  Sun Life Malaysia; and Leo Grepin, President of ASEAN, Sun Life Financial Asia, launching, SunAccess client mobile app, for the convenience of clients to access  their insurance policy/takaful plan details anytime, anywhere.


Turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah aplikasi mudah alih bagi pengguna iaitu SunAccess. Perkhidmatan yang sebelum ini boleh didapati melalui portal web Sun Life Malaysia, kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Pelanggan Sun Life Malaysia dapat menikmati pengalaman yang lebih baik dengan lebih banyak ciri dalam aplikasi mudah alih yang dipertingkat ini seperti log masuk biometrik, push notifications dan penyenaraian harga unit. 

"Kini, Pelanggan dapat menikmati kemudahan berganda sambil mengawal jaminan keselamatan kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih SunAccess yang baru dilancarkan. Pelanggan dapat melihat e-penyata mereka melalui telefon pintar mereka - mewujudkan pengalaman yang cepat, selamat, dan mesra alam," tambah Raymond. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Infinity-i, SunAccess, atau lain-lain tawaran Sun Life Malaysia, sila layari: www.sunlifemalaysia.com



Berhubung Bersama Sun Life Malaysia 





#SunLifeMalaysia 
#LifeIsBrighterUnderTheSun