Monday, August 12, 2019

Jom Sertai Larian #KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.

Hi Korang,

Dalam mempromosikan slogan "Hidup Sihat. Hidup Gembira", CARiNG Pharmacy membawakan anda Larian #KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, bermula jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi. 


Sebagai sebuah syarikat farmasi yang berdedikasi dalam mempromosikan penyelesaian kesihatan dengan kos efektif kepada masyarakat, CARiNG Pharmacy percaya bahawa setiap orang harus memulakan langkah ke arah kehidupan yang sihat tanpa mengira batasan umur atau bentuk fizikal tubuh. Gaya hidup yang sihat akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kesihatan pada masa hadapan. CARiNG menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengambil berat ke atas kesihatan mereka dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh bermakna. 

#KamiCaring Run 2019 merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run. 5KM Fun Run terbuka untuk dewasa 13 tahun ke atas, dan kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun. 12KM Competitive Run pula terbuka untuk dewasa 15 tahun ke atas. Peserta di bawah umur 18 tahun harus mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga terlebih dahulu. 


Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman khusus http://bit.ly/KamiCaringRun2019 di mana pendaftaran awal diberikan diskaun sebanyak RM5. Fi pendaftaran adalah RM60 untuk 12KM Competitive Run, RM50 untuk 5KM Fun Run (Dewasa 13 tahun & ke atas) dan RM30 untuk 5KM Fun Run (Kanak-kanak 3 - 12 tahun). 

Setiap peserta akan mendapat t-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober 2019.
 

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang 12KM Competitive Run. Untuk kedua-dua kategori 12KM Terbuka Lelaki/Veteran dan 12KM Terbuka/Veteran, hadiah pertama berupa wang tunai berjumlah RM600 berserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang. Pemenang di tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM400 berserta piala, manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai RM200 berserta piala. Hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM100 berserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang tempat 

Acara Cabutan Bertuah akan turut berlangsung pada hari larian tersebut. Hadiah- hadiah Cabutan Bertuah ini akan diumumkan pada hari larian. 


#KamiCaring Run 2019 dianjurkan oleh CARiNG Pharmacy, bersama Penaja-Penaja Platinum CARiNG - Abbott, VitaHealth and Herbs of Gold; dan Penaja-Penaja Emas CARiNG - Hello March, Fisol, Salonpas, Flexijoint, L'Oreal and SunSense. Turut menjayakan acara ini adalah penaja-penaja dari Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery. Milo dan FitNesse akan menawarkan produk minuman mereka secara percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir. 


Sebagai Rakan Kongsi Pengangkutan Rasmi, Grab akan menawarkan diskaun sebanyak RM5 kepada peserta dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut ke dan dari lokasi acara. Diskaun ini terhad kepada 400 pengguna yang pertama sahaja, dan ia dibiayai sepenuhnya oleh CARiNG untuk peserta dan orang ramai ke lokasi larian. 

Untuk sebarang maklumat berhubung #KamiCaring Run 2019, sila hubungi:

No. telefon : 03-7726 4277 

Waktu urusan : 9:00am - 6:00pm (Isnin - Jumaat) 

Alamat emel : register@score.my 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Website : 

Facebook Page:

Instagram :







Saturday, August 10, 2019

REALME C2 Menjadi Pilihan Sewaktu JUALAN SHOPEE BRANDS FESTIVAL.

Hi Korang,

Untuk meraikan bulan Merdeka, realme Malaysia bersama Shopee Malaysia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau ‘realme Day’ semalam. Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realme C2 telah dijual semalam di mana 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja. 


"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana senantiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan. Kami yakin bahawa realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar.. Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia” kata Tiffany Teh, Brand Manager, realme Malaysia. 


realme C2 

Rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar realme C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349. Lima puluh pelanggan pertama juga bakal menerima kad SD dan barang ‘merchandise’ realme. 


"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian (online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka dari keselesaan rumah mereka. Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran. 

Ianya di hantar secara percuma. Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta,sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau ‘realme Day’. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realm mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka," kata Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia. 

Sesuatu yang membanggakan buat realme di mana hari ini berjaya mencatat penjualan sebanyak 500 unit realme C2 yang dijual dalam 30 minit dengan harga RM349. Sungguh memberangsangkan !!! 


realme Day 

Hari realme atau lebih dikenali dengan ‘realme Day’ adalah sempena dengan Shopee Brands Festival.Ianya berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik . 

Anda bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran anda semasa ‘Shocking Sale’. Dapatkan baucar Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih. Pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk mengetahui promosi dan maklumat lanjut layari http://bit.ly/realmeshp.


Wednesday, August 7, 2019

NESCAFE GOLD Experiential Container Café Di Bukit Bintang

Hi Korang, 

Sebagai seorang pencinta kopi, sudah semestinya kak lily akan dapat tau kat mana ada je café kopi yang sedap dan best-best kan. 


Kebetulan jugak kak lily berada di Bukit Bintang hujung minggu lepas so dapatlah berkunjung ke NESCAFE GOLD Experiential Container Café Di Bukit Bintang ni. Wah comel betul cafenya, ianya sebuah container yang di ubah suai menjadi café. 


Sebagai jenama kopi utama dan pilihan di dunia, NESCAFE telah komited untuk kekal relevan dalam kehidupan orang ramai dengan mewujudkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan melalui kopi selama lebih dari 80 tahun di Malaysia. 


Baru-baru ini NESCAFE melancarkan semula rangkaian 'signature’ NESCAFE GOLD, yang biji kopinya di pilih daripada biji kopi Arabica dan proses penyediaannya di di lakukan secara sempurna untuk mendapatkan aroma kopi dan rasa yang terbaik serta pembungkusannya lebih esklusif dan tampak mewah. 



Café comel ni di lengkapi dengan mesin kopi terbaru khas untuk pencinta NESCAFE GOLD di mana para pengunjung boleh membuat dan menikmati kopi ini mengikut citarasa yang di kehendaki samada panas ataupun sejuk. 


Terdapat juga booth comel untuk para pengunjung mengekspressikan diri dengan menambah beberapa bahan yang di sediakan untuk menyedapkan lagi kopi yang bakal di nikmati. 


Of courselah kak lily berlama-lamaan kat sini kan sebab lepak minum kopi bercawan-cawan dengan kengkawan sebelum balik heheehhe



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman Web: 

Facebook: 





#nescafegoldmy
#hantukopi
#ciklilyandcoffee