Friday, August 2, 2019

Promosi MAKANAN BULAN MERDEKA (OGOS) Di GRAND BLUEWAVE HOTEL Shah Alam

Hi Korang,

Olla dari GrandBlue Wave Hotel Shah Alam...



Sempena sambutan Tahun Kemerdekaan yang ke 62 tahun, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) akan menawarkan Promosi Makanan Bulan Merdeka (Ogos) untuk sepanjang bulan Ogos iaitu promosi Hi Tea Bulan Merdeka RM62.00+, promosi Vibrant Rainbow Cake 1 KG RM62.00+ dan Set Merdeka untuk 2 orang RM62.00+. 

Tumpuan bagi promosi bulan Merdeka ialah Hi Tea Bulan Merdeka dengan harga RM62.00+. Promosi ini boleh didapati setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ogos bermula dari 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang dengan pilihan menu berbeza pada Sabtu dan Ahad. 


Pembuka selera yang ditawarkan kepada pengunjung ialah pelbagai jenis sayur dan salad seperti Vegetable Crudités with Green Pea Dip, Sliced Smoked Salmon Platter, Cold Steamed Chicken with Marinated Cucumber Thai Style, Turkey Ham Vegetable Salad with Corn Chips, Quinoa Salad with Cherry Tomato dan banyak lagi






Semasa Hi Tea Bulan Merdeka ini juga, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan masakan Melayu, India, Cina dan Barat yang disediakan oleh chef berpengalaman kami. Penggemar masakan Melayu dan Indian bolehlah mencuba hidangan seperti Kambing dengan Cili Merah, Nasi Kukus Jasmin, Kari Kambing Hijau dengan Terung, Roti Naan, Kari Ayam Madrashah dengan Santan dan Kari Sayur Dhal dengan Kerepek Rangup. Selain itu, pengunjung turut dapat menikmati masakan Cina seperti Nasi Goreng Cina, Sotong Cili Kering, Ikan Masam Manis dengan Nanas, Sotong Goreng bersama Sos Masam Manis dan Seasonal Green Vegetable with Herbs

Manakala mereka yang menggemari masakan Barat, pengunjung boleh mencuba Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Sautéed Garden Vegetables in Light Herb Butter, Foot Long Sausage, Roast Pumpkin, Rolled Beef Sliced Filled with Force Meat Roasted in Creamy Mushroom Sauce, Chicken Schnitzel with Lime and Tatar Sauce dan Lemon Crumb Fish Fillet with Sticky Tomato Dip. 





Buffet ni turut mempunyai gerai show kitchen yang menawarkan Satay Ayam, kuih Malaysia seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilis dan Keropok Lekor. Antara lain yang boleh dinikmati di gerai ini ialah pizza, burger dan sosej. Selain itu, di ‘live stalls’, pengunjung boleh memilih untu mencuba masakan seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak Pandan, 5 jenis Mee, Pasta, serta hidangan Jepun seperti pelbagai jenis tempura dan sushi. Tetamu turut disarankan untuk mencuba ABC kami di live stall kami. 

Selain itu, sesi hi tea tidak akan lengkap tanpa pelbagai pencuci mulut dan pastri. Semestinya, semasa Hi Tea Bulan Merdeka ini, pengunjung dapat merasai pelbagai pilihan pencuci mulut dan pastry seperti Danish pastries, donut, kek seperti American Baked Cheese Cake, Chocolate Devil Cake, Mousse Cake, Praline Cheese Cake, Tiramisu, puding, Waffle serta penkek. Antara lain yang boleh didapati adalah bahagian salad dan buah-buahan. 


Untuk menambah lagi kemeriahan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun, GBWHSA turut menawarkan promosi kek Vibrant Rainbow 1 KG dengan harga RM62.00+ terhad kepada 20 kek setiap hari dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2019. Bagi mendapatkan promosi kek ini, pelanggan haruslah membuat tempahan kek dan pembayaran 3 hari sebelum tarikh mengambil kek melalui pegawai telepemasaran kami. 


Antara promosi ‘mesti cuba’ kami bagi bulan Merdeka ini ialah Set Merdeka untuk 2 orang. Set ini termasuklah Ikan Siakap Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Kailan Ikan Masin and Nasi Putih yang amat sesuai untuk dinikmati ketika waktu makan tengahari. Harga bagi promosi ini ialah RM62.00+ untuk 2 orang. 

Untuk pengetahuan, kesemua promosi ini berlangsung dari 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2019 dan promosi-promosi ini hanya sah bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui pegawai telepemasaran kami. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran kami melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST. 


Jom kita ke 

Restoran Royal Songket 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 





Thursday, August 1, 2019

Boba Hunting Di Cheras Traders Square

Hi Korang, 

Sekarang ni memang tengah IN pasal Boba Drinks ni 

Alah minuman yang ade bubble-bubble hitam kat dalam tuh hehehee. Actually bubble tuh yang di gelar Boba. Minuman susu yang di letakkan bijik-bijik Boba ni, selain daripada susu ada yang di letakkan sekali teh ataupun susu coklat ataupun perisa yang lelain. 

Minuman Viral ni bermula di area macam Subang Jaya, PJ SS2 dan area KL. So manalah sampai ke kawasan ahkak ko ni, memang teringin jugak lah nak sampai ke sana tapi bila di fikirkan balik, nak kena beratur panjang, jauh dari umah so batalkan aje niat tuh ek. 

Ye tempat yang kak lily nak citer ni adalah di Cheras Traders Square 


One day, kak lily dengan bebudak opis ni merayau-rayau lepas lunch di area belakang office ni sampai ke Jusco Balakong then ternampaklah beberapa kedai menjual Boba ni. Wah nama-nama besar tuhkan, first time lalu kak lily usha line je dulu tengok ramai orang ke idok, dah operate ke cam biasa, parking camne. Second time pi barulah terbuka hati nak beli hehhhe 

The Alley 

Inilah kedai pertama yang buka di Cheras Traders Square ni. 


Masa ktorang pi tuh tengahari tak de pun line beratur, so tengok kat signage tuh apa nak order, rupanya yang ‘signature’drinks tak de so order yang lebih kurang sama dengan yang takde pun. Ermm rupanya cara pembuatannya senang je masukkan boba yang di masak bersama gula perang tuh the di tambah susu segar je 

Ermm la minum susunye dengan lengkong hahaahaha. Yelah boba tuh di buat dari tepung ubi bila di masak tuh dia jadik kenyal-kenyal gituh tapi manis gitu. Bolehlah untuk penggemar susu tapi kak lily ok je minum so tak de masalahlah.

Xing Fu Tang 

Kedai kedua yang bukak di area sini jugak 


Kak lily suka kedai nie sebab minuman dia sedap-sedap belaka. Ini baru nama Creme Brulee Boba Drinks sebab ada gula yang di caramelise di sebelah atas nya. Ermm memang sedap belaka lah. Nampak macam manis tapi tak terlalu manis. Tapi air mango yang ade panna cotta rabbit tuh manis betul, sekali sekala minum boleh tapi jangan selalu tau. 

The Black Whale 

Latest edition boba drinks yang baru bukak di Cheras Traders Square ni. 


Ahad lepas baru kak lily pi minum dengan bebudak blogger ni hah, yelah ahad malam tak de menda nak buat itu yang di heretnya ahkak ko ni berjalan jugak. So ktorang order semua tak sama termasuk signature drinks sekali, seriously sedap even better daripada yang lainnya. Yang best tuh masa ktorang order, cashier tuh siap advise berapa kandungan gula yang patut di consume, nak kurangkan ke tak eh baguslah kedai ni. 

Lama jugak kitaorang duduk minum dalam café ni, wifi pun hado so oklah kan. Sembang punye sembang dah nak tengah malam pun, ntah apa yang di borakkannyer akak pun tak tau hehehhhee 

Ermm baru 3 jenis Boba drinks yang kak lily dah cuba, so far so good. Ratingnya makin lama makin meningkat naik dan kandungan gula pun bertambah hehehee. Eh tak de lah setiap hari pi tenguk air ni kot, sekali sekala mana boleh selalu. 

Tunggu nanti Daboba pulak bukak kat situ jugak, kak lily terjah ke sane plak ek 

Ada di antara korang ni kaki Boba gak ke? 

Kalau ade meh share citer dengan kak lily nak tak, yelah tekak masing-masing tak sama. Sorang kata sedap, sorang lagi kat tak sedaplah, tak cukup manislah kan. 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, July 31, 2019

Makan Makan di Restoren Dapor Terbakor, Kota Damansara

Hi Korang, 

Citer pasal makan-makan sambil goyangkan jari gituh gituh ek huahuahaha memang teruk nau-nau trend masa kini ek, ntah siapalah yang mulakan dulu kan 

Sebenarnya tak plan pun sampai ke Dapor Terbakor ni tapi bila dah terkena pujukan manis bebudak ni hah dan kebetulan hari ahad lepas tak de buat apa so pergilah ke sana. 

So Dapor Terbakor ni merupakan restoran melayu yang menghidangkan pelbagai jenis masakan melayu, masakan Thailand dan juga haruslah kena ada menu yang di bakar-bakar kan, dah nama pun Dapor Terbakor. 

Masa kitorang sampai tuh waktu tengahari so apa lagi, haruslah di ordernya menu nasi bersama lauk-pauk kan hehehhe time ni masing-masing tengah lapar tuh. 


Kak lily order Honey Lemon Ice jer hah sebab teringin, bebudak ni ntah memacam air yang di order nya. Soda herbs, Air Bandung, Mango Float, Milkshake dan memacam lagi lah. 

Tauhu Bakor - RM5 

Sambil nak tunggu lauk-pauk sampai kunyah-kunyahlah penbuka selera Tauhu Bakor ni kan, senang nak makan sebab dah di potong kecik-kecik. Sos petis tuh sedap. 

Ok lauk-pauk sampai 

Siakap 3 Rasa - RM25 

Kemain garing ikannya hah, sampai tulang yang tepi-tepi tuh boleh di kunyah-kunyah begitu sajer 

Set Bakor Utara
Ayam bakor, daging bakor, kambing bakor 

Kalau nak order asing-asing pun boleh, individual set. Harga sepinggan di antarn RM9 – RM20 bergantung kepada jenis lauk yang di ambil. Selain daripada 3 menu bakar ni ada juga sotong bakar dan rusuk bakar jugak tau. Kalau kak lily rasa order set macam ni lagi berbaloi lah daripada order asing-asing. 

Ayam Buttermilk dan Udang Buttermilk 

Yang ni pun ade individual set yang di datangkan sekali dengan nasi putih ye. Kalau tak makan udang boleh pilih ayam wokeh 

Tom yam Ayam 

Sayur Pak Choy Masak Tiram 

Aduimak bila makan dengan bebudak ni haruslah berebut-rebut, berjalan-jalan pinggan lauk pauk tuh. Sekejap ke sane sekejap ke sini kan. Tapi seronok kira macam makan kat umah gituhlah. 

Ktorang cuba jugak 2 menu istimewa di Dapor Terbakor ni 

Mee Kuah Udang - RM20 

Mee Kuah Gearbox - RM20 

Hah amik ko!! 

Kemain beso mangkuk yang di hidangkan ni wei. Nasib baik makan ramai-ramai so ktorang kongsi-kongsi jelah rasa sorang sket. Kalau makan seorang memang tak habis kecuali kalau korang betul-betul lapar lah kan. Just nice kalau makan berdua, ewah macam pengantin plak bunyinya hehehhe. Kuahnye memang power, sedap bak hang!!. Pekat dan berperisa, kak lily memang rasa sket je mee dan lebih kepada hirup kuah je hah, bersudu jugak ahkak ko ni menghirupkan cuma nasib je tak di tonggengkan terus ke mulut macam style orang korea makan tuh hehhhe 


Harga cam ne kak lily?? 

Ermm tak delah mahal wokeh, just nice dengan portion yang di hidangkan. Harga rakyat marhean B40 lah mana boleh mahal kang tak de orang nak singgah makan hehehehe takdelah memang berbaloi-baloilah harganya so tak yah lah korang nak worry sangat duit tak cukup bagai kan. 


Kemain lama gak ktorang lepak di Dapor Terbakor ni, alah lepas-lepas makan tuh catch up sket lah pasal hal memasing, sembang punye sembang sampai lah ke petang hehehe 

Nak pi, ini alamatnya:- 

Restoren Dapor Terbakor 
The Strand, 16G, Jalan PJU 5/20D, 
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 

Whatsapp : 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com