Wednesday, July 10, 2019

iPhone Kene RESET

Hi Korang, 

Minggu lepas memang mencabar betul untuk kak lily lah. 

Tengah-tengah masa lunch tuh, tup-tup iphone ni boleh reset plak huhuhuhuhuhu 

Memang tak de tekan ape pun terus jadi camtu hah, alih-alih kuar gambar apple yang tengah loading tuh. Dah rasa nak nangis oo time tuh, yelah dengan data semua kene wipe out kan huhuhuhu. 

Once bila iphone restart balik, dia akan jadi brand new, kosong, clean dan clear bagai, satu menda pun tak de even sebaris ayat pun tak de tau. 

Sampai je office terus check line wifi ok ke tak kan. 

Nampak ok je terus masukkan icloud ID dan password, ermm terus diorang buat keja kan. Mau dekat 2 jam jugak untuk restore balik semua data dan gambar tuh hauhauha 

Terasa lama betul 2 jam lebih tuh tau, kosong kejap dunia internet ahkak ko ni. 

So ini pesanan akak untuk korang yang manalah tau terkena penyakit RESET ni kan. 

Once korang dah jadi pengguna tegar iphone ni tak kiralah apa jua jenis model pun, please lah ada ICLOUD ID ye. Sangat-sangat penting. Belilah icloud storage tuh ek alah bukannya mahal pun bermula dari RM3.90 je untuk 50GB. Kalau korang kaki simpan semua dalam phone sila tambah storage korang ek, its really helpful!! 


Kesimpulannya, 

1. Jangan bimbang bila tetiba iphone kene RESET 

2. Kena ada ICLOUD ID untuk backup tak kira berapa berat GB yang korang nak kan 

3. Jangan kedekut, boleh iphone mahal-mahal boleh tapi ICLOUD tak boleh beli apa barang derrr!! 

Dah itu jer nak citer hehehehehe… 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, July 8, 2019

Enak Rasanya Nasi Burung Sos Limau Merecik Ni

Hi Korang,


Craving level kak lily memang tahap super sayaa so takde sape yang boleh lawan tau huahauha 

Especially bila dengar nama makanan yang pelik-pelik haruslah kak lily akan pi terjah untuk merasainya sendiri. Kebetulan jugak dah seminggu lebih kak lily dengar pasal Nasi Burung Sos Limau Merecik ni lah, ermm nama pun dah awesome apatah lagi kalau dapat merasa kan. 

Bila story-story dengan Maha pasal ni terus dia cakap oh dia tau ade orang yang buat  menu Nasi Burung Sos Limau Merecik ni kan ermm apa lagi haruslah kena terjah ni. 

Nasi Burung Sos Limau Merecik

Sebab nak order cuma sebungkus je, So jumaat hari tuh lepas kerja terus janji dengan Maha nak pi rumah Puan Sheeda di Subang ni. Nak rasa sangat dah ni, so lepas maghrib cam tuh ktorang sampai la bukan ktorang je adalagi geng-geng kaki makan lain yang Maha ajak so takdelah akak ko ni rasa segan kan hehehhee

Kalau korang nak tau yang Nasi Burung Sos Limau Merecik ni bermula pada setahun yang lalu daripada satu jamuan yang di adakan dan Puan Sheeda menghidangkan menu unik ni. Selepas daripada itu, ramai yang berminat untuk menempahkan menu ni daripadanya. 

Ok ok burung tuh, burung puyuhlah. Korang burung apa plak kan, ishkkk 

burung puyuh kena makan panas-panas lepas di angkat, baru asyukkk

Ermm ada ke burung lain yang di jadikan menu kan hehehhe

Bekalan burung-burung puyuh ni di ambil daripada Jasin Farmbest Puyuh Mas Sdn Bhd yang terletak Melaka tau, ek kampung kak lily ni errmm semestinya daripada pemborong tempatan yang menepati piawian sembelihan yang halal ye. Akak tau korang very particular about this kan.

Kalau korang nak tau Nasi Burung Sos Limau Merecik ni adalah idea olahan Puan Sheeda so takde nak di copycat dari mana-mana resipi pun tau. Even kalau korang suruh kak lily pi tanya pun sudah semestinya itu menjadi rahsia keluarga Puan Sheeda tau hehehee 

Ini dia 

Rahsia kesedapan Nasi Burung Sos Limau Merecik 

Sos Limau Merecik - awesome kan kan kan 


Haruslah terletak pada sos limau merecik hawau ni kan. 

Korang tengok macam alah boleh teka je bahan-bahan di dalam sos ni kan tapi bila korang makan ermm lain daripada yang lain rasanya wokeh. Even kak lily sendiri tak dapat nak teka apa lagi ramuan di dalam sos hebat ni kan. 

meriah meja makan kan

hah cicah jangan tak cicah, tapi kalau nak sedap letak Sos Limau Merecik ni dalam pinggan nasi ermm lagi terangkat wei

Bersungguh-sungguhlah kitaorang makan sampai bertambah-tambah nasi dan puyuh dan sos limau dan nasi balik dan puyuh balik dan sos limau balik, sampai tak pandang kiri kanan orang lalu lalang kan hehehehe 

By the way, Sos Limau Merecik ni bukan sahaja di makan dengan Nasi Burung tapi boleh dicampur ataupun di cicah dengan makanan-makanan lain seperti masakan Ikan Goreng Sos Limau Merecik, Ayam Kampung Sos Limau Merecik, Daging Bakar Sos Limau Merecik atau Goreng Cucur Udang, Goreng Pisang atau Ulam Ulaman cicah Sos Limau Merecik dan lelain lagi. 

Comel kan packagingnyer


love tau nasinyer


By the way, harga untuk sebungkus Nasi Burung Sos Limau Merecik adalah RM14.00. Ade servis penghantaran PERCUMA kalau korang order 10 bungkus ke atas. Penghantaran di kawasan Shah Alam dan Lembah Klang. Eh servis katering pun boleh jugak tau, boleh discuss dengan Puan Sheeda wokeh. 


Nak kak lily arrange kan ?? 
Bisa di atur dong!! 


Inilah alamatnya ye :

Nasi Burung Sos Limau Merecik 
No 2, Jalan Spektrum, 
U16 / 13CB, Bukit Subang, 
Denai Alam, Shah Alam 
Selangor 

Tempahan/Hubungi 

Tuan Hj Azzahari (016-3919396) 
Puan Hjh Sheeda (017-3126765) 


Untuk maklumat lanjut boleh check it out di : 

Facebook Page :

Instagram :


Thursday, July 4, 2019

Kalau Nak Cool Lepas Mandi Kena Guna SAFI Shower Cooling Tau!

Hi Korang, 

Seriously lifestyle kite semua memang tak sama, kalau yang aktif tuh siang malam aktif sampai sebelum tidur pun sibuk memain dengan anak-anak ek penting tuh. Tapi kalau kena yang malas, balik keje di bantainya tidur hahaha. 

Of course ler kak lily bukan reti duduk diam, ada je menda nak dibuatkan kalau tak kang ngantuk hehhee

aktiviti waktu petang bawak anak-anak sedara berjalan hah, nak bagi diorang exercise sket, tak de nak main ipad je bagaikan

So kita hendaklah harus senantiasa segar bugar sepanjang waktu kan hehhehe 

Even macam kak lily pun, kalau tak selesa harus akak mandi jugak tak kisah dapat mandi lama ke kejap kan janji mandi untuk nak rasa segar sebelum kita buat aktiviti yang seterusnya. 

Bila ada masa baru exercise, balik tuh melemuih peluh wei kan ke bakteria tuh kan

Betul pun faktor utama dalam memilih shower gel yang kak lily tekankan adalah ianya mesti ati bakteria. Kita bukan boleh nampak atau tahu pun kuman-kuman yang ada di sekitar kita ni, ntah ada melekat kat ketiak ke celah peha bagai kan so dengan menggunakan shower gel anti bakteria ni merupakan salah satu langkah pencegahan daripada penyakitlah. Nak-nak orang macam ahkak ko ni aktif semacam je so memang kena guna shower gel berkhasiat sebegini. 

Tapi kalau korang perasan, produk shower gel anti bakteria yang berada di pasaran ni ada sejenis bau ubat-ubatan kan hehehehehe betul kan. Bila melekat kat badan rasa macam klinik ubat berjalan je hehhehe 

Jadi bila kak lily terperasan produk SAFI ANTI –BACTERIAL SHOWER COOLING ni rasa macam excited nak cuba plak, sebab packagingnyer comey bebenau, gambar buah-buahan. Tapi bila baca produk anti bakteria ermm cam ne plak tuh kann huahuahauhauaha 

Kalau korang nak tau yang SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING melengkapkan gaya hidup aktif korang sekeluarga dengan memberikan pelindungan anti bakteria harian dan membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.99%. Dihasilkan dengan formulasi bahan “mesra kulit” SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING adalah rangkaian gel mandian antibakteria bebas sabun, bebas alkohol, bebas paraben dan mempunyai kadar pH yang seimbang

Gituh citernya 

Terus sambar sekali dua ni hah, nampak kat Guardian kan. Harus di cuba 


SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling FROSTY WATERMELON dan FROSTY PINEAPPLE 

Wah ada bau tembikai dan nenas, ya ampun sedapnya sampai rasa nak makannnn 

Rangkaian gel mandian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON hebat dengan kombinasi nota haruman floral dengan kesegaran rasa tembikai menjanjikan sesi mandian penuh nikmat. 


· Memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga 

· Membasmi sehingga 99.9% kuman* (Berdasarkan hasil ujian in-vitro) 

· Diperkaya dengan manfaat ekstrak Tembikai dan Lemon berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas 

· Diperkaya dengan manfaat ekstrak Lemon dan madu yang bukan sahaja kaya dengan manfaat anti-bakteria, ia juga menyegarkan, melembapkan dan melembutkan kulit 


Rangkaian gel mandian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE memberikan ledakan kombinasi sensasi haruman dan kemanisan sitrus buah Nenas yang menyejukkan, menyegarkan dan semestinya menjanjikan sesi mandian yang menceriakan hari anda setelah seharian sibuk dengan komitmen kerjaya dan hari yang mencabar. 


· Memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga 

· Membasmi sehingga 99.9% (*berdasarkan hasil ujian in-vitro) 

· Diperkaya dengan ekstrak Nenas, Raspberry & Kelapa yang terkenal dengan manfaat anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit daripada radikal bebas 

· Diperkaya dengan kombinasi 3x ganda manfaat anti-penuaan bahan semulajadi yang dapat mengekalkan keremajaan kulit 

Korang rasa kak lily pilih yang mana satu untuk guna dulu kan? Ermm 

Eh kenapa nak pilih kalau boleh guna kedua-dua sekali hehehehehe tapi kak lily suka Frosty Pineapple lagi dari Frosty Watermelon sebab Tembikai tuh rasa nak makan jelah harum nau baunya. 

Ok kedua-dua Rangkaian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING korang boleh dapati dalam pek botol 1kg pada RM18.50 dan pek eko isian semula 850g pada RM12.50 di mana-mana pasaraya besar, pasaraya hyper, farmasi dan sewaktu dengannya. 

Kalau nak beli secara online boleh ke LAZADA – SAFI MALAYSIA di www.lazada.com.my/shop/safi


Untuk maklumat lanjut boleh check it out di : 

Facebook SAFI: 

Instagram: 

laman Youtube SAFI di 

Laman Website SAFI di 



#SAFIANTIBACSHOWERCOOLING 
#SAFISKINSTORY