Thursday, July 11, 2019

Konsert INSPIRASI - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019

Hi Korang,


Selepas DEKADE, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah konsert INSPIRASI - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur. 


Bertemakan ‘Inspirasi’, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri. Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilkan buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid. 

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini. Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong berkata “Pengaruh muzik Afgan dan kekuatan populariti serta permintaan tinggi dari peminat muzik tanahair antara sebab utama Popcorn Studio memilih untuk menganjurkan konsert ini. Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan.” Ini sekaligus membuktikan Afgan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. 

HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton. “Kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out kerana pastinya tiada siapa mahu ketinggalan untuk menyaksikan sebuah magis duet di antara Afgan dan idola beliau” kata Erik.


Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box). Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad. Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. 


Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/

Jangan ketinggalan mendapatkan tiket konsert untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!





Pelancaran ‘OneCALL’ Produk Fintech Mudah Alih, Usahasama Di Antara Kumpulan TFP dan Tune Talk

Hi Korang, 


Kumpulan TFP (TFP Solution Berhad), melalui anak syarikat milik sepenuhnya, MBP Solutions Sdn Bhd, hari ini menandatangani perjanjian penjenamaan bersama Tune Talk untuk melancarkan produk fintech mudah alih OneCALL yang mensasarkan penduduk "Un-banked" di seluruh Malaysia.

Berkesempatan ke siging ceremony ni hari tuh, bertambah sket ilmu di dada kan

Un-banked ni bermaksud kepada mereka-mereka tidak mempunyai bank akaun di Malaysia terutamanya warga asing yang berkerja di Malaysia 

Memeterai perjanjian pada majlis menandatangani perjanjian itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif TFP Abdul Latib bin Tokimin dan CEO Tune Talk Ameen Amaendran bersama Pengarah Urusan TFP, Dato 'Hussian @ Rizal bin Abdul Rahman dan ketua pegawai pemasaran Tune Talk, Joseph Lim. 



"Daripada anggaran TFP, kira-kira dua juta rakyat Malaysia, mewakili 8% daripada 24 juta orang dewasa di negara ini, tidak mempunyai akaun bank," kata En. Latib, sambil menambah bahawa kira-kira 66% pekerja asing juga tidak mempunyai kemudahan perbankan. 

"Di samping itu, kami menganggarkan terdapat aliran keluar sejumlah RM20 bilion atau penghantaran melalui saluran bukan perbankan setahun," katanya. 

"Kami menghargai OneCALL kerana memilih kami sebagai rakan kongsi yang di percayai. Sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih terbaik Malaysia (MVNO) dengan produk dan perkhidmatan yang menarik, Tune Talk telah berada dalam industri kompetitif selama hampir 10 tahun sekarang dan kami benar-benar berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perkongsian perniagaan ini " kata Ameen. 

Ameen menambah, "Kami berharap dapat bekerja dan berkembang dengan pesat bersama-sama dalam industri telekomunikasi dengan rakan kongsi OneCALL kami. Saya percaya inovasi adalah cara terbaik ke hadapan, terutamanya dalam era digital yang pantas kami. Selamat OneCALL untuk langkah besar ini. industri lagi dengan misi berwawasan. " 

Di anggarkan bahawa, dari perspektif saiz pasaran terdapat 9 juta orang yang tinggal di kawasan luar bandar dan 40% daripada 32 juta penduduk Malaysia berada dalam kumpulan B40. Mengenai pekerja asing, kajian yang dilakukan oleh Kumpulan menunjukkan kira-kira 2 juta warga Bangladesh, sejuta orang Indonesia dan 800,000 Nepal yang kini tinggal di seluruh Malaysia.


OneCALL bertujuan untuk menangani cabaran pasaran ini termasuk ciri unik seperti pengiriman wang, ATM maya, PIN permainan, Peralatan Gaya Hidup, pembayaran bil bersama B40 program usahawan.


Di samping itu, pelanggan OneCALL juga akan menikmati perkhidmatan mudah alih Tune Talk seperti suara, sms dan / atau data plan yang diluluskan bersama-sama dengan pelbagai faedah seperti Tune Talk Big Points, penebusan penerbangan dan promosi perjalanan dengan AirAsia, program ganjaran dari Rakan Tune Talk serta insurans peribadi (Terma dan syarat boleh digunakan untuk semua manfaat ini).


En. Latib juga menyatakan bahawa untuk syarikat perladangan, pembinaan, perlombongan dan pembuatan dan bahkan restoran bergantung kepada tenaga kerja asing, TFP dapat menggabungkan pengurusan sumber manusia (HRM) dan sistem pembayaran dengan eWallet ke OneCALL.


"Penyelesaian HRM dan pembayaran gaji kami sudah terkenal dengan pelbagai fungsi seperti penjadualan jadual pekerja, sistem cuti dalam talian, pengurusan tuntutan dan mengeluarkan kenyataan gaji," katanya. "Dengan mengintegrasikan OneCALL ke dalam penyelesaian kami yang sedia ada, kami berhasrat untuk membangunkan e-wallet yang akan membolehkan syarikat terus membayar gaji kepada e-wallet pekerja mereka." 

TFP juga bertujuan untuk mengintegrasikan OneCALL ke dalam sistem pengurusan kampus sedia ada. 

"Dengan OneCALL, para pelajar juga akan dapat menggunakan e-wallet kampus untuk melakukan pembayaran tanpa tunai untuk pembelian di kampus," kata En Latib. "Kami mempunyai visi sekolah tanpa tunai dan institusi pembelajaran yang akhirnya muncul di seluruh negara." 



Untuk maklumat lanjut boleh check it out di : 

OneCALL:

TFP Group: 

Tune Talk: 



Wednesday, July 10, 2019

iPhone Kene RESET

Hi Korang, 

Minggu lepas memang mencabar betul untuk kak lily lah. 

Tengah-tengah masa lunch tuh, tup-tup iphone ni boleh reset plak huhuhuhuhuhu 

Memang tak de tekan ape pun terus jadi camtu hah, alih-alih kuar gambar apple yang tengah loading tuh. Dah rasa nak nangis oo time tuh, yelah dengan data semua kene wipe out kan huhuhuhu. 

Once bila iphone restart balik, dia akan jadi brand new, kosong, clean dan clear bagai, satu menda pun tak de even sebaris ayat pun tak de tau. 

Sampai je office terus check line wifi ok ke tak kan. 

Nampak ok je terus masukkan icloud ID dan password, ermm terus diorang buat keja kan. Mau dekat 2 jam jugak untuk restore balik semua data dan gambar tuh hauhauha 

Terasa lama betul 2 jam lebih tuh tau, kosong kejap dunia internet ahkak ko ni. 

So ini pesanan akak untuk korang yang manalah tau terkena penyakit RESET ni kan. 

Once korang dah jadi pengguna tegar iphone ni tak kiralah apa jua jenis model pun, please lah ada ICLOUD ID ye. Sangat-sangat penting. Belilah icloud storage tuh ek alah bukannya mahal pun bermula dari RM3.90 je untuk 50GB. Kalau korang kaki simpan semua dalam phone sila tambah storage korang ek, its really helpful!! 


Kesimpulannya, 

1. Jangan bimbang bila tetiba iphone kene RESET 

2. Kena ada ICLOUD ID untuk backup tak kira berapa berat GB yang korang nak kan 

3. Jangan kedekut, boleh iphone mahal-mahal boleh tapi ICLOUD tak boleh beli apa barang derrr!! 

Dah itu jer nak citer hehehehehe… 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com