Tuesday, July 2, 2019

Makan Tengahari Murah The Chicken Rice Shop RM Untuk 2 Set Sempena Pembukaan Outlet Ke 100

Hi Korang, 

Ya ampun, bila lepas raya ni nak fikir mana nak lunch payah ek ? 

Siap kene google bagai hahahaha 


Kebetulan tengahari kak lily dengan officemate Sarah ni ke iOi City Mall, ingat nak makan McD je tapi bila lalu kat depan The Chicken Rice Shop nampak kemain ramai orang beratur ek. 

beratur ek, nasib tak panjang sangat tau

As usual ahkak ko sorang ni kan agak-agak kepoh sket so tengoklah apa yang kemain panjang sangat beratur kan 

Oh rupanya ada promosi bayar RM10 dapat 2 set nasi ayam hauhauahuaha haruslah teruja dan terus akak beratur jugak tau heheheh 

tetap jugak ko nak bergambarkan kan kan

Sempena pembukaan outlet The Chicken Rice Shop (TCRS) yang ke 100, diorang buat promosi RM10 untuk 2 set kombo single meal. Bukan sekadar nasi ayam, dengan air sekali dia bagi. 

Best kan!! 

Kalau korang nak pi join pun boleh ye.. 

Apa yang perlu korang buat ialah datang bersama kawan (minimum 2 orang) dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang. Make sure datang awal la sebab sesak gila ramai beratur sejak jam 12 tengah hari tau! 


Promosi ini sah sehingga 5 Julai 2019. 

Hanya 10 outlet terpilih sahaja yang ada promosi RM10 ni: IOI City Mall Putrajaya, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Central i-City, AEON Mall Shah Alam, KL Gateway, One Utama, Melawati Mall, Subang Parade dan Sunway Putra Mall. 

Set Kombo Single ini termasuk dengan soft drink dan pilihan ayam; ayam stim, roasted atau soy sauce. 

sempat jugak akak mengacau kengkawan kak lily, pandai plak diroang cari tempat makan murah ek ishk ishk

Sangat-sangat puas hati lah dapat makan tadi hauhauhaua itu yang sampai terlupa nak ambil gambar tuh hehehhee 

Dah tak yah tunggu lagi ek, esok pi terjah ke The Chicken Rice Shop ye!!!





#TheChickenRiceShop
#JomSamaSamaMakan
#100TCRSOutlets

Pekena Domino’s Saranghae-ny Stix Sambil Tengok Filem Korea 0.0mHz

Hi Korang,


Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan Saranghae-ny Stix, bersama Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang memang pedas.


Sejajar dengan matlamat jenama untuk terus menambat hati peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.



Saranghae-ny Stix Domino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada Piza Ssamjeang pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.

Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing Domino's Pizza Malaysia and Singapore holding the Saranghae-ny Stix!

Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!” 

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda. 

“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.” 



Ya ampun, lepas makan tuh haruslah masuk panggung kan. Nasib baik dapat duduk dengan kengkawan so seronoklah sket, Pada mula suspens tengok Filem Korea 0.0mHz ni tapi lelama ok dah kan, seram tapi ktorang jadikkanya lawak-lawak cam tuh hehehehe.

geng bawang semua ni hah, penakut tengok citer hantu hahahaha

Not bad jalan ceritanya pasal kisah silam satu perkampungan tuh, ada satu tempat tuh berhantu dan ada sekumpulan pelajar sibuk nak mengkaji kenapa tempat ni berhantu dan akhirnyer jeng jeng jengggg....

Korang pi lah tengok kan hehehhe

Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.


Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi, tertakluk kepada terma dan syarat. 

Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90. Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY, #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou! 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Official Website :

Facebook Domino’s Pizza Malaysia:

Instagram : 




Monday, July 1, 2019

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA

Hi Korang,

Berita baik untuk korang yang berada di Johor Bahru dan teringin sangat nak makan steak kan, baca ni kak lily kongsikan untuk korang ek


SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru. 

Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. 

Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi! 

Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com


“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June. 

Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan. 

TENTANG WADIHANA 

Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha. 

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih. 

“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya. 

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya. 

“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya. 


Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru. 

Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana. 





“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online. “Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok. 

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. 




Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal. 

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya. “Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu. 

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza). 

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa. 

Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga. 

“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup. “Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut. 

“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka. “Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya. 

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka. 

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah? “Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 

Untuk korang yang berada di Johor Bahru pada hari tersebut, janganlah lepaskan peluang ke sini tau, ini alamatnya:-

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH 
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff 
81200 Johor Bahru, Johor

Tel: 07-2442422 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page: 

Instagram: 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com