Monday, July 1, 2019

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA

Hi Korang,

Berita baik untuk korang yang berada di Johor Bahru dan teringin sangat nak makan steak kan, baca ni kak lily kongsikan untuk korang ek


SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru. 

Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. 

Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi! 

Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com


“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June. 

Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan. 

TENTANG WADIHANA 

Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha. 

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih. 

“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya. 

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya. 

“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya. 


Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru. 

Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana. 





“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online. “Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok. 

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. 




Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal. 

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya. “Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu. 

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza). 

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa. 

Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga. 

“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup. “Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut. 

“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka. “Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya. 

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka. 

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah? “Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 

Untuk korang yang berada di Johor Bahru pada hari tersebut, janganlah lepaskan peluang ke sini tau, ini alamatnya:-

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH 
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff 
81200 Johor Bahru, Johor

Tel: 07-2442422 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page: 

Instagram: 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, June 27, 2019

Konsert BOYZONE ‘Thank You & Goodnight The Tour’ 2019

Hi Korang, 

Memang kak lily tak terjangka akan ke konsert terakhir BOYZONE ni ek, seriously tak sangka. 

perangai macam budak umo 25 tahun je memasing ek

Bila dapat tau menang sepasang tiket ni, janganlah di lepaskan peluang. Nak ajak Mr Big memang taklah sebab dia tak minat so kena cari orang sekepala ni barulah syiok. Usha punya usha blogger Rawlins pun pi jugak wokeh good dah ada sorang geng terus kak lily paksa blogger Ayu Rafikah join sekali so cukuplah kami bertiga. Kang reramai pening di buatnya 


Lepas collect tiket terus merayap ke AEON Shah Alam dulu, makan-makan, pi beli stoking hahaha, tumpang bedak kat Sephora then baru ke Stadium Malawati balik, sekangkang kera je dekat benau. 


Kalau di perhatikan majoriti yang pi konsert ni sebaya dengan umur kitaorang je pun hahahaha haruslah zaman kami-kami membesar kan mestilah minat giler dengan BOYZONE ni especially Ronan Keating kan, dah tua pun hensem jugak wei. 

Konsert start on time ye, first half tuh Brian McFadden former Westlife band hiburkan kitaorang ya ampun haruslah ahkak ko ni terlalak menyanyi-nyanyi lagu-lagu Westlife kan ye haaaa… 



Note : sila abaikan suara ahkak ko yang tak sedap tuh ek huahauhauha

Langsung tak hiraukan orang lain, menyanyi je keje ahkak sebab semua lagu hafal kot hahahaa cuba suruh ngaji abis teruk kan hahaha 

Untuk last song tuh, boleh plak si Brian McFadden ni turun kebawah ek, haruslah kena kerumun dengan manusia-manusia ni tapi semua professional takde sampai bertolak-tolak pun chill je memasing sing a longgggg huahauhauha…

nampak baek kan tapi hakikatnyer huahauhauahaa

Masa intermediate tuh, sempatlah sembang dan ada jugak jumpa dengan bebudak lain macam Sally, Suzai dan ramai lagi lah. Haruslah selfie kan hehhehe mana boleh lepaskan peluang.. 

Ok its time!! 

Opening show BOYZONE sangat-sangat awesome ek. 

Ok sambung sing a long lagi hehehehhe sebab semua lagu-lagunya evergreen dan sedap di dengar kan. 

Kemudian ada segment tribute to Stephen Gately, former member yang meninggal pada 2008 tuh. Terus kak lily sedih sekejap kan, sebab Steph tuh memang comey dan baik orangnya from kak lily punye view lah kan. 


Note : sila abaikan suara ahkak ko yang tak sedap tuh ek huahauhauha

Dah sedih-sedih tuh, sambung nyanyi balik hehehhehe 

Konsert habis dalam kul 11 lebih cam tuh ermm sangat-sangat seronok kan, alah sekali sekala apa salahnya bukannya selalu. Lagipun ini merupakan konsert BOYZONE tau so lepas ni memang dah tak de lagi dah kan. 

Thank you pada geng acik-acik KOLs yang sudi temankan kak lily pi konsert ni, yelah kalau tak diaorang ni haruslah ahkak ko ni layan konsert sengsorang je macam loser kann huahauhauahuahau 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, June 25, 2019

'Gaya Raya Bersama TOP’ Menghadiahkan Busana Rekaan Jovian Mandagie Berjumlah RM30,000 kepada Lima Keluarga Bertuah

Hi Korang,

Sempat jugak kak lily ke majlis rumah terbuka anjuran TOP dan majalah NONA ni minggu lepas, dapatlah jumpa rakan-rakan media yang lama tak jumpa kan

Pereka Pakaian Jovian Mandagie (tengah) dengan Ms Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, (Bahagian penjagaan fabrik), dikelilingi oleh pemenang dari Gaya Raya Bersama TOP, dan kanak kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Lima keluarga kelihatan ceria mengenakan busana istimewa pada Hari Raya tahun ini, hasil kejayaan dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. Di atas sokongan setia terhadap TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia [1], kelima-lima keluarga berkenaan telah memenangi koleksi rekaan daripada pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie serta rangkaian produk TOP yang berjumlah RM30,000. 

Berita gembira itu telah dikongsi pada acara Rumah Terbuka ‘Gaya Raya Bersama TOP’ yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular Ernie Zakri dan Ismail Izzani, para pemenang peraduan serta pengamal media. Pada majlis keraian berkenaan, para tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera. 

Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000. 

Pereka Pakaian Jovian Mandagie (tengah) dengan Ms Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, (Bahagian penjagaan fabrik), menyumbangkan pakaian pereka bernilai RM10,000 kepada wakil dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Cik Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item-item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai menjaga item-item pakaian jagaan rapi. 

“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka. 

“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya. 

Cik Ling menambah, “Kami memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian Mandagie kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya, pada masa yang sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional. Kami amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikat telah meneruskan kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghadiahi kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama. 

“Sebagai detergen pilihan ramai, TOP terbukti efektif menanggalkan kotoran degil serta mampu menembus ke teras fabrik melalui inovasi Anti Sebum dan Micro-Clean Tech kerana ia lebih menjimatkan masa dan terjamin bersih.” 

Lima keluarga pemenang peraduan berkenaan telah menawan pentas peragaan dan berkongsi gaya serta penampilan pakaian Gaya Raya Bersama TOP oleh Jovian Mandagie. Sungguhpun ia merupakan peragaan sulung masing-masing, namun model-model terlibat jelas menunjukkan aura keyakinan serta keterujaan mereka. 

Sementara itu, bagi Jovian Mandagie, kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh lebih ramai rakyat Malaysia. 


“Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian oleh pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detergen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini - hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan,” ujar Jovian. 

Bagi Amira Nadiah Bt Abdullah, salah seorang pemenang peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ memberitahu ia merupakan satu kempen yang dinanti-nantikan seisi keluarganya ekoran hadiah eksklusif yang ditawarkan. 

“Kami adalah pengguna setia TOP dan sentiasa ingin memenangi peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ kerana koleksi pereka yang anggun dan eksklusif disediakan kepada pemenang. Akhirnya pada tahun ini, kami menang dan sangat gembira dengan pakaian rekaan Jovian Mandagie serta produk yang diterima daripada TOP. Kaum keluarga dan rakan-rakan kami menyukai pakaian ini dan memberitahu ia amat berpadanan dengan kami,” kata Amira. 

Salah satu keluarga pemenang dari Gaya Raya Bersama TOP seronok bergambar sambil mengayakan baju raya rekaan Jovian Mandagie mereka.

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera juga teruja dengan pakaian baharu yang diterima mereka pada musim perayaan ini. 

“Sumbangan ini tentunya sesuatu yang tidak diduga dan telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya mereka menerima sumbangan baju raya baharu daripada pihak lain, tetapi ia tidak pernah melibatkan hasil rekaan terkemuka seperti Jovian. Malah, pada hari mereka menerima pakaian ini, ada di antara anak-anak ini tidak mahu menanggalkannya kerana amat menghargai sumbangan yang diberikan!” 

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada TOP dan Jovian Mandagie kerana memberikan hadiah yang amat istimewa kepada anak-anak ini,” kata Pentadbir Rumah Bakti Nur Syaheera, Pn Suzana Binti Jafar. 

Aina Syahirah, remaja berusia 16 tahun dari Rumah Bakti Nur Syaheera, tidak berhenti menguntumkan senyuman sepanjang majlis sambutan berkenaan. 

“Saya amat suka pakaian ini kerana ia amat cantik dan istimewa. Saya tidak pernah memilik sesuatu yang seindah ini. Selepas majlis hari ini, saya akan mencucinya dengan tangan menggunakan detergen TOP dan menyimpannya dengan rapi untuk majlis istimewa lain.” 

sempat bergambar dengan Ismail Izani, kak lily suka tau lagu-lagu awak tau

Majlis rumah terbuka TOP turut diserikan oleh persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani. 

Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. 








[1] Berdasarkan Indeks Peruncitan Perkhidmatan untuk Kategori Sabun Pencuci selama 12 bulan yang berakhir pada Jun 2018 di Semenanjung Malaysia (oleh The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)