Wednesday, May 22, 2019

Buka Puasa Di Luar

Hi Korang, 

Sepanjang 17 hari kita berpuasa ni, most of the time kak lily buka puasa di luar. 

Tak kiralah dekat kampung ke, hotel ke, restoran ke, umah adik-beradik ke kan tetap buka di luar. Seriously tahun ni memang terlampau banyak invite yang kak lily tak mampu nak tolak. 

Biasalah client ajak buka, kengkawan ajak buka, family ajak buka. Lepas tuh client bukan sorang dua ramai plak. Kengkawan plak banyak jenis so banyak open tablenyer 

Ermm apa-apa pun itu semua rezeki kan 

Seronoknya buka di luar ni salah satunya sebab kita dapat meet up new people dan dapat gain some knowledge and experience from them. Actually makan tuh tak delah banyak mana pun tapi sembang je lebih kan. Inilah masanya kita nak catch up dengan kengkawan kita, borak pasal past, present dan future life masing-masing 

Kalau korang perasan kat Instagram kak lily, korang akan nampak betapa ramai sekali ktorang makan sama, jadinya macam-macam citer pasti diborakkan hehehhehe seronok tuh. 

ni sebab nak abiskan voucher so kite pilah dengan bebudak ni hah

sebab lama tak jumpa so kita buka kat luar, panjang sembangnya sampai nak kene halau dengan orang-orang banquet hahahaha

sebab lama tak jumpa Aerian lebih 10 tahun so kita buka sesama, ajak bebudak ni hah

sebab ada event so kita pun buka sesama dengan bebudak media

sebab ada event, so kita buka kat luar dari kl sket heehe

Cuma yang kak lily nak tekankan kat sini, tak salah nak buka di mana-mana pun asalkan korang ada budget, sebabnya kak lily ada perasan ada orang complain kat twitter harga buffet Ramadan ni semakin ridiculous, sekepala sampai RM200, budak kecik RM80 sorang. 

Yesza itu memang betul pun. 

Tapi pokok pangkalnya budget, kalau ada rezeki lebih bulan Ramadan ni nak belanja family members kita so why not makan di hotel alah bukan setiap hari pun. Kekadang company memang ada budget untuk belanja staff or client kan, so haruslah hotel tempat yang di tuju. 

Memang ada restoran yang tawarkan buffet Ramadan pada harga macam RM30 or RM40 or RM60 even RM25 pun hado tapi pilihan makanan pun pada harga yang di tawarkan, kekadang kita pentingkan keselesaan. Ni kalau sampai nak lalu ke buffet line pun sempit penuh dek kerusi orang cam ne plak kan. 

So terpulanglah kepada korang ye yang tentukan. 

Kalau rasa tak de budget so kita masak je kat rumah senang, jimat tak pun ke bazaar Ramadan tapi bazaar pun sesetengah tempat harga makanan pun ala-ala yahudi jugakkan. 

Jangan complain, rezeki masing-masing. 

Kak lily lain case ye, kami memenuhi undangan client sajor hehehhe sebab tuh hari-hari memang makan luar huahauhauahuaa 


Ermm petang ni buka di mana ek??









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, May 21, 2019

Adakah Korang Calon Untuk GUARDIAN 'Face of Healthy Beauty'

Hi Korang,



Guardian Malaysia telah melancarkan usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT wanita, yang paling sesuai dengan rang undang-undang sebagai 'Face of Healthy Beauty' menjadi duta jenamanya.


Soren Lauridsen, CEO, South East Asia, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata: "This search for The Face of Healthy Beauty is NOT a Beauty contest. "In our books, the Healthy Beauty, is a person who lives life to the fullest in a healthy way, and has a distinctive style and pleasant personality. She is someone with a positive attitude, gives priority to being healthy first; and looks after her physical beauty too."

Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Brand Guardian yang dilengkapi dengan wang tunai RM 10,000, baucar Guardian RM 10,000, dan RM5,000 untuk mereka memberi kepada organisasi amal pilihan mereka. Mereka akan dipaparkan di Katalog Jenama Cover of Guardian dan jenama lain dan akan menerima produk daripada penaja yang mengambil bahagian

Peraduan ini akan bermula 20 Mei 2019 sehingga 12 Jun 2019, 3 minggu sahaja. 


Syaratnya kena berumur 18 tahun ke atas dan mesti warganegara Malaysia. Beli apa-apa produk dari kedai Guardian. Sediakan 1 gambar close up dan full body (gambar penuh). Muat naik video 30 saat kenapa korang berminat untuk menjadi The Face of Healthy Beauty. Video didalam bahasa Inggeris & Melayu dan Inggeris & Mandarin. Dan perlu diingatkan peserta adalah tidak terikat dengan mana-mana jenama lain sebagai duta. Hantarkan penyertaan anda di sini , top 100 akan dipilih untuk menghadiri ke sesi ujibakat.

Penyertaan boleh di hantar secara online ke https://theface.guardian.com.my

Sebagai tambahan kepada empat pemenang, akan ada lapan pemenang kategori yang akan dianugerahkan oleh penaja. 
Most Healthy (Blackmores)
Most Elegant (Bio-essence)
Most Youthful (Garnier)
Most Expressive Eyes (L'Oreal)
Most Pleasure (Maybelline)
Most Confident (Nivea)
Paling Menarik (TRESemme)



Jom sertai pencarian ini!

Kak lily juga percaya ramai gadis di luar sana yang mempunyai pakej diri yang hebat kerana cara hidup mereka yang sihat.

Keterangan lanjut boleh layari : https://theface.guardian.com.my





Monday, May 20, 2019

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal


Hi Korang,

Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal. 


Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa. 



Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut. 

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.” 

Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.” 

Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan. 


Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik. 



MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut. Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan. 

Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.” 

Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/.