Friday, May 10, 2019

Lepak Makan Nasi Lemak di Kopitime Cafe Subang Parade

Hi Korang, 

Perkara pertama yang kak lily suka buat time cuti adalah lepak. Yelah dah nama pun cuti kan so haruslah kita melepak, tapi bukanlah lepak di tepi-tepi tembok main gitar bagai. Itu bukan ahkak ko ni wokeh. 

Cuti 1st Mei hari tuh tak de kemana so kitaorang plan nak jalan-jalan ke area Subang ni, ala tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat lepak masa awal-awal sampai KL dulu kan. Kira macam mengimbau kenangan lama gituh. 

Dah penat berjalan, singgah masuk ke Subang Parade ni. 


Kan melambak-lambak kedai makan kat situ tapi tak tau nak pilih yang mana satu nak makan, tup-tup ternampak lah Kopitime Cafe ni ermm apa lagi singgah jelah masuk sebab dah lapar kan hehehhehe 


Tak tau nak order ape, kak lily mintak waiter tuh rekemen apa yang enak di makan kan. Hah amik ko sekali dia bagi hah 

Ayam Goreng Nasi Lemak 

Memang garing ayamnya, krup krap bila masuk ke mulut hah 

KT Special Nasi Lemak 

Ada sotong dengan rendang ayam, ok ok je kepedasannya terasa kuah rendangnya tau. 

Salted Egg Nasi Lemak 

Ni kak lily suka, isi ayam di potong dadu dan digoreng kemudiannya di salut dengan telur masin. Ermm ni pun boleh bertambah makan. 

New Volcano Ayam Nasi Lemak 

Berapi wei bila makan nasi lemak ni, pedas berasap tapi tak delah kuar asap kat telinga pun. Memang memang pedas mengikut citarasa orang Malaysia yang sukakan pedas bak hang! 

Nasi Goreng Kampung 

Ni memang stylo, cara gorengnya hangit-hangit sket ala-ala Chinese style tapi rasa kampung tetap ada dengan terasa kepedasan cili api lagi kan, memang kampung sungguhlah. 

Lepas tuh dia rekemen lagi, cuba minuman ni 

Peanut Kopi Ice 

Ya ampun memang sedap wei, terasa betul peanut butter tuh. Boleh minum 3 gelas kalau macam ni tau. 

pelahap nau ahkak ko ni kan, semua nak di makannya

my big cube char kuay teow plak, sedap wei

Ada banyak lagi menu-menu yang ter dapat di Kopitime Cafe ni, korang boleh pilih apa je yang korang nak makanlah. Bagi kak lily harga tak delah mahal pun walaupun bertitle cafe, berpatutan dengan budget kita rakyat-rakyat marhaen ni kan. 

Jom kita ke: 

Kopitime Cafe 
Subang Parade LG-11A, 
Jalan Kemajuan Subang, SS16, 
47500 Subang Jaya 

Outlet lain : 

Atria Shopping Gallery C33A, Damansara Jaya 47400 Petaling Jaya 
Tropicana City Mall G-11 Jln SS20/27 Petaling Jaya 
SEVENTEEN @ SS17 L1-07, Jln 17/29 47400 Petaling Jaya 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Website: 



Thursday, May 9, 2019

Pelbagai Resipi Berbuka dan Sahur Menggunakan Produk Dari Segi Fresh Market

Hi Korang, 



Hari ni dah hari kelima puasa so semalam barulah kak lily dapat masak sepenuhnya untuk berbuka dan sahur kan. Itulah banyak sangat jemputan makan inilah jadiknya, sampai rindu-rinduan nak masak di dapur. 

So balik rumah tuh, duduk termenung depan depan pintu dapur tuh dan tengok apa nak masak petang semalam kan. Hah nampak plak barang-barang yang di beli Segi Fresh Market hari tuh ada lagi, so terus je otak bergeliga jalan apa nak masak.

senang je buatnya, campurkan kedua-dua tin laici dan longan then letak je ais dah siap. Takyah letak gula pun sebab dah manis dah

Malas nak fikir panjang, kak lily masak Meehoon 'Berkat' Sup bersama Ais Laici Longan

ni makan round kedua ni hehehhe

Masa buka puasa tuh ermm, kemain lagi sedapnya bila pekena kan. Hilang penat memasak sebab dapat makan yang enak-enak hasil air tangan sendiri. 

Masa sahur pulak, ingatkan malas nak masak tup-tup Mr Big merengek nak makan plak. 

Apa lagi berdezup tengok cabinet tengok apa ada, then nampak sardin Crown Choice ni so apa lagi terus je masak nasi goreng kan.

Resipi Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan
1 tin sardin Crown Choice
Bawang merah dan bawang putih sket
Nasi sejuk seperiuk (ikut sukelah)

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau
2. Masukkan ikan sardin yang telah di hancurkan tadi
3. Setelah mendidih masukkan bahan perasa seperti garam, kicap ikut kesesuaian tekak
4. Masukkan nasi sejuk dan kacau rata

Siap kak lily tunjukkan cara masaknya kalau korang tak reti ek


Inilah hasilnya Nasi Goreng Sardin untuk sahur. 


Senangkan!! 

Itu pentingnya kita sentiasa stock up barang-barang dapur ni, selalu memang Segi Fresh Market je yang jadi pilihan kak lily. Tak kira barangan basah, barangan kering, biskut ke kopi ke sebab harganya yang murah namun dalam kualiti yang baik.




Sedikit Tentang Segi Fresh Market 

Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih Segi' , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain. 

Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai lebih 32 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. Cuba la check, mana tau berhampiran dengan rumah korang kan



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 



Promosi Buffet Ramadan Azam Pandan 2019 di Dewan Tengku Zara, Bangi

Hi Korang, 

Ni Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe, ada lagi pulak di saat-saat akhir ni. Ni kira tahap kritikal dah kak lily rase hahaha 

Kali ni kak lily nak bawak korang ke buffet Ramadan yang dekat sangat dengan rumah kak lily ni hah tak sampai 10 minit je pun dah sampai. 


Seriously kak lily tak tau pun ada buffet ramadan kat sini until bebudak ni ajak pi makan semalam, rupanya Buffet Ramadhan Azam Pandan di Dewan Tengku Zara Bangi berkonsepkan ‘Stall’. Setiap stall menyediakan makanan yang di susun mengikut kategori. So senang korang nak buat pilihan apa nak makan, kalau nak makan mee so pi je kat stall mee. Kalau kuih muih boleh pi kat stall kuih muih, ikutlah selera korang nak makan apa pun kan. 

bagus ni, suruh orang beringat-ingat sebelum ambil makanan kan

Lebih daripada 150 juadah yang di sediakan yang rasanya kak lily tak mampu untuk rasa semua sekali lah, tersangatlah rambang mata untuk buat pilihan kan. 

Juadah utamanya adalah Kambing Golek Arab, ya ampun kemain panjang beraturnya semalam tau, memang menjadi pilihan ramai lah kan. 





Kemudian ada juga, menu-menu istimewa seperti Arab cuisine nasi mandy, ayam mandy dan kambing, gulai keladi kemahang tempoyak dan banyak lagi. 






Bagi pencinta makanan kampung, janganlah korang lepaskan peluang ye untuk merasai sendiri keenakan menu-menu yang di sediakan. Macam menu makanan ada kan, itulah sampai kak lily tak tau yang mana satu nak pilih untuk makan ni. 









Kan pening kan kan kannnn 

Untuk buffet Ramadan ni, ianya bermula dari 8hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. 
Hari: Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah:- 

Harga promosi: RM35.00 (Untuk 5 hari pertama ramadhan sahaja) 

Harga asal: RM55.00 dewasa/ RM 27.50 kanak-kanak 

RM1 akan didermakan kepada fakir miskin 


Untuk tempahan buffet Buffet Ramadhan Azam Pandan di Dewan Tengku Zara Bangi boleh hubungi di talian :- 

· Office: 03-78400516/03-78400657 

· Mazmadi: 012-475 0151 

· Nisa: 019-249 5778 

· Sue: 011-3698 1261 

· Syazwan: 012-614 0151 

· Emma: 019-945 1449 

Jom kita ke :- 

DEWAN TENGKU ZARA, BANGI 
LOT 1513-B Batu 18 1/2 , 
Jalan Bangi, 
Kg Sg Tangkas, 
43000 Kajang Selangor. 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 
www.azampandan.net 

Instagram: 

Facebook: 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di di hadapan dewan 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.