Saturday, May 4, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 ‘Jom Singgah @ RELISH' di Fraser Residence Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe 


Kali ni kak lily akan bawa korang ke Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur. Ermm kengkawan PR ajak so kak lily pun pilah kebetulan ada kerja kat KL hari tuh so oklah kan.
 





Restoran Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis hidangan tradisional Melayu, hidangan Malaysia serta masakan barat untuk membangkitkan perjalanan keinginan gastronomi untuk berbuka puasa nanti. Promosi "Jom Singgah" berlangsung dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019, yang dibawa kepada anda oleh para chef di Relish ini.












Para Chef akan mempamerkan kepakaran makanan tempatan dan barat yang termasuk Ayam Panggang Bijan berasap, Daging Masak Kayu Manis , Ikan Sembilang Goreng Berlada, Loh Hon Chai serta Pan-fried Seabass yang dimasak dalam sos Black Bean. 


Untuk buffet ‘Jom Singgah @ Relish’ ni, ianya bermula dari 8hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

Harga Walk In : RM98nett (dewasa) dan RM58nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk ‘private gathering’ sebanyak 50 orang dan ke atas, Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan menu bufet yang disesuaikan khas untuk mereka yang berminat untuk menganjurkan untuk mendapatkan jamuan persendirian.Harga bermula dari RM120nett. 

Bagi keselesaan semua tetamu Islam, Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan bilik solat lelaki dan wanita yang berasingan di tingkat 5 di Tower I. 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian +603 2191 0888 , email ke fb.frkl@frasershospitality.com

Jom kita ke :- 

FRASER RESIDENCES KUALA LUMPUR
No 10 Jalan Cendana
Off Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di  basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


SURIA KLCC Meraikan GALERI FESYEN LELAKI PERTAMA Di MALAYSIA

Hi Korang,

Suria KLCC kini menawarkan pengalaman membeli belah yang berbeza dengan kejayaan pembukaan Galeri Fesyen Lelaki, galeri khusus yang menghimpunkan pelbagai koleksi terkini dari label pakaian lelaki terbaik di dunia 


Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC diperkenalkan seiring dengan trend global lelaki yang semakin bergaya dalam pilihan stail mereka. 

“"Bagi lelaki moden, fesyen dan penampilan merupakan salah satu alternatif untuk mengekspresikan diri. Dengan stail yang unik dan penjagaan diri yang rapi, mereka merancakkan lagi industri fesyen tempatan serta mencetus kepelbagaian dalam pilihan rekaan yang menambat hati.” kata Andrew. 

Andrew Brien, ED CEO of Suria KLCC (right 4), Francis Tan, COO of Suria KLCC (left 2) & top management team from tenants of Men's Fashion Gallery

Berkeluasan 38,000 kaki persegi di Tingkat Satu Suria KLCC, Galeri Fesyen Lelaki memenuhi keperluan dan permintaan setiap lelaki bergaya. Ia menghimpunkan pelbagai jenama pereka fesyen terkemuka seperti Brook Brothers, Coach Men, Hugo Boss dan Michael Kors. Turut serta adalah jenama seperti Bally, Boggi Milano, Dunhill, Dior Men dan Fendi Men – rangkaian jenama antarabangsa yang hanya eksklusif ditawarkan di Suria KLCC. 

Selain menempatkan pelbagai jenama mewah, Galeri Fesyen Lelaki juga menempatkan jenama rias lelaki tersohor dunia, Truefitt dan Hill; pakar audio inovatif, Sennheiser dan beberapa jenama jam tangan terkemuka seperti Breitling, Rado, Rolex, Montblanc, Cortina Watch, Tag Heuer, Longines dan Omega. 

Menurut Andrew lagi, “Melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen lelaki, Suria KLCC bercadang untuk memperluaskan Galeri Fesyen Lelaki dengan lebih banyak jenama untuk menarik perhatian pengunjung. Ini sejajar dengan slogan Suria KLCC iaitu “Sentiasa Sesuatu Yang Baru”. Kami ingin menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk fesyen lelaki.” 

Bertemakan Cahaya Dan Cermin, majlis pelancaran Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC dihadiri pelbagai tetamu termasuk rakan kongsi perniagaan Suria KLCC, pelanggan VIP, ahli Kelab Ferrari, pengaruh sosial media dan rakan media. 

Fashion show featuring the latest collection from Bally, Brooks Brothers, Michael Kors, Montblanc and Tumi

Malam gemilang dikemudi oleh pengacara Sarah Lian dan turut kelihatan rakan-rakan selebriti Sazzy Falak, Thanuja Ananthan dan Peter Davis yang bersama mengabadikan kenangan di Bilik Infiniti. Tetamu juga berpeluang membeli belah dengan tawaran eksklusif oleh Hugo Boss, Rimowa, Coach Men, Longines dan lain-lain di Galeri Fesyen Lelaki. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan jazz yang menarik dari Q Sound Band dan pertunjukan fesyen koleksi terbaru Bally, Brook Brothers, Michael Kors, Montblanc dan Tumi. 


Turut disediakan Gentlemen’s Lounge, yang diilhamkan oleh filem The Kingsman di mana tetamu dapat menikmati rawatan wajah percuma dari Truefitt & Hill. Selain itu, bengkel mini dari jenama terkenal Rado dan Breitling serta sesi pendengaran oleh jenama fon kepala termahal di dunia, Sennheiser turut memeriahkan suasana. 

Jenama Pilihan Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC 

1. Label Perancis terkenal, Kenzo yang diasaskan oleh pereka fesyen Kenzo Takada pada tahun 

1970 merupakan butik terbaru di Galeri Fesyen Lelaki. Butik ini di Suria KLCC adalah satu-satunya butik terbesar Kenzo di Malaysia yang menampilkan koleksi fesyen lelaki yang lengkap. 

2. Lawati butik Michael Kors Men yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan pentas peragaan; selaras dengan rekaan Michael Kors berunsur estetik moden. 

3. Suntik siluet gaya maskulin bersama Dior Men. Buat pertama kali, jenama mewah ini menawarkan koleksi fesyen lelaki lengkap termasuk koleksi sedia dipakai, barangan kulit, kasut, kaca mata dan barang kemas. Penggunaan dekorasi mewah menampilkan persekitaraan membeli belah yang kontemporari tetapi elegan. 

4. Coach Men di Suria KLCC merupakan butik lengkap fesyen lelaki yang pertama di Malaysia. Keunikan kedai termasuk adanya Coach ‘Craftmanship Bar’ dimana servis memperibadikan pembelian seperti menyesuaikan warna trim pada tag label dan cetakan monogram disediakan. Anda boleh memilih dari koleksi gaya hidup Coach Men yang lengkap termasuk beg, barangan kulit, baju, kasut, jam tangan dan kaca mata. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galeri Fesyen Lelaki, promosi dan aktiviti di Suria KLCC ,sila layari www.suriaklcc.com.my.



POKKA Roadshow 2019

Hi Korang, 

Minggu lepas kak lily berkesempatan ke POKKA Roadshow ni.


Alah ni kengkawan jugak yang cakap, bila ada roadshow ni of courselah ada banyak promosi, free gift dan harga murah kan. Betul tak?? 

Ada beberapa tempat POKKA Roadshow ni dan salah satunya di Koperasi Star, Menara Star di Phileo Damansara ni. Ermm memang tempat strategik tuh kan.



Nasib orang belum ramai lagi masa kak lily sampai so senanglah nak tengok-tengok apa promosi yang ada. 

Selain itu, ada permainan SPIN and WIN.



Dengan berbelanja RM10 korang boleh main permainan SPIN and WIN untuk dan boleh memenangi hadiah. 

Ni kak lily kongsikan jadualnya ye


Selamat membeli belah ye....